Monday 28 April 2008

Tag dan Johor..

budak Hamdi ni tag aku.. layan je la..

setelah dikopipes dari web dia, ni la kengkonon rulenya..

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
7 facts tentang aku? nak tau gak? nyesal la kalo korang tau.. hahahaha.. ni dia..

1. cun
2. baik
3. lemah lembut
4. sopan
5. pandai masak
6. peramah
7. kaya-raya

amacam? bes tak? hahahaha.. bes.. bes buat pitenah kt diri sendiri.. hehe.. meh taip yg btol 'sket'.. ahaks..

1. mempunyai semangat kesukanan yg melampau..
- as u all know la.. how 'hantu' i am in this field..

2. pemakan yg cemerlang, gemilang dan terbilang..
- nasik? laksa? mihun? ciken cop? cokodok? sume gua layan.. mee? kawe tok beghahi..

3. tiada internet seumpama sakit gigi..
- terutamanya bila blk kampong misalnya di hari raya atau cuti yg panjang sket.. tak la bosan sgt, tp keboringan itu akan menjadi2 bila dah x tau nak buat apa selain kira brapa biji bas lalu dpn rumah dalam masa sejam..

4. hidup dgn henpon yg diibaratkan bibik..
- as a reminder, jam loceng, menyampaikan pesanan, dll.. kalau takdak bibik ni umpama naik BuJaL takdak petrol.

5. anti pemandu yg sopan tahap gaban lagi belagak tahap kamen rider..
- buat banyak dosa aku je.. terutamanya di waktu pagi yang gelap.. kini sudah terang.. (sambung..)

6. sangat rapat dengan kawan-kawan smpai rasa kerapatan itu melebihi dari keluarga.. terutamanya kt skolah menengah (4 yrs @ kosangor) ngan itm (5 yrs @ uitm)..
- mebi sbb lama sgt dok asrama kot.. makan sepinggan, tido sekatil, lompat bintang sesama (cayalah kita, mass..), escape dari xtvt sesama, poyo sesama, ponteng kelas sesama.. dan banyak lagi perkara buruk yg tak dapat dinyatakan demi menjaga keamanan sejagat..

7. pemendam perasaan yg terhebat.. (buat masa ni)
- hanya mereka2 yg terpilih dalam gores dan menang je akan tau bila aku sedih, marah atau berbunga riang (poyo giles ayat).. bg orang yg tak terpilih pulak akan berpeluang melihat kegembiraan aku selama hayat mereka di kandung badan..

so.. colan2 yang kena tag adalah seperti berikut..

1. Pid - sbb dia rajin sgt apdet
2. Angah - sbb dia apdet gak biasanya
3. Mass - sbb dia dah makin jarang apdet
4. An - sbb nak suruh dia apdet
5. Fiza - sbb saja nak bagi dia apdet pasal tag
6. 13may - sbb ramai org komen walaupon 2 bulan skali dia apdet
7. Jibam - sbb dah dkt setaun dia tak apdet

selamat mencuba..

>> aku pi johor wei sok.. so away 2 hari. miting nusajaya.. sok ngan lusa.. jom rasa teh johor plak..

Sunday 27 April 2008

vocab (siri 2)..

yaa.. bertemu lagi kita dalam rancangannnnnnnn...
"Hangpa pikiaq la sendiri noooo.."
ahaks..

jadi, pada hari ni, saya akan mengonvertkan diri menjadi cikgu bahasa bersifat sementara untuk memperkenaikan beberapa perkataan yg besa digunakan dalam keluarga2 yang asainya dari utara sana.. contohnya, tok saya yang berada di padang lumat sana.. pa habaq, tok... makan nasik dak lagi? kita mesti makan nasik, tok..

opp.. berbalik kepada topik asal, sebagai permulaan, mai kita lihat beberapa perkataan yg basic, yg merupakan perkara utama dalam pembelajaran loghat kedah yg bes smpai tak tau nak habaq lagu mana ni.. bukan lagu rok, tp lagu mana.. lagu mana? hehehe..

1. perkataan di akhiri dgn huruf 'S' akan digantikan dgn 'IH'

contoh: beraS - beraIH, kapaS - kapaIH, lekaS - lekaIH
contoh ayat: "An oiiiiiii (kasik lenggok sket)..... lekaih la pi beli beraih nu.. sat lagi tak dan (tak sempat) nak hidang nasik kat anak teruna (pengantin lelaki @ lelaki single).."

nota kaki:
kadang2 ada org suka ubah menjadi perkataan yg tiada dalam kamus. misalnya perkataan 'celuIH' (muat).. abg aku suka ckp kt anak dia camni..
"mana buleh masuk kt situ.. tak celusssssss.."
- perkataan 'celuS' sememangnya tiada dalam kamus loghat kedah.. tp kamus dia ja yg ada.. sila jangan tiru kerana ia akan merosakkan bahasa..

2. perkataan di depan atau ditengahnya ada huruf 'R' akan digantikan dgn 'GH' (atau bunyi cam huruf jawi 'ghoin')

contoh: Rasa - GHasa, berat - beGHat
contoh ayat: "ishh.. awat la badan cek (saya.. bukan cheque tu) ghasa macam beghat semacam ja ni.. pembawak budak paaa niii...", ujar rafidah jamal (mmg nama sebenar)

3. perkataan di belakangnya ada huruf 'R' akan digantikan dgn 'Q'

contoh: lapaR - lapaQ, ketaR - ketaQ
contoh ayat: "oit, Fiza.. awat hang ketaq semacam ja ni?", tanya zaleha.. "aku lapaq ni.. 2 hari tak makan. sabit tu sampai ketaq lutut2 ni.."

ok.. tu adalah perkara2 basic yg hangpa suma kena tau.. ok, kali ni aku bentangkan beberapa perkataan baru untuk hangpa suma setakat mana yang aku buleh bentang.. situasi ni berkisarkan kisah rekaan di ofis...

1. Dan (bukan 'and') = sempat
contoh ayat: "wei, dan ka smpai ofis kul 8.30 kalau mangkit kul 8?", kata Leman.. "dannnnnnn.. kalau hang naik jet la..", kata Mat.

2. Makngot = lembab
contoh ayat: "ni awat makngot sangat kereta kt depan ni? hang ingat jalanraya ni pak hang punya ka?"

3. Mandom = slow
contoh ayat: "sori bos.. saya ada problem skit harini. sabit tu nmpk mandom ja ni.."

4. Ketegaq = degil
contoh ayat: "hang jangan dok ketegaq sangat.. gheja nak melawan ckp aku ja.. sat lagi aku toi (campak) hang kluaq dari ofis ni, baru hang tau.."

5. Baloq = pemalas
contoh ayat: "kalau perangai macam ni punya baloq, toksah mai kerja pon aku lagi suka.."
*ayat penguat = baloq liat = pemalas tahap gaban Z

6. Gebang = ckp2 kosong
contoh ayat: "ahhhh.. hang ni gebang ja kuat.. pecat aku la kalo berani wei.. tak berani kan? aku dah kata dah.."

ok, jadi.. cukup la kot setakat ni.. kita jumpa plak di lain siri dan misi..
akhir kata, pulun kedah pulun.. hehe..
zassss...

>> kemalasan mengapdet telah berlaku..

Thursday 24 April 2008

harini..

harini aku kena pi course..
bos suh..
course ni anjuran Board of QS..
so, sapa yang nak kumpul point CPD, joint la course ni..
bagi sapa yang taktau, CPD tu adalah point yg perlu dicukupkan oleh para profesional misalnya registered QS (mereka ni bleh verify certificate payment) untuk memastikan depa boleh renew license as a registered QS..
aku tak pasti kalo registered QS ni kena cukup brapa point dalam setahun..
tp utk registered graduate QS kena cukupkan 5 point/year..
course aku pi tadi dah cover 4 points..
dan aku dah bertekad nak apply as registered graduate QS..
tunggu bos certify sijil2 aku dulu ni..

so, rakan2 se'QS'an..
marilah kita mendaftarkan diri kt Board of QS ngan ISM..
heh..

tadi aku jumpa..
- puan Kay ngan husband dia (mati2 aku ingat tu staff kt firm dia.. seb baik Laila bgtau.. hensem weh husband dia.. fes taim aku tgk)..
- cik Nan Klate.. (bajet glamer sbb suma org tegur dia.. termasuk student dari UM.. ceh)
- Laila (anak sedara encik Raden)..
- kawan si Huda jr. ntah sapa nama..
- Irwan Nasir dan tunangnya..
- Puan Armai, warden garang kt kolej dulu.. huhu..

tu je..
dah macam reunion plak..

>> letih main badminton.. badminton plak dahh.. pid, tolong nasihatkan aku ni.. hehe..

Wednesday 23 April 2008

takdak idea..

sebenarnya aku ada benda nak diupdatekan tapi tak dan nak taip..
kalut plak semenjak 2 menjak ni..
kalut kerja.. kalut bersukan..
bersukan mengalahkan atlit mesia yg nak pi sukan olimpik la pendek kata..
sok ada course plak sehari..
balik course nak pi main badminton plak..
sukan lagi..
bersemangat nk pi kerja sbb blk kerja bleh bersukan..
hehe.. org gilak inik..

tp, rasanya aku bukan dalam kategori abnormal ni..
sbb ada jugak org lain yg cam aku ni..
hm...

so, dikesempatan ni, nk inform gak tarikh2 perlawanan sukan yg aku dok sakan sgt praktis la ni..

1. futsal - 11 May 2008
2. track & field event - 24 May 2008

lokasi perlawanan?
rahsia..
sbb takmo ada org mai skodeng aku dok lari 4 x 400..
(owh.. gila kah aku pi masuk lari2?)
hehehehe..

inilah posternya.. senarai kampeni bawah tu adalah kampeni yang bernaung dibawah UEM World.. bukan sekadar UEM Builders, UEM Construction dan OPUS.. rupanya ada banyak.. aku pon baru tau.. kwang.. kwang.. kwang..

>> chayok.. chayok..

Monday 21 April 2008

balik kampung..

serba sedikit tentang kisah pulang ke kampung...

pi tengok dusun.. ada rumah @ pondok kt dusun ni. aku penah tidoq kt rumah tu masa arwah abah masih ada.. la ni, rumah tu dah kena makan anai-anai... dah macam rumah hantu pon ada.. huhu..

cam biasa, pacat di mana-mana.. kena la 3 das kt kaki.. huhuhuhu..


mana yang penakot, dok dalam kereta.. terutamanya mak lijah.. jumpa pacat macam jumpa ulaq..


seperti biasa, singgah sebentar di tanah perkuburan untuk melawat 4 orang insan utama dalam hidup kami.. abah, tok, tokwan & toknek (moyang)..


pandangan dari tepi rumah.. panjang btoi la umah ni.. 80 kaki lebih agaknya.. dinding bercat putih tu baru tambah.. ntah sapa nak dok ntah tambah banyak2 tu.. heh..


kat depan rumah, seberang jalan nu ada orang buat rumah baru.. ni la antara jiran yang paling terdekat setakat ni..


orang kg baru nak tanam anak benih padi.. kelihatan gunung jerai kt belakang nu.. pahtu ada tobek sket kt bukit tu.. orang mana ntah pecahkan dan jadikan kuari..


tu saja aa.. tiada cerita meminang atau dipinang atau buah pinang dalam kepulangan kali ni.. jangan terpedaya ngan cerita2 aku sblm ni, ye bakal mak budak yer.. btw, syabas utk pidot (nama tipu utk cikpid).. ko mengandung anak sulung, noma bertunang.. so, bila noma mengandung anak sulung nanti, aku plak la kena bertunang.. hahaha.. amacam? bes tak formula ni..?

>> oh.. letihnya mendrive secara solo dari kedah..

Friday 18 April 2008

away from lembah klang..

so, aku dah nak gerak2 khas balik singkiaq ni..
dah dok dalam kereta pon ni... (tipu lagi)

so, away sampai isnin..
sapa nak membuat pesanan ringkas yang berkaitan, boleh la mengesemes atau mengoling saya ditalian yang tertera di talipon bimbit masing2..

Amaran! :
jangan buat prank call.. jika tidak, hantu raya aku akan menjemputmu.. hahaha..

so, take care of u guys.. ;)

>> nak mandi sungai.. lalala..

gambar hiasan: ni cucu kawan mak aku.. comel giles..

Thursday 17 April 2008

rezeki itu..

harini cuma ada RM10 dalam wallet..
minyak masih 2 bar dari semalam..
piker2, nak isi minyak ke, nak makan tgh hari..
tp aku mesti makan nasik.. <-- dasar hantu raya btoi..
huh..

tgh hari tadi, aku pi makan ngan budak bawah umor tu..
pepagi lagi dah kacau aku kt ofis.
patutnya budak tu dok kt site.
tp kena submit kerja sket..
time makan tu ada sorang lagi kawan yg sama2 training join kami..
bila nak bayar, kawan aku tu dah bayarkn suma..
nk belanja katanya..
so, ada lagi duit RM10 yang tak berusik tu..

lepas makan nasik, depa ajak beli cokodok..
cokodok tu glamer kt ofis aku..
budak bawah umor belanja pulak..
selamat lagi duit RM10 tu..

akhirnya, balik tu aku guna duit tu untuk isi minyak..
inilah yang dinamakan rezeki..
rezeki yang langsung kita tak tau bila datangnya..
Alhamdulillah..

untuk makluman anda semua, aku nak balik kedah pah balik kerja sok smpai isnin.. isnin amek annual leave.. balik cuci the otak.. ke balik carik jodoh..? tetttt.. hehehe..

yaa.. korang telah tertipu lagi.. haha..sila letakkan mouse pada gambar untuk keterangan lanjut..

>> hampeh ko an.. tak penah aku rasa tertipu tahap 'pawer rangers bergabung ngan gaban' dgn citer ko yang ni.. mmg cam tuttt.. hahahaha..

Wednesday 16 April 2008

aku dan kanak-kanak..

atas desakan encik 13may yang bajet dirinya adalah sorang pengapdet blog, aku apdet la blog aku ni.. ahaks..

merujuk kepada tajuk diatas, aku telah berpura2 amuk bersama kanak2 (baca: anak menakan) semenjak 2menjak ni.. berpura tak pura sangat la.. macam kena rasuk hantu komkom pon ada jugak.. tapi takleh lawan mak budak2 tu yg macam kena rasuk dek syaitonirrojimmm.. hehe..

pagi tadi misalnya.. tatkala aku sedang bersiapan untuk pergi kerja, aku dah dengaq sora mak lijah dok mengamuk sakan.. menjerit suh bukak pintu. aku ingat dia kena kurung dalam bilik air (adegan ni dah slalu dah.. sapa lagi kalau bukan mak dia yg kurung sbb dia yang carik pasai), rupanya suh bukak pintu depan sbb nak pi taman permainan.. mak aku buat deek je.. malaih nak layan.. mak bapak dia time tu baru kuar pi kerja..

sejurus aku turun, dia dok melalak2 lagi sambil gegar2 grill pintu umah tu. dia mengamuk suh bukak pintu macam ada anjing nak tokak (baca: gigit) bontot dia plak.. aku pon xtau la apa kena ngan budak tu.. aku rasa syaitonirrojim dari mak dia tu dah terasuk kt dia plak kot..

untuk puaskan ati dia, aku bukak pintu tu sambil aku ckp dgn volume yang terpaling amat tinggi skali..

"haaa.. nak sangat kluaq kan? haa.. pi..! pi..! (sambil tolak2 bahu dia..) takyah balik dah sampai bila2.. pi..! pi..!"
aku tutup pintu tu.. pahtu dia tarik nak masuk.. lawan tarik pintu plak..

"laaa.. kata nak kluaq tadi.. pi laa!! takyah balik dah sampai bila2.."
ha.. tau plak nak meraung nk masuk pah tu.. sebenarnya dia nak p playground dpn umah ni.. dan ni la akibat bapak dia terlalu manjakan anak... setiap pagi.. diulangi.. setiap pagi dibawa ke taman atau bermain playground kt tesco. aku rasa masa bapak dia kecik2 dulu, tok ngan tokwan dia pon buat benda yang sama kot.. huh..

emo aku dok ngan bebudak ni.. aku blk kerja, melalak lagi sbb kena beberapa das ngan mak dia yg sokmo kena rasuk dek setan tu.. sakit tul pala aku ni.. sampai aku nak tgk tv, kena bukak volume tu smpai abih. kalau tgk berita tu lagi la.. macam aku tgk pemberita dok menangis @ melalak2 dari awal sampai abih. slalu gak la aku sumbat mulut bebudak ni ngan kain baju depa ni.. hahahaha.. hamek! sapa suh carik pasai ngan aku.. pedulik pa aku..

tapi aku bukan nak salahkan bebudak ni.. tp aku tak puas ati ngan bapak dia yg suka sangat layan anak sampai camtu skali. kalo beli barang, anak dia mintak, for sure dia beli. atas alasan, malu kt org tgk anak dia mintak tp tak beli.. hekeleh.. berpada2 la.. kalo 10 kali dia mintak, beli la 2,3.. kalo beli yg 10-10 tu, carik mati namanya.. huh.. emosi menjadi2 aku ni.. huhu..

lagi 1, sebelum dia pi masjid, mesti bawak mak lijah naik moto seround. then, cuba piker kalo sehari tak bawak budak tu naik moto, misalnya tetiba hujan rintik2 ka.. for sure mak lijah mengamuk. mengamuk bleh mencetuskan kebisingan. kebisingan buleh mendatangkan kemarahan. kemarahan buleh menaikkan tangan. bila tangan dah naik, bukan skali je kena, mesti la berkali2.. baru puas ati.. haa.. tu baru makcik tiri (kata rayer kt aku) hang, mak lijah.. mak hang lagi patplohpat juta dahsyatnya dari makcik hang ni.. huhuhuhu..

what the 'tuttt'.. <-- emo lagi..

>> apohal aku asek buat entry emo ni?

Monday 14 April 2008

2 dalam 1..

al-kesah 1..

pernahkah anda terfikir bahawa akan ada 1 ketika, lecturer anda akan bekerja di bawah anda? pastinya tidak..

pernahkah anda terfikir bahawa akan ada 1 ketika, lecturer anda akan cuba menyembunyikan identiti nya dari orang lain demi kepentingan diri? pastinya tidak..

tapi, perkara ni mmg dah terjadi kt aku.. bila?
pagi tadi.. hahahahaha...

tatkala aku sedang rajin membuat kerja (banyak kerja sebenarnya), tetiba masuklah 2 orang ke ofis aku.. memandangkan meja aku dkt2 ngan pintu masuk, maka terjenguk lah mereka itu kt partition aku..

mata bertentang mata..
errkkkk...

"encik, apa encik buat kt sini?" ujarku eksitet..
"eh.. awak dah brapa lama kerja kt sini?" dia tanya aku balik?

cehhhh..

"saya on behalf of consultant architect ID (namanya dirahsiakan) ni.. buat part time.." ujarnya sambil ckp bisik2..
"ohhooo.. project mana tu?" aku tanya..
"blablabla..." jawabnya.. tp aku tak taip bebetul kt sini la..
"ohoooo... sy yg involve dalam projek tu gak.. surat2 sume sy keluarkan.. termasuklah invite consultant ngan komen keje consultant.."

haaa.. aku dah komen keje dia rupanya...
komen keje lecturer beb.. hahahaha..
nak tau dia sapa?
encik nasa, iaitu lecturer kegemaran pid yang ajar subjek structure tu..
hahaha..

sblm dia masuk bilik miting, dia kabo kt aku..

"awak jgn bagitau saya ni lecturer awak.. sy tolong kawan2 je ni.."

hahahaha.. apsal dia cuak tetiba.. ni mesti ada buat salah silap ni..
hahahaha.... klako aa dia ni.. sabo je aku..


Al-kesah 2..

pernahkah anda terfikir bahawa akan ada 1 ketika, orang atasan anda akan akan minta anda amend surat lebih dari 8 kali dgn pembetulan yg agak sama? pastinya tidak..

pernahkah anda terfikir bahawa akan ada 1 ketika, orang atasan anda cuba membuang masa anda dgn membiarkan anda lihat apa yg beliau cuba perjuangkan ntah sambil hati anda terpanggil2 untuk memaki beliau secara realiti? pastinya tidak..

tapi, perkara ni mmg dah terjadi kt aku.. bila?
pagi tadi jugak.. tutt..! <-- mula dahhh...

aku mempunyai masa yg agak limit dan dia suh aku buat kerja dia yg sepatutnya dia buleh buat sendiri. dan dalam masa yg sama, bos suh buat kerja yg perlu dihantar harini gak sbb sok bos nak bawak g johor..

aku x tau dia ni makhluk planet mana yg cuba betulkan surat aku buat (almaklum la.. english aku ni tak hebat mana).. it's fine la kalo nak betulkan, kalo 8 kali tulis, 80 kali padam, pahtu sebenarnya ayat yg mula2 dia tulih tu adalah ayat yg btol, tidakkah ko rasa hendak maki beliau..?

hampir 15 minit aku berdiri sambil memandang dia betulkan ayat yg sebenarnya adik aku pon bleh buat ayat tu.. actually aku mintak dia check je.. dia suka complicated kan idup aku.. huh.. nak je aku letak brontox kt pc dia.. tp kang dia rampas pc aku plak sbb pc dia ada virus.. huhuhuhu..

>> sok ngan lusa bos g johor.. aku? main game la kt opis.. ahaks..
>> gambar paintball aku yg diambik oleh teammate aku bleh tgk kt sini.. dia is a photographer.. cun gak gambo dia amek..



source: fotopages Hairie

Saturday 12 April 2008

sedas paintball..

lokasi: tempat main paintball kt buki jalil
masa: 9.00 pagi sampai 4 petang..

kul 8 aku dah gerak2 khas ke bkt jalil.. senak gak nak carik jalan ke sana sbb tak biasa pi sana.. tp aku smpai gak dalam masa 20 minit dari shah alam.. racer.. huhu..

ni la team aku yg mula ditubuhkan sejak taun lepas.. bezanya, taun lepas 7 org ahli je.. taun ni kena 10 orang.. so, aku dijemput utk join team ni.. tgk la semangat pakaian beragam ni.. bes sungguh.. macam masuk pasukan khas misi ketenteraan peringkat belia 4B kampung dusun.. hehe.. ok aa tu.. smart gak pe..

dari 3 game, 1 je menang.. hehe.. ok la tu.. aku pon baru 1st time main.. kena gak secebis 'cenderamata' sebagai kenang-kenangan walaupon tak dikira fault oleh marshall (pengadil paintball)..

meh tgk aksi terbes di abad ini..

U.N.D.E.F.E.A.T.E.D.
motto taun ni.. bukan motosikal yer.. ;P

main2 scrabble plak.. heh..

ya ampunnn... ni orang minyak ke, org seli? hahaha..

berlakon ni.. (siap bagitau tuh.. haha..)

team lain.. gothic abih.. macam nak buat show plak depa ni..

4 orang combat pompuan bersama design poster yg aku buat.. ahaks..

F.E.E.T... tersusun secara kebetulan oleh ahli kumpulan..

baca tuh.. "if your team loose, learn to loose gracefully".. heh..

geng futsal..

akhirnya kitorang menang best dressed team.. RM 1500 cash tuu.. 3 org ahli kumpulan tiada dalam gambar sbb dah kena balik buat kerja..

tak menang game pon takpe.. janji menang gaya.. hahaha.. 1st team yg menang dapat RM 2000 cash.. dpt la sorang 200 buat shopping.. dah la bulan ni diorang suma dapat bonus.. putih mata la aku bln ni.. tak dapat bonus.. trainee.. huhuhuhuhu..

apapon, rasa nak main lagi paintball ni.. tak puas plak.. tp aku bangga sbb dapat jatuhkan botol2 itu (sapa main tu tau la apa yg aku taip ni) dan juga menembak lutut2 dan kepala pihak lawan yg terjulur keluar tu.. hahaha.. mesti berbirat tanda tu.. hahaha.. hamek korang!

>> hepi besday to angah.. semoga ditemui apa yang dicari.. ;-)

Thursday 10 April 2008

bersukan..

semenjak 2 menjak ni makin menjadi2 aku bersukan..
atlit pon tak menjadi2 camni..
hehe..

dari futsal 2 kali seminggu, diikuti tenis 2 kali seminggu gak..
sok ada selection untuk acara padang @ balapan..
aku? masuk lari2?
main ligan2 (baca: kejar2) bleh la..
ahaks..

antara perubahan drastik yang dapat dilihat sepanjang bulan mac dan April ni adalah..
hari ini berat badan aku telah mencecah 45kg..
kali ke-2 dalam idup..
yuhuuuuuuuuuu..
akhirnya..
mebi otot2 kaki tangan dah mantap gamaknya skrg..
hahahahahahaha..
rasanya, if nak lari 5 km pon insyaAllah tak rasa apa2..

tp takleh nak riak sgt..
sat lg mulut pid masen..
bila berat naik sket, terus demam..
dan terus jadi 38kg @ 39kg balik...
owh.. tidak.. susah payah aku sampai ke tahap ini..
terharu tahap gaban..
rasa cam nak buat majlis kesyukuran..
heh..

cerita yang menarik pada hari ini ialah..
tatkala aku berfutsal-futsalan tadi, tatkala aku sedang menggelecek bola dgn macho skali, tetiba masuklah seseorang yg teringin sangat aku nak tengok..
terhenti seketika permainan kerana semua org pon kaget memandangnya..
lelaki? ehhh... mestilah...!
bergaya, mutu, keunggulan plak tu..
tambah plak, dia kaya raya.. (sejak bila aku mata duitan ni?)
malu rasanya nak meneruskan permainan bila dia masuk..
mata bertentang mata..
malu2 ayam gitu..
ahaks..

kepada An, rugi ko tak dtg main td..
kalo tak, bleh jumpa jejaka itu..
rugi wooo..
sbb dia adalah..
CEO UEM, Ahmad Pardas..
sekian.

>> tah ape kes dtg tetiba.. terkojut den..

Wednesday 9 April 2008

kisah duniawi..

semenjak 2 menjak ni aku bizi kt opis..
opis pon tak bizi cam aku..
awat aku bizi?
haaa.. ada 1 kisah ni..
aku taip la memandangkan takdak apa yg nak aku taipkan..

ada sorg senior QS masuk kt opis aku..
tahap manager la.. bawah sket dari bos..
sejak hari pertama dia masuk opis, hati aku dah mula meluat..
meluat2 manja namanya..
pasal susunatur meja dia, 3 hari dia edjas..
kalau buleh, meja aku pon dia nak sebat..
sbb tak puas ati bentuk meja punya pasai..

ceritanya bermula begini..
(backgrd lagu sedih)

pada satu hari yg hening, senior QS aku yg dikenali sebagai S (bukan nama singkatan) telahpon masuk bekerja..
disebabkan kecerewetan dia, ramai org takmo kerja bawah dia..
ada sorg ni telah diarahkan oleh bos untuk berganding bahu dgn dia..
mean, tolong dia buat kerja la..
akak yg kena tolong S ni, dikenali sebagai A, mmg jenis hangin 1 badan..
hari 1st S bagi kerja kt A, S kena lazer ngan S..
manager kena marah ngan anak buah..
hahaha.. klako2..

tak semena2 aku plak yg jadi mangsa dia..
di sebabkan aku trainee, terpaksa la ikat tali kt hidung..
yg aku tak puas ati tu, kerja yg remeh pon dia nk berat2kan..
sebagai contoh, untuk buat tender document, consultant kena submit calculation for documentation fees..
ini termasuklah kerja2 print kt ketas A4 tu..
pasal harga print kt A4 = RM 0.35 pon dia pertikaikan dkt 2 jam..
katanya, harga tu rendah sangat..
(padahal dia nak cas lebih kt contractor..)

pahtu, kalo buat komen kt dokumen consultant..
aku tanya dia, dia tanya balik kt aku..
"rasanya DLP tu 18 bulan ke 24 bulan utk project ni?" kata aku..
"awak rasa brapa? saya tak familiar la dgn project ni.. you check la eh.."

wahwahwah.. skrg ni aku manager ke, dia manager?
kalo masa utk review dokumen ada setaun lagi, bleh la buat camtu..
ni ada masa 2 hari, bleh plak dia main teka-teki..
aku bagi teka-teki-teka-tekuk sat lg haa..

crita lain plak..
kalau komen2 yg dia buat tu, sudah pasti aku yg kena taip, amend dll..
fax? of course aku lagi.. cuma tak kena buat air teh je lg ni..
cover fax tu nak jugak dia suh bos sain walaupon bos pi course 2 hari..
hold 2 hari..
aku yg trainee ni pon confident dgn kerja aku buat..
so, sendiri sign on behalf of my bos..
so that consultant ada byk masa nak amend apa yg patut..
huh..

pahtu, ada cerita lain lagi ni..
camni, bos aku ada nama HJH, which is singkatan for Hajjah..
dalam surat, dia suh aku re-print sbb selepas HJH tu sepatutnya ada titik..
HJH. <-- begini katanya..

hellloooo... tak perlu la sampai macam tu. kan.
bos pon tak kerek macam tu..
gelabah tul dia ni..
macam tut..!

dan skrg, aku dah stat buat muka kalo dia mintak tolong..
sori, gua tak minat org cerewet tak bertempat ni..
please find somebody to help u..
sapadia?

"lu piker la sendiri.."

huahuahua.. krohhh..

>> sabtu = paintball plak dahhh..

Monday 7 April 2008

Awie's Wedding..

ni bukan awie wings tu.. ni awie ex-classmate masa form 1 masa skolah kuala selangor dulu.. awie atau nama betul dia, zainuridza (btol ke ejaan camni?) telah selamat di ijabkabulkan dengan rianna.. (bukan rihanna ek..)

awie merupakan pelajar SMKA kuala selangor pada tahun 1996 sehingga 1998.. masa form 4 dia dah sekolah lain.. majlis kenduri yang bertempat di klang ini (lupa nama tempat) dihadiri oleh wakil2 batch kami yang terdiri dari, penulis sendiri, aimi @ adik, masitah @ mass, tugiman @ wak, syairani @ nani, iqbal @ sabah, a'asri @ asri, fahmi, adni @ joto, nashmin, faisal mujar @ apai..

majlis yang diserikan dengan 8 buah kemah dan live band serta ayam yang bergolekan membuat masing2 terpukau.. emosi orang ramai menjadi2 apabila menikmati ayam golek sambil didendangkan lagu inul nyanyian seorang akak (ke makcik) diiringi band tadi.. kemainnn.. heh..

disini disertakan gambar2 menarik di sepanjang majlis berlangsung..

pengantin..

"woi.. apsal suma pandang aku?", kata awie.. hahaha.. sengal!

group 1st makan..

2nd group plak makan..

main buaian umah orang..

bercerita penuh emosi sungguh.. haha..

kaver album band lagu pengantin..
asri, nani, joto, sabah..


apai yg senyum lebor..
(dah pandai isap rokok dah skrg.. aku repot kt mak ko.. haha..)

fahmi, mass, awek cun, adik..

pre-kawen..?

gambar bersama pengantin..

yaa.. itu la sebahagian aksi2 yang sempat di rakam.. setelah beredar dari majlis kenduri, kami semua kemudiannya pi ke JJ bkt tinggi.. cadangannya utk bermain bowling. tp memandangkan gadis2 memakai baju kurong dan sudah pasti kebolehan tak dapat ditunjukkan dengan jelas dan agak terhad, maka, kami memilih untuk menonton wayang beramai2.. (dengan berbaju kurong yang agak cantik? blasah je la..)

snap masa tgh kunyah pop corn secara solo..


kami tgk crita be kind rewind.. sinopsis sket la pasal cerita ni.. dia pasal penjaga kedai sewa video (VCR) kena jaga kedai sbb owner ada hal dan terpaksa tinggalkan kedai selama beberapa hari/minggu/bulan.. berpesan tokey kedai, supaya penjaga kedai 'KEEP JERRY OUT'.. jerry is kawan kepada penjaga kedai.. hampeh sket jerry ni..

nak dijadikan cerita, jerry kena shock letrik sbb nak sabotaj kawasan larangan (berkaitan letrik - substation ke, kilang ke, aku tak pasti).. bila dia masuk dlm kedai video kawan dia, rupanya, dia ada cas magnetik yg bleh padam video2 dalam tape tu.. bila org sewa video tu, cerita takdak, jadi org mintak ganti.. maka bengang la penjaga kedai setelah tau tu suma jerry punya pasal.. dan takutlah dia akan menjejaskan perniagaan tokey kedai (mr. fletcher).. pahtu, penjaga kedai kata, suh pelanggan tu datang ambik video tu esok.. dan dalam masa sehari tu, dia dan jerry buat aksi sengal melakonkan semula cerita tu.. senang cerita, kira buat video sendiri la.. katanya, org tu pinjam video sbb dia tak penah tgk crita tu. jadi, kalo diorang yg buat sendiri pon, bkn sapa tau pon.. byk cerita dia buat, rush hour la.. lion king la.. robocop la.. lawak.. lawak.. equipment suma dari kedai besi buruk si jerry ni.. set studio lagi cam hampeh.. hahaha.. sendiri tgk la..

penat la nak taip smpai abih. aku saran korang tgk cerita ni.. memula bosan sket la.. tp pahtu mmg lawak tahap gaban yg rasa susah nk berenti gelak smpai kuar JJ tu.. teringat cerita tu, mesti nk gelak..

ok, cukup2 la tu.. krohhhh..

>> aku tgh try make money kat web ni.. An yang influence aku.. aku saja try.. nak tgk apa jadi..

Saturday 5 April 2008

birthday party..

semalam, aku telah dijemput dgn segala hormatnya untuk menghadiri 1 majlis makan kek (baca: besday party) yang dianjurkan oleh rakan sepersekolahan iaitu saudari masitah dan saudari angah di sebuah lokasi yang enggan namanya disiarkan, terletak di seksyen 13..

majlis sepatutnya bermula pada jam 9 malam tetapi, para tetamu tiba agak lewat memandangkan masing2 ada sedikit komitment dan kerja yang harus diselesaikan. contohnya aku.. aku smpai rumah pada jam 6.30 malam. setelah makan nasik 2 pinggan, aku tertidor sampai kul 9.30 malam. tu pon sbb masitah call.

kira2 jam 9.50 malm aku tiba di lokasi bersama muka tidor yang tak dapat disembunyikan lagi kepada para tetamu.. huahuahua.. kelihatan makanan yg lazat telah pon dihidangkan sejak jam 9 malam. dah sejuk pon lauk-pauk tu.. ni sebahagian menu makan malam yg disponsor oleh 'The Execs' a.k.a masitah dan angah..

kita mesti makan nasik..

kailan ikan masin.. siakap 3 rasa..

tomyam..

encik siakap..

sebenarnya, majlis ini meraikan besday aku dan zul? siapa itu zul? apa kaitan beliau dalam cerita ini dan hidup kami? ermm.. sila tanya masitah.. hahahaha.. nk cerita pon payah.. asal-usul dia panjang sket.. yang pasti, secara kebetulan, aku dan dia ada no plat keta yg sama.. yang beza cuma huruf ke-3.. aku 'L' dia 'G'.. hehehehe.. kaget sat jumpa no plat sama.. heh..

ok, berbalik kt party smlm.. selain dari makan nasik, kek pon ada.. dah nama pon birthday party.. siap abg kedai pasang lagu besday tu.. dah 1 kedai tgk.. dan untuk mengelakkan diri dari malu dipandang orang ramai, aku sama2 tepuk tangan nyanyi lagu besday sambil pandang kt zul.. baru nmpk party tu utk dia.. hahaha..

btw, thanks guys for this cake..


sebagai penghargaan, mai tgk gambar para tetamu dan organizer di sepanjang majlis yg sederhana tapi meriah ni..

dengan zul yg sengal2 ubi..

aku dan misha omar mass..

aku dan organizer..

adik dan lina..

bakal pengantin, 1st August 2008..

ni bakal apo plak eh.. hehe.. gaya pon berpakat2 je ni.. hehe..

angah dan meon.. samseng kg dusun.. hehe..

pahtu, lepas makan, masing pi uji bakat melalak kt redbox.. majlis makin meriah dgn kehadiran elyn dan adiknya serta partner dia, encik bob.. blk tu masing2 dah tak berdaya nk sembang lantas menidorkan diri secara tidak sedarkan diri..

apapon, korang mmg bes lah! thanks for the meal, cake & celebration.. tak lupa kt lina yang sudi bagi hadiah keybod baru (dia amek kt ofis dia sbnarnya.. hahaha..) memandangkan keybod aku yg dulu dah macam tunggul kayu.. angah asek maki bila dok ceting kt bilik aku.. so, to angah, keybod aku dah canggih skrg.. jemput aa dtg bertandang..

thanks! thanks!
(sampai lupa dah umor sendiri brapa.. haha..)

pahtu, kusi urut yg dibeli itu telahpon tiba dirumah sebentar tadi.. aku cadang nak menamakan beliau as, KURUT (kusi urut).. pahni sehat la aku.. dah ada Kurut skrg.. ahaks..

nmpk cambes dop? heeee~~

>> ngantuk beb..

Thursday 3 April 2008

mesyuarat JAgong SnAc..

venue: restoren mamak tersohor, seksyen 7 baru
attendance: president, vice president, secretary n appointed lawyer..

mesyuarat dimulakan pada jam 6.30 petang dalam suasana hujan renyai2 skali skala di beberapa tempat di semenanjung malaysia dan terdapat beberapa tempat yang mendung sahaja dan tidak hujan ketika itu..

sebelum presiden memulakan ucapan, naib pengerusi telahpon memulakan santapan dengan mengenakan nasik candu secara solo.. dan diikuti oleh cik seketeri yg terpengaruh dgn bau-bauan ayam madu itu.. (iklan: oit aran, bila lu nak bayar utang nasik candu gua?)

pengerusi, cam biasa, mesti la ucap terima kasih diatas kehadiran AJK dan menyatakan sedikit kekesalan di atas ketidakhadiran AJK lawatan dan AJK kebersihan merangkap Bendahari. Bendahari tidak hadir kerana ada sedikit urusan kerajaan yang harus diselesaikan sebelum beliau 'diselesaikan' oleh kerajaan.. manakala AJK lawatan sedang outstation sambil mandi-manda di swimming pool sedalam kurang semeter itu.. walaubagaimanapon, mereka telah mendapat pengampunan dari pihak presiden yg agak gila kuasa sket tu..

agenda pertama dimulakan dengan membincangkan isu2 yang dibangkitkan dan terbangkit dan agak kurang berfaedah sambil gelak mengilai2 sambil diperhatikan oleh tetamu2 yang berada disekitar meja..

kemudian, pengerusi menyatakan bahawa plan open table oleh cik presiden dan cik naib yang selepas ini disebut sebagai 'The Execs' sempena tanda syukurnya mereka dalam mendapat pekerjaan yang bes lagi penuh pancharoba seperti yang dicadangkan pada hari Jumaat malam nanti akan berlangsung juga seperti yang dirancangkan..

jadi, kepada yang berkaitan, sila hadir dengan berpakaian sopan, bermekap (arahan cik naib pengerusi yg aneh tetiba.. haha..) dan sila tiba pada masa yang telah ditetapkan oleh The Execs.. dan antara menu yang bakal dihidangkan adalah ikan jos 3 rasa, kepala gajah masak lemak cili api dan sup tenggiling. rugi oo kalo tak dtg.. hahaha..

seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan perancangan percutian bersukaria sampai tak sedar diri bersempena pengakhiran zaman bujang cik lawyer kita.. beliau bakal menjadi bini orang pada 1st August dan meminta supaya rakan2 dapat bercuti bersamanya seperti pergi bersnorkling di pulau2 di laut china selatan ataupon ke langkawi menaiki pesawat tambang murah atau ke kota keriangan selama 2 hari 1 malam.. para hadirin sangat bersetuju dan mencadangkan waktu yang sesuai untuk berbuat demikian adalah pada awal bulan 6 nanti.. bergantung kepada kesibukan ahli kelab..

ahli mesyurat juga (aku je sebenarnye) ada menerima berita tergempar tentang gosip seorang ahli kelab yang sedang dilamun cinta peringkat pertama.. kami di sini senantiasa akan menyapot pihak berkenaan dan berharap segala keputusan yang diambil haruslah difikir masak2 dan mula lah belajar memasak dari sekarang untuk masa depan yang cerah.. ehh.. apa aku cuba merepek ni? haha.. oh.. ini hanyalah prosedur menaip minit mesyuarat dimana perlunya tokok tambah yang tiada kaitan skali sekala.. prosedurrr..

dan akhirnya mesyuarat ditangguhkan oleh cik lawyer dengan ummul kitab al-fatihah tetapi telah dibetulkan oleh cik pengerusi.. sebenarnya dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.. hehe..

"nyah ko dari kelab ni..!!"

yang setia menjalankan tugas tanpa gaji,

cik seketeri yang cun..

>> gambar bukti kehadiran bakal dilampirkan.. nanti..

Wednesday 2 April 2008

cilakalah Geert Wilders!!

hm.. sebenarnya aku masih memikirkan panggilan yang lebih 'sesuai' untuk si cilaka ini.. sapa kah si cilaka itu? kalo anda ingin berkenalan dengan si cilaka ini dengan lebih lanjut, sila masuk kt sini..

untuk pengetahuan semua, si cilaka ini adalah ahli politik belanda yang juga pengarah, penerbit dan penulis filem Fitna yang menghina Islam secara terang-terangan dan membangkitkan 1 isu yang terpaling melampau yang dibuat oleh si cilaka ini..

bagi 15 minit yang pertama, filem ini mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris. Kemudian ditunjukkan seorang paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

sumber Malaysiakini.Com..

si cilaka ni juga ada memasukkan karikatur Rasulullah yang ada bom di atas kepalanya. cilaka tul la Geert Wilder ni.. huh..

dalam salah satu artikel oleh si cilaka ini yang bertajuk "Get Rid of Half of Koran!", beliau menyatakan;

Referring to the increased population of Muslims in the Netherlands, Wilders has said:

"Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!"
so, dengan ini, marilah kita semua memboikot barangan keluaran Belanda termasuklah;

01. Shell
02. Barangan Eletrik/Mentol Philips
03. Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady
04. Restoran Windmill
05. Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’
06. Barangan penajaan Christian Albers
07. Produk2 tenusu spt mentega dan keju
- sila rujuk syarikat dengan no. 5
08. Coklat Forrero Roche, Van Houtan
09. Insurans ING
10. Teh Lipton
11. Perisa makanan Knor
12. Produk mandian Dove
13. Produk Unilever


Ataupon, semua barangan berkodbar (barcode) bermula dengan 87..

cilakalah Geert Wilders!!! <-- taip je rase tak puas ati.. rasa rakam masuk dlm youtube je.. hahaha..

>> belilah barang buatan mesia.. hehehe..

Tuesday 1 April 2008

kopipes je..

ni la dia antara sebab2 gagal interview..

A adalah penemuduga..
B pula adalah orang yang ditemuduga..


SITUASI 1

A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm… kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .


SITUASI 2

A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja.


SITUASI 3

A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa…lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
B : Gulp…


SITUASI 4

A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm…maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa…(melopong)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hahahahaha... hampeh!!!!!!!

meh layan gambar plak..





>> mengantuk tahap gaban yang dibenarkan..