Friday 24 September 2010

hish budak ni...

Episod 1

Emak: harini makan apa kt skolah?
H (sambil belek mainan): tak makan apa2..
Emak: takkan cikgu tak bagi makan kot?
H: betul... tak makan apa..

beberapa minit kendian..

H: maktok, tadi kt skolah ada mee goreng sedap..
Emak: Makan tak?
H: makan..
aku (dalam ati): hish budak niii....

Episod 2

H: tu sapa punya 'strokin'?
aku: stokin la..
H: yer la.. 'strokin'. camni sebut dia.. mula2 sebut dulu 'so'..
aku: 'sto'..
H: 'kin'..
aku: 'kin'..
H: 'strokin'..
aku (dalam hati): hish budak niii..

Episod 3

aku: sebut 'K'..
H: 'K'..
aku: sebut kucing..
H: 'tucing..'
aku: sebut kacang..
H: 'tacang'...
aku (dalam hati): hish budak niii..

~ akan bersambung...

>> Note: H = Husna.. adik mak lijah..

cerita car seat..

pasal car seat pon nk cerita..
kecoh tak aku?
hahaha..
sukati la.. ni blog aku.
ada aku kesah?
;p

ekceli aku nak belikan Aufa car seat..
senang nk bawak dia pi mana-mana..
takkan nak dok dlm bouncer yg letak kt atas kusi tu je..
macam kurang selamat la..

kampeni dah bagi 1 haritu.
tp yg tu untuk baby besar macam dah 7,8 bulan..
tak sesuai utk infant..

sweet cherry - Fiji Carrier Carseat (Grey)
tp kan..
abah dia tak kasik beli..
walaupon aku nk beli dgn duit sendiri..
bkn mahal sgt. dalam RM150 saje ni...
wuwuwuwu...

ada sapa2 nak kasik free tak..?
bertuah la kann....

ke aku patut wat pakatan dgn korang?
supaya tiba2 car seat deliver kt rumah macam dapat free..
aci ke tipu gitu?

adehhh...

>> sian Aufa.. bkn ibu takmo belikan tau...

Thursday 23 September 2010

oh lembah klang..

kadang-kadang aku heran..
apsal aku kerja kt KL?
bukan bes sangat pon..
dah la jauh..
kena bayar tol banyak..
dan masalah yg lebih utama........


JEM..
ni baru kt batu 3 tau..
blom redah sunway, pj dan lain2..

haihhh...

>> heran tak heran pon dah dkt 3 taun dah ulang alik ke KL.. hehe..

Tuesday 21 September 2010

pidot's belated birthday..

kata org kampong aku, better late than never..
hepi belated besday pidot..
(terpengaruh dgn entry nomey.. hehe..)

org panggil 'Pid'..
aku suka suki panggil 'pidot'..
macam noma lak..
org panggil 'noma'..
aku panggil 'nomey'..
saje nk bagi jadi klasik sket..
hehe..

pidot umpama 'kembar' aku masa kt uitm dulu.
smpai ada org gelar kami si 'tulang' dan si 'belulang'.
maksudnya 2 org pengurus. bkn pengurus = manager tu.
tp 2 org makhluk yg kurus.
hehe..

di awal pengenalan, dia mmg menyampah kt aku sbb aku suka ikat rambut macam chun li.
dia jeles sebenarnya. hahahaha..

bilik kami kebetulan dok 1 level. aku pon tak sedar bila masa aku stat baik dgn dia. tiba2 dah berkawan. smpaikan dia ni gigih kejut aku bgn tidor hari2 masa nk pi kelas. diulangi.. hari2 ok.. kdg2 dah lewat g kelas, 'terpaksa' kitorg divert perjalanan ke kelas kt bus stop.. apa lagi.. berpeleseran la.. hehe..

pidot mmg kaki shopping. lebih2 lagi masa dapat duit selungguk. dia takleh tgk sale kt vincci. bergulung mata tgk kasut kt situ. tp skrg aku rasa dia dah insap sket kot.

disebabkan dia ni bijak bistari, dia merupakan toyol utama aku masa exam.
result exam mmg tiptop macam lampu liplap.
sbb tu penah dpt keja gomen.
atas sebab ingin bersama suami tercinta, dia meresignkan diri dan tinggal bersama sang suami di Johor..

oleh yang demikian, sempena besday beliau yg ke 27 ni, aku doakan sang pidot dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki, disehatkan tubuh badan, berbahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat serta dikurniakan anak pompuan pulak pahni supaya bleh main mekap2.. hehehehe..

pidot, semoga ko temui apa yg di cari..
amin...


>> bakal besan ke.. haha..

Friday 17 September 2010

8 Syawal 1431H..


lambat bg ucapan..
tp masih sempat lagi kan..?
hehehe..

>> dah stat keja..

Wednesday 1 September 2010

ini blog sapa?

sejak akhir2 ni, makin malas dia nak apdet blog.
bizi dgn anak? org lain pon ada anak...
anak suka nangis? takdak plak..
anak berak byk kali sehari? tak jugak.. tu dah kira cirit birit tu..
bihtu?

oo.. dia bizi main fesbuk rupanya..

kepada yg berkenaan, sila la insap..

ni la akibat kerap jenguk fesbuk.. sila jgn contohi dia..


eh.. aku ke?

>> wiken ni blk kg..