Tuesday 30 November 2010

QS-nya aku.. (nada panik)

selepas 3 tahun kerja kt kampeni ni (sat je bawa berlalu eh..), hari-hari aku buat kerja kt meja aku (dan bleh kira brapa kali pi meeting), aku dpt 1 email tadi..

Salam (Boss Aku),

We have nominate (my name) for the tender opening of the above tenders which are scheduled on 8 Dec 2010 at 2.00 pm at (Client's Office). Your kind permission is appreciated.

Thanks & regards,

(Project Director)
nak kena jadi head of tender opening.
mana penah buat wei...
panikkkkk...
assistant aku lak adalah 2 org QS lelaki yg ada pengalaman more than 10 years..
panikkkkk..
dan lebih panik bila ini adalah untuk project LRT..
rasa nk pengsan...
amek MC bleh tak?

hahaha..

>> gara-gara dah kena stat isi logbook secara paksa la ni.. kan dah tak tentu arah punya panik..

Friday 26 November 2010

bisnes anak tudung syria.. (koya beh)

haritu amek telekung yang org order kt blog telekung.
rupanya tailor tu dok buat anak tudung syria lak.
jadi aku amek la apa yang ada masa tu.
ada la 5 lai..
bawak pi ofis kot2 ada orang minat utk order.
baru tunjuk kt 2 org, dah 4 lai kena rembat.
siap berebut plak 2 org tu..
haihhhh..

jadi, aku ingat nak try lak bisnes anak tudung tu.

rupa dia lebih kurang camni..

yang telah dirembat..

slalu yg jual macam serkup lubang blkg tu..
ni macam tudung biasa cuma dia kecik dan singkat.
paras separuh leher.
dan ada awning sket kt kaler paling depan tu.
jadi tak la muka nmpk bulat dan tutup kt part dahi tu..
dan juga lebih terkawal..
tak la anak tudung tu nak terkeluar ke belakang..

minah dukung anak tu pakai yg jenis serkup tu (jenis lama).. luar sarung tudung syria..

insyaAllah wiken ni nak order beberapa lai lagi dan macam-macam kaler.
pahtu mintak tailor pos..
kena la re-order banyak2 sket sbb aku nk amek gak.
haritu punya suma dah kena rembat.
asal beli suma rembat.
dgn telekung yg order utk diri sendiri pon kena rembat sbb org nk beli.
last2 utk diri sendiri takdak apa lagi.
hoho..

sapa berminat bleh la tampilkan diri..
atau email kt ciPuding_7@yahoo.com dgn tajuk "Anak Tudung Syria".
RM 12 tak termasuk pos.
harga mati.. haha..

sekian, mekasih.

nota: kalau order betul2 dah smpai, nanti aku apdet lagi pasal ni..
fuh.. bukan main wehhh...
hahaha..

>> kepulangan yang dinanti.. cewah..

Tuesday 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H..



selamat hari raya aidiladha..
kepada yang buat ibadah korban, semoga semuanya sempurnalah hendakNya..
insyaAllah taun ni nak buat aqiqah sang aufa..
dah balik kg dah pon si mulat tu..
blk dgn maktok dia..

ptg ini aku akan drive sorg2 ditemani kakak dan anak2 dia saje..
mau kembang biji mate tgk jalanraya tu selama 5 jam..
haha..

so, kepada yang memandu, hati-hati di jalan raya..
ingatlah orang yang tersayang..
jangan SMS ketika memandu.
aku takpa. hehehe..

kepada yang tiada org tersayang di sisi kerana pergi memunaikan haji atau berbakti kepada nusa dan bangsa (macam cakap kt diri sendiri lak), teruskanlah kehidupan anda seperti biasa..

kepada yg beraya diperantauan (contohnya meklong), selamat tengok tv kt rumah.. hehe..

insyaAllah i'll be away from today till sunday. sapa nak order apa-apa dari kedah, sila sms aku.

tahniah kt ella dgn kelahiran anak no 2.. dah sepasang dah ha.. :)

>> miss my mulat.. huhu..

Sunday 14 November 2010

hobi-hobian..

aku dah ada hobi baru.
tukar layout blog.
semoga terhibur.


hahaha..

*icon link dari blog nomey (siri malas nk upload.. hehe..)

>> next week blk kg.. bleh mandi sungai..!!

Thursday 11 November 2010

mari naik bot Navy..



amacam?
ada bran?

p/s: abaikan suara-suara sumbang kt blkg nu.. lebih2 yg ckp loghat kedah kuat sgt tu. haha..

>> nk wat survey gapo ginih..

Wednesday 10 November 2010

kepada yang nak order telekung... lagi..

perhatian..
kepada sapa-sapa nak order telekung, bleh tekan ni..



atau masuk sini untuk meninjau2 dulu..
http://telekungemak.blogspot.com/

Last date utk order adalah pada 14 November 2010..

InsyaAllah lepas raya ni boleh la dapat..
kalau sebelum raya, tak dapek den nak nolong..

sekian, mekasihh...
:)

>> malas eh nak apdet blog..

Thursday 4 November 2010

hati-hati si pengguna credit card..

masa aku berpantang dulu, ada 1 kampeni ni call. lebih kurang camni ayat dia..

dia: saya dari mebeng. saya ingin menyemak butir-butir kad kredit anda. blabla........ sila bacakan no kad pada kad kredit dan no 3 digit di belakang kad tu..

aku bagi. (ok sgt budus walaupon dah tau patutnya jgn bagi. percaya sgt dia dari mebeng. mungkin time pantang tu otak blur2 gitu.. huhu..).

dia: ok, untuk pengetahuan puan, semua pemegang kad kredit diwajibkan (sukati ko letak hukum wajib ni eh..) membayar insuran dari kami dgn harga RM299 (ke 399 tah. lupa) dan akan dicaskan ke akaun kredit kad puan. ini mmg mesti ya puan. untuk semua pemegang kad krdt... blabla...

aku: kalau saya tak nak..?

dia: (terdiam) mmg kena puan. mmg semua pemegang kad tidak kira mana-mana bank dimestikan utk bayar insuran ini..

aku: saya dah guna kad krdt ni lebih dari 2 tahun. apsal masa saya guna dari dulu tak penah kena beli pon?

dia: oh.. ini adalah percubaan thn pertama kami. puan kena tahu yg insuran ini cover blablabla.... ok. puan faham?

aku: itu saya faham. cuma yg saya kurang faham, apsal saya kena paksa beli insuran ni. saya tak mau.

dia: ini mesti puan. semua pemegang kad 'dikehendaki' (bunyi paksa dah tu) membeli insuran ini. saya ulangi, kelebihan insuran ini adalah blablabla.... ok puan. kalau ok, saya pass kepada manager saya.

aku: ye la, nama pon terpaksa. kalau taknak pon saya kena ckp 'ok' jgk..

dia: hehe.. skjp yer puan..

pass ke manager.....

manager: ok puan, staf saya ada bagitau puan pasal blablabla....

aku: ada.

manager: jadi, sila bagitau nama penuh, no ic, alamat yer puan. kami akan merekodkan suma butir puan cakapkan ini..

aku: nama blabla.. ic blabla.. alamat blabla...

manager: puan bersetuju yer kami charge RM299 ini ke krdt kad puan?

aku: dah terpaksa, nak buat camner.. kalau taknak pon kena jugakkan?

manager: puan, kami sedang rekodkan butir2 puan yg sedang puan cakap. sila beritahu skali lagi nama, ic no, alamat dan ckp 'ya' pada soklan saya yg terakhir..

aku: (letak tepon. haha..)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lepas tu dari semasa ke semasa aku check kot2 dia betul2 charge kad kredit aku. tak pasal2 kang kena bayar benda takdak pekdah tu.

pahtu baru ni dia call lagi.
lepas tu aku tak angkat dah call dia.

untuk mensahihkan lagi, aku buat komplen kt web mebeng.
ini jawapan dari pihak yg sebenar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dear Puan,

Thank you for your e-mail.

We acknowledge receipt your email. In such situation, we wish to advise you to exercise extra caution especially when they asked about the details of your own credit card. Nowadays, there are a lot of company is using bank's name in promoting their product or services. Please be inform that we do not have the Insurance which compulsory for customer to pay as mentioned by the caller.

Should we be of any further assistance to you, do feel free to contact our Customer Service Executives at (mebeng tel no)

Thank you,

Yours sincerely,
For mebeng,
(name)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok. aku insap.
dan kepada semua, sila hati-hati juga.
jgn bagi apa2 no kt org yg tak dikenali walaupon dia ckp dia dari bank.
bagi no plate jiran anda takpa..
hehehe..

>> berjaya alihkan katil bersar dalam bilik.. padahnya: sakit urat sarap.

Monday 1 November 2010

Mari-lah mari.. mari mengundi Aufa..

diringkaskan cerita... (cerita pjg kt sini..)
aku masukkan Aufa dlm list "Bayi Bulan Ini" kt web majalah Pa&Ma..
so...
tekan link ni untuk ke page undian..
sila ke page last skali yer..
entry aufa dok kt bawah skali kt page tu..


sila la mengundi selama sebulan tanpa henti yer..
hehehe...
tocey all... :)

>> lom sempat betulkan layout blog.. huhu..