Monday 8 August 2005

Sebok btol..

uii.. lama dah tak apdet. dekat 2 minggu jgk la.. aritu ada jgk nak apdet. tp tadak idea. jd, tak la aku apdet. nak taip apa neh..?

hm..minggu ni jadual aku full ngan event2 tertentu.. stat harini, ada submission utk subject economics. yeryer buat dgn tekun (baca: las menet).. last2 dia tak mintak pon. hampes.. dah la tido lambat, salah buat soklan plak tu.. lain disuruh, lain yg kitorang (aku dan pid, selaku rakan tiru-meniru) buat.. tp, mujur gak la dia tak suruh anta, kalo tak dpt telur ayam kampung secara free la gamaknya.

pahtu, hari jumaat, ada 1 lg submission utk subject professional practice (profesional la sgt...) dan ditambah dengan presentation utk propose tajuk dissert (thesis). tak prepare apa pon lagi melainkan tidur yg cukup.. kuikui.. pemilihan tajuk pon tak finalise lg.. sakit pala otak..

ckp psal sakit pala ni, aku dah dekat seminggu batuk2 dan kadangkala selsema (dah jd budak hingusan smula..). ni akibat jerebu yg dah makin menjadi2 kat shah alam ni.. kalau dari fakulti, slalu bleh nampak sampai ke residential area kat seksyen 7 nun. tp, sejak 2mnjak ni, guard post saja yg nampak.. bak kata pembaca berita, jarak penglihatan kat area lembah kelang ni, dalam 1KM jahh.. dah teruk la tu..

uhuk..uhuk..! benti dulu, batuk dah semakin menjadi2 neh..

>> tunggu pakcik kayo blk ke mesia jumaat ni.. aku kaya! hehehe..

No comments: