Thursday 29 April 2010

2D1N @ Cameron - Day 2..

sambungan karangan bergambar utk cerita yg dah nak basi..
ehehe..
layannn...

ni la apartment yg kitorg dok tu.. villa dahlia namanya.. penthouse pon ada..

salah satu pasar yg jual sayur2.. aku borong brokoli kt sini.. kan baik utk ibu mengandung.. ewah... straight seminggu mkn brokoli tak abih2..

stroberi.. fresh dan nmpk sedap.. mkn time tu sedap la.. bwk blk shah alam, masam terus.. huhu..

sebahagian sayur2 yang dijual..

taman rose. suma taman kt sini nak masuk kena bayar.. RM5 kena byr semata-mata nak tgk bunga.. jadi, suma taman aku tak masuk. buang masa, buang duit. hahaha..

budak2 ni dirasuah makan askrem sbb mak bapak diorang takmo masuk dalam taman2 tu.. hahaha...

souvenir stroberi. dari ke magnet smpai la ke bantal besar..

ok.. ni la jalan pulang yg kluar ke simpang pulai.. lebar dan takdak kona2 baring.. suma selekoh dia panjang2.. komfem takdak yg muntah ijau kalau lalu jln ni. cuma jauh sket la sbb dari exit simpang pulai tu nk kena patah blk ke arah Tapah.

akhir kata, apa barang pi cameron tp tak beli bantal ni kan.. hehe..

ni ada sket tips perjalanan ketika di Cameron:

1. kalau nak beli sayur2, survey 2,3 kedai dulu di sekitar tu. kdg2 ada yg jual 5 paket RM10, ada gak yg jual 8 paket RM10.

2. sapa berminat nk beli madu lebah, beli kt pasar malam kt Brinchang tu. murah dan berkualiti. tp rasa dulu sebelum beli utk tau tahap keasliannya. pasar malam tu hanya bukak pada weekend sahaja.

3. stesen minyak cuma ada kt 2 tempat. 1 kt sblm Tanah Rata (kalau dtg dari Tapah). tp jarak dari Tanah Rata ke situ bleh tahan bas jauhnya.. dan 1 lg kt Brinchang. jadi, sila plan jadual pengisian minyak anda. isi minyak penuh2 kt atas sblm balik sbb ada beza isi minyak di tanah rendah dan tanah tinggi. kuantiti minyak lebih byk jika diisi kt tempat tinggi & sejuk. stesen minyak yg kt tanah tinggi cuma ada kt Cameron saje . (ni abg aku ckp)

ok. tamat.

>> cerita basi. hahaha..

Wednesday 28 April 2010

saya beli laptop..

as requested by Pidot..
ni ha.. laptop aku..
org lain dah beli brapa biji, aku baru fes taim nk beli..
rasa macam pinjam org punya pon ada gak sbb tak biasa guna laptop.
hehehehe..

presenting...
laptop aku.
bukan mini punya..
saiz standard..


sblm: kaler itam legam..

selepas: dipakaikan skin corak gini.. RM10 saje. nak cantik lg, ada. tp rega RM29. workmanship aku pasang natang ni mmg out.. tgk bucu2 tu tak kemas langsung. hehe..

spec..

Spec:
- Brand: Compaq Presario CQ40
- 14.1" HD widescreen
- Processor: Intel Dual Core
- 320G HDD
- 1G RAM
- double layer DVD +/-R/RW
- ada built-in webcam & mic
- built-in Altec Lansing speaker
- wireless device
- card reader
- bla..bla..
- pahtu dia install suma.. (windows 7, office 2007, illustrator, photoshop, dan tah macam2 lg.. punya byk..)

Harga: RM 1620. (percuma 8 accessories, e.g mouse....)
beli kt lowyat, tingkat 3.

selesa guna laptop ni.
mungkin sbb baru.
yg susahnya cuma 1..
kalau bukak laptop ni atas katil, aku takleh bersantai berfesbuk smbil meniarap..
haihhh... sabar2..
2 bulan lagi..

itu saja.
sekian, mekasih..

>> PERHATIAN: sapa yg berminat nak order telekung bleh masuk BLOG ni.. InsyaAllah minggu depan dah bleh dapat sbb mak aku blk kg minggu ni..

Monday 26 April 2010

pidot mengetag..

menjawab tag dari puan pidot..

1. Barang kahwin pertama yang dipakai?
- Barang hantaran: jam tangan
- Hadiah kawen: lampu tidor.. baru la romantika di tampoi. hahaha..

2. Barang elektrik pertama yang beli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung?
- mesin hampagas (baca: vacuum cleaner) sbb yg kt rumah ni punya dah rusak. zaman aku skolah rendah lg tuh.. mmg patut rosak pon..

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran?
- duit hantaran suma guna utk persiapan kenduri dan beli brg hantaran..
- duit mas kawen (38% dr duit hantaran) beli gelang emas.. tu pon ada belen separuh lg. dah wat daftar haji. hoho..
(p/s: duit hantaran 1 amount. bila nk nikah, duit tu split kpd 2 portion dgn ikut suka pihak pengantin pompuan)

4. Barang pertama yang dibeli selepas bergelar isteri?
- ntah.. mana la nk ingat..

5. Barang mahal pertama dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)?
- vacation club <-- kira barang jugak ka apa ni? tp beli sblm kawen pon.. tp ni la yg plg mahal stakat ni.. nyesal pon ada. mujur berguna gak. hahaha..

saya nak tag: nad tokyeh, nad rayer, ella hafiz, minah gaban, fareh hadi.. dll..

>> ngantuk dah..

aku pasrah..

dah lama aku tak apdet blog..
dah byk aku taip tp tak publish..
dah melimpah idea utk aku curah kt sini tp masih tersimpan..
tp lepas dpt email ni harini, jadi aku nk publish yg ni dulu..

aku nk pi..
tp aku takleh nk pi..
sbb due dah dkt time tu..

ya.. sgt kecewa okeh..
tp akan menjadi lebih kecewa kalau aku terberanak kt sana..
camna aku nk balik?
ada sapa2 yg sudi ngusung?

sekian, mekasih..

>> kang anak aku jadi org pulau plak.. cukup2 la bapak dia jadi 'org laut'..

Thursday 15 April 2010

mintak pendapat..

aku kena bagi talk psl QS..
tak kesah pasal apa..
talk ni part of my KPI utk tahun ni..
(walaupon dah tau tak buleh nk achieve sbb aku akan bercuti bersalin. cuti 2 bulan = tak dtg kerja = manhours tak cukup.. huhuhu.. tak adil ok..)

kalau buleh, talk ni bkn pasal procurement..
bkn pasal law..
takmo topik2 yang perlukan byk explaination.
sebab?
org yg nak dgr talk ni kebanyakkannya dah pangkat manager & bos² department aku.
dalam erti kata lain, aku yg paling muda & plg sikit experience.
kalau bg yg byk kena explain, nanti lain plak yg aku explain.
tersasar terus dari maksud sebenar. hahaha..
lagipon diorang dah byk experience.
mesti diorang dah tau apa benda suma tu nanti.

apa yg lain dari yg lain eh?

kalau cara-cara nak create database utk costing ke..
apa2 yg memudahkan cara preparation tender/contract document ke..

selewat2nya monday ni kena bg tajuk.
aaaaaaaaa... tolong bg idea...!!!

>> dah siap 1 ECA. lega.. tiba-tiba kena buat lagi 2 ECA. dah la nak cepat sbb dia nak bercuti. ingat aku ni kuli batak ke? *#%@&*@#&% betul laaaa.. ~emo~

Wednesday 14 April 2010

hitam ke biru? haihhh..

suatu petang..
tatkala ramai org telah pulang ke rumah masing2..
ada 3 org pompuan masih buat kerja..
OT? tak..
mana ada OT kt sini..
diorang mmg rajen.
(padahal terpaksa)
eheks..

"kena buat apa ni?", aku tanya seketeri bos..

"bos suruh masukkan clause ni kt file word ni.. tp x tau macam mana nak bagi nmpk beza apa yg kita baru letak tu.."

"laa.. tukar la font tu kaler lain.."

"ha'ah la.. apsal tak terpikir?"

"haihhhh...."

pi ke meja sorg lagi..

"kalau nk senang nmpkkan beza clause yg baru masukkan tu, tukar font lain. td dah suggest kt X (seketeri bos)", aku cuba bg cadangan..

"haa.. ok gak tu.."

"tp apsal font asal ni kaler biru? bkn ke patutnya hitam?"

"ha..? itam la ni. kt mana ko tgk kaler biru tu.."

"tu, yg sume2 tu kaler biru..."

"hitam la weh ni... bkn biru.."

terdiam.

OMG..
aku dah rabun ke apa...?

>> hepi besday nomey.. selamat dok umah baru.. :)

Monday 12 April 2010

2D1N @ Cameron - Day 1..

perjalanan bermula pada hari sabtu, 10 April 2010 jam 9.30 pagi..
lepas mak tapaukan mee goreng utk anak² dia..
mak tapaukan?
ya.. asalnya aku nak bawak mak. mmg purposely nak bawak mak jenjalan. tp mak tak dpt join secara tiba-tiba sbb kena jaga anak² abg sulung.
dia n wife kena pi Aussie seminggu.
huhuhu..
tp kakak n family join..
dan tak semena² family adik² abg ipar aku join gak..
dah macam family day geng klate plak..
adehhhhh..

ok, ini karangan bergambar..
sila tgk smpai muntah.. hehehe..
semoga terhibur..

mak lijah dgn ummi dia tumpang BuJaL.. yg lain naik kereta lg 1. time ni cargas lagi sbb baru gerak.

kami memilih utk kuar di Exit Tapah..

nah.. hamek jalan kona2 dan sempit. smpai ada 1 tahap bila selisih dgn bas n lori, terasa korang lebih kecik dari moto.dari stat naik smpai ke atas kona. sejam lebih gak.

mak lijah surrender. adik dia steady lg. time ni ummi dia dah flat. perut dia dah berkocak. hahaha..

hasbee farm.. tak singgah pon. nak cepat2 smpai atas sbb dah fedap..

berenti sebentar utk betul²kan pinggang masing². sambil menikmati panorama ladang teh yg terbentang luas..

minah baju biru tu akhirnya mengeluarkan isi perut dlm longkang tepi tu.. lekeh tul. hahahaha..

selamat datang ke tanah rata.. aku penah amek gambar kt sini 21 tahun lepas. dgn memakai sweater pink. hehe..

ini pekan tanah rata. mahal jugak mknn kt gerai² sini..

singgah umah kakak abg ipar aku mettar. dia keja kt cameron ni. singgah mkn nasik.

dah check-in.. ni ruang tamu.

dapor & tempat mkn..

bilik dgn katil king. 2-2 bilik katil king. bathroom dlm bilik masing²..

view dari ruang tamu.. ape daa dpt view hutan.. layan je la..

ptg pi pasar malam kt Brinchang. sini cam KL gak. weekend dgn cuti skolah mmg jem tahap gaban. sila bersedia emosi anda..

"biar korang plak yg krem lutut.. azab aku dah lepas.. hahaha.. (gelak jahat)" ujar encek mohd hasben.

mat api.. nama pendek bagi mohd waffi. hehe..

apa yg encek baju ijau (baca: laki tuan tanah) buat kt tgh jalan tu?

suasana pasar malam.. aku dah macam pelancong asing pi amek gambar pasar malam ni. hahaha..

ini teh. apa barang pi cameron tp tak beli teh.. tp mmg aku tak beli pon. hehe..

barang yang dicari² oleh encek mohd hasben. madu lebah. lepas beli sebotol, dia beli yg ni plak. dgn sarang² lebah tu skali. kunyah smpai lumat. sepotong ni RM2.

bunga. murah2.. tp takdak sapa nk beli kt aku. membazir katanya.. mmg utk bazir² pon.. ;p

ni jual magnet2 yg lekat kt petiais tu.

polis trafik kena ada. sbb jalan jem teruk. dah la parking takdak.

berkumpul sebelum pulang ke apartment.

warga nepal ini sempat mengepis sblm pulang.. hehe..

xtvt malam.. kipas-susah-mati kedah ni misti tgk bola punya. dia punya jerit macam la player tu bleh dgr. yg plg tak tahan, bila astro ilang siaran (sbb awan tebal kot), dia pasang tv kt hp dia plak.. hahaha..

menu makan malam.. ayam percik beli kt pasar malam. mmg sedap.. sayur ai masak sendiri kt dapor nu.

to be continued..

p/s: lupa nak amek gambar lata iskandar tu. air terjun yg bes, terletak kt tgh2 antara tapah dgn cameron.

>> letihnya..

Tuesday 6 April 2010

saja-saja..

hari yang cerah dengan angin sepoi-sepoi bahasa..
tiba-tiba sedikit mendung..
lalu hujan turun dgn lebat..
lumrah alam...

hujan lalu kot..

pic source: gugel

sekian.
terima kasih.

>> boring, letih dan lemau..

Monday 5 April 2010

aku buat ECA.. kagum tak?

penah ingat tak bos kepada bos aku yg bossy lagi kerek itu? ala.. yg slalu bising aku lmbt masuk opis tu.. siap kata nk bg warning letter bagai tu.. ha.. ni ada 1 kesah pasal dia.

pada suatu hari yg hening, bos aku dtg kt aku suh wat ECA utk dewan negeri johor. bgnn baru kt projek kt Nusajaya tu.. memandangkan aku involve dalam compilation contract doc dan ada breakdown cost utk project tu, maka aku disuruh wat ECA. oh.. kepada yg tak tau, ECA ni stands for Elemental Cost Analysis. suma project information ada kt 3 pieces paper tu termasuk nama client, floor area, specification & cost by element.

sbb ingat ECA ni nk kena submit kt client ke apa, aku dgn taatnya kata "ok..". padahal dah lama tak buat. blk umah geledah kotak2 buku yg aku angkut dari uitm dulu. mujur tak buang lg ok.. carik manual nak buat ECA. fuhh.. ada.

nak dijadikan cerita, bos aku telah menambah sedikit ayat berperisa sehari selepas itu..

"sebenarnya ECA ni si X (bos kepada bos) yg mintak you buat. sbb dia nak mintak waived dari board utk dia dptkan registered QS..."

note: waived ni hanya utk org yg registered as graduate member (active) dgn Board of QS & ISM more than 8 years. dia cuma kena wat ECA dan 1 project report. tak perlu isi logbook bertahun2 tu dgn x perlu amek exam.

tuuuuuuuuuttt..
baik aku wat utk diri sendiri.
aku kena gak wat ECA tu nanti..
opis aku kan skrg push suma QS kena dptkan Sr. dalam masa 2 tahun..
(2 tahun tu org lain la.. aku plg muda so lmbt sket la..)

tp, pada suatu hari, aku godek2 server projek.
dgn secara tak semena-mena, aku t'jmpe ECA utk project yg sama yang pernah dibuat oleh QS consultant..
hamek ko..
aku copy paste.
puas ati aku..
ahahahahahahahahahahaha..

sekadar gambar hiasan: macam mana aku bleh beli menatang ni tah.. harga RM12 lak tu.. aku kena pukau dgn amoi tu kot..

>> ptg ni checkup.. mintak2 hB naik sket..

Friday 2 April 2010

H1N1 datang lagi..

minggu ni saje dah 2 orang positive H1N1 kt opis aku..
sorg tu kena lepas pi melancong kt vietnam.
dia siap dtg kerja lagi.
dah lama² baru detect dia ada virus tu.
ha.. agaknya dah byk mana dah tersebar tu..

sorg lagi terjangkit dari org 1st tu rasanya.
sbb diorang dok under same department.
2-2 org penting kampeni lak tu..
tu tak cerita lagi org yg kena kuarantin..
hohoho..

dah la org mengandung sgt berisiko utk dijangkiti.
risau la pulak..
semoga dijauhkan..
huhuhu..


>> kembalinya Din beramboi ke Rahmatullah... Al-fatihah..

Thursday 1 April 2010

ibu mengandung yg over..

sabtu lepas pi survey2 laptop kt alam sentral.
tiba-tiba nmpk pusat game.
nmpk plak sesuatu dlm tu.
toleh kt encek mohd hasben sambil senyum jahat..

"amacam? ada bran?", berkata sambil angkat2 kening..
"takmau ah.."
"jom aaa.... skaliiiii saje. besday kann..", sang isteri cuba bg alasan.

oleh kerana encek mohd hasben tak tergamak nak biar bini dia tercegat smpai ke sudah kt dalam pusat game tu, dia bg RM2..

"nah.."
"heeeee.....", muka kepuasan terpancar sudaa..

dgn perut memboyot 6 bulan, posisi yg selesa diambil..
kedengaran arahan dari mesin..

"gentlemen, start your engine.."

ok. aku main Daytona.
ilang dah ngidam aku.
baru bleh tidor lena..
thihihi..

bini dia lebih expert.. hehe..

p/s: mesti anak aku kaki racing cam aku nanti. ;p

>> teringat zaman gila main Daytona dulu.. dari zaman skolah smpai masuk UiTM.. kt PAS dulu ada pusat game kt level 5. masa tu 1 game 20 lap.. fuh.. main smpai muntah.