Monday 30 April 2007

laki aku..

BuJaL 7826

ni bukan bujal yg dok UK tuh..
sorry la guys, aku dah rembat dulu...

>> pahni bleh la jalan-jalan cari pasal.. lalalala..

Thursday 26 April 2007

pertabalan agong..

smlm aku ngan project manager (PM) pi kilang besi, nak beli steel bar utk construction. poblem sket sbb harga steel cecah RM2070-2095 per tonne. biasanya dlm RM1600-1700. even gomen control harg besi ni, tp handling chargers yg dikenakan oleh supplier ttp menjadikan harga besi tu tinggi. tu yg kami nak beli direct dr kilang.. bleh plak rupanya.. ada la diskaun2 sket. nak beli la sekati letak kat umah. agak2 harga naik, bleh la gadai.. hahaha..

walapon harini kebanyakan company termasuk gomen, bercuti, tp aku kena keja plak.. tak hormat agong btol la bos ni.. kena tulah kangg.. hehe.. tadak org plak kat kabin site ni. ni yang rasa nak g ngulor ni.. hohoho..

anyway, keje piling kat site dah nak siap. pahni kena lantik sub-labour utk keje bangunan plak. pahtu panggil org buat rumah kongsi. maka, ramai lah endon di sini tak lama lagi.. huhuhu..

kerja2 piling kat site..

semalam sohabatku, angah dtg menemani aku di melaka ni.. poyo sungguh dia bergambar di tepian laut.. dia teman smpai jumaat ni. jumaat ni baliklah kami ke shah alam bersama-sama...

che poonz was here.. heh..
>> today is the day... jengjengjeng..

Wednesday 18 April 2007

mari berjoget.. lalala...

mari lihat keseronokan tatkala aku ber'outstation' ni..

view dari tingkap bilik..

view depan chalet gue..

aku, mak lijah dan pantai tepi chalet..

sunset smlm..

>> mari mencuci otak dan hirup udara segar.. hehe..

Tuesday 17 April 2007

melaka bandaraya bersejarah

harini aku dah stat dok melaka to gain experience kat site dan juga menikmati deruan ombak.. sapa nak pesan cencalok, bleh sms aku disertai ngan duit.. hehe..

harap maklom..

>> kena bayo downpayment dah ni..

Thursday 12 April 2007

al-kesah..

harini aku pegi miting di site aku kat Melaka. tujuan miting tiba2 ni diadakan utk menyelesaikan masalah antara pihak aku (kontraktor) dan klien di mana, pihak klien nak mintak buat running track mengunakan rubberize@synthetic.. ala, yg macam pemadam pensel yg kena cincang tuu.. sblm ni diorang setuju utk guna premix atau dlm bahasa pasar, tar mcm jalan tuh.. bkn saja dah setuju malah dlm drawing juga telah dinyatakan dgn jelasnya..

persoalannya skrg, aku bkn sgt nak crita psl running track ni. tp ada crita yg lagi mencabar. kisahnya begini..

aku bertolak pada jam 840pg dan sampai kira2 kul 10pg. miting kul 1030pg. sampai je, aku terus ke site sbb nak tgk progress piling works. aku tiba secara berduet ngan bomba. pelik gak. apohal bomba dtg berlumba2 ni.. aku ingat nak wat inspection apa kat site, atau pon ada apa yg terbakar kah di site? tp suma soklan tu takdak kaitan langsung ngan apa yg terjadi. rupanya, budak yg wat kerja piling, telah ditimpa ngan batang pile tu... erkkk... camna kisahnya? camni...

pile dari supplier diletakkan ditanah mempunyai 2 cangkuk yg dikonkrit bersamanya dan tali dari piling frame (machinery yg wat keja piling yg bunyi Tang! Tang! tu..) akan sangkut disitu utk tarik dan ditegakkan sblm dihentak masuk dlm tanah. tatkala pile tu diangkat naik, cangkuk tu tercabut dan jatuh kat kepala org tuh.. bahagian belakang kepala (part medula oblongata) cedera teruk sampai dia tak sedar diri dan darah dah kuar dgn banyaknya.. kata Project manager aku, condition dia 50-50.. teruk tuuu..

pahtu, diorang hantar ke klinik berdekatan utk bg rawatan segera memandangkan hospital agak jauh dr tempat ni. pahtu, kena transfer g hospital terendak. dan sblm aku blk ke shahlam td, project manager aku bgtau, mamat tu dah kena transfer ke hospital KL sbb tempurung kepala dia retak.. erkk..

tu satu cerita di waktu pagi.. ni cerita ptg td plak..

anak kepada sub-kontraktor buat kerja tanah suh pekerja dia tolak tanah longgok kat site. tp dia bermalas2an plak.. setelah dijerkah olehnya, pekerja tu main2 hayun jib (cam bucket) excavator tuh konon cam nak mengacukan ke budak tuh la.. budak tu naik angin lantas bersama abgnya nak blasah pekerja dia tuh.. pergelutan berlaku dan pekerja tu nak blah dgn melarikan diri naik pajero miliknya. budak ni ngan abg dia membaling cota ke kete, pahtu pecah cermin kete.. erkk..

pahtu diorang sume kena la g balai... pulakk..

natijahnya (btol ke ni?), stat isnin depan, aku nak kena ngadap org2 ini sbb aku dah kena dok sana... doakan la aku selamat.. hehe..

>> sok kena claim insurance utk mamat yg accident tuh.. tah2 RM50,000 lebih bleh dpt..

Wednesday 11 April 2007

Virus No More..

hahaha.. akhirnya virus2 yang telah mengancam laki aku (baca: kompiter aku) seperti yg pernah diceritakan dalam entry yang lalu, akhirnya telah dihapuskan..

tima kaseh byk2 kat orang yang mukanya cam Kaer AF ni.. dia create Penawar Brontox dan aku dah cuba dgn membayar RM10 untuk mendapatkan full version.. mmg tak sia2 ah...

sape yg kena brontox tu, bleh aa gi cuba software ni..

>> bos aku skali lagi kena rasuk sbb tiba2 je suh aku dok melaka plak.. huhuhuhu..

Tuesday 10 April 2007

Senja yang menginsafkan..

"Elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang , Begitu juga dengan isterinya,Julia.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.

Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Riak betul Ahmad masa tu sehingga dia terlupa sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... . jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa.." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan... .. BANG!!.

"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih keseorangan.

"Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!", ujar Julia dlm hati..

Moral cerita: Solatlah Asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.

>> seb baik sedar2 je mak ade depan mata, kalo ade malaikat Mungkar dan Nakir? huhuhuhu...

Monday 9 April 2007

i'm down..

2 cerita GEMBIRA..

1. thanks to 2 org kanak-kanak ribena (pid dan akak noma... hehe..) sbb smlm celebrate belated besday aku.. siap ngan kek plak lg tuh..


2. kawan aku, Irm dah selamat bertunang semalam.. gembira sungguh dia..



2 cerita yang LANGSUNG TAK GEMBIRA pada hari ini..

1. kompiter aku diserang virus yang telah ditransfer melalui pendrive dari sepupu aku.. walaupon dah format partition C, tapi menatang 'tuuut' tu masih ada..
"Restrict by Bro Act" - ada natang ni kat setiap window yg dibukak... nak wat camner ni?

2. "tahniah! anda tak layak langsung kerja gomen.." - SPA

>> waaaaaaaaaa............

skolah aku setelah hampir 7 tahun aku tinggalkan..
smka kuala selangor

Friday 6 April 2007

ceritera kerja..

aduu.. bosan tul dok ofis sorang2.. org lain pi site. td aku dah gerak sepruh jalan nak ke site, pahtu project manager aku suh blk opis plak sbb ada sorg omputih nak citer pasal subsoil drainage, nak dtg opis. dia maleh nak berspeaking2 la tu... pahtu suh aku entertain.. padahal mat salleh tu nak jumpa engineer. apa kena mengena ngan aku tah... buat teh secawan suh dia minum cecepat, pahtu suh balik. bes tak idea ni? hehehehehe..

keje aku kurang produktif sejak nak menunggu keputusan interview SPA yg aku pi kat Putrajaya haritu. isnin ni result dia. cuakk... huhuhu.. kalo dpt, kena la aku ngadap bos sambil hantar notis resign dgn alasan, cita2 saya adalah untuk menjadi seorang Menteri Kerja Raya. hehe.. kalo tak dpt, kena la aku ngadap sub-contractor kat site dan pulun keje sampai kaya-raya sambil makan pau kaya di jalan raya pada hari raya... hahaha..

apa yang ingin dinyatakan disini, walaupon dah byk yang dipelajari, tp bila kita dlm dunia sebenar, kita ni sebenarnya adalah yg terpaling kecik dlm bidang ni.. byk lagi mende yg kena dipelajari.. but thanks to those sub-contractors yg ada experience yg lebih dari 20 tahun dan tak penah pandang rendah kat aku yg sedia rendah ni.. hehe..
"farah, it's okay if u don't know about something in construction. i'll explain it to you.. don't be shy to ask, okay?", kata mereka..

terharu seketika...

>> bos tak jadi campak aku kat Melaka setelah aku berjaya mengayat bos dgn alasan2 lapuk..

Wednesday 4 April 2007

Foxy tags ME..

as tagged by Foxy..

Type ONE Word only for each... And DO NOT EXPLAIN IT!!

Yourself: Lazy
Your Hair: Straight
Your Mother: The Best
Your Father: Greatest
Your Favorite Item: Handphone
Your Dream Last Night: None
Your Favorite Drink: Teh-O Beng
Your Dream Home: Mawi's
The Room You Are In: Office
Your Pets: None
What You Are Now: QS
Who You Want to be in Ten Years: Like My Mom
What You Want to be in Ten Years: JKR Minister.. haha..
What You're Not: Loser
One of Your Wishlist Items: Vios
Your Gender: Female
The Last Thing You Did: Eating
What You Are Wearing: Clothes.. hehe..
Your Favorite Weather: Rainy
Your Favorite Book: Dictionary
The Last Thing You Ate: Soup
Your Life: Better
Your Mood: Happy
Favorite article of clothing: NUR magazine
Favorite color: Black
School: SMKAKS
Song: Alternative

takmo tag sape2 eh.. hehe..

>> lama tak mentenet. bil tepon umah tak bayo lew.. heh!