Sunday 31 August 2008

Salam Ramadhan..

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan:

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Puasa Untuk Setiap Hari:

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semoga Ramadhan kali ini akan memberi kerahmatan yg belipat-ganda buat kita semua.. selamat berpuasa.. & jgn buat-buat lupa nak posa plak.. kang g mengeteh kt mapley plak siang2 hari.. kuikuikui..

sesungguhnya segala yg baik itu dari Allah..
dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri..
wallahu'alam..

btw, selamat hari kemerdekaan ke 51.. ;)

>> be strong..

Thursday 28 August 2008

al-kesah seorang india kaya tahap gaban..

KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan dgn kos sebanyak RM6.6b untuk 27 tingkat.



"Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita (isterinya) yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

  • Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

  • Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

  • Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

  • Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

  • Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.


  • sumber: Berita Harian

    pehh..
    amacam? ada berani?
    beh aa bini dia..
    hehe..

    >> next wik bos tadak 2 minggu.. pi umrah.. heeeeeee~~

    Tuesday 26 August 2008

    Finally..

    the result..

    Anwar Ibrahim (PKR) : 31,195 undi
    Arif Shah (BN) : 15,524 undi

    difference : 15,671 undi <-- majoriti undi lebih dari BN? jeng3..

    The VOTERS have spoken..!

    sekian, mekasih..
    tingtong..

    >> ciye ke dio..

    Monday 25 August 2008

    trip ko Kelong..

    program kampeni 2 hari 1 malam kt Kelong, Sabak bernam..
    ada 15 org participant..

    cam biasa..
    cerita bergambar la lebih menarik..
    dan lebih mudah..
    ahaks..!

    layannnnnnn...

    mula-mula kena tolak bot masuk dlm air dulu..

    pahtu baru bleh naik..

    hah.. dkt 15 minit baru smpai.. abg bot siap 'drift' lg.. seb baik aku tak tercampak.. huh..

    ikat mata kail & umpan skali.. ok, ready..

    then carik port baekkk punyee.. (dgn isyarat ibu jari)

    ni la hasilnya.. ya.. hasil dari pancing org lain.. kuikui..

    kebetulan pari tu terberanak tetiba lepas kitorg letak mak pari tu.. ni anak dia.. ada 7 ekor. kami campak blk kt laut kasik dia besar sket. nanti kami mai tangkap lg..

    sambung memancing ala amatur..

    dah dahaga, minum air.. air sirap. bukan air laut..

    ingat nak tolak je mamat ni kasik jatuh.. saja nak tolong dia kasik senang tangkap ikan..

    mamarazi yg snap ni..

    bawah utk mancing.. tgh tu tempat makan.. atas tu bilik tidor..

    haaa... akhirnya dapat pon ikan... org punya..

    3 rod.. xdpt ikan gak xtau la..

    tgh blajar kaedah memancing dgn berkesan ngan sifu.. tp pahtu sekor pon tak dapat. apa cer?

    sunset..

    view ke main building..

    ikan 4 ekor... org punya jugak.. hehe..

    sunrise..

    suma batang pancing tu dimiliki oleh seorang pemilik shj.. ada la dkt 15 batang pancing yg dia jaga. peh..

    view ke bawah plak..

    ikan tu dah sama besar ngan anak brader tuh.. masak apa yg sedap ni? hohoho..

    bergambar kenangan.. tanpa ikan.. haha..

    ntah sapa yg tgh posing tu..

    buah mangga.. beli kt tepi jalan..

    balik singgah bukit melawati plak.. walaupon 4 taun dok sana dulu, tapi haritu fes taim aku naik trem ke atas bukit tuh.. hehe..

    gambar lain bakal menyusul...

    cheers!

    >> welkam bek.. >_<

    Friday 22 August 2008

    iklan merdeka 2008..

    iklan petronas..


    moto ni...
    abah punya...

    ahaks!
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    berkenaan dgn sumpah si Saiful tu, aku terbaca 1 petikan tentang tu dari web ni.. antara komen dari pembaca..

    "Saya fikir, sewaktu Saiful Bukhari bersumpah itu, kalau kebetulan mereka melihat ada seekor semut yang lalu di situ, maka sudah pasti semut itu juga akan dikatakan sebagai salah satu ‘barua’ yang sedang menjayakan konspirasi terhadap DS Anwar.

    Sudah tentu semut itu dituduh sebagai pengundi hantu atau dihantar khas dari hutan mana entah untuk menghapuskan DS Anwar.

    Juga mereka akan menyiasat siapakah semut itu? Mereka akan mempertikaikan tahap ke’semut’an semut itu. Semutkah semut itu. Atau semut-semut kah semut itu. Atau semut yang disemutkan sebagai semut kah? Atau yang disemut-semut-kan sebagai semut-semut kah?

    Saya Kenal Ramlang.."

    *pembaca, seorang yg sangat mengenali imam itu, menyatakan semua yg berkaitan dgn si saiful ni boleh mendatangkan marah kepada semua org walaupon sebenarnya org tu takdak kaitan pon dalam hal ni.. kata dia la..
    hahahaha.. pasal semut pon bleh jadik cerita..

    >> sok pi mancing.. mancing ikan ke.. mancing org? haha..

    Thursday 21 August 2008

    bukan avatar aku..

    tadi aku bukak blog Aran..
    dia crita pasal 1 web yg buat avatar sendiri..
    aku pon buat la 1..
    kengkonon muka aku la..


    macam bukan aku je ni..
    klako je..
    ahh.. malas ah nak buat lagi..

    korang nak tes? mai masuk SINI..

    >> tahniah kepada CikGu_TaDiKa.. walaupon ko lom ckp pape lagi kt aku.. tp aku dah tau.. ahaks..!

    Wednesday 20 August 2008

    jurusepit..

    aku malas nak apdet semenjak 2menjak ni.
    keja byk sket kt opis.
    tp dan lagi main travian kt opis nu..
    ahaks!

    meh la crita sket.

    minggu lepas, aku balik kampong. kawan aku suh jadi pengapit dia.. bukan sekadar pengapit, malah aku juga menjadi juruandam dgn memakaikan tudung beliau dan hiasan kepala.. owh.. adakah aku kena tukar kos jadik juru andam plak pahni?

    fyi, ni kawan masa skolah kt kedah dulu.. laki dia pon sama skolah gak ngan aku. sebaya plak lagi. maka, time kenduri dia ni terjumpa balik la kengkawan dari skolah dulu tu sejak tak jumpa depa since pmr dulu.

    kawan aku ni tinggi, maka aku terpaksa beli kasut bertumit tinggi kira2 2 inci.. baru la nampak 'setanding'.. seb baik aku tak terpelecok.. tp antara perkara yg bes jadi pengapit ni, bleh makan kt meja pengantin.. lauk sedap.. cuma aku rimas ngan kamera2 tu walaupon aku tau depa bukan amek gambar aku.. kehkeh.. selama ni aku tau amek gambar org ja.. ;P

    ngan pengantin..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ada crita pasal geng encek zaman dalam paper.. geng depa ni aku jumpa masa open day tudm haritu..



    Tajuk: 10 pelatih TUDM cedera, bas dirempuh
    Tarikh: 19 Ogos 2008


    ALOR STAR: Sebelas orang termasuk 10 pelatih Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas cedera apabila bas yang mereka naiki dilanggar sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Darul Aman, dekat sini, jam 6.30 pagi ini.

    Ketika kemalangan, bas yang membawa pelatih TUDM itu sedang membuat pusingan U apabila dirempuh bas ekspres yang menghala ke Changlun.

    (sumber: berita harian)

    sekian..

    >> on the way..

    Thursday 14 August 2008

    Hal duniawi.. - Siri 1

    al-kesah 1..

    PM: Harga minyak turun 1 September

    Harga minyak akan dikurangkan pada 1 September ini bergantung kepada penurunan harga minyak dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Katanya, memang ada penurunan harga minyak dan ia akan dibuat bergantung kepada harga minyak dunia bulan Ogos.

    Di samping itu, katanya, subsidi 30 sen yang telah diberikan oleh, kerajaan, dikekalkan.

    "Bergantung kepada kekurangan harga minyak, nampaknya waktu ini harga minyak Alhamdulillah, bertambah murah.

    "(Ada) harapan untuk kita kurangkan harga minyak...Saya senang hati dan kita ada kebolehan untuk mengurangkan harga minyak," katanya.

    Menurut Abdullah lagi, kerajaan setuju menggunakan formula untuk menentukan harga minyak pada tiap-tiap hujung bulan, atau pada 1 haribulan.

    (sumber: Malaysiakini.com)


    al-kesah 2

    Bajet: K'jaan janji 'buah tangan'

    Kerajaan menjanjikan 'buah tangan' untuk rakyat dalam pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini.

    "Ada buah tangan untuk rakyat. Kita faham rakyat tertekan dengan keadaan sekarang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengar masalah rakyat," katanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Berucap di najlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi Parlimen Permatang Pauh, malam tadi, beliau berkata, kerajaan sedang menimbang mekanisme yang sesuai bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga bahan api.

    (sumber: Malaysiakini.com)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    sejak dkt pilihanraya utk kusi 'panas' ni, banyak plak perkara menarik yg bakal berlaku.. kan bes kalau hari² ada pilihanraya camni.. kuikuikui..

    ~ balik kampong.. ooooo... balik kampong..

    Wednesday 13 August 2008

    3-stooges? (reunion)

    last saturday, aku, noma dan pid berkumpul kt OU damansara..
    kebetulan, aku kt shah alam.. (kebetulan mende ni.. hahaha..)
    kebetulan, pid ada kenduri abg dia kawen kt sg buloh..
    kebetulan noma g kenduri kawen kawan dia kt shah alam gak..

    terpaksa kami bertemu..
    lebih2 lagi untuk ngadap ibu mengandung 5-6 bulan ni..
    puan pid yg bujang (sbb laki dia tak folo) sambil membawa perutnya.. (gambar sebenar tidak kelihatan)
    seronok banget jalan2 carik pizza hAt..
    krem kaki aku.. ibu mengandung pon tak krem cam aku.. huh..

    jom layang gambar terbaru kami..
    (perhatian: ini bukan promosi)

    owh.. teruja tul tgk spegeti ni.. (sbb lapor punya pasal)

    ngan mak budak.. cam takde efek je kan..? sbb sbb tgk front view. cuba tgk secara elevation.. baru nmpk efek dia.. kuikui..

    ini huruf 't' ye..

    yaaaa.. menangkap gambo sendiri.. hahaha..

    (sumber: kamera noma)

    aku away sampai ahad dari malam sok..
    menjadi juru sepit seorang rakan kt kedah nun..

    btw, jgn lupa malam nisfu syaaban sabtu malam ahad ni..
    doakan yg terbaik utk diri kita..
    fi dunia wal akhiroh..

    ~ 18hb plak.. (misteri.. hehe..)

    Tuesday 12 August 2008

    mai layan video plak..

    tadi aku godek², terjumpa lagu corporate kampeni aku..
    lama² layan cam sedap plak.. 1st taim aku dgr lagu ni masa kena nyanyi kt stadium bukit jalil. time tu aku join sukan inter-UEM Group. pahtu setiap event kena nyanyi plak.. aku bkn reti sangat lagu² baru dan jarang dgr ni.. miming je la.. kalo di translate ke BM lagi la tak reti.. sbb laju sgt nak menyebutnya. hahaha..

    ada org kata, lagu ni KRU yg buat..
    nak dgr, mai click kt SINI..

    ni plak competition live band yg dianjurkan oleh UEM Group.. aku tak ingat plak apa ke nama competition ni. kira cam battle of the band la.. suma subsidiary company of UEM kena masuk. termasuk la kampeni aku yg tangkap muat ja suma ahlinya. diorang perform ok jgk walaupon suma jadi bidan terjun. cuma lirik last² tu depa tak ingat.. heh..

    asalnya aku tak tau pon pasal competition ni. tau iklan la. tp xtau la kata dia buat malam ni. dah la tepi dewan futsal aku. pah futsal suma pi.. tak semena-mena aku pi busuk2 tu utk bagi sokongan padu yg tak brapa padu sangat.. ada la 2 org penyokong dari kampeni aku.. tp masing2 sora mmg kuat tahap otromen taro. hahahaha...

    ni semi-final.. final sabtu ni.. kt Mines exhibition centre..
    mai layan.. sound cam kureng sket.. aku pon xtau apsal.. aku rasa henpon aku canggih dah ni.. hehe..

    1. ni kampeni An.. UEM Builders.. kemain.. yg tahap bos pon ada gak tu.. hat main gitar tu.. akak tu pon gelek tak hengat.. huhu..


    2. ni kampeni mana ntah.. cam slipknot je.. tp kira ok jgk la ni.. cuma sound langsung cam tak ok jek ni.. hahaha.. hampeh..!




    ada 1 kampeni lagi.. dia nyanyi lagu Nidji.. owh.. bes.. aku lupa nak amek video sbb terkagum sejenak.. yg kampeni sendiri punya tak ambik sbb amek guna henpon org lain.. juri adalah Neves dari pretty Ugly dan ada sapa lagi tah.

    >> macam² la ada kt UEM ni.. pelik sungguh aku.. kt kampeni lain ada camni gak ka? hoho..

    Monday 11 August 2008

    picture is gambar..

    aku tak tau nak post natang apa.. ni aku edit guna Picasa plak. pid yg bagitau kt aku web ni. tp aku rasa fuction dia tak banyak mana yg aku bleh guna. bes lagi photoshop. tp takpa.. yg penting kita cuba. tak cuba camna nak berjaya.. (oh.. poyonya ayat..)

    mai tgk sket sedutan kisah kenduri haritu yg tak abih² lagi ni..

    peykong jelir lidah kt sapa tu?

    siap berkepul-kepul tuh.. huhu..

    cam terover blur plak.. gambar ori lagi cantik la.. hoh..

    setau aku, bunga ros ni bau dia wangi..

    si meon tgh makan bubur.. ke nak suap lina tu? (opss.. terlebey suda..)

    lelong.. lelong.. 3 singgit..
    (mapuh aku kena katok ngan tuan punya)


    elyn tgh fokus kt teknik posing pengantin utk digayakan taun depan..

    kumpulan marhaban belia 4B simpang renggam..

    ampon tuanku beribu ampon.. sembah patik harap diampon..
    (siap renjis bunga mawar lagi kt blkg tuh)


    sweet la gambar ni.. hmm..

    yunon dan album gambar kawen beliau..

    terpaksa diblurkan sbb aku pon geli ngan aksi tu.. hahahaha..

    amacam? bes ke?

    btw, last wik aku ada reunion ngan cikpid dan noma.. nanti aku upload gambar gedik2 dpn pizza tu ngan mak buyung.. kuikui...

    ~ makan kenyang, tido pon lena.. krohhhh..

    Thursday 7 August 2008

    hobi baru..

    aku jumpa blk banner aku yg dulu2 ni..
    walaupon dia size kecik, tp aku suka.
    tak sempat nak alter.. biaq pi ah dia terencat camtu..
    lenkali aku buat dia jadi lelawa balik.. hehehe..
    bes plak tgk banner zaman dulu ni..
    setiap banner ada kisahnya.. hm..

    hah.. kini aku dah ada aktiviti harian terbaru selepas tamat waktu kerja..
    cuma aku sorang je jejaka kt situ.. haha..
    ada sorang lagi, tp dia tak join.
    dia nak teman je..

    aku dah redi ni.. jom la berentap.. hehe..

    teknik berdating disebalik fire door bersama fire warden..

    sapa partner ngan aku, komfem kalah.. hahaha..
    naseb ler wei..

    p.s kengkawan, gambar adik aku lom sempat upload.. bawak bertenang eh..

    >> yey.. yey.. nak ngeteh ngan cikpid..

    Monday 4 August 2008

    gambar adik lagi..

    kini seorang lagi kawan rapat aku sudah bergelar isteri. tatkala kami memeluk erat sebelum pulang meninggalkan beliau memulakan kehidupan dalam status yg baru itu, menyebabkan aku sedikit emosi kerana beliau merupakan salah seorang yg sering membantu aku dalam membuat keputusan dalam hidup, memberi idea, memberi kritikan, memberi bantuan tatkala diperlukan dan sebagainya..

    bermula dari kisah di zaman persekolahan.. atau lebih menarik disebut sebagai 'zaman sandwich', 'zaman peniduran' atau 'zaman penuh kontroversi'.. segala susah senang, kena marah, kena denda, tiru ketika peperiksaan, copy jawapan add math Beng masa nk kena submit buku latihan kt cikgu salleh, curik air kt baldi orang, hantu pingpong.. suma kami dah alami.. dan perkara yg aku takleh lupa pasal dia time aku bawak dia makan tosai kt kosangor masa outing form 4. sbb dia tak suka kari mamak tu dan juga ngan tosai tu, smpai skrg dia mmg anti ngan tosai tu.. kalo sebut pasal tosai, mesti muka dia dah kerut semacam.. 1 lagi, jangan nak cerita hal2 tak senonoh time makan ngan dia.. misalnya citer pasal muntah ke.. t*h* ke.. komfem dia tolak makanan tu tepi dan takkan berusik dah pahtu..

    tapi, rasanya perkahwinan ni tak menjejaskan hubungan beliau dan kami semua memandangkan laki dia yg juga kawan kami merangkap ahli jawatankuasa tertinggi kelab jingga-ramba. jadi, takdak efek apa pon dari segi pergaulan selepas ini.. melainkan laki dia suh balik awal suh masak nasik atau .......... (sila isikan ayat yg selalu diucapkan oleh encek zaman)

    ni gambar lalu bawah pedang.. lalu bawah pedang takpa.. jgn bawah parang.. haha..

    jaga-jaga cik salmah.. abg datang ni.. hehe..

    sticker konvo kt keta aku..

    gambar lain aku takdan nak resize lagi.. huh..

    p.s. jgn ditanya bila aku nak kawen.. itu rahsia.. hahaha..

    >> 6hb..?