Thursday 27 July 2006

Kempen..

KEMPEN KUTIP SATU JUTA TANDATANGAN - ARTIKEL 11

Keterangan lanjut, meh klik kat SINI

>> sempat lagi neh..

Friday 21 July 2006

lagu kekecewaan..

smlm carik2 mp3 kat web2 org ramai.. memang mudah je nk carik mp3. nak carik yg full-album pon ada, cam blog delang. tu yang aku tau la.. bleh download secara direct. tp ada certain links yg takleh pakai.. ikut server tu la. kalo ok, ok la.. sedap gak dapat sedut banyak-banyak ni..

pahtu, aku try masuk web fungkur. mana tau ada link-link yg bleh sedut mp3 gak.. last2 aku jumpa blog muaturun. tgh dok carik lagu dalam tu, aku jumpa 1 lagu yang direka khas untuk CT ngan Dato' K untuk melahirkan rasa kekecewaan mereka kat pasangan tu, dimana KerepeK (tuan punya blog muaturun) adalah pemilik lagu tu... (rasenye la..) hehehe.. lawak giles liriknye..

kalo nak download, klik kat sini.. (bukan save target)..

>> baru tgk gambar anak2 Dato' K... huhuhu.. sakan gak ler..

Monday 17 July 2006

Gambar..

Tadak apa yg nak di updatekan.. just to inform, gambar baru dah di upload. Apa kata kita pakat2 pi tgk gambar kenduri Beng kat fotopages aku...

>> kelas dah stat..

Sunday 16 July 2006

Selamat Pengantin Baru..

semalam kenduri kahwin Umar Faruq (baca: Beng).. aku dari rumah, g amek minah, angah kat s7.. pahtu g komuter amek zaim dari salak tinggi. pahtu jumpa kengkawan kat esso bkt raja berhampiran jaya jusco bkt raja.. adik bersama masitah dan hezlin menaiki satria hijau dan dini bersama balaknya menaiki savvy.

kami tiba di masjid sg pinang kira2 jam 2 petang waktu Malaysia.. dan ketika itu, pihak pengantin pon tiba jugak dengan berpakaian sedondon kuning diraja.. kelihatan juga pasangan kepada kakak pengantin perempuan (isteri Beng), yang turut diraikan dalam majlis perkahwinan tersebut. kiranya, ada 2 pasangan la dalam majlis ini..

Semoga mereka bahagia dan diredhoi Allah, fi dunia wal akhirah... aminnn..

Beng dan isteri, Khadijah..

para wanita..

para lelaki..

>> To Beng, congrats.. Harap tidak lagi berperangai buruk.. hehehe... dan izinkan kami untuk bergosip ngan bini ko.. hehe..

Wednesday 12 July 2006

jadual..

the timetable for this semester...

monday: 830 - 1130
tuesday: 1030 - 1300
wednesday: krohhh... krohh..
thursday: 830 - 1130, 1410 - 1710
friday: 830 - 1130, 1410 - 1710

Total 7 subjects with 20 credit hours, where 5 subjects with final paper and the dissertation is 6 crdt hours.. hamekkk..!!

>> buat pertama2 kali pegi shopping kat 5 tempat dalam masa 7 jam.. Plaza Alam Sentral, Subang Parade, Carrefour, Giant, Makro... nok t'cabuk lutuk..

Monday 10 July 2006

misi terakhir..

permulaan bagi misi terakhir.. tu la dia. sok daftar kat faculty. lusa stat kelas. maleh plak rasa.. tp, semester last ni, kena konon2 rajin sket. nak maintain pointer. utk 2nd class upper.. cuak gak neh.. nak dapat first class honour, mimpi la.. huh!

sok bermula la kehidupan aku kat umah sewa.....
ngan seekor kucing siam dalam sangkar yg di bela oleh roomate aku... miauuu..!

>> usaha jaya MARA..

Friday 7 July 2006

ngajuk..

"uhuk.. uhuk..," kelihatan seorang pompuan yg rajin memasak sedang batuk di dapur.. "uhuk.. uhuk..," batuknya lagi..

"uhuk..uhuk..," tiba-tiba ada suara batuk yg comel, tp yang pasti bkn suara pompuan yang rajin masak tu.. bila ditoleh ke belakang, tiada siapa di situ.. konpius..

tak lama lepas tu, pompuan yang rajin masak tu batuk lagi.. "uhuk.. uhuk..," suara misteri tu datang lagi..

setelah ditoleh ke belakang, kelihatan sorang budak kecik bermata bulat tersengih. untuk memastikan bahawa itu adalah suara dia, pompuan yg rajin masak tadi membuat-buat batuk.. "uhuk.. uhuk..," ulang budak kecik tu..

"hm... anak menakan aku ni dah pandai ngajuk ha..," ucap pompuan yg rajin masak tu dalam hati..

gelabah lepas tumpahkan serdak biskut atas karpet..

pahtu buat muka tak bersalah..
>> sesuai jadi pelakon tambahan ni..

Monday 3 July 2006

Futsal Tournament 2006

PERTANDINGAN FUTSAL ALUMNI SMKAKS 2006

Tarikh >> 2 Julai 2006
Lokasi >> Sports Unlimited, PJ
Masa >> 1100 - 1830
Peserta >> Batch SPM 1998, 1999, 2000, 2001, 2002 & pilihan SMKAKS
Penganjur >> SMKA Kuala Selangor (diwakili Cikgu Sallehuddin dan Cikgu Ghaffar)
Habuan >> Hamper-hamper dan Piala Pusingan

Laporan tentang pertandingan berikut lebih kurang macam ni..

Semua pasukan bermain secara liga dan peringkat separuh akhir ditentukan mengikut mata terkumpul bagi setiap pasukan..

Semi-final :

Pilihan SMKAKS vs Batch 1999
Batch 1998 vs Batch 2002

Final :

Batch 1999 vs Batch 1998

Keputusan Perlawanan :

Johan : Batch 1999
Naib Johan : Batch 1998
Ketiga : Pilihan SMKAKS
Keempat : Batch 2002
Kelima : Batch 2000
Keenam : Batch 2001

Sekian laporan saya yang tak seberapa ni... terima kasih..

Additon

Penyokong Terbaik :

Farah, Aimi dan Hezlin

hahaha..

>> harap taun depan ada game utk pompuan plak.. ;)