Wednesday 28 December 2005

Azam 2006..

azam tahun baru ni cuma ada 2...

1. nak grad on time..
2. nak naikkan berat badan.. dpt naik 2 kilo pon dah cukup bagus..

aja! aja! FIGHTING..!!

>> kelas start 3hb.. sambung cuti lagi neh..

Friday 23 December 2005

Semester 5, the final year...

huhuhu.. tuptup dah nak masuk semester 5 dah.. pahtu masuk sem 6 plak.. pahtu grad.. InsyaAllah.. seb baik sem 5 ni dah kurang subjek. sblm ni 9 subjek, tp sem ni ada 7 jah... lega la sket.

subjek2 untuk sem 5 adalah seperti berikut:
1. Measurement of Construction Works V (4)
2. Construction Technology V (3)
3. Applied Study III (2)
4. Construction Economics III (3)
5. Professional Practice II (3)
6. Project Management I (3)
7. Arabics III (2)

so, total credit hours, 20 sahaja.. dan kelas hari2 kul 830 pagi.. lemau btol la..

>> spjg cuti asek bgn lambat.. dah sebati ngan idup la pulak neh..

Tuesday 20 December 2005

Friend of mine..

bayangkan.. jika masalah ini wujud serentak dalam suasana peperiksaan anda, apabila skuter kesayangan dicuri, ditambah pula dgn subjek yg kena repeat, masalah peribadi yg sukar diluahkan dan tekanan diminggu peperiksaan yang mengundang demam..

agak2 korang la, camner la situasi minda korang taim tuh? sukar nak diungkapkan kan? tp, perkara2 begini boleh mendorong seseorang utk lebih berusaha, usaha dan usaha walaupon tekanannya melepasi had bagi seorang yg biasa.. dan pastinya hidup lebih gembira dan tak terkata bila habuan yg diterima berbaloi dgn tekanan yg dihadapi..

it seems to be really hard for someone, but not for her.. President of Yul, congrats..! ni bukan result biasa, tapi dapat Dean List.. tabik spring kat ko!! keep up the good work, ok? ...and sorry to expose u in this entry.. ;)

gambar dr hp President of Yul..


"Char Kuetiaw 8 utk makan sini, pahtu 8 lagi, take away dehh..."

>> sem dpn Pid nak ketuk pale aku kalo lambat g kelas.. camner neh? ;P

Sunday 18 December 2005

UiTM, usaha jaya MARA...

aiseh..takde idea la nak apdet. tiba2 jadi blur plak. dok umah ni tadak wat apa pon, benda yg sama berulang2 jahh.. huhu..

just nak inform para student UiTM, sapa2 nak wat pendaftaran subjek, dlm minggu ni baru bleh online. maybe pah result kuar kot sbb tadi aku bukak tp masih lom ada apa2.. katanya, masa wat pendaftaran subjek tu, kul 8.30 pagi sampai 5 ptg, kena online kat fac saje.. pah kul 5 ptg, baru la korang bleh online dr umah atau mane2 saje yg bukan fac.. saje la tu nak suh kita g fac.. :p

pahtu, result kuar, InsyaAllah 20hb ni.. harap2 sume paper lepas la.. takde nak score2 A dah. exam takleh jawab, nak A plak.. jgn harapp.. hehehe.. ayat tu aku ckp kat diri sendiri ye.. apepon, kira lepas, sudahhh.. and last but not least, daftar masuk sem baru (sume fac rasanya), cam biasa kat fac on 27th Dec 2005 dan katanya kelas pon stat harituh jgk.. malasnyeee..

sapa tak puas ati, aku bagi suma link ni, pahtu korang tengok la sendiri. jange malu2..
-> Kalender Akademik UiTM
-> Student Portal
-> Result Exam

>> kita kembali ke dapur.. makan nasik.. zasss..!

Tuesday 13 December 2005

wallpaper..

sapa2 yang hantu kumpul wallpaper sempoi2 contosnya dr VLADstudio, apa kata korang g website dia.. dah lenguh tgn aku click mouse neh.. pendek kata la, penat la nak save suma2 tuh..

nak senang, meh je klik kat sini



>> layann....

Tuesday 6 December 2005

Pentingkah Dissertation?

ni la grasscrete pavement..

'GRASSCRETE PAVEMENT : Construction and Cost', itu la tajuk dissert aku.. cam gambar kat atas tuh.. penin pala kalo ingat nak stat wat dissert ni.. dah la supervisor nak pi Haji. dia suh blasah wat ikut pala sendiri, buat research without her guide.. jgn blk haji dia ubah, sudahhh... huhuhu..

oh.. lupa nak citer. 3hb harituh, bec kitorg zaman skolah menengah wat gathering sempena raya. konon2 la.. padahal raya dah abih pon taim tuh.. kira kenduri ape2 je la neh.. tak ramai pon yg dtg. ramai yg bz bekerja, almaklumlah, hari sabtu.. cuma ada beberapa muka yg tak penah muncul, akhirnya muncul jugak.. (bak kata bebudak laki,"wah.. idup lagi ko rupanya.."). nampak sgt tak penah join mana2 perjumpaan. orgnya adalah PAKCIK = Fazrul Ikram (kalo tak silap aku la.. dah lama, lupa eh.. hehe..).

dan yang pasti, puak aku, adalah peserta wajib dlm agenda2 camni.. walaupon hanya sebahagian dr nya..

dr kiri: lina, hezlin, minah, aimi, aku, masitah

>> 27hb daftar masuk semester baru..

Friday 2 December 2005

Mari buang masa lagi..

hehehe.. jeles dgn tajuk diatas? jika ya, cuma kemukakan surat tak puas ati di shoutbox di sebelah.. hehe.. cuti sakan beb..walaupon just 3 minggu. selesai saja cuti baru ni, tanpa berlengah lagi, aku pi tganu terus. barang yg di bawak blk dari kolej pon tak sempat nak kemas.

pi kem TUDM Gong Kedak kat bukit puteri. umah pakcik dimana dia bekerja as Pegawai Waran I, keja kat radar TUDM. bkn main besau lagi radar tuh. tak sempat nak amek gambar.. lagipon, tu kan kawasan tentera. nak kena tembak ke? huhuhu..

sblm apa2 terjadi, makan nasik kerabu la weh.. nasi kerabu ni aku beli kat Tok Bali.



sapa yg kepingin tuh, bawak2 bertenang eh.. :D

>> nak kena stat wat thesis dah ni.. sedar tak sedar, setaun lagi dah nak grad. sem dpn dah masuk final year.. huhu.. (ayat mcm tak suka plak.. heh!)

Tuesday 22 November 2005

1 paper lagi..

setelah 7 paper diharungi, tinggal 1 paper je lagi yg perlu aku sakit otakkan.. paper terakhir on *26th... iaitu subjek kegemaran ramai => construction economics.. muehehehe.. pahtu, nak g mkn angin kat Terengganu.. sapa nak ikut? :D

cuti pahni maybe 3 minggu je.. dan mungkin, result kluar pah daftar masuk sem dpn.. slalu sblm daftar, result dah kluar.. hm.. apa2 je lah.. janji result ok.. aku dah cuak2 ayam ni. byk paper tak brapa bleh jawab.. huhuhuhu..

dah la.. nak pergi mentelaah untuk peperiksaan neh.. kita kembali ke studio..

* silap tarikh da.. 27hb patutnye..
(sronok gak guna internet secara wireless neh..laju gak.. 55.0 Mbps. tima kaseh kepada tuan punya laptop, miss Lela Blue.. hehe..)

Tuesday 8 November 2005

Mari berperang..

sekarang tibalah masanya untuk berperang habis-habisan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang ahad ni.. ade plak exam hari ahad.. hari tu sesuai buat rawatan mencantikkan mata ngan anak2 yang aku bela atas katil tuh.. hehehe..

Jadual Exam

13 Nov, Sun (pagi & ptg)
Measurement of Construction Works (paper 1 & 2)

17 Nov, Thu (pagi & ptg)
Arabics (bahasa syurga - kata ustaz aku..)
Building Services

18 Nov, Fri (pagi)
Report Writing

21 Nov, Mon (pagi & ptg)
Construction Technology
Professional Practice

27 Nov, Sun (ptg)
Construction Economics

>> hm... Gambatte je la utk diri sendiri..

Gambar raya tak sempat nak upload.. jd, tgk je la kemeriahan kitorang sepupu sepapat kat kg ni ha.. lama lagi la nak dpt kumpul ramai2 camneh... huhuhu...

bergambar di petang raya



aktiviti biasa taim2 berkumpul iaitu makan nasik dlm dulang


>> to sepupu aku, Sity Jameella, selamat dirisik.. muehehehe... cop nak jd pengapit nanti..

Saturday 29 October 2005

Pulanglah..

sedap plak dgr lagu raya Aishah - Pulanglah.. syahdu je.. cewah, cam la aku ni tak blk raya ngan family.. hahaha.. apa yang nak disampaikan disini, sbnarnya, harini aku nak balik kampung.. kampungku di Kampung Singkir, Yan, Kedah.. jemput la mai rumah, makan laksa.. ekekeke...

dan akhirnya dapat jugak aku kembali menikmati permandangan ijau ni di kampungku..

view blkg umah..


dan dikesempatan ini, sayer ingin meminta ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata yang tak dapat dielakkan ketika mengapdet blog selama neh.. biasa la, saya juga manusia, tak lari dari kesilapan.. seperti anda juga... tak tau la kalo anda ni alien.. tp alien pon ada salah silap gak.. huhu..

akhir kata,
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir dan Batin..

Wednesday 26 October 2005

Mari merenung..

kembali kita ke sudut renungan.. seperti yang kita tau, Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan yang lain. jd, rugi la kalo kita abaikan dari membuat ibadah dlm bulan ni.. cewah..

Antara hikmah ibadah ketika berpuasa:

  • dengan berpuasa, maka kita akan dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan


  • dengan mengerjakan ibadah sunat, pahalanya sama seperti melakukan ibadah wajib pada bulan lain


  • dengan mengerjakan ibadah wajib, pahalanya sama seprti melakukan 70 ibadah fardhu pada bulan lain


  • sehari berpuasa pada bulan Ramadhan, lebih afdal daripada berpuasa selama seribu hari pada bulan lain


  • bertasbih pada bulan puasa lebih afdal daripada bertasbih 1000 kali pada bulan lain


  • bersembahyang satu rakaat pada bulan puasa lebih afdal daripada bersembahyang 1000 rakaat pada bulan lain


  • berbelanja atau bersedekah pada bulan puasa adalah sama seperti berbelanja untuk fisabilillah


  • jangan renung saje... hehehe..

    >> 8 hari lagi nak abih poso..

    Thursday 20 October 2005

    Tamat lah sudah...

    hm... harini dah abih sesi pembelajaran aku bagi semester ni. kelas last mmg penting sbb taim camni la lecturer akan bagi hint2 soklan yg akan kuar pekse. walaupon bkn secara direct, tp agak2 la dr nada dia ckp tuh.. tak lupa ngan ucapan selamat hari raya dan tangisan perpisahan di antara lecturer dan protegenya.. (aku tipu je neh..)

    tgh hari, pah blk kelas, aku dgr ada bilik dok perdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran. aku ngan member, dok pikir la, sapa yg baik neh.. sbb slalu dok dgr bunyik lagu2 je kat blok aku tuh. rupanya, mmg suma radio kat mesia ada bacaan Yassin tuh. pikir2, ni mesti ada org2 besar yg meninggal neh. ingatkan Gaffar Baba (sbb dia dah pon dah kritikal skrg..), rupa nya bini PM. rasa macam dia sihat je sejak 2 menjak ni.. tak sangka plak.. Al-Fatihah utk arwah..

    Klik disini utk mengetahui kisah selanjutnya..


    tu jah.. kembali ke studio. zasss...

    >> sama2 la kita ingat-mengingati.. dunia pon dah tua dah skrg neh..

    Sunday 16 October 2005

    Sedekah..

    Bulan poso yg mulia ni, elok la kita bersedekah.. kalo takdak duit cam aku yg student ni, sedekah ngan senyuman pon jadi la.. cam kucing ni.. hehehe..



    >> seminggu lagi nak cuti raya..

    Thursday 13 October 2005

    9 Ramadhan dah..

    pejam celik, buang2 masa, tidoq, pi kelas, pi baazar ramadhan....tuptup, dah masuk 9 ramadhan dah harini. hm.. camner ngan posa anda selama 8 hari yg lepas? ok ker?

    hm.. semenjak 2 menjak ni, tak sempat la nak pi cc. tu yg lambat apdet tu. nak kata bz ngan study, tak plak. main game manjang. pendek kata, kat bilik tu dah macam buat pertandingan sapa main game terlama, bleh dapat makan pizza selama setahun. ehehehe... suma tak sedaq diri nak exam neh..

    ckp psl exam, jadual exam dah kuar tp komfem tak komfem, kata lecturer.. maybe kena pinda sket sbb ada subjek yg bertindih.. camna plak nak amek 2 paper 1 masa kan? tp, yang pastinya, semua bebudak UiTM di seluruh mesia start exam on 10th Oct 2005. ha... raya ngadap buku la jawabnya.. baru la nampak nerd sket kalau sedara mara mai.. hehehehe..

    jadual aku tak pack mana. just gap 1,2 hari jah.. cuma paper yang last skali, ada gap seminggu. sempat la nak pi open house ka, nak buang masa ka, buang duit ka... pah exam, cuti dlm 3 minggu.. huhuhu..

    tu ja kot.. zah..laye!

    >> sapa malu2 nak bg kad raya kat aku, antar via email pon aku terima..

    Wednesday 5 October 2005

    Ramadhan Karimmm..

    Ramadhan menjelma lagi.. sedar tak sedar, dah masuk bulan ramadhan. Azam nak pose penuh.. tp, bleh ke jadik camneh? hehehe.. Aja! Aja! Fighting!

    semalam aku pi klia, hantar encik fungkur yang nak blk ke German. taim aku update ni, dia dah selamat sampai pon kat sana.. pah balik, gate itm dah tutup, takleh masuk. so, aku dan para penumpang lain pi makan soq (baca: sahur) dulu kat medan selera Seksyen 7. pahtu, tumpang tidur kat umah Noma the Yul..

    actually, taktau nak tulih apa. just nak bgtau, skrg kelas dah tak byk sbb syllabus ada yg dah abih. pahtu, EXAM on RAYA KE4.... huhuhuhuhuhuhu...

    >> ganbatte utk diri sendiri yer..
    >> to encik fungkur, rajin2 blaja deh... ;)

    Tuesday 27 September 2005

    APDET.. jgn tak apdet..

    lama tak apdet.. bz banget skrg.. huhu..

    first of all, thanks to Cikgu Tadika a.k.a FaReh sbb sudi bermalam kat bilik aku arituh ditemani shin chan aku. pahtu, sok nya plak, dia dan encik hadi buang duit utk aku plak kat kl. apepon tima kaseh la lagi skali.. senang2 datang la lagi. pahni, aku sendiri yg drive komuter tuh.. ekeke..

    masa pegi times square ngan diorang neh, i bought this shoe to someone,



    but this someone aa, dah bought me this plak.. dah la pala dia 3 kali ganda dr pala aku.. huhuhu..



    >> dah mcm trade-in la pulak.. apepon, arigato bapak tweety..! hehehe..

    Tuesday 13 September 2005

    Gambar baru..

    aku dah upload gambar mase trip pi Tioman haritu..
    nak tgk, masuk sini..
    ni baru sebahagian je ni..

    ~kita kembali ke studio.. zas.. layan!~

    Friday 9 September 2005

    Sesi menghabiskan beras di rumah..

    cuti seminggu ni, aku dgn rutin harian.. bgn lambat.. hehehe.. dah sebati ngan jiwa jd dah tak tau camna nak ubah. huhuhu..

    tinggal lg 2 hari nak abih cuti. proposal thesis hampir siap tp, contact utk suma projek, tadak.. nasib la.. pandai2 nanti aku goreng.. isnin ni sudah pasti kena present kat panel aku. bak kata panel aku, "saya takde kelas isnin neh.. jd, awak ponteng la kelas awak..", kata en ahamad..

    en amad, aku kenai dr zaman diploma, sorg lecturer yg bes, lawak nak mati, sempoi dan ada 2 bini.. hehehe.. tak heran la sbb gaji dia around RM 15,000 sebulan. as full-time lecturer kat UiTM, part-time lect kat UM ngan IIUM. pahtu ngan keje luar sket2.. giler lah.. kalo tgk dia, bapak sempoinya.. naik kancil je beb! aku nak jd camtu gak la.. tp takleh kawen 2 plak. ekeke...

    en amad mase g trip langkawi ngan kelas aku..


    hm..taktau nak klentong apa utk hari ni.. tadak idea nak bergosip.. jd, kita kembali ke studio je lah... zas.. layan!

    Monday 5 September 2005

    Trip to T.I.O.M.A.N

    1st September 2005

    seawal 730 pagi suma org dah siap dok kat bus stop FSPU ngan beg masing2. aku ngan pid bangun awal sket sbb eksitet nak pi trip. biasa la tu.. sapa2 pon cam tu gak kan? perjalanan kami bermula jam 9 pagi. lambt jgk bas sampai. kata kul 8. takpa la.. janji ada bas. sampai kat bus stop tu, aku agih2kan tag utk setiap seorang yg mana tag tu utk dipakai masa official trip. 100% dibuat oleh aku. tah camna, 4 org tak dpt tag tu.. missing 1 page plak ha.. rasa taim laminate tu kot. sorry la kawan2.. bkn aku sengaja..

    setelah setengah jam bertolak, encik bas benti kat R&R dengkil. makan la pulak. dah siap2 suma, perjalanan diteruskan ke UNITEN kampus sultan hj ahmad shah. tujuan trip ke sana sbb nak tgk development kat kampus tu. sblm kampus tu jd kampus (btoi ka ayat aku neh..), situ adalah ofis kerajaan. kalo aku tak silap la.. (tak prasan sbb dok sembang masa org bg taklimat). skrg pihak campus tu dok wat projek fasa ke 3 which consist blok2 asrama lelaki dan pompuan, 1 auditorium dan pusat akademik. lawa bkn main hostel diorang. tak macam itm.. huhuhu..

    lepas tu, kami menginap di Hotel Seri Malaysia kat Mersing.. 1 bilik 3 org. ada 2 bed queen size ngan single. cam biasa, aku dok ngan puak aku... mlm, kami mkn kat kedai mkn yg ada screen besar cam kat kedai mkn Anggerik, s7.. 3 org = RM 23.00. mkn byk loo..

    2nd September 2005

    kami check-out dr hotel jam 1030pg dan gerak ke jeti. bot sampat kul 1130. sambil2 tu kami dok buang masa la kat jeti. bila bot sampai, kami masuk dan amik port yg konon2 paling bes. depan skali.. tu dia aihh.. perjalanan ke destinasi kira2 sejam setengah. setengah jam pertama, suma org dok pakat berdiri tepi tingkap (dah suma rendah2, jd kalo nak tgk view kat luar, kena la berdiri.. ekeke..). setengah jam ke-2, dah ada yg mabuk laut. pelbagai ubat dah dikeluarkan dari yg berangin sampai la yg takdak angin. asam pon dah pakat2 makan. pahtu, ada org tu muntah la pulak.. tak lain tak bukan, mak pin kita iaitu cik rafidah jamal.. ekekeke.. tak rok la awak neh.. ekeke..

    sampai kat pulau kira2 kul 1. kami menginap kat Persona Island Resort. bilik ada air-cond ngan kipas utk 3 org. bleh la.. pah mkn tgh hari, kami ada official visit to Taman Laut. ala2 muzium laut la kot. kena bayar entrance fee, adult RM5, budak2 RM2. dr depan Tmn laut, bleh nampak view laut yg sangat cantik.. suma dah tergedik2 nak mandi.. ekeke...

    blk Tmn Laut, kami pi la mandi. memula mandi tempat yg dekat ngan resort kami. bila budak laki dtg, diorang ajak pi tempat jauh sket sbb kononnya takmau mandi kat tempat yg agak tercemar. sbb kat2 situ tgh wat embankment. nak wat airport kalo tak silap. then, beramai2 la kami pi kat kawasan yg agak jauh sket. dah mandi kat tempat jauh, byk plak batu kat temp tu.. bkn batu jahh, landak laut pon ada. dah plak aku terpijak. mujur kena 1 cucuk jahh.. clasmet aku, Jai siap duri landak tu tercucuk kat kaki dia secara berjemaah.. haa... padan muka kami. akhirnya kami mandi kat tempat 1st-1st kami mandi tu..

    mlm tu slps mkn mlm, kami buat aktiviti yg biasa2 jah memandangkan suma dah flat on plan..

    3rd September 2005

    pagi, kami sarapan cam biasa.. antara menu sarapan, nasik goreng, mee goreng, koko crunch with milk, sosej dll.. lepas sarapan, kami pi snorkling... hahaha...tu la aktiviti yang ditunggu2.. dengan menaiki speed boat yang dimuatkan dengan 9 org (termasuk pemandu), kami menuju ke pulau lain dlm masa kira2 30-45 min utk sampai.. jauh gak la..

    sampai kat destinasi pertama, kami difahamkan itu adalah tempat latihan sblm kami diturunkan di tempat sebenar utk ber'snorkling'.. taim tu la belajar camna nak pkai alat2 tu, camna nak floating dan macam2 lagi la.. then, baru la kami dibawa tempat yg sebetul2nya.. ada 2 tempat.. uuu...susah nak digambarkan perasaan taim tu.. korang kena pi sendiri la.. br tau betapa besnya snorkling..

    blk dr snorkling dlm kul 1. singgah mettar tgk resort construction. design by student archi UTM, interior by tuan tanah.. lawa tuu susunatur dlm bilik tu.. cam hotel 5 star.. tuan tanah kata, rate 1 bilik dlm RM150-180.. ok la tu.. leh masuk 1 family..

    balik snorkling, pakat2 mkn tgh hari then suma tido... senyap sunyi je suma bilik.. bilik aku pon sama.. dah dkt2 kul 5, baru bgn. kena pi main bola tampar plak.. aku group C. ahli group suma all-star.. jd, tak rok la kalo kalah kan? tak lupa aku nak nyanyi lagu tema kumpulan kami... "c,c... cctv!" hahaha.. ape daa ramin, cipta lagu gituh..

    mlm ada BBQ.. cam biasa, mkn seafood. lepas mkn, AJK wat game.. main kotak beracun. mujur aku tak kena.. kecoh gak la suma org... dah la muka suma cam udang bakar.. udang bakar pon tak cam muka suma..ekekeke..

    habih BBQ, masing, dok packing utk bersiap2 utk pulang keesokkan harinya...

    4th September 2005 (Last Day)

    kul 730pg kami dah kena sarapan. aku mkn sosej seketui.. tak lalu plak nak mkn awal2 pg ni.. tak biasa.. lepas mkn, beg2 kami dibawa menaiki van manakala kami naik kaki (baca: by foot).. beg saja dah penuh van. tu tak masuk mereka2 yg bersaiz laki org... ekekeke..

    selepas berposing utk kali terakhir, kami naik bot utk kembali ke mersing pada jam 830 pg. aku pilih utk dok kat atas utk mendapatkan pengudaraan yg lebih effective. dlm 20 min perjalanan, ombak manjadi lebih kuat dan menyebabkan org yg dok sblh kiri bot kat atas disimbahi air laut seumpama disimbah ngan sebaldi air garam.. mujur aku tak kena sb aku dok belah dpn.. ekekeke.. basah kuyup tu diorang.. akibat ombak tu jgk, Yul which the president of toyol, dah ganti mak pin.. dia plak yg muntah... ape daa korang.. contohi aku neh.. haha...

    dah dkt2 nak sampai, aku dah kwn2 lain, kena turun ke bwh sbb ujan lebat. dok kat atas pastinya basah kuyup akibat tempias ujan... setelah tiba di jeti, kami pi shopping2 lak.. aku habih kan dlm RM99 utk suma souvenir.. balance RM1 je... huhuhu...

    then, kami gerak ke umah clasmet, miss fatanah kat N9. mkn bihun goreng sambil tgk umah dia yg besau tuh.. blkg umah dia ada 4 kolam ikan sembilang.. byk tu.. aku nampak misai ikan tu jahh.. sapa nak, pi la umah dia.. tima kaseh la kat family dia sbb menyediakan makanan tu kat kami neh.. standard ikan pirana dah suma2 org... heh!

    then. kami terus pulang ke shah alam dengan sejuta kenangan yg tak mungkin akan dilupakan... cewasss...

    >> zas... layan..!

    Wednesday 31 August 2005

    esimen IT lagi...

    akhirnya aku berjaya menyubmit esimen IT yg ke-2 ni iaitu membuat webpage secara solo dengan menggunakan teknik sukahati melalui software yg diperkenalkan oleh encik khairil (lecturer IT) di dalam lecturenya yg sempoi dan padat harituh.. akibat mudah terpengaruh dengan teknik ini, aku pon pi ke lowyat bersama encik saudaraku dan membeli installer Dreamweaver yg berharga RM5.

    tak susah mana pon nak guna software ni.. lebih kurang cam frontpage la.. ni la pertama kali ada webpage yg di create sendiri.. slalu copy2 gak coding org lain.. ni korang just draw table mengikut sukahati, pahtu, letak la apapon... tp, dlm hal ni, aku lebih suka kat banner.. cam biasa la tu.. korang cuba try test la.. bes gak sekupang..

    senang cerita, meh korang click kat webpage aku neh.. jgn nak buat onar plak.. ni esimen aku neh..

    >> selamat menyambut kemerdekaan yg ke-48..
    >> 1-4 September, aku ada trip pi ke Tioman.. official trip.. kunun2 la...
    >> 3-11 September, UiTM mid-semester break.. cuti..........

    Monday 22 August 2005

    Esimen IT

    baru neh encik khairil (lecturer IT) bg esimen suh wat website single page guna geocities.. bes kan bunyiknya? aku guna je script cam kat blog tuh.. edit2 sket.. tadak idea sgt la.. tp, ada jgk test2 guna dreamweaver.. bleh tahan la cubaan pertama ni.. nanti aku tunjuk la hasilnya.. muehehehe..

    setakat ni, banner ngan footer dah siap.. biasa la.. aku kan pem'banner' punya olang... siap wat utk Yul (emily's kipas-susah-mati) ngan Pid (gimme some sugar, i am your neighbour).. kehkeh..

    nantikan kemunculan album sulung sayer di pasaran minggu depan.. fewwittt...!

    >> sapa ada script2 yg agak2 bes, send kat email Yahoo aku ek.. dlm minggu neh kalo bleh.. bagi jah apa2 pon... arigato!

    Tuesday 16 August 2005

    mateku..

    aku tgh dlm cuti ni.. bkn cuti semester, tapi cuti sakit. dlm erti kata lain, MC.. 3 hari MC. sape nak kasik..? actually, smlm aku kena operate sket kat mata. wat kat hospital klang.. tu psl dpt MC. alhamdulillah skrg ok sket la.. tp takleh nak terdedah sgt kat panas.. camna nak pi dating neh.. hehehehe...

    tu saja kot..

    >> insyaAllah jadi trip kelas ke Tioman pada 1 September neh.. pertama kali g pulau selain pulau langkawi dan pulau pinang.. hehehe..

    Wednesday 10 August 2005

    Cuti jerebu..

    huhuhuhu... setelah jerebu kian menjadi2 kat area shah alam ni, Vice Chancellor (VC) of UiTM, encik ibrahim abu shah yg bermisai tebal tuh, bg cuti kat suma student UiTM shah alam mulai hari ni sehingga hari jumaat.. bagus btol.. bkn sbb aku tak suka pi kelas, tp, tau2 la kan enviroment berasap ni.. sakit jantung plak rasa.. lebih2 lagi kalo nak naik ke fakulti yg berbukit tuh.. semput la jadiknya.. kalo org yg smoking mesti rasa cam biasa je kot..

    hm..nak buat apa la cuti2 ni.. esimen ada tp cpu antar maintenance sat. hantar semalam. mintak dia (encik maintenance) masukkan skali harddisk yg baru beli masa PC fair haritu.. sblm ni storage beli harddisk MAXTOR 120G = RM250. value for money tuuu... pahtu beli RAM Kingston 512M = RM150(+-).. dah pasang sendiri. sok kot dia hantar blk.. kena charge la plak..

    cukup utk kali ni.. kita kembali ke studio..

    Monday 8 August 2005

    Sebok btol..

    uii.. lama dah tak apdet. dekat 2 minggu jgk la.. aritu ada jgk nak apdet. tp tadak idea. jd, tak la aku apdet. nak taip apa neh..?

    hm..minggu ni jadual aku full ngan event2 tertentu.. stat harini, ada submission utk subject economics. yeryer buat dgn tekun (baca: las menet).. last2 dia tak mintak pon. hampes.. dah la tido lambat, salah buat soklan plak tu.. lain disuruh, lain yg kitorang (aku dan pid, selaku rakan tiru-meniru) buat.. tp, mujur gak la dia tak suruh anta, kalo tak dpt telur ayam kampung secara free la gamaknya.

    pahtu, hari jumaat, ada 1 lg submission utk subject professional practice (profesional la sgt...) dan ditambah dengan presentation utk propose tajuk dissert (thesis). tak prepare apa pon lagi melainkan tidur yg cukup.. kuikui.. pemilihan tajuk pon tak finalise lg.. sakit pala otak..

    ckp psal sakit pala ni, aku dah dekat seminggu batuk2 dan kadangkala selsema (dah jd budak hingusan smula..). ni akibat jerebu yg dah makin menjadi2 kat shah alam ni.. kalau dari fakulti, slalu bleh nampak sampai ke residential area kat seksyen 7 nun. tp, sejak 2mnjak ni, guard post saja yg nampak.. bak kata pembaca berita, jarak penglihatan kat area lembah kelang ni, dalam 1KM jahh.. dah teruk la tu..

    uhuk..uhuk..! benti dulu, batuk dah semakin menjadi2 neh..

    >> tunggu pakcik kayo blk ke mesia jumaat ni.. aku kaya! hehehe..

    Thursday 28 July 2005

    Attention..!

    perhatian kepada semua dak UiTM.. loan (baca: duit pinjam) dah masuk hari ni.. walaupon duit aku dah masuk (agak2 la setelah nampak budak2 laki beratur panjang kat ATM), tp aku xtau nak buat apa ngan duit byk2 tuh. hahaha.. ada cadangan? biasa la kalo pompuan neh.. asal ada duit, nak shopping manjang. aku tidak terkecuali..

    ha..lagi 1, sapa2 nak beli barang kompiter, 5-7 August ni ada PC Fair kat KL Convention Center (kat KLCC). aku ingat bleh la laburkan sket duit pinjam ni kat sana. jom la kita pi ramai2..

    >> kita makan Pizza dulu... hehe..

    Sunday 24 July 2005

    kelas IT..

    canggih btol pembelajaran zaman skrg. guna kompiter jah.. esimen pon bg melalui email. canggih2.. ada 1 subjek ni. subjek Information Technology.. kena buat web, database dll.. 1st time aku blajar benda2 ni.. slalu pakai teori otak sendiri.. tu pon dah jadik.. kalo belajar, gempak camna plak kan? hehehehe... adakah aku sudah mula riak?

    hm.. 1st kelas arituh, kelas di waktu mlm. sbb lecturer tu lecturer part time. boleh tahan la dia ajar.. bes gak. tak strict sgt.. yg paling bes, dia wat summary on his lecture pada mlm itu.. dan ini hasilnya...



    pc boleh dikaitkan ngan jamban eh..? hehe...

    >> loan tak masuk lagi la... huhuhuhuhuhu...

    Tuesday 19 July 2005

    leganya...

    hm.. crita lagi psai tajuk thesis ni.. sepatutnya tajuk kena propose sabtu ni.. tp memandangkan lecturer incharge bersalin plak, dah kena tunda 12 August ni.. hahaha.. bagusnya........ itu la pentingnya ada lecturer pompuan yg muda2 neh.. cuti je manjang.. hehehe.. sempat lagi nak berfoya2 ni..

    >> loan tak masuk lagi la.. camner nak mkn Pizza.. (selera makin beso plak taim takde duit ni..)

    Friday 15 July 2005

    student life..

    hm.. dah seminggu aku masuk kelas. dan seminggu ni la aku pakai baju kurung.. seperti biasa, minggu pertama kena pakai baju kurung, to determine lecturer mana yg tak bagi pakai sluar.. huhuhu.. nampaknya, suma sporting blaka. bes2.. plak tu, aku dpt dok kolej walaupon umah ngan uitm 10 menet je perjalanan.. dan semestinya masih di kolej anggerik yg indah permai seperti kota keriangan.

    nak bes kan lagi cerita, jadual waktu plak tak full mana..
    > isnin 830pg - 1030 - 1230, 210 - 510ptg
    > selasa 830 - 1030 - 1230, 410 - 610
    > rabu 830 - 1230
    > kamis 930 - 1030, 1130 - 1230, 210 - 510
    > jumaat 830 - 1030 - 1230

    ok la tu.. hari rabu leh tgk wayang dgn murah.. hehehe..

    Thursday 7 July 2005

    Otakku yg tepu..

    kelas stat hari isnin kot.. isnin yg malas.. kelas seawal 830 pagi dengan kelas ekonomi yg tak bes.. dan lecturer yg kenal aku.. pahni mesti kena attact je la.. huhuhu.. berilah aku kekuatan fizikal dan mental utk bangun seawal menet pertama...

    >> kak am, nak kawen dah yer.. bes la dia.. hehe..

    Tuesday 5 July 2005

    Mari berfikir - siri 1..

    aku suka quote dr DJ Rostam kat Radio Era..

    "Dunia ibarat sebuah buku.. jika tidak mengembara, umpama membaca sehelai muka surat sahaja.. begitu juga sebaliknya. Buku juga ibarat seperti dunia. Jika tidak membaca, umpama berada di suatu tempat sahaja.."


    Marilah kita pupuk sifat membaca terutamanya kepada aku yg tak suka membaca, walaupon buku pelajaran ketika minggu peperiksaan.. org lain bacakan, aku suka.. sbb tu aku dok kat shah alam jahh.. muehehe..

    >> tima kaseh Pid, bacakan buku utk aku secara kuat utk subjek Law masa diploma dulu.. cemerlang IT gak la keputusan aku masa tuh..

    guru law a.k.a. guru yayah memberi lambaian kepada peminat.. dan mek king org kemamang, selamat kembali ke UiTM, usaha jaya mara..

    Sunday 3 July 2005

    credit hour..

    huhu.. pah tgk CikGu's crdt hr, terasa jeles mula menjadi2.. masakan tidak, tidak pernah skali aku amek 17 crdt hr per semester.. paling sket pon 21.. semester lepas, 25 crdt hr, 10 subjek.. mmg dingdong la pala aku. dah macam gong pulak..

    semester ni, alhamdulillah.... 23 crdt hour sahaja.. tak banyak pon. hanya 9 subjek saja.. bes kan? (sambil bergenangan ayaq mata..) huhu.. tak tau la apsal, faculty aku mmg tetapkan subjek berat2 dan banyak belaka. tgk bebudak accountancy ka, engine ka, law ka..suma tak penah cecah 20 crdt hr.. slalu dlm 15 jahh.. tu psai depa leh dpt anugerah dekan (3.50 and above) setiap sem. tak aci oo....

    ni senarai subjek dan crdt hr untuk semester nih.. Yul, ko kalo lom daftar, rujuk senarai nih..

    1. Measurement of Construction Works IV (QSB561) - 4
    2. Construction Technology IV (QSB562) - 3
    3. Information Technology II (QSB565) - 2
    4. Construction Economics II (QSB566) - 3
    5. Profesional Practice I (QSB569) - 3
    6. Applied Studies II (QSB573) - 2
    7. Building Services III (QSB575) - 2
    8. Report Writing (BEL450) - 2
    9. Arabic (BAB451) - 2
    --> suma group A kecuali BEL group B sbb bertindih ngan kelas BS.

    >> muehehe..arab tu yg aku suka tuh.. dtg kelas lambat, balik cepat.. lalala..

    Friday 1 July 2005

    cuti oh cuti...

    hohoho(dgn nada krismas).. seminggu je lagi cuti semester nak abih. daftar 7hb ni.. 3 bulan sudah berlalu dgn begitu pantas skalik tanpa disedari (konon..padahal senak menunggu).. masuk semester ni, semester 4 dan skaligus ada lagi 2 semester (setahun) untuk abihkan keseluruhan penat lelah ni.. fuh..fuh.. penat nih.. otak ni dah hampir tepu dah rasanya.. hm..secara otometiknya, duit loan akan masuk dlm pertengahan @ hujung bln 7 dan bleh la bersama2 the yul's (persatuan toyol2 tak berdaftar) utk berfoya2.. opp.. tercakap pulak..

    zaman tadika gak bes.. rilek jer.. hari2 makan sedap, pahtu nyanyi lagu negaraku, pahtu member aku pengsan sbb berdiri lama masa assembly (lagu negaraku baru abih, dah pengsan..), blaja ABC, gaduh ngan budak laki, tgk keta lalu-lalang, beli mamee ngan askrem mesia (askrem buatan sendiri berharga skupang), lari2 dalam surau (sbb surau kat atas tadika), macam2 lagi.. sat saja masa berlalu..

    terjumpa plak gambar tadika ni masa dok kemas brg2 zaman purba dulu.. gambar ni masa adek aku pon tadak lagi..ni besfren2 aku masa tadika.. tah kat mana la diorang skrg nih..

    dari kiri : yati, epit, aku dan akak epit


    >> lagu Thank You by Mirwana aku dedicate to The President of Yul sbb perkenalkan aku ngan lagu ni dlm bentuk flash.. dan jugak CikGu dgn ucapan, dah mandi ke blom? hehe..
    >> sapa nak download lagu neh, right click and save as lagu Thank You -Mirwana
    >> thanks to Hurzalafi.. aku jumpa link lagu nih kat blog dia.. lama dah cari lagu ni.

    Thursday 30 June 2005

    mari berkuiz..

    aku dok tgk ramai dok wat quiz ni.. jd aku pon test gak la.. dan ini resultnye..

    You scored as Architect. YOUR AN ARCHITECT!

    Quantity Surveyor

    83%

    Architect

    83%

    Doctor

    67%

    Engineer

    67%

    Lawyer

    33%

    What kinda job r u meant to be..?
    created with QuizFarm.com

    hehe.. sbnanya kat quantity surveyor tu, i-banker.. ada plak i-banker termasuk dlm list.. ceh.. kan patut QS disitu.. tp disebabkan quiz ni tadak list QS, dia pon pepandai letak i-banker kat situ.. hehehe.. psl architect ni, minat gak la sposen. tp abg aku tak kasik amek masa aku dok isi borang dulu.. katanya, leceh dan byk keja.. QS pon bleh aa.. bes hapa! promote..promote..

    Tuesday 28 June 2005

    anak durhaka..?

    aku ada terbaca kat beberapa blog tentang artikel kisah anak yg durhaka sbb campak Al-Quran mak dia semata2 nak tgk rancangan hiburan.. pahtu anak dia tu bertukar menjadi rupa haiwan dan skrg dijaga di dalam sebuah hospital yang kat mana tah. ala..korang pon musti penah baca.. tp, baru ni aku ada dpt email yg menyatakan crita tu sbnarnya tak btol.. artikel yg di maksudkan adalah di www.tranungkite.net, yg bertajuk "Balasan Allah" yang diterbitkan di laman ini pada hari Jumaat 17 Jun lalu.

    sebenarnya, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar pameran "We are family, Venice, Biennale, 2003". untuk keterangan lanjut sila ke website ini:
    cerita sebenar..

    tah yer, tah idak.. huhuhu..

    >> ini hanya informasi dari email yg diterima.. segala kesilapan atau percanggahan adalah tidak berkaitan dgn penulis.. harap maklum ek.. hehe..

    Sunday 26 June 2005

    nasi tambah 1..

    muehehehe.. sbnarnya anak buah aku dah bertambah sorg hari ni.. dah macam nasik tambah dah.. lepas 1, dtg lagi 1.. dah cam musim plak.. taun ni je dah 2 org dan menjadikan total suma adalah 3 org.. huhu.. mujur aku tak keja lagi. kalo tak, taim raya masing2 dah pakat2 hulur tangan.. ni la pentingnya jd student. setiap kali raya, org lain yg kasik duit walaupon tak mintak. kuikui..

    berbalik kepada anak buah td, dia merupakan seorang pompuan yg bakal mewarisi kerajinan aku.. hehe.. lahir kul 1 tgh hari td melalui operation memandangkan akak ipar ada darah tinggi. masa melawat td, dpt tgk baby melalui cermin jah.. lom bleh kluar dr bilik persatuan2 bayi tu lagi.. huh! ada gak amek gambar ngan henset tp takleh nak masuk dlm pc sbb hp cokia aku takdak bluetooth. jd, tak dpt la nak tunjuk rupa bayi yg berumur 4 jam tuh.. tunggu amek ngan kamera sehari 2 ni la..

    nama yg telah dicadangkan oleh mak bapak dia adalah faza aliesha @ nuraliesha. bkn main canggih-manggih nama bebudak skrg... nama aku gak yg mudah, sedap, tepat, cepat dan betul...kan?

    dan ini anak2 sudara makcik pawah setakat ni..


    Faiz A'aqil


    Wan Nor Khadijah

    Wednesday 22 June 2005

    hantu banner..

    sejak cuti ni, dah brapa byk banner dah aku tukar.. jgn kata sejak cuti, bln ni saja dah 4,5 kali tukar.. huhuhu.. mmg antu banner btoi la.. asal bukak je pc, tangan dah stat gatai nak design banner. tadak punca.. ehehe.. tu psl keja tak siap2..

    lepas tu, kegilaan aku thp banner ni makin menjadi2 apabila jumpa plak website budak Ikoko ni.. rupanya dia letak wallpaper yg lawa2 kat satu web ni.. (web dia gak la..) macam2 kategori wallpaper yg ada kat situ antaranya, anime wallpaper, digital, game, movie, dan ade la byk lagi.. korang pon bleh upload kat situ kalo korg ada wallpaper yg best untuk dikongsi sama2.. apa salahnya, kongsi2 ni kan? jgn berkongsi hidup, sudahlah.. ehehehe..



    ape kata korang masuk kat Sukasuki Wallpaper ni.. tgk sendiri la yer.. aku promote jahh..

    >> sapa ada ubat nok buang antu dlm otak aku nih..? aku nak wat keje dgn aman ni.. waaaa...!!

    Sunday 19 June 2005

    mari bersukan..

    itu lah dia topik pd harini.. sebenarnya td baru blk main bowling.. tu yg penuh semangat kesukanan. hm..lama tak pegang bola yg berat tuh.. bakat pon dah lama tak digilap. cewah2.. actually, opis kakak wat family day kat pusat boling the summit, USJ. wat tournament la kiranya.. aku selit2 main kat lane free (tak join tournament) ngan encik wan (abg ipar), memandangkan kakak maseh blom bleh angkat2 berat setelah lahirkan anak 1st. kalo tak, dia yg join dulu.

    hm..sedap la main free. nak bayar pon RM5.50/game.. mahalnya.. huhu.. kat Plaza Alam Sentral (PAS) baru RM4.80/game. kalo weekdays (10 a.m. to 6 p.m.), student bayo dlm RM2.20 (lom +RM2.00 for shoe rental) jer.. (nampak sgt ke aku ni kaki bowling?) ish..ni pehal promote Bowling kat PAS lak nih.. huhu..

    pah tournament abih, kami main secara berbayar plak memandangkan masa main kat lane free tu, hanya main 1 game jahh.. plak tu ramai ngan tah sapa2 yg tak join tournament tu. 1st game tu la baru warm-up.. jd, dah alang2 main, beli la 3 game (after add another 1 game sbb tak puas ati dgn mata masing2..hehe..)

    secara ringkasnya, keputusan permainan adalah seperti berikut;

    W = Wan
    CP = Che Poonz


    2nd game - antara pencapaian terhebat abad ini.. hehe..


    3rd game


    1st game tak sempat amek.. kalo tak, riak lebih lagi nih.. hehehe..

    >> sapa2 nok wat tournament ngan aku secara personal, jgn malu2 nak jemput.. kehkeh..
    >> permainan lain = tenis, pingpong, konda-kondi, galah panjang, batu seremban dan lari setempat.. muahahaha..

    Thursday 16 June 2005

    tips menghalang kecurian

    email dr kak mas dimana tips ni diberi oleh Polis DiRaja Malaysia. bagus gak nih, sebagai langkah2 keselamatan.. cuba baca tgk..

    1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

    2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka
    akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

    3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

    4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh cam kat kampong2) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

    5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama, pencuri pon dah tau...).

    6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert la kononnya).

    7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

    8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

    9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

    10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

    11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. (takkan no senag camtu pon tak hafal.. panik lain crita la..)

    12. 'Kalau' berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

    13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

    14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

    15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

    16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. (kesimpulan, jgn beli proton.. tak selamat.. hehe..) Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

    17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

    18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

    19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

    20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

    21. Jangan berkawan dengan Orang Indon atau Bangla.

    >> kehkeh... itu rupanya kesimpulannya.. mana yg dah 'ter'berkawan tu, jaga2 la.. lagi satu, jgn 100% caya kat jiran tuh.. bahaya gak.. huhuhu...

    Friday 10 June 2005

    Perumpamaan buatan sendiri..

    Tok (nenek) suka boh ayat2 kiasan dalam ayatnya yg kadang2 payah nak paham. tu tak masuk perkataan2 pelik yg aku jarang dengaq. ada beberapa perkara yang aku suka dr dia terutamanya perumpamaan yang dibuat sendiri olehnya.. mcm ni..

    "..apabila berjalan jadilah hamba, apabila sampai jadi raja.."

    maksudnya:
    kalau nak pi sesebuah tempat tu, kita bawak la bekai. walaupon berat, tp sat lagi bila sampai kt tempat dituju tu, kita bleh makan...

    ada 1 lagi..

    "kalau kita dukung anak lembu masa dia kecik2 tiap2 hari, bila dia dah jd mak lembu pon kita masih bleh angkat dia.."

    maksudnya:
    kalo usaha kita berterusan, insyaAllah akhirnya kita berjaya..

    sebenaqnya ada lagi tp tak ingat pulak. perumpamaan ni kalau kita dengaq, mmg la lawak. tp, maksud tersirat tu mmg btoi dan sgt penting.. buleh buat peringatan.

    teringat plak 2 perumpamaan yg aku buat masa diploma dulu, "ibarat shin chan dipinggir katil" dan 1 lagi, aku takleh nak bagitau sbb .... ada la.. hahaha.. perumpamaan ni dibuat sbb nak ganti ngan perumpamaan "ibarat telur dihujung tanduk". masa tu shin chan aku dok tgk aku ja, jd, terbit lah idea ni yg maseh digunakan sampai la ni..

    apapon perumpamaannya, yang penting isinya, bukan sahaja untuk peringatan, ttp juga untuk pengetahuan.. bak kata orang Kedah, "bahasa jiwa bangsa"..

    Sekian sajalah syarahan saya pada hari ini, terima kaseh.. ehehehe...

    Tuesday 7 June 2005

    Jalan-jalan cari pasai..

    semalam pi times square utk pertama kalinya.. pi la tgk ada apa yg suma org dok sakan sgt.. takdak apa pon..

    aku bwk adik ngan sorg anak makcik pi main kat Cosmo's World Theme Park .. tak beli tiket lagi, aku dah teruja ngan rollercoaster (supersonic odyssey) kat situ.. huhu.. track dia mmg mencabar abih.. lalu ataih pala org awam ja.. kalo jatuh la.. opppsss...

    tiket mahal gak la. adult RM25/head (kalo ada 2 kepala kena bayaq double.. heh). budak2 RM15/head while warga emas RM15 jgk (org2 tua mana sakan sgt mcm org muda..). percubaan pertama dimulakan dgn bismillah.. hehe.. aku naik spinning orbit yg naik sampai bumbung tuh.. katanya "it's rotating at 10 rate per minute".. tu dia aih.. sebagai seorang penggayat, aku lebih rela tgk kelopak mata sendiri dr tgk kat bawah.. huhu.. tinggi wooo..



    lepas tu, naik plak DNA mixer. tgk org lain naik, cam beh jah.. dah naik, baru tau ke'gila babas'annya.. ada plak dia benti taim kepala ke bawah.. mmg nak mix DNA btol la tuh.. mereng la gak seround.. pahtu ada la 3,4 pamenan lain yg aku try.. dan yg pasti, aku naik la rollercoaster tu. mmg bes ah.. adik aku takmo naik. penakut punya budak. anak makcik plak x cukup min height.. cheh.. aku turun ja rollercoaster tu, nampak gambaq aku kat screen org jual gambaq kat tepi tuh.. gambaq taim rollercoaster tu tgh turun cerun. bleh plak amek gambaq taim tu.. mana dan nak kontrol cun.. hehehe..



    kluaq dari park tu, aku pekena daytona beberapa round dan 'ter'kalahkan mamat2 cina yg nampak ja cam gangster, tp hampeh.. muka2 depa mcm tak puas ati sbb aku telah terbalikkan keta masing2 dan dpt no 1. tak bes kot sbb kalah ngan pompuan.. haha.. skill penting tuh..

    kalo hangpa nak pi, pi ngan kawan2 secara berjemaah la, baru bes.. pahtu, jgn makan kenyang2.. saranan aku nih..

    Thursday 2 June 2005

    Insaflah umattt...

    tatkala aku dok kemas buku² dr zaman pra-skolah, terjumpa plak risalah yg aku ngan angah wat utk BADAR (badan dakwah dan rohani) mase kat skolah dulu. bukan main lagi wat risalah agama utk sume student.. padahal perangai cam hapa je.. heheh.. nak wat camner, dah terlantik jadi AJK biro penerbitan dan dokumentasi BADAR.

    dalam risalah ni ade tertulis, mengenai catatan dr Imam Al-Ghazali yg menyatakan bahawa bahaya ketiga : bercakap kosong pada perkara batil. tuu dia..

    "ia bermaksud bercerita tentang perkara maksiat seperti kisah² lucah, kehebatan harta kekayaan, umpatan, kejian, cerita karut dan seumpamanya, dan itu adalah haram. manakala berkata lebih banyak pada perkara yang tidak penting, maka adalah lebih baik dijauhi. ini kerana kekerapan bercakap pada perkara yang tidak penting boleh membawa kita kepadabercerita perkara² yang batil. oleh kerana perkara yang batil itu sangat banyak, maka jalan terbaik untuk mengelakkan daripada terlibat adalah dengan mengurangkan bercakap perkara yang tidak penting.."


    Sabda Rasulullah S.A.W., "manusia yang terbesar dosanya pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak turut campur dalam hal yang batil"

    insaflah kawan²ku..

    >> (muka keinsafan)

    Monday 30 May 2005

    Tajuk thesis..

    tinggal lagi sebulan nak bukak sem (7 july). dan ini sekaligus bermaksud, 2 minggu lepas bukak sem, nak kena wat perbentangan tajuk thesis which is a basic requirement for my final project. cewah.. cuak kan bunyiknye?

    menurut lecturer, setiap student kena prepare at least 3 proposals supaya kalo kena reject, leh la backup. kalo rasa2 cam kena reject semua, kena la prepare 10 tajuk. cam nak wat buku plak rasenye..

    yg menjadi masalah mental ni, sume2 tajuk yg dah dibuat oleh student2 sebelum ni, mestilah TIDAK boleh diulang melainkan teknik yg digunakan adalah berlainan. misalnye ade teknik baru ke.. dan seumpamanya. senarai tajuk pon dah diberi masa sblm cuti harituh. kalo korang nak tau, tajuk2 yg diberi adalah bermula dari tahun 1978 sehingga sekarang. dari zaman lecturer2 aku maseh anak dara tu.. mane la tak masaknye otak aku..

    camner pon, aku dah pilih 3 tajuk yg berkisarkan construction ataupon fabrication. mudah sket rasanya sbb benda2 camni bleh nampak berbanding ngan management yg tepape tuh. first, psal offshore, 2nd psl retention pond kat ss7 tuh and 3rd psl bridge antara tanah besar ngan pulau bunting kat kg aku (blom bukak lagi).

    gudlak utk diri aku.. gambatte kudasai!

    >> sape2 ada kawan2 yg buleh bg maklumat esp psl offshore tuh, bagi la no dia kat aku.. takde contact lagi ni...

    Thursday 26 May 2005

    Lagu2 Melly..

    sedap rupanya lagu2 melly goeslow.. sesedap coleslow buatan aku. pah tgk crite 'Tentang Dia', dengar plak lagu2 dia.. mmg bes aa.. aku rasa, cerita ni sesuai untuk org2 muda yg rajin berpikir.. baru tau apa motifnya..

    lagu CINTA ni bes..

    Menapak jalan yang menjauh
    Tentukan arah yang kumau
    Tempatkan aku pada satu peristiwa
    Yang membuat hati lara

    Di dekat engkau aku tenang
    Sandung matamu penuh tanya
    Misteri hidup akankah menghilang
    Dan bahagia di akhir cerita

    Cinta tegarkan hatiku
    Tak mau sesuatu merenggut engkau
    Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
    Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
    Aku junjung petuahmu
    Cintai dia yang mencintaiku
    Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
    Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

    Di dekat engkau aku tenang
    Sandung matamu penuh tanya
    Misteri hidup akankah menghilang
    Dan bahagia di akhir cerita

    Cinta tegarkan hatiku
    Tak mau sesuatu merenggut engkau
    Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
    Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

    Aku junjung petuahmu
    Cintai dia yang mencintaiku
    Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
    Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

    Cinta biar saja ada
    Yang terjadi biar saja terjadi
    Bagaimana pun hidup hanya cerita
    Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan

    Lagu : Cinta
    Nyanyian : Melly Goeslaw feat. Kris Dayanti

    >> tgk tuh.. "Cintai dia yang mencintaiku".maksudnya, kalo org tu tak cinta kita, kita jgn gatai nak pi cinta kat dia.. huhu..

    Monday 23 May 2005

    Result pekse kuar dah..

    akibat tidak terlalu berfoye2, result aku akhirnye telah jatuh dgn jayanya. mungkin lepas ni perlu lebih banyak bermain bowling atau ber'Daytona' beberapa round seperti tahun2 sebelumnya dalam mengejar keputusan yang lebih membersangsangkan.

    semester lepas, aku telah tekun ngadap buku dan kurang memonteng kelas secara semberono. mungkin itu adalah penyebab utama result aku tak bes. misalnya, kelas economics 'kegemaran' aku tuh, rasanya ade la skali 2 aku ponteng. Malah ketika taim ujan lebat pon, aku redah jua utk mendapatkan secebis ilmu di dada (yeryer je..) walaupon aku terpaksa bergelumang dgn kesejukan ekon dan baju yg basah dlm kelas.. huhuhuhu...

    Namun begitu, gameboy adek aku sering menjadi teman ketika kelas economics tu.. tu la gamaknye penyebab utama penurunan pointer utk subjek tu. tergamak btol..

    apepon, aku bersyukur sbb aku pass sume paper sem ni.. dan berharap akan lebih bersungguh2 dlm kelas pada semester akan datang.. (bleh caye ke ni..?)

    "Majulah sukan utk negara.." marilah kita bermain tenis dan pingpong.. ;)

    Friday 20 May 2005

    Hepi Besday to miss Jamilos

    hepi besday to sepupu aku, Sity Jameella.. satu2nya sepupu pompuan aku yg sebaya ngan aku dan skrg blajo kat UTM nun. sedar tak sedar, kita dah sama2 umur 22 tahun. dari zaman pi raya sama2 seluruh kampung, sampai la skrg yg masing2 tgh berusaha mencari haluan yg terbaik utk masa depan..


    sejak bayi lagi kami dah amek gambo sama2.. ;)


    masa zaman hingusan.. (aku pakai skirt tuh.. hahaha..)


    raya..


    zaman dah bleh masuk minang.. hahaha..

    Good Luck for ur future undertaking and may Allah bless us...

    Tuesday 17 May 2005

    Kembali Ke Pangkuan..

    huhu.. journey aku selama lebih kurang sebulan tu, akhirnya tamat jua.. tah brape rat duit aku abih. takpe la.. bkn slalu..

    dari shah alam, aku g kuantan (umah noma), pahtu ke triang (umah pid), then ke temerloh (umah pakngah) dan akhirnye, aku dok kt kampung selama 3 minggu.. Balik smlm aku naik train dr sungai petani dan turun kat kl sentral. sememangnya kenderaan itu merupakan feveret aku walaupon masa yg diambil utk sampai ke kl adalah selama 12 jam. bleh layan blues.. hehe.. sapa2 yg ade penyakit terutamanya yg mudah krem sbb sejuk, aku sarankan toksah la naik train. sejuk bangettt..

    orang ramai sering bertanyakan, "kenapa ko slalu sgt blk kg? ada ape kat sana?".. Jadi, secara eksklusif anda dibawakan khas ke kg emak aku, Kg. Singkir, Yan, Kedah Darul Aman. Nak tau ape yg bes sgt kat sana, meh masuk fotopages aku.

    penatnye.. tido dulu eh.

    Sunday 8 May 2005

    tukar lagi ha..

    tukar layout jap.. bosan ngan layout lama.. ni pon amek kat template yg sedia ada.. skrg masih bz kat kg.. jd, tak dapek a nak edit sokmo.. next week bleh aa..

    sape tak puas ati ngan layout baru, leh wat surat rasmi bertulis kat aku.. sekian..

    Friday 29 April 2005

    che pOOnz TOUR

    mulai 22 April haritu, tour bermula di umah Yul kat Kuantan. Dlm masa 3 hari dok sana, pelbagai aktiviti gaya bebas dapat dilakukan. Antaranya; mandi laut kat umah neneknye, jumpe budak Anas (member kampung), berfoye2 kat Megamall, saje suka2 g muntah kat funfair (tu la.. nak naik lagi natang pusing2 tu.. kan dah padan muka aku!), g makan ikan bakar, dan lain2 keje takde pekdah.

    pahtu, konsert bergerak ini kemudiannye beralih ke Triang (umah pid). keje aku, makan dan tido tak kira waktu. sampai ade jiran dia dtg kejut aku bgn tido lagi tuh. hahahaha.... malu btol. padahal dia salah org. dia nak kejut adik member aku tuh.. tu la, padan muka aku lagi. pada siang hari, aku dan Yul g tlg mak dia jual ABC, kopok lekor ngan cucur udang. Tolong makan la.. setelah merasakan kami telah membangkrupkan bisnes diorang, aku dan Yul lari ke umah sepupuku, Jamilos kat Temerloh. Kat sana, buat bodo je.. hehehe...

    malam 27hb haritu, driver aku anto aku kat sg petani bersama2 cik Yul, Pid dan emaknya. pid dan emaknye g umah bapa sudaranya kat Teloi. so, cik Yul je yg folo pi kg aku. dlm masa sehari, aku bwk dia g mandi sungai, foye2 kat sg petani, makan angin sampai kenyang kat tepi laut dan tido di rumah baru..

    Hari ini, dia telahpon pulang ke shah alam bagi meneruskan tournye sendiri ke PD pula.. dan aku, kembali men'cc'... kepada Yul, jemput2 la dtg ke kg aku lagi.. mu jange malu2...

    Sunday 17 April 2005

    Diploma in Quantity Surveying

    huhu.. akhirnya terkonvo jua aku.. disaksikan oleh Dewan Sri Budiman (DSB) yg tak berapa budiman tuh, aku telah berjalan diatas pentas utk bersalaman ngan abg hensem perWIRAku tu.. name pe tah encik Wira tuh.. dr zaman abg aku amek sijil, sampai ke ijazah, dia je la yg bg... tak krem ke kaki dia aa?

    Pg td sampai lambat kat bangunan HEP tuh. Pid dah cuak sbb jubah dia ade kat aku. tu la, sapa suro aku amekkan.. tp, taim sampai tu, graduan lain lom lagi gerak2 khas ke DSB. yer yer je aku wat pecutan dr rumah lalu meninggalkan mak dan sepupu aku si jamilos, dirumah.. huhu...

    Apepon, bes jumpe member2 lama walaupon pah abih majlis, sume tah lari ke mana. tak sempat nak amek gambo ngan cik Noma aka Yul (toyol versi endon) tuh.. Sori ah Noma, aku tak jumpe ko, lantas pulang ke rumah ngan jaya nye.. ('mcm la henset takde...' aku tau itu ayat yg nak ditujukan, kan? malangnye, krdtku telah habis ditelan zaman, nak wat camner?

    Apepon, kepada member2 yg dah mula bekerjaya tuh, ingat2 la aku yg masih jd student ni.. setaun setengah lagi nak abih ni.. InsyaAllah.. huhu..


    aku ngan angah (Fadzilah Lee Ideris)

    >>pegi tgk gamba konvo lain kat Fotopages Aku

    Monday 11 April 2005

    Besnye jalan2..

    wat first taimnye aku g naik skybridge kat KLCC tu.. cam batak ade gak sbb 1st taim naik la kate.. dah la guna digital camera Noma tanpa kebenaran , last2 bateri takde bila dah sampai kat atas sane.. huhu.... tu la akibatnya kalo amik brg org tak mintak kebenaran bertulis.. huhu...

    tp, tima kaseh kat encik Golox kita yang telah menyelamatkan keadaan apabila kameranya berfungsi dgn baik lagi gah di atas sana.. maka, aku pon tumpang2 taruk muka kat dlm kamera dia tu.. buat2 nampak cam ramai sket.. hehe... rupanya, nak naik skybridge tu, FREE je.. tp kena book awal sket aa tarikh ngan taim korang nak g tuh.. bes oo... korang g aa try tes..


    peace dgn penuh bertenaga dr skybridge..

    Saturday 9 April 2005

    3...2...1..

    MERDEKA..!!

    yey! pekse dah abih... bleh la g mabuk2 seround sorang2 jap lagi.. member sume dah nak blk kg la.. Ptg ni, kalo tak ujan, leh main tenis ngan abg pendek seniorKu itu.. kihkih..

    Wednesday 6 April 2005

    ade 2 je lagi..

    huhu.. setelah berhempas-pulas untuk 7 paper, akhirnya ada lagi 2 paper untuk aku senak perut. tinggal paper Construction Technology ngan Bahasa Arab yg ku cintai.. hehe..

    Setelah tamat 9 hb ni, aku kena prepare untuk konvo plak. 11hb amik jubah. Konvo on 17th.. Sidang ketujuh. cewah... bunyi cam bes je kan? Tp, kena pakai high heel plak la.. ni yang aku menyampah ni... huh!

    >> sape yang rase2 teringin nak bagi bunga kat aku, datang la secara berjemaah kat Dewan Sri Budiman kat UiTM Shah Alam.. Jangan la malu2 plak. Hehehe...

    Friday 1 April 2005

    cyber cafe dan aku..

    dah jadi cam pekerja cc plak aku ni.. hari2 ade je kat kat seksyen 2 ni..

    well, haritu kawan2 aku dah menyeprisekan aku dgn membuat parti harijadi yg aku rasa dlm seumur idup baru masuk 2 kali ade makan2 kek secara terkejut ni.. kononnye nak dtg bilik nak study tp aku tadde kat kolej (mase tu g cc). jd diorang suro blk cepat sbb tadde kunci nak masuk bilik. maka, bergegas lah pulang walaupon taim tu ujan lebat.. yg peliknye, kasut byk plak kat dpn bilik. tu yg jd aku curiga tuh.. masuk je, bilik gelap dan tiba2, lighter dinyalakan dan 'SURPRISE' dilaungkan umpama countdown merdeka baru sahaja selesai.. dgn rase terkejut (nasib baik diorang tak amik gambar aku taim tuh..), aku kuar balik dan tutup pintu.. hehehe... macam2 la..

    apepon tima kaseh la kepada kawan aku, Pid dan Noma diatas penghargaan tu. sampai sepanjang jalan diorang kena ngorat sbb bwk hadiah kotak besau utk aku. kehkeh..


    sejak bile plak la nama aku ade 2 'R' ni..


    shin chan aku dah ade adek baru nama TANTI@TONTO... iaitu nama hantu dlm citer KELIBAT. haha...

    pahtu, lupa nak kata, hp baru pon lama beli.. dan ni la rupenye... beskan? hehe..



    >> dikala org lain mula sebok nak blk umah sbb dah abih paper exam, aku plak ade lagi 4 paper.. huhu.. Ganbatte utk diri sendiri...

    Sunday 27 March 2005

    Dah tua rupenye..

    huhu.. punya bz berpekse, rupanya arini besday aku.. sedor sbb ada sorg mamat ni msg wish besday.. haha.. punye tak amek kesah tarikh tu.. maklum la, ade 6 paper je lagi kann.... (ayat nak sedapkan ati je ni..) tekanan jiwa dilaporkan.. waaaaaa...

    Diharapkan, dgn umur 22 tahun ni akan memberikan kesihatan, keamanan, kejayaan, kebahagiaan, keyakinan, ketaqwaan dan kesempurnaan dalam hidup seterusnya... InsyaAllah..

    >> smlm g kenduri kawen Aya, clasmet aku mase amik Diploma in QS dulu.. Dia dak Marang kawen ngan org Sabak Bernam.. leh ngomong jawe la pahni.. haha.. nak tgk gamba dia, klik kat Fotopages Aku..

    Monday 14 March 2005

    Exam Fever...

    sedor tak sedor, skrg dah masuk study week.. jadinye, next week dah stat paper exam aku.. sume skali ade 9 paper. 10 subject. Ada 1 subjek takde paper final tp kena wat projet. Jadual exam adalah seperti berikut:

    22nd March 2004
    0900 pagi
    Measurement of Construction Works (paper I)

    0215 ptg
    Measurement of Construction Works (paper II)

    23rd March 2004
    0900 pagi
    Titas II

    24th March 2004
    0900 pagi
    English

    29th March 2004
    0900 pagi
    Construction Law

    31st March 2004
    0900 pagi
    Construction Economics

    4rd Apr 2004
    0900 pagi
    Building Services

    6th Apr 2004
    0900 pagi
    Data Analysis

    8th Apr 2004
    0830 pagi
    Construction Technology

    9th Apr 2004
    0900 pagi
    Bahasa Arab

    GANBATTE KUDDASAI..!!

    Pahtu, ada 1 lagu endon ni.. bes gak la dengar walaupon slow bkn main.. Mekasih kat Razif sbb perkenalkan aku kat group Endon nih..

    Tajuk : Karna Ku Sayang Kamu
    Oleh : DYGTA

    Seandainya, kau ada disini denganku
    Mungkin ku tak sendiri
    Bayanganmu, yang selalu menemaniku
    Hiasi malam sepiku
    Kuingin bersama dirimu
    Ku tak akan pernah, berpaling darimu
    Walau kini, kau jauh dariku
    Kan slalu kunanti
    Karna ku sayang kamu

    Hati ini, selalu memanggil namamu
    Dengarlah melatiku
    Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
    Takkan pernah ada yg lain

    Adakah rindu di hatimu
    Seperti rindu yang kurasa
    Sanggupkah kuterus terlena
    Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu

    Seandainya, kau ada disini denganku
    Mungkin ku tak sendiri
    Bayanganmu, yang selalu menemaniku
    Hiasi malam sepiku
    Kuingin bersama dirimu
    Ku tak akan pernah, berpaling darimu
    Walau kini, kau jauh dariku
    Kan slalu kunanti
    Karna ku sayang kamu
    Kan slalu kunanti
    Karna ku sayang kamu..

    Sunday 6 March 2005

    SMKAKS 2nd Reunion..

    smlm ade reunion kat sekolah.. stat dr bec 1995 sampai 2004... suppose ramai la, tp tak ramai mana sbb skrg minggu student2 nak exam. malah, ade yg baru blk dr tes terus g skolah.. tu tak masuk yg ade kelas2 ganti, keje dll...


    dr backdrop kat dewan...

    Pegi ngan Aimi, naik kete kembara, 2 org je.. masing2 bawak kete dan macam ade pesta jual kete plak.. dr Merc sampai la ke kancil.. sume ade.. masing2 dah bekerjaya, especially senior2... yg jadi lecturer (bro. Shamsinor), jd manager (bro. Man) dll... yg dah berbini, anak cucu.. :D

    Mane yg tak dpt datang sbb hal2 masing2, bawak2 la bersabar.. terutamanya, encik Razif kita yg berada di UK, dgn ucapan kalau makan ketupat tu, ingat2lah kami di sini.. hahaha...

    Semoga berbahagialah semuanya... InsyaAllah...

    Thursday 3 March 2005

    Anak Buahku...

    hoho.. besnye dah dapat anak buah.. pompuan plak tu.. kakak bersalin mlm semalam.. mak kata, ade cam aku.. insyaAllah aku akan didik dia jd cam aku.. sopan santun, rajin, berjimat cermat... kehkeh... caya, jgn tak caya..

    mak suro aku bg nama.. sbb laki dia ade 'wan' kena la taruk wan.. cadangan: wan fatihah, wan farhani, wan farafisha, wan................ tadde idea. sape ade idea nama, bak mai sini.. yg pasti, nama kena stat ngan 'F' and not 'Farah'.. hehe...

    next, kakak ipar aku plak. due date dlm bln 6 nih.. dah bertambah anak buah plak pahni.. nak stat dah tu...

    Monday 28 February 2005

    Petiais..petiais...

    akhirnye petiais dr kepala aku dapat jua dicampakkan keluar setelah abisnya presentation APPLIED STUDY yg menyebabkan tekanan jiwa dilaporkan ke atas aku.. Subjek yang tadde paper final ni perlukan kerjasama dari ahli group utk wat keje, kemahiran speaking dgn lantang disamping memerlukan skill berbetah utk bertekak ngan lecturer dan juga sepasang mata yg cantik dan mampu utk fungsi dlm mase 48-72 jam... kihkih.. walaupon taim present tu, aku byk kena tiaw, tp, yg penting, sume dah tamat dgn jayanya... Alhamdullillah...

    sekarang, cuma ade esimen2 yg biasa perlu disiapkan dan terpaling penting, balik kemas bilik dulu... dah macam tongkang siam lak aku tgk..

    Saturday 26 February 2005

    Selangkah ke Alam Peperiksaan

    huh... sedor tak sedor, dah nak masuk bln 3.. dan taim tu jugak la pekse pon bermula.. xm stat on 22nd March to 9th Feb.. setelah lama tak bersukan, td, ade game bola jaring, lawan antara part.. lawan senior & junior.. taim ni la baru nak kenal.. elok gak tuh.. bes la jgk. lgpon, dah dekat2 nak pekse ni, elok la kuar2kan peluh yg dah lame beku dlm otak.. mulakan idup baru... ganbatte kudasai!!

    saje nak taruk lagu ni... penuh makna dalam diri... heh!

    RUFFEDGE - BiLA RiNDU

    dikeheningan malam,
    termenungku berseorang
    tak lena mata dipejam
    terdengar suara terngiang
    suara merdu yg di sayang
    bagai kau didepan mata
    ku capai tapi tak kenal
    sukarnya memendam rasa
    ingin ku luahkan kata

    bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
    syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
    jauh terbang diriku melayang
    aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
    inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
    melepasi segala hati ini

    jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
    ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
    bila tersedar semula,disisiku kau tiada
    sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua ooooouuu

    bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
    syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
    jauh terbang diriku melayang
    aku rindu,sentuhan mu ku terasa sayu
    inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
    melepasi segala hati ini

    sesunguhnya kita mestilah
    wujudkan sefahaman dan hormatmu
    hormati,ikhlas,kasih,
    sabar InsyaAllah kita akan bertemu semula (btol ke ni, Shy? cam tipu je..)
    makin tak ada,bertemu semula

    awan yg mencas semesta
    menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
    kesepian yg menyelubungi hari hari ku
    disajikan doa2 ku kerana rindu
    yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku,fantasiku,
    bukan dongeng lagi sayup kedengaran
    disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
    benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

    bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
    syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
    ooohhohhoo
    aku merindu,sentuhan mu ku rasa sayu
    inginkan jiwa selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
    melepasi batas

    oh bila rindu,terkenang mu sayang.,ku terasa sayu
    syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
    jauh terbang diriku melayang
    aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
    (ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
    melepasi batas diri ini

    Saturday 12 February 2005

    Besnye camping...

    hoho... camping kat Tmn Negara Kuala Koh, Kelantan mmg bes.. walaupon jauh dan jalan nak ke sana cam ular kena palu (sakit pala otak..), tp, bila dah sampai sana, rase cam tanak blk lak.. cam nak mintak keje je kat sana..

    pagi2 lagi dah sampai.. terkejut plak bila Nani Goat selaku rumetku batak nengok kabus tebal di sepanjang jalan dkt2 nak sampai sana. lagi satu, seronok btol dia tgk byk burung2 bertenggek kat atas cable letrik bila sampai kat Raub.. Nani...Nani... kat Johor tadde ke sume2 tuh..? kihkih...


    Nani Goat, bas dan aku..haha..


    sampai kat sana, sume org diasingkan ikut group. 1 group, 3 pompuan, 5 laki2.. kira koata pompuan leh dpt lebih dr 1 la.. hahaha... spjg program mmg kena bekerjasama ngan ahli group tu.. tak kira la dia bes ke tak, hensem ke tak, leh caya ke tak... yg bes, rasenye taim masak2 utk sarapan, mkn tgh hari ngan mkn mlm.. sume nak jd chef.. padahal, makanan yg di bagi, sume dlm tin.. panaskan je la.. hari pertama nak mkn tgh hari, dak laki masak nasik.. seperti yg dijangka, nasik tu tak masak.. (tu la Alim, durhaka lagi ckp aku..).. akhirnye, group lain dah basuh pinggan, nasik kita tak masak2..

    antara aktiviti spjg program, ade slide show dr org PERHILITAN, night walk (jln mlm2 dlm utan), jungle tracking, mlm kebudayaan, tubing (naik pelampung tayar lori tu di sepanjang sungai...bes ooo..), bacaan Yasin (sempena Awal Muharram ngan mlm jumaat), dan mcm2 lagi la..

    apepon, mekasih la kat ahli2 group (alim, shahrin, ucop, jas, joe, nani ngan audi) sbb bagi komitmen yg bersungguh2 sampai taim post mortem pon, group kita la yg banyak mengomen.. akhir kata, kalo ade camping lagi, jemput2 la yer..

    Tuesday 8 February 2005

    jom pi camping...

    well, well, well.... mlm ni gerak pi camping kat Taman Negara kat Kuala Koh, Klate.. 4 hari termasuk harini sbb mlm ni gerak.. and blk shah alam on Friday. gong xi fa cai dlm utan la gamaknye.. xtvt tak tau la ape.. wait and see je la.. kamera si Nani Goat selaku roomate aku yang bawak.. nanti aku upload la dlm fotopages aku pah blk ni..

    program usahasama ni adalah yg ke-2 antara kolej aku, Kolej Anggerik dan Kolej Jati(kolej lelaki) melibatkan peserta lebih kurang dlm 25 org pompuan dan 35 org lelaki.. dulu aku penah organise xtvt ngan bebudak Jati gak utk pegi kat TLDM Lumut tgk kapal perang.. bkn senang nak dpt tuh.. skrg ni jd ahli tido.. bes benor rasenye..

    lupa nak kata, itm cuti 5 hari sbb raya cina. stat rabu sampai ahad. esimen? cam biase la.. slagi tak pekse, selagi tu la dok keliling pinggang.. tekanan jiwa dilaporkan.. hehe..

    Wednesday 2 February 2005

    Awan Yang Terpilu...

    suka plak aku ngan lagu baru Ning Baizura nih.. slalu aku tak minat pon lagu dia.. hehe...

    Title: AWAN YANG TERPILU
    By: Ning Baizura
    Album: Awan Yang Terpilu

    Kerana cinta aku kembara
    Bagai camar melintas laut
    Mencari pohon untuk berteduh

    Kerana cinta aku kembara
    Ikut lagu bisikan hati
    Mendamba kasih paling setia

    *chorus:

    Sepasang sayap tak terlihat
    Umpama mimpi yang tersimpan
    Jadi rintik-rintik hujan
    Menciptakan
    Awan yang terpilu...

    Puisi ini tercipta lantas
    Tak kesampaian hajat meronakan
    gelora rindu ku kepadamu

    *repeat chorus

    Ingin sekali aku ungkapi
    Isyarat jiwa dgn sempurna
    Biar kau mengerti
    Biar kau sedari
    Keadaan ku yang memujamu

    *repeat chorus

    --> apsal awan tu terpilu aa..? aku tak paham sebenarnye lirik ni.. :D

    Friday 28 January 2005

    Chayokk.. chayok...!

    raya aji dah lepas, batu cave pon lengang ngan hindu2... kini, dah tiba masanya aku jadi tenggiling..opp..brape kali nak menenggilingkan diri da.. kini, tiba masenye aku men'chayok'kan diri dlm pelajaran. walaupon sering kali mancarik glamer dgn datang lambat ke kelas, tp sbnarnye, mata yang cantik amat penting dalam kehidupan kita seharian (tido yg berlebihan la tuuu..)

    hasil dari cuti seminggu aritu, aku dah siapkan esimen data analysis 3 hari sblm submission date. satu perkara yang marvellous dlm idup, kan..? padahal, crite benarnye, mase hari nak anta, bebudak kelas aku mintak delay sbb majority tak siap. yeryer je aku tido lmbt mlm tu... ciss...

    apepon, exam pon dah dekat, bln 3 ni.. (cam lamer je lagi..heh!) dah masuk degree ni, kena la struggle lebih sket.. struggle study ke, struggle tido? tu yg masih menjadi tanda tanya kat diri aku ni... huh!

    Tuesday 18 January 2005

    .: aku, cuti dan esimen :.

    hohoho... cuti mid-sem dah pon bermula kira2 3,4 hari yang lalu.. bes je kalo dengar perkataan 'cuti' ni kan? antara perkataan2 lain yg boleh dikaitkan antara AKU ngan CUTI nih ---> bangun lambat, tgk tv, jln2, jd lori(versi mara kumpel..haha!), jd tenggiling dan mcm2 lagi la.. tp, yg jd takbes tu, bila esimen mula menghantui idup aku umpama citer JU-OFF lakonan bebudak architecture suatu mase dulu..

    Aku pi blk kg lepaih kelas jumaat lepas. dah la sblm tu aku tido lewat sbb nak submit esimen on that friday. pulak tu, aku kena drive sorg2 blk kedah ditemani mak aku yg dok tido kat sit sblh.. bes tak bes pon, perjalanan yg patut ambik 2 jam stgh utk sampai ke Ipoh, jd 1jam 55 min je bila aku bawak.. hahaha... jgn ade en muhd pulis wat saman ekor dah la.. mampusss...

    kini, aku dok bergelumang ngan drawing2 umah di samping buku2 statistik dan law yang perlu di siapkan sblm abih cuti ni... hwaaaaa....

    ok, masa dah taim ni.. chalo..

    Wednesday 5 January 2005

    Re-construct...

    hm.. huru-hara sket blog ni. tgh re-arrange overall layout.. aku dah bosan nengok layout same. backgrd je tukar.. apepon, kesulitan amat dikesali..huhu...

    dalam pada itu, aku baru je tau berita ttg perkahwinan pakwe ke-3 aku,Radhi OAG kira2 2 hari lepas.. dia kawen mase new year.. cam putus cinta plak rasenye.. huhu.. tp tak pe, mujur bini dia lawa dr aku.. hehe...




    "...hancur hatiku..mengenang dikau
    menjadi keping2..setelah kau pergi.."



    p/s: ala.. kalo dia tak kawen pon, macam la dia nak kat aku.. yer tak? kihkih.... yer yer je..