Tuesday 27 September 2005

APDET.. jgn tak apdet..

lama tak apdet.. bz banget skrg.. huhu..

first of all, thanks to Cikgu Tadika a.k.a FaReh sbb sudi bermalam kat bilik aku arituh ditemani shin chan aku. pahtu, sok nya plak, dia dan encik hadi buang duit utk aku plak kat kl. apepon tima kaseh la lagi skali.. senang2 datang la lagi. pahni, aku sendiri yg drive komuter tuh.. ekeke..

masa pegi times square ngan diorang neh, i bought this shoe to someone,



but this someone aa, dah bought me this plak.. dah la pala dia 3 kali ganda dr pala aku.. huhuhu..



>> dah mcm trade-in la pulak.. apepon, arigato bapak tweety..! hehehe..

Tuesday 13 September 2005

Gambar baru..

aku dah upload gambar mase trip pi Tioman haritu..
nak tgk, masuk sini..
ni baru sebahagian je ni..

~kita kembali ke studio.. zas.. layan!~

Friday 9 September 2005

Sesi menghabiskan beras di rumah..

cuti seminggu ni, aku dgn rutin harian.. bgn lambat.. hehehe.. dah sebati ngan jiwa jd dah tak tau camna nak ubah. huhuhu..

tinggal lg 2 hari nak abih cuti. proposal thesis hampir siap tp, contact utk suma projek, tadak.. nasib la.. pandai2 nanti aku goreng.. isnin ni sudah pasti kena present kat panel aku. bak kata panel aku, "saya takde kelas isnin neh.. jd, awak ponteng la kelas awak..", kata en ahamad..

en amad, aku kenai dr zaman diploma, sorg lecturer yg bes, lawak nak mati, sempoi dan ada 2 bini.. hehehe.. tak heran la sbb gaji dia around RM 15,000 sebulan. as full-time lecturer kat UiTM, part-time lect kat UM ngan IIUM. pahtu ngan keje luar sket2.. giler lah.. kalo tgk dia, bapak sempoinya.. naik kancil je beb! aku nak jd camtu gak la.. tp takleh kawen 2 plak. ekeke...

en amad mase g trip langkawi ngan kelas aku..


hm..taktau nak klentong apa utk hari ni.. tadak idea nak bergosip.. jd, kita kembali ke studio je lah... zas.. layan!

Monday 5 September 2005

Trip to T.I.O.M.A.N

1st September 2005

seawal 730 pagi suma org dah siap dok kat bus stop FSPU ngan beg masing2. aku ngan pid bangun awal sket sbb eksitet nak pi trip. biasa la tu.. sapa2 pon cam tu gak kan? perjalanan kami bermula jam 9 pagi. lambt jgk bas sampai. kata kul 8. takpa la.. janji ada bas. sampai kat bus stop tu, aku agih2kan tag utk setiap seorang yg mana tag tu utk dipakai masa official trip. 100% dibuat oleh aku. tah camna, 4 org tak dpt tag tu.. missing 1 page plak ha.. rasa taim laminate tu kot. sorry la kawan2.. bkn aku sengaja..

setelah setengah jam bertolak, encik bas benti kat R&R dengkil. makan la pulak. dah siap2 suma, perjalanan diteruskan ke UNITEN kampus sultan hj ahmad shah. tujuan trip ke sana sbb nak tgk development kat kampus tu. sblm kampus tu jd kampus (btoi ka ayat aku neh..), situ adalah ofis kerajaan. kalo aku tak silap la.. (tak prasan sbb dok sembang masa org bg taklimat). skrg pihak campus tu dok wat projek fasa ke 3 which consist blok2 asrama lelaki dan pompuan, 1 auditorium dan pusat akademik. lawa bkn main hostel diorang. tak macam itm.. huhuhu..

lepas tu, kami menginap di Hotel Seri Malaysia kat Mersing.. 1 bilik 3 org. ada 2 bed queen size ngan single. cam biasa, aku dok ngan puak aku... mlm, kami mkn kat kedai mkn yg ada screen besar cam kat kedai mkn Anggerik, s7.. 3 org = RM 23.00. mkn byk loo..

2nd September 2005

kami check-out dr hotel jam 1030pg dan gerak ke jeti. bot sampat kul 1130. sambil2 tu kami dok buang masa la kat jeti. bila bot sampai, kami masuk dan amik port yg konon2 paling bes. depan skali.. tu dia aihh.. perjalanan ke destinasi kira2 sejam setengah. setengah jam pertama, suma org dok pakat berdiri tepi tingkap (dah suma rendah2, jd kalo nak tgk view kat luar, kena la berdiri.. ekeke..). setengah jam ke-2, dah ada yg mabuk laut. pelbagai ubat dah dikeluarkan dari yg berangin sampai la yg takdak angin. asam pon dah pakat2 makan. pahtu, ada org tu muntah la pulak.. tak lain tak bukan, mak pin kita iaitu cik rafidah jamal.. ekekeke.. tak rok la awak neh.. ekeke..

sampai kat pulau kira2 kul 1. kami menginap kat Persona Island Resort. bilik ada air-cond ngan kipas utk 3 org. bleh la.. pah mkn tgh hari, kami ada official visit to Taman Laut. ala2 muzium laut la kot. kena bayar entrance fee, adult RM5, budak2 RM2. dr depan Tmn laut, bleh nampak view laut yg sangat cantik.. suma dah tergedik2 nak mandi.. ekeke...

blk Tmn Laut, kami pi la mandi. memula mandi tempat yg dekat ngan resort kami. bila budak laki dtg, diorang ajak pi tempat jauh sket sbb kononnya takmau mandi kat tempat yg agak tercemar. sbb kat2 situ tgh wat embankment. nak wat airport kalo tak silap. then, beramai2 la kami pi kat kawasan yg agak jauh sket. dah mandi kat tempat jauh, byk plak batu kat temp tu.. bkn batu jahh, landak laut pon ada. dah plak aku terpijak. mujur kena 1 cucuk jahh.. clasmet aku, Jai siap duri landak tu tercucuk kat kaki dia secara berjemaah.. haa... padan muka kami. akhirnya kami mandi kat tempat 1st-1st kami mandi tu..

mlm tu slps mkn mlm, kami buat aktiviti yg biasa2 jah memandangkan suma dah flat on plan..

3rd September 2005

pagi, kami sarapan cam biasa.. antara menu sarapan, nasik goreng, mee goreng, koko crunch with milk, sosej dll.. lepas sarapan, kami pi snorkling... hahaha...tu la aktiviti yang ditunggu2.. dengan menaiki speed boat yang dimuatkan dengan 9 org (termasuk pemandu), kami menuju ke pulau lain dlm masa kira2 30-45 min utk sampai.. jauh gak la..

sampai kat destinasi pertama, kami difahamkan itu adalah tempat latihan sblm kami diturunkan di tempat sebenar utk ber'snorkling'.. taim tu la belajar camna nak pkai alat2 tu, camna nak floating dan macam2 lagi la.. then, baru la kami dibawa tempat yg sebetul2nya.. ada 2 tempat.. uuu...susah nak digambarkan perasaan taim tu.. korang kena pi sendiri la.. br tau betapa besnya snorkling..

blk dr snorkling dlm kul 1. singgah mettar tgk resort construction. design by student archi UTM, interior by tuan tanah.. lawa tuu susunatur dlm bilik tu.. cam hotel 5 star.. tuan tanah kata, rate 1 bilik dlm RM150-180.. ok la tu.. leh masuk 1 family..

balik snorkling, pakat2 mkn tgh hari then suma tido... senyap sunyi je suma bilik.. bilik aku pon sama.. dah dkt2 kul 5, baru bgn. kena pi main bola tampar plak.. aku group C. ahli group suma all-star.. jd, tak rok la kalo kalah kan? tak lupa aku nak nyanyi lagu tema kumpulan kami... "c,c... cctv!" hahaha.. ape daa ramin, cipta lagu gituh..

mlm ada BBQ.. cam biasa, mkn seafood. lepas mkn, AJK wat game.. main kotak beracun. mujur aku tak kena.. kecoh gak la suma org... dah la muka suma cam udang bakar.. udang bakar pon tak cam muka suma..ekekeke..

habih BBQ, masing, dok packing utk bersiap2 utk pulang keesokkan harinya...

4th September 2005 (Last Day)

kul 730pg kami dah kena sarapan. aku mkn sosej seketui.. tak lalu plak nak mkn awal2 pg ni.. tak biasa.. lepas mkn, beg2 kami dibawa menaiki van manakala kami naik kaki (baca: by foot).. beg saja dah penuh van. tu tak masuk mereka2 yg bersaiz laki org... ekekeke..

selepas berposing utk kali terakhir, kami naik bot utk kembali ke mersing pada jam 830 pg. aku pilih utk dok kat atas utk mendapatkan pengudaraan yg lebih effective. dlm 20 min perjalanan, ombak manjadi lebih kuat dan menyebabkan org yg dok sblh kiri bot kat atas disimbahi air laut seumpama disimbah ngan sebaldi air garam.. mujur aku tak kena sb aku dok belah dpn.. ekekeke.. basah kuyup tu diorang.. akibat ombak tu jgk, Yul which the president of toyol, dah ganti mak pin.. dia plak yg muntah... ape daa korang.. contohi aku neh.. haha...

dah dkt2 nak sampai, aku dah kwn2 lain, kena turun ke bwh sbb ujan lebat. dok kat atas pastinya basah kuyup akibat tempias ujan... setelah tiba di jeti, kami pi shopping2 lak.. aku habih kan dlm RM99 utk suma souvenir.. balance RM1 je... huhuhu...

then, kami gerak ke umah clasmet, miss fatanah kat N9. mkn bihun goreng sambil tgk umah dia yg besau tuh.. blkg umah dia ada 4 kolam ikan sembilang.. byk tu.. aku nampak misai ikan tu jahh.. sapa nak, pi la umah dia.. tima kaseh la kat family dia sbb menyediakan makanan tu kat kami neh.. standard ikan pirana dah suma2 org... heh!

then. kami terus pulang ke shah alam dengan sejuta kenangan yg tak mungkin akan dilupakan... cewasss...

>> zas... layan..!