Saturday 29 August 2009

KULTIM Ramadhan 3..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupon akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.."
wallahua'alam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hm.. kalau ganti pon dah mcm tu..
kalau tak ganti langsung......??
sendiri mau ingat..
bawak² la bertaubat..

>> layan lagu Haddad Alwi - Doaku..

Friday 28 August 2009

jejak kasihan..

pada zaman dahulu, aku terasa pergelangan tangan aku lain macam..
macam ada kekurangan kt situ..
tapi taktau apa yang kurang..
rasanya tak penah lagi kena penyakit tulang kt situ..
mmg sendi pergelangan tangan aku not in position sbb jatuh masa sukan darjah 6..
pahtu tukang urut tak betulkan tulang aku..
seb bek encek mohd hasben tak perasan sblm kawen dulu.
kalau tak kurang sket hantaran aku..

oh.. bukan itu yg aku nak cerita.

sebenarnya jam aku ilang. jam yang aku beli sejak hampir 5 tahun yang lalu.. carik kt blkg lemari, petiais, kabinet tv, bawah katil..
tak jumpa.

aku putus asa. lantas terfikir nak beli jam baru..
kebetulan dah nak kawen time tu..
seumpama 'cerita lama yang tak perlu dikenang'..
kehkeh..

apa yang bes sgt jam lama ni?
nombor satu.
tah brapa masa aku abih nak carik jam bertali besi getah ni..
obses..

nombor dua.
sbb aku beli pakai duit pinjam (baca: ptptpu)..
duit tu walaupon 5 taun akan dtg aku masih tak abih byr lg..

semalam. baru perasan ada notis kt surau tingkat 3 kt opis..

"kepada sesiapa yang ada hilang jam brand sekian² di surau ni, sila jumpa Mr. S no telefon sekian². jam ini dijumpai sejak November 2008 tapi tiada sapa yg menuntut. sila jangan buat prank call.. tima kaseh."


eh.. kt situ rupanya.
buat penat je aku tuduh budak² kt umah tu..

>> akibat tak penah alert ngan notis..

Thursday 27 August 2009

lagi cerita pasal sebat..

dipetik dari malaysiakini.com..

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

>> ooo.. camni rupanya..

hukum agama..

dipetik dari kes model yg kena sebat akibat minum arak tu ditangguhkan..

"Semalam, Majlis Peguam turut mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menghapuskan hukuman sebat untuk apa juga kesalahan jenayah kerana berpendapat ia tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan"
sumber: sotkabar 26 August 2009

ayoyo..
bleh ke camni?

masa aku belajar dulu-dulu kan, ada sorang ustazah ni cakap, kalau org buat salah dan dihukum menurut Islam iaitu hukum hudud (contohnya hukuman bagi orang yg mencuri adalah memotong tangan - berperingkat), dia akan terlepas dari siksaan dari kesalahan yang dia buat tu di akhirat kelak. dengan syarat, dia telah dilaksanakan hukuman itu ikut hukuman hudud dan bertaubat di atas kesalahannya..

jadi, kalau ikut pendapat aku..
komen mufti ni yg kira logik, munasabah & memenuhi tuntutan agama..
lagipon mufti yg komen, aku yakin 100% kebenarannya..

tp aku sendiri tak pasti adakah hukuman ini setimpal dengan kesalahan yang telah dia buat tu sbb aku takdak ilmu pasal tu..

tapi menurut kata susulan dari Mufti ni yang aku baca pagi ni..

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.

"Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?"
haaaaa..

Allah knows best..

>> 6 Ramadhan..

Wednesday 26 August 2009

zat nasik..

masuk opis pagi ni ada org kata pipi aku tembam..
alaa.. kira stended la..
zat nasik yg aku mkn byk2 tu mmg awal2 dah serap kt pipi..
sbb tu tak sempat dah nk distribute ke tempat lain..

hahahaha..

ok. aku merapik.

ni gambar adik mak lijah yg dah bolat..
captured semalam.



muka fotostet..
hahahahahahaha..

(gelak kt anak menakan sendiri)

>> kena control mkn..

Tuesday 25 August 2009

KULTIM Ramadhan 2..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelebihan Puasa Daripada Rujukan Al-Quran dan Hadith..

  • "Berpuasalah, kerana puasa membawa kebaikan kepada kamu, sekiranya kamu mengetahuinya." (surah Al Baqarah: 184)

  • "Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi orang sihat." (Hadis)

  • "Tiap-tiap kebajikan yang di-kerjakan oleh manusia akan dibalaskan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, kecuali puasa dikerjakan oleh hambaKu untuk Aku, maka Aku (Allah) akan membalaskannya." (Riwayat Abu Hurairah)

  • "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraannya, gembira ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa dengan TuhanNya (di hari Kiamat)." (Riwayat Abu Hurairah)

  • "Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • "Doa orang yang berpuasa tidak sekali-kali akan ditolak oleh
    Allah." (Riwayat Tarmizi)

  • sumber: Panduan Ibadah Puasa Ramadhan

    wallahua'lam..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    gaji masuk awal sgt.. kan dah laju sgt kluar..
    huhu..

    >> dah bleh apply cuti raya kah?

    Monday 24 August 2009

    filem pendek - The Tree

    dari 15Malaysia - The Tree..

    filem pendek yang diterajui oleh YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..


    jadi, marilah kita tanam pokok..
    banyak pahalanya..

    :)

    p/s: tanam secara maya.. Barn Buddy.. ;p

    KULTIM Ramadhan 1..

    Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.
    wallahua'lam..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    jom mengaji @ web ni..
    jom dengar nasyid arab @ web ni..

    p/s: KULTIM = Kuliah 3 minit.. (terms used by ex-smkaks)

    >> agak² term ni ada pakai lg ke kt skolah nu?

    Friday 21 August 2009

    result posting..

    semalam dok menyembang cerita pasal posting.. memandangkan encek mohd hasben dah abih kelas tp tempoh kursus tak abih lagi, kami sebok predict kt mana dia bakal di posting.. sambil² list tempat yang dia penah dok..

    gelang patah.. kuantan.. butterworth.. lumut..
    total.. 8 tahun..
    termasuk dok kt kapal..

    tempat yang tak penah pi..
    sabah.. kl.. port klang..

    sabah kot..
    base baru tu..

    hm.. sabah la tu..
    kalau sabah, nak ikut..

    hehehe..
    cerita selepas solat jumaat plak..
    (sejak org rumah dok umah ni, ceting saje..)

    Encek Mohd Hasben : dah blk smyg..
    Encek Mohd Hasben : pi dgn adik
    Encek Mohd Hasben : mat rempit normal

    Sang Isteri : hm..
    Encek Mohd Hasben : ada brita trbaru
    Encek Mohd Hasben : haaa
    Sang Isteri : apa
    Encek Mohd Hasben : nak upah..
    Sang Isteri : elehh..
    Sang Isteri : donut org pon dok hutang lg

    Encek Mohd Hasben : tggu gaji la
    Encek Mohd Hasben : nnt abg akn master erea town smua

    Sang Isteri : apa berita nya
    Encek Mohd Hasben : teka
    Sang Isteri : bagi keyword
    Sang Isteri : tajuk dia apa
    Sang Isteri : baru bleh teka
    Encek Mohd Hasben : posting
    Sang Isteri : kena posting kt port klang
    Sang Isteri : buat tekaan yg paling bes dulu
    Sang Isteri : hehe..
    Encek Mohd Hasben : hahaahahah
    Encek Mohd Hasben : kd sultan abdul aziz

    Sang Isteri : kt mana tu
    Encek Mohd Hasben : klang..
    Sang Isteri : woh
    Sang Isteri : btoi ka
    Encek Mohd Hasben : betoi la..
    Sang Isteri : ahahahahahaha.. kaget
    Sang Isteri : yeyyyy...!!!!

    Encek Mohd Hasben : hebat takkk
    Sang Isteri : hebak.. hebak..
    Encek Mohd Hasben : tak sangka lakkk
    Encek Mohd Hasben : org smua heran

    Sang Isteri : org tu tau abg blk shah alam tiap2 minggu kot
    Encek Mohd Hasben : rezekiiii

    *wink* *wink*

    p/s: ok lina.. aku tak pegi mana-mana sepanjang 2 tahun yang akan datang.. as u wish.. ehehehe..

    >> rezeki.. alhamdulillah..

    Salam Ramadhan 1430H..


    ..dan menghayati Ramadhan..

    renung-renungkan dan selamat beramal..
    :)

    p/s: posa tau.. jgn tak posa..

    >> harini malas..

    Wednesday 19 August 2009

    pengaruh tv yg keterlaluan..

    pada suatu petang yg hening, tatkala burung berkicauan, matahari memancar terang, dan tenaga semakin berkurangan, sang isteri masih bekerja dan encek mohd hasben sedang bercuti di rumah sambil menternak lemak sblm posa.. melalui YM yang di setup kan oleh sang isteri sebelum pegi kerja, encek hasben menaip sesuatu..

    Encek Husband : lapaq cendol lakkk
    Sang Isteri : ele..
    Sang Isteri : ckp ja la nak
    Sang Isteri : buat ayat teringin plak..

    Encek Husband : haaa
    Sang Isteri : apa haa
    Encek Husband : hahaha
    Sang Isteri : hahaha <-- kalau camni x dpt
    Sang Isteri : kena mengayat dulu
    Encek Husband : cak
    Sang Isteri : setakat cak takleh beli cendol
    Encek Husband : cakkkk
    Encek Husband : heee
    Sang Isteri : <-- buat muka tak pedulik
    Encek Husband : taknak takper
    Encek Husband : amik moto che we g giant
    Encek Husband : biaq kn langgar ngan unta

    ni la dia kalau terlalu obsess dgn cerita p ramlee..

    p/s: cerita apa tah..

    >> cendol pulut.. fuhhh..

    Tuesday 18 August 2009

    Walimatul Urus - Golox

    dear ex-smkaks (spm 2000 + sesiapa yg rasa berkaitan)

    on behalf of encek 'orang yang berselimut' (baca: muzzammil @ golox), you are invited to his wedding reception as per wedding invitation below..



    (sila klik pada gambar utk paparan yg lebih besar.. eceh)

    kelantan vs johor..
    ada... sapa kata tak ada...
    hehehe..

    finally sumpahan budak kelas hidayah terhapus jugak..
    bkn fiza lagi yg sepatutnya menjadi org fes yg kawen..
    seb ko baik fiza..
    kalau tak, terpaksa la classmate ko tunggu turn tu..
    hahaha..

    >> today half day leave..

    Monday 17 August 2009

    cuci minda..

    cerita dari email yang org suka forward² kt aku..
    bagus cerita ni.. mengingatkan kita bahawa org yg tinggi ilmu tak semestinya dia tau semua perkara.. jadi jgn pandang rendah kt org yg nmpk macam tak tau apa² ok.. tak baek..

    Kisah Pendayung Sampan

    Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.

    Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

    "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

    "Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

    Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.

    Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

    Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


    gambar hiasan: view gunung jerai kul 7 pagi..

    >> harini hari isnin.. :)

    Friday 14 August 2009

    selagi blom totop mata..

    kerja! kerja! kerja!
    huh..

    minggu ni..
    kerja terlampau byk sgt smpai x tau nak buat yang mana dulu..
    semua urgent tp macam takdak kesudahan semua ni..
    dah pending dari org lain..
    camna aku nak buat part aku?

    hmm.. buat penat pikir kan?
    terpaksa aku bercucuk tanam dulu..
    kata orang..
    kasi pagi.. makan pagi..
    kais tengah hari, dapat makan nasik briyani depan masjid sana..
    sbb harini hari jumaat..

    p/s: hr dah kluarkan circular utk sapa2 nak wat pinjaman sempena raya untuk sebulan gaji (baca: potongan gaji lepas raya selama 6 bulan).. ada bran? haha..

    masa bleh durhaka dulu.. (sblm kawen)

    >> isnin ptg - ahad depan encek hasben cuti.. aku? pi kerja la cam biasa.. kedekut cuti.. haha.. (ok, aku amek 2 hari x half day each = 1 hari cuti..) kira ok la tu.. simpan utk raya plak..

    Thursday 13 August 2009

    Pergi Tak Kembali..

    Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

    Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.
    sumber: malaysiakini

    Al-fatihah..
    semoga ditempatkan bersama orang-orang yg soleh..




    lagu feveret aku.. very the tacing.. huhu..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    tadi aku pi mkn ngan kakak opis kt 1 kedai baru ni..
    selepas mengorder bihun kari & bihun sup, kami duduk kt meja..

    waitress: ya.. nak minum apa?

    kakak opis: erm.. ABC ada tak?

    waiterss: ABC? apa itu ABC?

    kakak opis + aku: OMG! (sambil berpandangan)

    ok.. dia org endon.. dimaafkan.


    >> hari ini hari kamis..

    Tuesday 11 August 2009

    hati-hati sayang..

    tgh emosi ngadap jem smlm, aku tergelak sbb tgk sesuatu kt keta ni..



    siap ada ucapan kt blkg tu..
    no plat pon tuleh pakai cat je..
    cayalah..!
    hehehe..

    >> harini ada makan² dgn big bos pompuan yg single tu..

    Monday 10 August 2009

    hari emosi sedunia..

    harini aku takde mood..
    "kalau bukan kau punya, buat apa kau simpan.."
    hal bodoh itu buat aku jadi camni..
    walaupon cerita akhirnya takdak apa pon sebenarnya, tp hal tu buat aku suffer..

    menyebabkan..
    emosi yg keterlaluan..

    ok..
    aku nak mkn smpai kembali tenang..
    biar kembang pon tak pa..
    janji hati aku puas..


    pertanyaan yg takdak kaitan:
    apa maksud kalau lelaki mimpi kena patuk dgn anak ular?

    >> 8 hari.. tak nak kesah? takpa.. takpa..

    Friday 7 August 2009

    al-kesah jem..

    cuba bagi pedoman sket kt aku..
    yg hari-hari ngadap jem ni..

    kerja kt KL since 10 Dec 2007..
    ini 7 August 2009..
    seminggu kerja 5 hari..
    katakan sebulan kerja 20 hari..

    [20d x (12 + 7)months] + [10d (belen dec 2007) + 5d (aug 2009) - 23 hari (total leave yg dah guna) - 8d (total MC leave)]

    = 364 hari..

    skali jem mengambil masa sejam stgh (minimum)

    oleh itu, 364d x 1.5hrs
    = 546 hrs
    = 22.75 days

    hah.. sebulan kerja tu dok dalam jem..

    tu baru yg kerja dkt 2 taun..
    kalau 20 tawon? (time tu dah dok tempat lain kot.. ;P)
    tak ke mereng otak..?

    >> otak pon jem..

    kisah suami terbaek..

    Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut..

    "Hello?"

    "Abang, nie sayang nie.."

    "Emmm... "

    "Abang masih ada di kelab lagi ke?"

    "Iya."

    "Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

    "Berapa harganya?"

    "Cuma $1500.00 aje"

    "O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

    "Thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price.. lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu.."

    "Berapa harga yang dia bagi?"

    "Cuma $280,000..."

    "O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.."

    "Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

    "Apa?"

    "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu.. sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.. "

    "Berapa harga yang mereka minta?"

    " Cuma $740,000.. Ok kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.."

    "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

    "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

    "Bye... I Love you too..."

    Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

    "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    hahaha.. mampos..

    >> hari ini hari jumaat..

    Thursday 6 August 2009

    family encek kacang..

    aku tak penah tgk sape family encek kacang (baca: mr bean)..
    td ada org hantar email..
    meh tgk..

    dia dan bini dia..

    anak dia..

    encek kacang dlm rupa yg lain dari yg lain..

    kira kacak gak pe dgn rambut hitam lebat tuh..
    hahaha..

    >> insyaAllah esok hari raya.. alhamdulillah..

    Wednesday 5 August 2009

    sengkuang, sos dan kacang tumbuk..

    minta maaf kepada yang sedang pregnant..
    adalah lebih baik jika anda tak baca entry ni..
    dikhuatiri anda akan mengidam..
    hehehe..

    td aku dgr ada org kecoh² kt pantry..
    siap ada org order rojak buah kt pintu pantry..
    nak jual kt charity sale kt GF..
    tiba² teringat sengkuang ni..
    last aku makan masa jamuan raya taun lepas..
    department mana tah yg buat..


    pahtu aku jalan kt bawah..
    tgk ada sengkuang ni..
    tp sekeping singgit..
    huh.. mengenangkan sbb charity & teringin, aku beli jgk la..
    beli 5 terus.. dia bg free 1..


    susah tu nak jumpa..
    sapa tau kt mana aku bleh carik sos ni, sila bgtau..
    aku search kt internet x jumpa la..
    sos plum ke nama dia?

    >> astaghfirullah.. aku puasa.. aku puasa..

    Malam Nisfu Syaaban

    malam ni malam nisfu syaaban.. mak aku cakap.. heh..

    Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

    Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

    Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
    "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."

    (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
    "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban."

    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
    amalan-aman di dalam Bulan Syaaban

    1. memperbanyakkan puasa sunat..

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
    "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
    2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

    Sabda Rasulullah SAW :

    "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
    (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

    3. Bertaubat

    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
    "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
    Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

    Malam Nisfu Syaaban

    Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

    Nisfu Syaaban ada peristiwa yang berlaku di dalamnya, di mana buku amalan kita akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan digantikan dengan buku amalan yang baru.

    Oleh itu, kita digalakkan membaca Surah Yasin sebanyak - banyaknya dan paling kurang 3 kali selepas sembahyang fardhu Maghrib pada malam itu dengan harapan segala amalan kita yang telah lalu diterima begitu juga segala amalan yang akan dicatatkan dalam buku amalan yang baru juga akan diterima oleh Allah SWT.

    Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.

    Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

    Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

    (sumber: dari internet)

    Wallahua'lam Bissowabbb..

    mak lijah yg nyebok ikut bukak posa kt masjid shah alam.. dari bln rejab haritu, tiap² hari isnin ngan kamis ada majlis bukak posa kt sana.. mknn dia sedap sgt² weh.. tu yg aku berkobar² posa tuh.. huh..

    >> sehari lagi.. chayok..!!

    Sunday 2 August 2009

    BQS rawks..!!


    masa aku godek2 pc burok aku yg oldskull ni, aku jmpa video yg chekie buat masa MPG (Malam Pra-Graduan) dulu..
    (so, no wonder la if gmbr dia di mana² saja dalam video ni ok.. hehe..)




    weiiiiiii... jom buat gath..
    aku vote for PD..
    the nearer the better..
    kehkeh..

    p/s: sila buat smpai jadi ok.. haha..

    >> weekend yg panjang.. (+ jumaat MC.. hehehe..)