Saturday 30 June 2007

gotong-royong

sejak siang td, family aku yg diketuai oleh mak aku, telah membuat gotong royong peringkat kebangsaan kat dpn bilik aku dimana letaknya buku-buku 3 orang makhluk yang dahpon selesai menghabiskan duit rakyat di universiti masing2.. ini termasuklah buku aku sejak diploma sampai degree (actually buku spm pon ada gak sket2), abg sulung aku punya dari sijil sampai degree dan sorang lg makhluk yg baru abih degree kat BMI dan sblm ni dia amek diploma kat MFI. dah macam national library dah umah aku.. sapa nak buat research pasal QS, landscaping, electrical dan electronic, sila la mai umah aku.. kehkeh..

tgh dok belek tah menatang apa dlm kotak2 lama ni, jumpa diary zaman kurang maced dulu.. kuang3.. elok gak tu.. aku jumpa tarikh2 penting yg aku agak lupa sblm ni.. antaranya..

1. 2nd Aug 2000 - aku taknak admire kat org yg aku admire sblm ni sbb ada org admire kat dia.. haha..

2. 20th Aug 2000 - aku jeles kt adik angkat sendiri.. (ni lg la bengong)

3. 1st Sept 2000 - aku dan angah mencurik masuk dlm asrama putera.. (ko carik ape la tu angah.. aku folo ko je sbb ko penolong ketua pelajar.. hehehe..)

4. 29th Sept 2000 - aku dgn tak sengajanya telah me'rekrut'kan rambut aku.. (lalala...)

5. 24th Oct 2000 - aku pi sarapan kat dewan makan ngan masitah.. (setahun hanya sekali ni..)

6. 18th Nov 2000 - aku bergayutan tanpa tujuan di public phone asrama dgn K (bukan nama sebenar)

7. 27th Dec 2000 - aku menyambut hari raya di Makkah Al-Mukaromah

8. 25th Jan 2001 - my 1st date @ midvalley dan ditemani seorang saudara terdekat..

9. 1st July 2001 - 1st taim aku sahut cabaran lina utk simpan rambut pjg sekurang2nya smpai bahu utk pertama kalinya.. hehe..

10. 4th Nov 2001 - aku menjadi mahasiswi UiTM.. (koya sungguh.. haha..)

11. 16th March 2002 - kembalinya arwah Mohd Kamal Azizi ke rahmatullah.. (Al-Fatihah)

12. 5th July 2002 - kembalinya arwah Mohd Syukri Senin ke rahmatullah.. (Al-Fatihah)

13. 24 Nov 2002 - Aku mendraw salasilah seseorang sebesar2 page kerana dikhuatiri aku akan lupa nama ahli keluarga beliau..

>> cam lawak plak.. hehe.. indah sungguh zaman persekolahan dulu.. lalala..

Thursday 28 June 2007

anak-anak menakan..

semalam sambut birthday budak kecik ni.. birthday ke-2 tahun.. nama dia Faza Alisha. anak ke-2 abg sulung aku.. ni rupa dia pah dapat kek..

koya kek..tah camne dia pi posing camni plak..

ustazah alisha..tudung yg kitorang bagi as a birthday present.. jadi ustazah alisha tetiba..

fariz haiqal..adik baru dia, Fariz Haiqal.. baru je sebulan lebih.. skali tgk cam Shin Chan.. 2 kali tgk cam kueh pau.. hehehe..


dan tanpa rasa susah-payah, aku pon dah ada 5 orang anak.......

....menakan! hehe..


ni video masa nak potong kek.. abg dia kalut nak makan objek tulih HAPPY BIRTHDAY tu.. amek hang..! hehe...


>> td jumpa member lama, Nur El Haidar.. keje kat opis kwn bos.. tanye bila aku nak kawen. lantas aku menjawab.. "ok El, aku balik dulu..".. hahahaha..

Wednesday 27 June 2007

aku sedang menaip..

tak tau nak taip apa.. sekadar mengapdet.. heh..

actually, tetiba tgk ramai dah amek tes pasal aku tu.. terima kaseh yg sudi meluangkan masa buat tes tu.. macam2 jawapan yg ada. lawak pon ada. setakat ni, untuk soklan yg betul semua, adalah soklan berkenaan..
"Pada masa lapang, saya suka.."
jawapannya rahsia.. tp apa yg dah suma org jawab setakat ni, 9 dari 9 orang menjawab jawapan yang betul.. hahaha.. tau plak korang hobi aku ni eh.. tahniah kepada semua.. sebagai ganjaran, marilah sama2 menjayakan hobi aku di rumah masing-masing.. hehehe..

>> harini besday anak menakan, Faza Alisha, 2 tahun..

Tuesday 26 June 2007

jem ada.. rotinya mana?

wadus.. ptg td pi kl. meluat plak nak mengharungi jem dgn menaiki kereta manual ni.. krem kaki kiri.. smpai 1 tahap, aku angkat lutut aku sama tinggi ngan stering. kira cam stretching ketika jem la. kehkeh..

actually, td pi jumpa QS consultant. hantar drawing mechanical and electrical works.. patut mmg M&E engineer yg patut antar. ada plak dia pi hantar kat aku. pahtu org mintak 10 set, dia bg 5 set.. lemah btol laa dia ni..

klien aku mintak final draft contract doc plak. tu yg kena pi jmpa QS. pahtu opis tgh2 kl.. bapak susahnya nak cari memandangkan aku bukan kaki jalan kl. seb baik aku tau la sket2 nama jalan dan lokasi. tp sbb gerak kul 330, mmg la dah jem kl tu.. tp kena pi jgk.

aku ajak angah ngan mass temankan aku memandangkan mereka masih menceburi industri pengangguran. tak la aku ngadap jem sorg2.. crita utamanya ialah, ketika balik, jalan dkt kl sentral jem. maka angah berkata..
"tgk tu, byknye kete tekan minyak ketika jem..", kata beliau tanpa rasa bersalah tatkala melihat kete mengeluarkan lampu merah pada lampu ketiga..
aku dan mass kaget sejenak dan ketawa berdekah2 sehingga tiba di restoren Hakim..

tekan brek la.. ade plak tekan minyak mase jem.. ramai yg maut kang tuh.. hahahaha.. seb baik la ko lom ada lesen memandu.. hehe..

>> camner la ko bleh dapat johan mase pertandingan tulih esei kat skolah dulu, ngah.. hahaha..

Monday 25 June 2007

minit mesyuarat 2 SnAC

lokasi: restoren makanan segera, Giant sec 13
masa: 430 - 610 ptg
tarikh: 24 jun 2007
kehadiran: presiden, setiausaha, peguam khas sbg jurucakap dan penasihat, arkitek malas

agenda:
1. membincangkan tentang isu2 duniawi
2. menyelesaikan masalah berbangkit dari mesyuarat lepas
3. mempertimbangkan permohonan ahli baru

perbincangan:
1. presiden mengucapkan jutaan penghargaan diatas kesudian hadirin yg hadir dalam keadaan sopan-santun serta berbaju kurung. beliau kagum dgn personaliti masing2 dan mencadangkan agar pakaian tersebut dijadikan pakaian rasmi kelab tetapi tidak disokong oleh akak cashier restoren makanan segera.

2. presiden juga gembira diatas hidangan ayam goreng, ciken cop dan wedges yg tak seberapa dihidangkan semasa mesyuarat berlangsung..

3. perbincangan dimulai dgn sambungan dari kisah-kisah dari mesyuarat yg lalu. untuk makluman, cik setiausaha telah mendengar cerita berkenaan untuk kali yg ke-4 atau 5 dimana, rata2nya boleh diputarkan semula dialog2nya seakan2 sama oleh pencerita iaitu cik presiden (bukan nama sebenar).. cerita ini dimaklumkan semula kerana kehadiran cik arkitek yg teringin sekali mendengarkan nada cerita terus dari puncanya..

4. selain itu, isu2 duniawi lain turut dibincangkan berkenaan kisah sahabat mereka yang jangak itu bersama kisahnya..

5. presiden juga telah membangkitkan isu seorang sahabat yg bercinta di dalam khayalan dan meminta kepada semua ahli dan juga bukan ahli untuk bangun dan menyedarkan beliau sebelum keadaannya semakin kritikal.

6. cik arkitek telah mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli kelab dengan menyenarai pendek segala fakta-fakta yang memenuhi requirement kelab termasuklah cerita tentang beliau yg pernah mem'back-hand'kan seorang jejaka ketika menuntut di menara gading.

keputusan:
1. kisah cinta monyet seperti yg diwar2kan pada mesyurat pertama yg lalu, telah memberi idea kepada presiden supaya lebih bersifat kejam dan membalas dendam di atas apa yang terjadi. oleh kerana cik setiausaha tidak mahu terlibat di dalam sebarang konspirasi, beliau menghabiskan ciken cop dan beberapa makanan orang lain yg rancak berbincang..

2. kisah rakan mereka yg jangak itu tidak memberikan sebarang penyelesaian dimana cerita berkenaan sengaja diceritakan dan hanya menganggap sebagai iklan ketika berborak..

3. cinta khayalan seperti sinetron dari Indonesia itu juga turut memberi penyelesaian yg hambar kerana cik setiausaha menyatakan bahawa segala nasihat dan tindakan tidak akan memberi kesan kepada mangsa kerana mangsa sudahpon sebati dgn kehidupan khayalannya itu. walaubagaimana pon, kami hanya mampu mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap beliau selamat selamanya.. amin..

4. berkenaan permohonan cik arkitek, beliau dilantik oleh presiden sebagai bendahari kelab memandangkan kelayakan beliau memenuhi segala keperluan minimum yg telah ditetapkan oleh kelab. beliau dilantik ke ajk tertinggi kerana mempunyai kelebihan terhadap kes back-hand beliau yg telah mencuri tumpuan presiden. tahniah diucapkan kepada beliau.. dan beliau juga telah diberikan tugasan pertama iaitu mendapatkan sponsor dari bapak2 gula misalnya sebagai dana untuk kemajuan kelab.. (kehkeh..)

penutup:
1. presiden menyatakan harapan beliau kepada ahli kelab supaya segera menjadi alumni kerana kelab ni bersifat sementara dan berharap visi kelab dapat dijayakan iaitu menjadikan kelab sebagai batu loncatan untuk mencapai tahap yg lebih 'lumayan' dan tertinggi untuk kepentingan di masa hadapan.

2. presiden juga menyatakan kesedihan beliau sekiranya beliau akan menjadi presiden dalan jangka masa yg lama tanpa ahli dan para ahli telah menenangkan beliau dan berjanji akan menggulingkannya secepat mungkin dalam konteks menjadikan beliau sebagai alumni dengan kadar segera..

3. kelab juga merasa bangga kerana ada peguam yg sudi menjadi penasihat dan secara otomatisnya dilantik sebagai peguam kelab dan ditugaskan untuk menyaman mana2 pihak yg cuba mendiskriminasi ahli kelab tanpa belas kasihan.

sekian, terima kasih.

yg melaporkan,
setiausaha kehormat
SnAC

>> takbir!

Sunday 24 June 2007

selamat pengantin baru..

lokasi: rumah pengantin perempuan, bukit antarabangsa
tarikh: 24 jun 2007

nik fatimah merupakan bekas pelajar smka kuala selangor dari tahun 1996 (form 1) sehingga tahun 1998 (form 3) dan kemudiannya meneruskan pengajian di mrsm kuala berang bersama-sama suaminya, kobe.. cewasss..

ayuni menyedarkan aku apabila mengatakan pengantin lelaki seiras dgn senior smka, encik Mohd Yazid Sanbaseri.. ye juge..nik fatimah dan suaminya..

suapan kek sebelum pengantin pompuan mencalit krim kat idung suaminya.. ewah.. bergurau senda pula..
posing sakanbergambar bersama pengantin..

posing tak hengat..bergambar bersama pelamin..

keje bergambo smpai penat.. hoho..ahli-ahli yg membisingkan keadaan..

>> letihnye bergambo.. heh..!

Saturday 23 June 2007

tukar banner..

dalam masa 10 minit..
muncul hasil karya aku yg terbaru..
sebuah filem yang bertajuk..
"al kesah dari sepu10h jari.. dan sekeping hati.."
jangan cari di pawagam..
memang takde..

pahni buat ala2 poster..
kasik tambah dia punya height sket..

>> naik lemak la pulak..

kerja kosong..

ada kerja kosong kat opis aku..
nak pakai segera...
elok la cecepat sket..
boleh meringankan beban aku..
hehe..

position:
site supervisor

kelulusan:
sekurang-kurangnya Sijil Kejuruteraan Awam atau yang berkaitan
(if ada diploma, dialu2kan..)

jantina:
lelaki.. para wanita yg ingin mencuba nasib pon boleh..

lokasi:
Klang (ofis di Andalas, site di Meru)

maklumat lain:
ada lesen memandu dan berkenderaan sendiri (motor/kereta)

maklumat company:
Cybotics Corporation Sdn Bhd
(class-A contractor + developer + 100% Bumiputra)

kepada yang berminat dan ingin mencuba nasib, sila hubungi sape2 kat opis aku di talian 03-33236060 atau fax resume kat 03-33236061.

cepat-cepat la mintak....
hehe..

>> cam agent carik keje la plak..

Friday 22 June 2007

muka cam celebriti?

aku try natang ni.. dan ini hasilnye..



btw,apohal ada sesat 1 lelaki plak ni? muka aku cam laki ke.. laki tu muka cam pompuan? cait..

pahtu aku buat plak utk anak menakan aku.. hahaha..



ciss.. fukada kyoko pon ada.. aku tak puas ati ni.. huhu..

>> takde kojo, carik kojo..

Thursday 21 June 2007

aiseh..

pagi tadi noma call aku..
"weh.. ape dah jadi ngan blog ko?"
"apsal plak? aku baru tukar skin.. lawa tak?", kata aku dgn nada sedikit riak..
"apsal aku tak jumpe entry ko? mane ko taruk?"
"huhuhuhuhu.. dah ramai dah org ngadu kat aku.. diorang pon xtau cane nak tgk entry aku.. ko kena click kat X X X X tu.. sblh tulisan gambar tu..", jelas aku..
"laa.. ko nak tau, aku beriya gerakkan mouse seluruh blog nak carik kot2 ada kuar gambar jari utk click ke ape.."
"hehehehe.. smpai camtu skali.."
smlm plak aran msg melalui YM tanya perkara yang sama.. juga komen dari peminat saye, Yazid dari Mentakab dan Afiza Churemy iaitu seorang arkitek yg takde keje.. hehehe..

rupenye para peminat susah nak menerima perubahan drastik dari aku..
baru ingat nak lawa2 sket.. cehhh..

dah la banner baru ni tak lawa.. buat asal boleh je ni.
ni nk kena buat lagi skali la ni..
installer photoshop plak ilang.. ada illustrator je ni.
haritu pc plak dah kena format..
aaaaaaaaaa..... tekanan jiwa dilaporkan. roger!!!

>> demi peminat, ku turutkan jua.. ehehehe..

Wednesday 20 June 2007

memori lama..

ketika membelek-belek album lama, sampai kat 1 page ni, aku terhenti seketika.. terkenang seorang rakan bernama Mohd Kamal Azizi Mohd Misran dimana aku dan rakan2 mneggelarkan beliau 'Orang Melayu' (tah camne dpt nama tu..). kawan-kawan kami pernah simpulkan yg kami penah ada affair.. mana ada pon. mak dia je yg suka kat aku.. hehe..

1 batch ngan aku masa kat SMKA Kuala Selangor. dari form 1 hingga form 5. tak pernah 1 kelas pon. kami start borak pon masa form 4. tu pon sbb aku jadi akak KOOP. lepas prep, dia lepak dpn koop, pahtu ada la tegur2 sket, cam kawan2 biasa gak la..

ntah camner kami jadi rapat. aku dan rakan-rakan biasa gak jenguk umah dia bila nak bukak skolah lepas cuti raya.. singgah beraya la tu.. rumah dekat ngan pekan lama kosangor.. dpn umah dia ada mangga sedap. sampai pokok mangga dpn umah dia tu pon kitorg panjat.. kehkeh..

pahtu, mak dia ni meriah sket. slalu cerita psl dia kat aku kalo aku dan kawan2 ngadap kat rumah dia.. dia rajin masak la, rajin sidai baju la, tak suka berpeleseran la.. byk jgk la ayat yg meng'up2'kan dia tu.. ewahh..

adik penah bisik kat aku masa mak dia borak ngan aku..
"aku rasa dia nak promote kamal kt ko aa..", dgn nada senyap2..
"ishh.. pehal aku plak..?", aku pelik..
"dia borak pandang ko je tu ha..", aku kaget..
minggu depannya, dia outing balik rumah (umah dkt ngan skolah je..). balik dr outing, dia bagi aku buah mangga dgn sedikit ucapan..
"mak aku suh bagi kat ko ni.. jgn lupa mkn..",kata beliau sambil tersenyum2 simpul..
aku kaget lg..
dan aku telah mkn sorang2.. tamak sungguh.. hehehe..
kebetulan adik dia masuk sebagai pelajar tingkatan 1. seperti adat kebiasannya, aku yg form 5, kena jaga sorg budak form 1. aku tanpa rasa susah payah, aku amek je adik dia jd adik bimbing aku.. dah la muka sama, cuma adik dia pakai tudung.. eheh..

berikut adalah senarai foto-foto silam yg ada..

2nd gath, tasik shah alam.. Blue theme..adik menempel supaya tiada syak wasangka dari org2 yang berkaitan dengan kami (aku dan kamal) memandangkan ketika gambar ini diambil masing2 telah mempunyai komitmen terhadap org lain.. hohoho..

open house rumah chubbymasa ni kami jumpa balik selepas beliau dah masuk belajar kat KYPM Bangi dan waktu ni aku tak dapat masuk UiTM lagi rasanya.. gambar diambil masa ada open house di rumah Chubby (Liza Hani) kat KJ..

bersama t-shirtbeliau memakai t-shirt yang aku bagi sempena besday beliau yg ke 17 (zaman form 5 la ni..)..aku fly outing ke Klang beli t-shirt ni.. indah sungguh zaman fly ketika itu.. hehehe..


tatkala beliau ada lg seminggu untuk menduduki peperiksaan akhir di semester 1, beliau menelefon aku setelah beberapa lama tak berhubung. masa tu aku baru masuk UiTM.. bait-bait perbualan lebih kurang mcm ni..
"assalamuaikum", kata beliau..
"waalaikumsalam.. amboi.. lama tak dgr citer? dah start exam ke?" tanya aku..
"blom.. next week. ko ape cerita? bes ke kat itm?"
"bole la.. ni apsal tetiba tepon aku ni? rindu kat aku ke?"
"hehe.. ha'ah.. hehehehe.. tetiba teringat plak kat ko.. tu yg tepon tu.."
"ele.. tah2 baki2 duit pah tepon aweks2.. aku standard yg baki2 coin ko tu je.. kan?
"manede, ni aku mmg tepon ko la ni.. saje2.. teringat kisah lama.. hehe.."
.........blablabla (byk la mende yg diceritakan tu)......
"ok la, coins dah abih ni.."
"okeh, next time call lagi eh.."
"insyaAllahhh.."
kluk... gagang diletak..
dan itu lah bait2 terakhir yg diucapkan kepada aku sebelum beliau dijumpai meninggal dunia di Tasik Sri Permaisuri, KL, seminggu slps menelefon aku dan moto yang dinaiki beliau spt dalam gambar turut hilang..

kisah beliau ada tercatat di muka depan akhbar pada keesokan harinya. aku cuba mencari link akhbar tersebut tp telah tiada..

dan akulah merupakan salah seorang rakan terakhir dari smka yg menerima panggilan dari beliau..

aku juga telah mengiringi jenazahnya sehingga ke liang lahad..
semoga Allah merahmati dirinya dan diletakkan di kalangan org2 muslimin..

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Kamal Azizi (1983-2002)..

>> juga Al-Fatihah kepada rakan karib beliau (juga rakan sebatch aku..), Allahyarham Mohd Syukri Senin (1983-2003)..

Tuesday 19 June 2007

tukar layout?

ehehehe.. tukar layout lain la plak...
konon2 je ni.. ada lg 1 layout yg ak suka ni..sok plak la tukar..
dah jadi hobi plak...
hehehehe..

>> takde keje ke?

Monday 18 June 2007

minit mesyuarat 1..

lokasi: Hakim baru, sec 7
jam: 630ptg - maghrib
tarikh: harini
kedatangan: Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha kelab SnA..

Makluman

1. Pengerusi memulakan perbincangan dengan menyatakan kegembiraan beliau ke atas kehadiran ahli kelab bersama pisang goreng yg aku beli dan kopok lekor yg dia beli.

2. Kata-kata aluan tuan pengerusi telah diganggu oleh anne yg nak amek order
"nescafe tarik 1, teh ais 2", ujar beliau..
Perbincangan

1. pertama skali, beliau menceritakan keadaan yg berlaku sepanjang sabtu yg lalu di mana adanya perjumpaan web fungkur's network dan gambarnya boleh di lihat di sini..

2. Naib presiden tak puas hati sbb beliau tidak di jemput untuk turut serta, namun presiden telah memberi alasan yg munasabah dan mententeramkannya sebelum kemarahannya merebak ke meja bersebelahan..

3. Naib presiden telah menyatakan surprise beliau kepada 2 ahli yg lain dan kemungkinan besar beliau akan menjadi ahli pertama yg akan menerajui alumni SnA ini..

4. 2 ahli lain merasa gembira diatas keputusannya yg 'lumayan' itu.. dan mendoakan agar beliau berjaya di atas pencapaiannya kelak..

5. Tuan presiden mengutarakan cerita berkenaan seseorang yg kononnya terlibat dlm cinta 'monyet' dan telah mencabuli hak sebagai seorang kawan ke atas dirinya. 2 ahli yg lain turut berasa tidak puas hati ke atas kejadian yg menimpa beliau..

keputusan

1. 2 ahli lain mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan padu kepada naib pengerusi dan mendoakan kejayaan beliau untuk berjaya ke peringkat seterusnya..

2. tuan pengerusi diminta agar bersabar kerana semua kejadian yg menimpanya itu adalah dugaan di dalam persahabatan.. (poyonye ayat.. hehe..)

Sekian,

Yang melaporkan,
Setiausaha Kehormat

>> sape tak paham, diam2 je.. ni blog aku, aku punye suka.. hahahaha.. (gelak jahat)

Friday 15 June 2007

testing..

aku tgh test upload video guna youtube.. saje test letak video anak menakan aku menyanyi lagu pencinta wanita tp mak dia dah ubah plak lirik.. sket je ni.. test la kate..



ada yg lain yg lebih best tp takleh nak upload plak.. semua org dlm video tidak menutup aurat.. hehehe..

...insaf~~~

>> sok cabaran akan bermula.. adakah anda telah bersedia? (riak gile ayat.. ahaha..)

Thursday 14 June 2007

kawan saya..

saya ada ramai kawan..
tapi ada sorang kawan saya ni..
dia telah berjaya menamatkan pengajiannya di UiTM..
dan sedang bekerja di JKR..
dia ni 'special' sket..
dia suka membantu saya..
tidak kira la dgr segi apa..
membantu dalam masalah kewangan..
masalah dalaman..
masalah dalam peperiksaan..
masalah negara..
sume dia bantu..
sekarang dia dah nak kawen..
adakah dia nak bantu saya lagi selepas ini?
saya rasa ya..
kalo dia ckp tak, saya akan tikam dia dari belakang guna pisau..
tapi saya tak tergamak nak tikam dia..
kerana dia adalah seorang OKU...

gambar takde tangan?
ahahaha... amponnn tuanku~~~

>> weh, pid. aku takde modal aa nak taip mende.. ko anggap la ko artis hongkong skrg ni..

Wednesday 13 June 2007

Hobi saya mengumpul setem..

sejak wujudnya Encik BuJaL (bukan nama sebenar) dalam hidup aku, aku kini dah ada hobi baru yg boleh la dikatakan berfaedah dan dapat mengisi masa lapang aku dengan secara tak semena-mena.. heh..

yang pertamanya..

ketika pergi dan pulang dari/ke tempat kerja, aku gemar membuka pusat karaoke dalam kereta dan tutup sehingga tiba di destinasi. kiranya, tahap vokal skrg ni boleh la diterima oleh Paul Moss.. hehehe.. ape kes plak aku suka sgt menyanyi dengan bersungguh-sungguh dalam kereta? ada setan tumpang ke? susah plak nak ubati penyakit ni.. mintak para ustaz2 jampi sket aku ni.. ehehehe..

yang keduanya..

yang ni kurang sopan sket.. hehehe.. aku gemar berlumba ngan insan2 yang aku tak kenal di jalanan.. tu blom 'cucuk2' lg.. aku ni pemandu berhemah gak tp tak suka kat org yg bwk kete cam stimroll. jadi, bagi lelaki2 yang menganggap bahawa semua kaum wanita tu bwk kete cam siput sedut, diharapkan anda dapat berfikir untuk kali kedua yer..

kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat kami hargai..
sekian, terima kasih..

Regards,
penulis yg mematuhi peraturan jalanraya..

>> td nmpk ada 1 banner, Gold Coast Morib.. Morib dah maju skrg aa.. ada Gold Coast gituuu.. hehehe..
>> ada tambah gambar konvo kat flickr.. gambar dari azhar (apek)..

Tuesday 12 June 2007

When You're Gone..

sedap plak lagu ni.. seb baik takleh makan.. hehe..

By: Avril Lavigne


I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

[Chorus]
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

[Chorus]

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah

>> yea..yeahhhh... saya bandi amuk.. hehehe..

Sunday 10 June 2007

pertarungan sengit..

Lokasi: One Utama, Damansara
Masa: 2 - 7 p.m.
Pencabar: Rayer (R) dan Angah (A)

C = ciPuding_7 @ che poonz.. 154 beb..ni la pencapaian terbaik aku setakat ni.. sblm ni rekod 144 je.. huhu..


membasah tekak ngan askrem singgit..dari kiri: rayer, golox, angah dan aku..


>> mampukah aku mengekalkan pencapaian ni pada 16hb di Midvalley nanti? mesti la tak.. hahaha..

Saturday 9 June 2007

Selamat Pengantin Baru..

nik kamarullah @ nik @ parjo bersama isterinya, siti salina.. kenduri di Pandamaran, Klang.. merupakan ex-student smka kuala selangor since 1996 to 1998..

gembiranya mereka..parjo and wife..

ramai2..dari kanan: azhar (apek), aku, aimi, angah, salina (wife parjo), parjo, wajdi, rayer, kamarul ariffin, kode, 2 org lg tu aku tak kenai (qberian kot..)

ex-memberex-smkaks yg dah lama tak jumpe..
duduk dari kiri: faisal (apai), tarmizi (mijie), fakhrusy (kuci), syed zulkarnain

nik timah..dgn bakal pengantin, nik fatimah.. hehe..

>> semoga bahagia ke anak cucu.. cewasss..

Friday 8 June 2007

apdet ke ni?

takdak idea.. tp nak gak taip...

T.A.I.P...

hehe.. saje nak bazir duit mentenet guna dial-up..

>> bln depan ah pasang streamyx.. <-- yeryer je..

Thursday 7 June 2007

meeting no 5..

td kena g miting kat site melaka tuh. bosan btol jalan nak ke selatan ni. takdak apa.. cuba buat kota keriangan ke sepanjang jalan.. baru bes.. heh..

setelah bosan ikut jalan biasa aku lalu, aku lalu jalan ikut laluan yg penah aku lalu masa 1st time g site tu dulu.. elok2 dalam 10Km lg nak smpai, ada sorg nenek tahan kete aku. bawak bakul sayur. mcm nak g pasar.. area tu takda umah pon. ada ladang kelapa sawit ngan jalan raya yg tengah repair. dalam panas terik aku benti, tanya nenek tu..
"nak pi mana tu makcik?"
"buleh tumpang pi pasar pasir panjang?"
"kat mana tu?"
"ikut lorong ni je.."
"lorong?"
"lorong ni...", sambil tunjuk jalan besar yg mmg aku tgh lalu ni..
"oho..", jalan straight rupenye.. haha..
"camna makcik bleh ada kat jalan tu td?", aku tanya sbb konpius..
"td makcik naik bas, dia bentikan kat situ sbb dia nak masuk simpang dpn. dia tak p kat pasir panjang tu.."
"woo.. camtu..", dlm hati... lega.. ehehe..

nenek tu ckp loghat Melaka la.. bkn loghat kedah seperti yg dinyatakan. hehe.. actually, jalan ke pasar tu tak sama laluan ngan ke site aku rupanya.. dah antar dia, kena patah balik plak.. ehehe.. aku dah lmbt 5 minit utk miting ni.. huhuhu..

nak sampai site, org ofis call..
"cik adik, dah sampai lom?"
"sket lg.."
"eh.. tak sampai lagi?"
"tadi ada nenek tahan kete.. kesian nye psl, g antar smpai kat tempat dia nak pegi tu.."
"beraninye ko.. kang dia baca pape kang.. jgn caye sgt.."
"ha'ah.. ye juge. tp takde hal aa.. selamat je ni.. ehehe.."
"lenkali bebaik sket la.."
"yes bos.."

tak terpikir plak aku hal2 camtu.. aku cuma ingin membantu.. huhu.. bila balik, aku balik ikut PD. dah lepas pantai yg lawa kononnya tu, aku lalu highway baru dia.. highway dari PD to Seremban yg ni..

nak racing bleh.. sini takde speed trap.. hehe..
bosan giles.. hampir aku tertido di perjalanan.. huhu..


>> setelah lama terpisah, akhirnya dirimu yg dahulunya menjadi rebutan ramai pihak di rumah ni, kembali disisiku..

speaker Altec Langsing yg dah buruk.. huhu

Wednesday 6 June 2007

Pak Lah nak kawen?

aku dpt url pasal crita PM nak kawen.. ingatkan tipu2.. dah tgk web ni, baru la aku caye.. web dari Prime Minister Office. takkan tipu plak kan?

antara bait-bait sedutan cerita..
"Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.."
setelah membuat sedikit search kat Yahoo, aku jumpe web ni plak.. siap ada gambar plak ha.. klik sini untuk baca..

tahniah pak lah.. jgn pandang belakang.. hehehe..

>> aiseh.. terlambat sket la. hehehe..

Tuesday 5 June 2007

nikmat

ketika aku menunggu seluar khakis yg baru saja aku beli, dipotong kakinya (biasa la, org 'tinggi' sgt ni.. hehe..), aku beli sundae strawberry dan masuk balik dlm keta.. park depan tasik shah alam. menikmati kesedapan askrem dan ketenangan tasik sambil mendengar sealbum lagu-lagu Dygta - Persembahan Jiwa.. peh.. terhibur jiwa aku.. hehe.. ada aku baru download album dia yg baru. xtau la baru ke apa.. x ingat plak tajuk album tu..

dalam 45 minit, aku g amek suar tu..
"eh, bkn smlm dah potong ke?"
"ha'ah.. tp tetiba cam labuh lg plak.."
"ish..ish.. lenkali jgn silap2 lg. ni takyah byr. pahni kalo silap lg, pakcik cas 2 kali ganda.. hehe.. pakcik gurau je.."
"hehehehehe...."
ehehe.. kena sound la plak.. ahh.. janji free.. lalala..

>> sampai ati ko tipu aku ise.. besday mu lmbt lg.. aku pos bom ke mu.. huhu..

Monday 4 June 2007

puas ati aku..

jam kul 1.30 tgh hari..
"citer pirate plg awal kul brape?"
"kul 3 ada.. tp depan2 la.."
"erm.. bleh tgk tak plan tempat duduk tu? ermm.. saya nak yg no 3 dari depan tu, bleh?"
"bleh tp nanti kena split la tempat. takde seat yg sebelah2"
"seat sebelah2? buat pe nak sblh2?"
"eh.. awak nak tiket utk 2 org ke?"
"tak la.. sorg je.."
"ooo... ingatkan nak tiket 2 td.. sori2"
"ceh... kalo camtu, tiket kul 130 ni ada lg tak?"
"ada tp kat tepi"
"bleh ah.. bkn dpn sgt pon.."
ha... tu bait2 perbualan aku ngan abg tiket wayang.. dpt gak tgk citer pirate tu. puas ati gue.. hehehe..

>> tahniah kat cikGu TaDiKa atas pertunangan anda ngan encik Hadi.. jgn tunang lame2 yer... hehehe..

sorry aa cikgu.. publish tanpa persetujuan mung.. amponn...
saya terima nikohnye.. eh, silap plak.. blom rupenye.. hehehe..

Saturday 2 June 2007

kata-kata..

tatkala ber YM dgn seorang rakan kepada seseorang, juga rakan kpd aku gak, dimana beliau sedang bekerja di sebuah restoran masakan cina, beliau ingin membincangkan tentang solat istikharoh..

"ko tau pasal semayang istikarah? smyg tu untuk dapatkan petunjuk kan.."
aku mengiyakan..

"kalo mimpi2 tu kire petunjuk ker? bule caye ker?"

"ape lak takleh caye.. ko dah mintak petunjuk dr Allah.. insyaAllah", kata aku..
dia send 1 artikel tentang smyg istikharoh ni.. dlm artikel itu tertera..

"Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat."
btol jugak tu... hm..


kemudian, aku telah menyatakan niat kepada beliau untuk menapis memori2 silam dlm harddisk aku ni.. dan dia berkata sesuatu yg aku tak caya yg dia telah menaip benda ni..

"ko jgn bertindak xtentu pasal... letakkan akal didepan dlm membuat keputusan...jgn ikut emosi dan perasaan"

"sbb setan akan ambil kesempatan bile kite mula leka dlm membuat keputusan.."

"dan ingat,pesanan aku td... sblm buang memori tu... letakan akal didepan... kalo xnak ade perkataan menyesal dalam diri ko"

"kalo aku ikut emosi mesti aku dah dok kat rel komuter..", kata aku..

"tp kenangan, kalo ko delete dlm hard disk tp dlam hati ko xleh delete.."
diam sejenak..

walaupon susah nak caye yg beliau menaip ayat2 ini, tp bleh masuk akal juga kata2 beliau.. tima kaseh la encikkk.. selamat bekerja sambil makan.

>> pandanglah depan..

Friday 1 June 2007

gaji..

ckp psl gaji, semalam masuk gak gaji aku akhirnya.. smlm jgk dah cucuk.. kering kontang aku sblm cucuk smlm. duit dlm bank + wallet = Rm1.00. malu sungguh sebagai wanita bekerjaya.. hampir tak mampu byr tol smlm.. seb baik ada coins. teruk sungguh budak bernama farahcheani ni. (sape dia tu?) hahaha..

senarai perbelanjaan yang wajib utk bulan ni adalah seperti berikut:

encik BuJaL = RM 590.00
minyak = RM 10.00 x 30 = RM 300.00
tol = RM 1.00 x 2 hala x 30 = RM 60.00
makan = RM 5.00 x 30 = RM 150.00
entertainment + contigencies = Rm 150.00
to bunda = RAHSIA.. heh..

so, TOTAL - to Bunda = RM 1250.00

simpanan? setakat ni masih blom ada sbb tiap2 bulan abih sokmo.. sbb apa? sbbnya sblm ni kena byr duit Kembara = RM 650. dah la kuat mkn minyak. pi opis je Rm 15 x 30 = RM 450, tak termasuk melencong ke tempat lain tuh yer. utk kereta je dah abih RM 1100. tu blom mekap2 lagi. erkkk..

ckp psl mekap, tadi aku beli perfume keta (yg lama dah abih) dan juga chairpad nak letak kat seat keta aku in order nak jaga kecantikan seat la kononnya. dah duduk, rasa cam tinggi plak. mesti org kat luar ingat aku tinggi. padahal.... hahahaha... (apohal kutuk diri sendiri plak in?)

>> nak simpan duit beli henpon.. <-- ayat dari org yg tak sedar diri. loan study pon tak byr lg..