Saturday 30 October 2010

tukar layout..

dah boring dgn skin lama..
jadi aku tukar baru..
tp blog aku jadi huru-hara..
nk betulkan tp dah ngantuk..
dah pukul 2 pagi..
gila gigih..
macam study nk exam esok..
hahaha..

ok. lenkali la aku betulkan.

>> buat onar..

Friday 29 October 2010

setem bolat..

aku dah lama tak beli setem.
atau dalam erti kata lain, dah la tak tulis surat atau pos sesuatu menggunakan setem.

tapi baru ni aku tengok ada setem bentuk bulat.
x tau la kalau korang penah tengok..
tp aku tak penah..
so, dok terbelek2 la setem tu..


tima kaseh la bakal pengantin sbb buat aku batak jap..
btw, all the best..
hikhik..

>> oh.. miss encek mohd hasben. nak hantar surat cinta bleh tak? haha..

Saturday 23 October 2010

Baby datang lagi...

baca tajuk dgn nada "tora dtg lagi"..

ok. cerita sebenar adalah seperti berikut.
ada 2 baby baru dilahirkan..
tak baru sgt ekceli.
hampir seminggu suda..

baby 1 - DOB: 18 Oct 2010

my cousin, jamila dah selamat bersalin anak ke 2..
baby boy juga seperti anak pertama..
tomeyyyyy...

kopipes dari fesbuk
rupa macam dia masa kecik2 dulu..
aku tgk gmbar dia la..
sbb masa dia kecik, aku kecik gak..
almaklum la, sebaya. hehehe...

baby 2 - DOB: 20 Oct 2010

kakak kpd kakak ipar dah selamat bersalin di klinik umra.
baby girl..
siap ada tahi lalat kt mulut tu..
jarang2 skali nk tgk baby baru lahir ada tahi lalat..
tomeyyyy..
(gambar kt pc opis lak.. haih..)

btw, tahniah diatas kelahiran baby2..

>> suka bau baby....

Friday 22 October 2010

pernahkah gaban lapar?

pagi ni tak dan nak menyorok (baca: bekpes)..
bizi dgn tender..
tender.. tender.. tender..
nk muntah tgk tender document.
dah brapa rim ketas jadi rough paper..
sat2 tukar.. sat2 tukar..
serabut sungguh org yg mengecheck ni..

so, skrg tgh lapar tahap gaban (bkn gaban minah)..
smpai terpaksa kena bgtau kt blog.

hahahaha..

mengong jap.

>> rasa nk mkn kepsi. dah 8 taun tak mkn kepsi.. ;p

Thursday 21 October 2010

ada apa dgn 20 October..

pada tarikh ni, my late father was born in 1952..
bila ingat 20.10, ingat besday dia..
bila besday dia, slalu mintak dia belanja..
bila besday kita, mintak dia belanja jgk..
almaklum la.. dulu2 takdak duit sendiri.
kalau ada pon duit dia jgk..
jadi lebih baik dia saje yg belanja tak kira la besday sapa pon..
hehehe..

beliau mmg abah yg terbaik..
suma benda dia bleh buat..
memasak, bertukang, menjahit..
tak penah aku tgk org dtg umah repair benda dlm umah tu..
masak pon sedap..

dulu aku agak tak rapat dgn emak sbb emak pi meniaga kt pasar mlm.
so, aku biasa dgn abah ja..
hantar ambik skolah..

kdg2 lepas dia blk keja, sblm nk ke pasar mlm, dia tgk aku buat keja skola dulu..
aku penah ikut dia pi tempat kerja dia kt Angkasapuri mlm-mlm sambil berpakaian baju tidor. dia ada keja sket masa tu.
jadi aku dok kt bilik technician tu sambil tgk Farid Esmet on air baca berita dunia jam 10..
abih berita, abah pasang 1 tape cerita omputih, pass kerja kt kawan dia, pahtu kami balik..

masa tgk keputusan UPSR pon dia dtg.
setau aku masa tu dia kerja.. tp dia dtg jugak.
dia siap tgk cikgu tampal result tu kt notice board.
pastu dia pandang aku kt koridor 1st floor skolah, tunjuk jari 4 sambil mata bergenang.. aku nmpk dia kesat air mata..
aku tau dia happy..

masih terbayang tatkala abah terbaring tanpa sedarkan diri masa hari raya pertama..
segala kaedah perubatan dah dicuba, tp tiada hasil..
abah refused utk buat pembedahan barah otak yang dialaminya sbb mengenangkan risiko dari pembedahan tu.
penghujung syawal itu, abah mengadap Ilahi dihadapan kami sekeluarga..
meninggalkan segalanya termasuk emak, abg2, kakak dan aku yg berumor 15 tahun masa tu serta adik yg berumor 6 tahun yg masih tak tau apa itu kematian..
masa abah dikapankan, adik main pasir kt rumah jiran..
aku panggil dia blk utk tabur kapur barus dalam kain kapan abah..
tercengang2 dia masa disuruh tabur tu..
tak paham apa..
kesian kt dia...

walaupon dah 12 tahun dia tinggalkan kami semua, dia tetap di hati kami..
we really miss u, abah..
semoga abah damai di sana..
Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj. Che Ani bin Hj. Ismail..

>> gambar takdak sbb dok dlm pc lama.. huuuu..

Tuesday 19 October 2010

Income dari iklan Nuffnang..

aku tak ingat bila aku mula letak iklan nuffnang kt blog aku ni.. agak berkurun gak la.. smpai fedap gak sbb tgk imbuhan dari iklan tu selo sgt nk naik.. smpai 1 masa, aku sendiri yg click kt iklan tu hari2 tgk jadi apa.. rupanya iklan berunsurkan campaign dia mmg bagi lump sum dlm 0.25-0.50 sen per campaign (bkn per click yer).. klik 4juta kali pon mmg dia bg byk tu saje. jadi sen-sen tu la yg himpun sejak dulu.

aku ada gak baca entry kt blog ceeramon pasal iklan ni. dia mmg dpt income dr iklan tu je. dok umah sambil mkn nasik pon dah dpt income dari nuffnang. mau smpai 4 digit aku rasa dia dpt.. dia ckp mula2 kena sabar sket sbb kebanyakkan yg awal2 tu iklan campaign saje.. bila dah lama2 nanti akan ada 'buffered earning (BE)' dgn 'metered earning (ME)'. bila muncul yg tu, baru income akan mula menjadi byk..

baru ni aku bukak blk akaun nuffnang aku. hah.. dah byk dah income aku. last bukak ada la belas2 ringgit. skrg dah cecah RM40 ++. sebabnya BE dgn ME tu dah muncul. bonus utk setiap kali klik iklan pon ada. range dlm 7 sen ke RM 1.19. haihh.. rugi aku tak click masa iklan rege 1.19 tu muncul..


so, tunggu saje bila dah cecah RM 50 baru leh keluarkan. nanti Nuffnang akan pos kt kita..

kepada yg blom try, sila la try.. tak rugi kita mencuba.. bkn susah pon nk letak coding iklan tu kt blog.. sambil² merepek tu dpt gak duit...

torai jgn tak torai k...

>> encek hasben nk pi belayar.. huhuhu..

menikmati salji dari dalam kereta..

penah tgk salji kt mesia?
ada yg penah.. tp kt genting..
tak pon kt rumah 4 musim kt bkt cerakah nu..
tak aci yg tu...
ni dari dalam kereta..
mmg nmpk real tuu..
tgk ni..


haaaa...
ingat kt batu 3 takdak salji ke..?


eh.. kantoi lak..
sebenarnya ai pi basuh kereta..
tp malas nk turun..
bes weh dok dlm kereta sambil tgk buih2..
lg satu, jgn lupa pasang ekon kuat sket.
hehehehe..

>> tiada punca..

Thursday 7 October 2010

jalan-jalan di Alam Sentral..

kecoh tul minah ni..
pi alam sentral pon nk cerita.
korang kesah ke?
hahaha..

ekceli aku pi carik baju inner labuh utk pakai dgn baju kawen yg coklat gelap tu. segan nak pakai baju kuning gold tu sbb mmg macam pengantin betol. sempena openhaus kampeni, nak la pakai glamer sket konon2. bila lagi kan.. dari baju kawen aku tu reput dalam lemari, baik aku pakai.

sebelum naik ke fes ledi kt tingkat 2 tu, ada pameran pengantin kt ruang legar tu. cam menarik je..

yg peliknya, apsal aku pi jenjalan kt setiap booth2 pameran org kawen bwh tu?
bkn ke aku dah kawen?
hahaha..

ok. cerita tanpa motip dah tamat.
hahaha..

>> coming soon: gambar ketika open house kampeni..

Tuesday 5 October 2010

pengaruh tv kepada budak²..

H: maktok, kita nak pi mana ni?
emak: pi raye..
H: raye? raya kt mana?
emak: ada la.. nak sampai dah.
H: nak sampai dah? macam jauh je ni.. rumah sapa maktok?
emak: rumah kawan maktok. (dah malas nk layan sbb macam2 dah tanya sejak kereta bergerak 20 minit yg lalu..)
H: umah kawan maktok? kawan maktok tu sape?
emak: dah. jangan banyak tanya. dok diam2.. dlm kereta jgn jadi mak nenek..
H: apa?? mak nenek???? TAK GUNA..!!!!!
emak & aku: ....speechless.... (disusuli ketawa yg tak hengat dari mereka berdua)

aku rasa shin chan punya pasal ni....

aduyai..

>> H berumor 3 tawon.. sekian.

Monday 4 October 2010

sudut renungan di pagi isnin..

di petik dari web ni..

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

renung²kan dan selamat beramal..

Allah knows best.. :)

>> kelaparan tahap gaban..

Friday 1 October 2010

open house competition - mintak pendapat..

2 hari lepas ada jamuan raya UEM group.
ok. aku tak bawak kamera.
hp pulak tertinggal kt umah.
jadi, tiada bukti aku makan kambing panggang.

jumaat depan lak kampeni wat pertandingan jamuan raya.
pertandingan ok..
dari perhiasan stall smpai ke kesedapan mknn akan di ambil kira.

masalah aku, aku takdak baju cantik.
adakah wajar aku pakai baju kawen aku either yg kaler coklat-gold ni or ijau tu?
(sila rujuk gambar)



nmpk macam pengantin tak kalau pakai baju ni masa jamuan raya tu?
sila komen.. huhuhuhu..

ke ada sapa2 nak sponsor baju cantik kt aku?

>> tema: traditional.. (konon2)