Monday 31 March 2008

hari bizi sedunia..

pagi..

ada kursus yang tah apa benefit dia kt aku pon xtau.. yg aku paham, dia pasal mcm mana nk tingkatkan prestasi atau performance kampeni.. penceramah bes.. dato' dr lagi tuh.. i'm sure dia lecturer saudara hamka sbb dia kata dia lecturer dokter nate kt UPM.. he spoke in english but klate version.. buat aku teringat kt encik rahasnan masa kt itm dulu.. tp cik nan nye slang lg aku payah nak paham.. aku prefer dia kecek klate dalam bahasa melayu dari english klate.. hahaha..

aku join kursus ni sbb HR email kt aku suh g.. compulsory katanya.. masa las session course tu, pihak mgmt suh isi 1 slip.. katanya untuk cabutan bertuah.. nak tau dapat apa kalo bertuah? percutian 3 hari 2 malam kt Clubmed kuantan.. amacam? rasa nak g kursus lagi tak? hahaha..

time tu secara spontan aku ngan sorg lg member ter'uuuuuuu..'kan secara serentak.. pahtu masing2 pandang kitorang.. haha.. malu tahap gaban.. gua batak sket la.. 1st time g kursus ada cabutan bertuah tiket percutian.. hahahaha..

tgh hari..

balik dari course, akak seketeri kata, bos kata takyah pi pon tak pa kursus tu sbb ada keja bos aku kena buat & kena submit harini sbb sok dia nak pi miting kt johor 2 hari.. ceh, kalo ckp awai2, aku tak pi pon course tu.. buat letih aku menguap jer.. hehe..

2 petang..

aku buat keja bos tu.. pahtu konsultan salah kira plak dah.. call depa, tadak plak person in-charge tu. so, aku ragging assistant dia kira balik..

4 petang..

aku ada miting utk program training plak. tp aku x cakap kt bos lg.. cuak.. sbb keja dia tak siap lg.. tepon konsultan tanya hasil kiraan dia. sukses.. tp dh kul 4.. sambil cuak2 ayam, aku inform kt bos ckp ada miting lain.. bos cakap, bila aku nk submit kerja dia.. aku ckp, nanti aku naik balik.. huh.. seb baik bos kasik pi..

4.10 petang..

aku smpai kt bilik miting.. jumpa kawan setraining.. masing2 sembang tak hengat.. macam 10 taun tak jumpa.. padahal hari2 beremail seramai 12 orang tu.. skrg dah 13 orang..

miting ngan HR berkisarkan masalah trainees la.. benda 1st di highlight.. BONUS.. hahaha... tanpa segan-silu, HR kata, NO BONUS in this year.. jadi, kepada semua, jangan gatai nak suh aku belanja ka apa aaaa.. hahaha..

5 petang..

aku 'lari' sat dari miting sbb nak submit kerja kt bos.. siap gak akhirnya.. masuk bilik miting, ada kata aku p jamban.. ahh.. lantak la.. janji aku tak kena maki ngan bos.. ahaks..

6.10 petang..

miting abih.. aku blk ngadap jem kt federal highway.. huh..

6.50 petang..

smpai rumah.. on pc..

8.30 malam..

aku pi bayar kusi urut letrik yg bleh urut dari kepala smpai kaki.. pahni sihat la aku yg sedia sehat ni.. sapa nak cuba, bleh la tes ngan bayaran yg akan ditetapkan mengikut sukahati aku.. owh.. terbisnes plak aku.. hehehe..

sekian la diari untuk harini..

>> selasa rabu bos takdak = rilek.. hehehe..

Sunday 30 March 2008

timbangan..

hari ni aku cuba menimbang..
rasa dah lama tak timbang..
(kununnn.. padahal hari2 dok timbang tu padia..)

last aku timbang, 43kg..
harini timbang, dah 44kg..
ahaks..
adakah kerana aku makan nasik beriyani sedap tgh hari tadi?
dan juga nasik dagang..
dan juga sandwiches..
dan juga kueh muih..
dan juga air bergelas-gelas..

ohh.. patut la..

Saturday 29 March 2008

PTPTN dan penghutang..

takot tak tgk tajuk di atas?
sapa tak pernah berhubung ngan PTPTN, mmg tak cuak..
sapa yg pernah ada pertalian nyawa ngan PTPTN, komfem cuak2 ayam punya.. lebih2 lagi bila teringat akan nikmat makan2 sedap, beli barang bes2, pi jalan jauh2 guna dana tu sepanjang diploma dan degree dulu.. hahahaha..
amekkk..!!

utang aku tak banyak..
diploma ada la 15K..
degree dlam 14K..
total 29K sahaja..
pahtu add 4% admin fees annually..
skrg dah jadi 30K plus..
kwang3...
adakah aku patut masuk one in a million..?
tapi lagu apa aku nak nyanyi?
lagu sep..sep..sep.. tom..tom..tom.. aci tak?
agak2 kena maki tak ngan paul moss?

hehehehe..

ekceli, aku try nak bayar ptptn for the first time td..
via online plak tu..
(maklum la.. baru activate maybank2u.. hehehe..)
tp web dia ada maintenance ka apa td..
macam tak bg aku bayo je kan....
ahaks..

so, today aku dah letak link PTPTpuN kt senarai link aku tu..
sapa nak bayar, sila la click ye..
selamat mencuba..
bayar tau, jangan tak bayar..
hahaha..

rentetan ngan peristiwa aku mengaktifkan maybank2u aku tu, aku dah berjaya bayar bil tenet td.. batak btoi rasanya..
ahhh.. lantak pi la..
janji berjaya..
hahaha..

>> mai masuk blog cikGu BuDzu kita ni.. kemain dia la ni.. siap blog2.. bleh tunjuk kt anak cucu nanti kot bila dah bersara.. hehe.. cikgu Budu, jangan lupa bayaq ptptn oii.. hahaha..

Friday 28 March 2008

karangan bebas..

sedang menulis..
guna pensel tekan atau pensel picit..
atau nama betul beliau dalam bahasa inggeris, mechanical pencil..
..asek menulis..
sambung buat kira2..
ngadap pc..
sambung tulis balik..

"ahh.. lead dia abih plak..," ujar gadis yg rajin seperti pekerja contoh itu..
"mana nak carik ni?" hati dia cakap..
"mintak la kat sapa2 tengok.."


budak tu pi kat meja sorg senior ni..

"mintak lead pensel ni satu, dua ke.." kata beliau..
"bleh.. jap eh.." kata pemberi lead..


dia keluarkan pensel case..
keluarkan bekas lead tu..

"nah.. ala, ni 0.5mm nye, pensel 0.7mm.." budak tu cuba banyak songeh..
"oo.. jap, ada lagi.." kata pemberi..


dia check lagi..

"aha.. ada.. nah.." dia kasik..
"mintak 2 bleh?" banyak cengkadak tul gadis ayu tu..
"nah..."
"tengkiu2.."


gadis tadi tekan2 tak keluar..
jangan kata 2, 1 pon tak keluar..
lol... rupa cam sangkut..

"sangkut aa lead ni.. dah lekat kot 2-2.." ujar gadis itu..
"meh try tgk jap.." kata pemberi sambil buat2 terel..


ketuk2..
cucuk ngan jarum peniti pon takdak efek..
efek imej takdak..
efek bunyik apatah lagi..
cabut tu, cabut ini..

"ishhh... mana lead tadi ni?" kata pemberi..
"ntah.. takkan teruk bebenor sangkut" ujar si gadis..
"ape korang buat tu?" tegur seorang hamba Allah yg lalu kt situ..
"ni haa.. lead sangkut kt pensel.." kata gadis itu..
"mai nak tengok.." dia cakap..


ketuk2 lagi..
godek sana, godek sini..
pusing2, sambung ketuk..

"ntah ah.. dah taruk ke lom lead ni?" dia tanya..
"ada la.. dah letak 2 tadi.." jawab si gadis..
"erm.. sangkut kot.." dia kata lagi..
"buat ah korang.." dia sambung cakap lagi..


dia memblahkan diri..

ketepek...!!!!
sebiji penampor lekat kt blakang si gadis..

"ni ape?" sambil dia tunjuk kt lantai..

ada 2 lead pensel..

"hahahahahahahahahahaha......"

semua gelak bagai nak mati..

"pensel 0.7 bagi lead 0.5mm, mmg la terkuar terus dari pensel.."
"susah2 je godek pensel tu.. hampasgas btol..."
"hahahahahahahaha......."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


tamat.
kesimpulannya, graviti itu wujud..
jadi, jgn lupa check kt bawah bila rasa sangsi..
hehehehe..
seb baik kisah ni terjadi setelah bos dah balik..

>> mengong tul.. haha..

Thursday 27 March 2008

suku abad..

alhamdulillah di atas segala kurniaan yang telah Allah berikan sehingga ke hari ini..

..kejayaan dalam membina kemampuan dan ketabahan diri dalam meneruskan kehidupan tidak kira di waktu gembira atau sedih, susah atau senang.. semoga ketabahan ini dapat diteruskan sampai bila-bila.. syabas untuk diri sendiri.. fighting!

..keluarga dan saudara-mara yang menyokong tidak kira dari segi mental atau fizikal dari dahulu, kini dan selamanya.. walaupon dah 10 tahun tak cukup seorang ahli keluarga yg merupakan insan yang terpaling amat penting sekali dalam idup aku, i just wanna let u know, i've made it, dad.. huhuhu.. dan tanpa kalian semua, aku takkan sampai ke tahap yg mampu aku banggakan setakat ini.. peace..!

..juga rakan-rakan yg setia membantu tidak kira apa jua situasi.. sedia memberi nasihat dikala aku tersasar dari jiwa sebenar.. sedia memberi sumbangan material dikala mengalami kedaifan.. sedia mendengar walaupon tak ingin apabila aku memerlukan medium untuk menerima luahan.. sedia memberikan aku bukan sekadar tisu, malah tuala apabila aku kesedihan.. sedia merasuah mak aku dikala korang memerlukan aku untuk turut serta dalam aktiviti ke'masyarakat'an anjuran korang.. sedia mengeteh dikala aku kesangapan.. sedia bertanya kabar apabila aku 'hilang'.. sedia mendoakan aku dan ucap selamat tatkala aku berjuang demi sesuatu yg akan datang.. tima kasih korang.. kalo aku ada duit 8 juta, pasti akan aku hadiahkan BuJaL setiap seorang..

dan entry ini aku dedicate kepada mereka2 di atas bersempena genapnya kehidupan aku pada tahun ke 25 pada hari ini.. thanks to all..

regards,
che poonz
..


me & jamila.. when i was 3 months and she was a month..it's me and my cousin, jamila..


>> semoga ditemui, apa yang di cari....

Tuesday 25 March 2008

POTC Returns..!!

pirate of the carribean (versi pompuan) returns... huh..

peace bro..!

gua malas nak citer apa dah jadi.. komfem korang bleh tau (mana yg telah tau) apa yg dah jadi memandangkan benda ni sering terjadi (masuk ni kali ke-3 dah dalam masa setahun) dan berharap ia tak jadi dah sebab gua letih jadi diri gua sendiri dan menjadi bahan eksperimen dokter hensem.. dah la hensem, tampan, bergaya dan macho plak tu.. patut gua tak penah jumpa dia. sbb dia jd dokter. kalo dia jd QS, barangkali besar kemungkinan kami akan bersama.. rasa nak bercinta je ngan dokter tu tadi..

ehhh... adakah gua telah tersasar dari topik sebenar? adakah gua telah lupa diri? abaikannn..

gua MC 2 hari.. harini & sok..
ok, mata gua dah kepedihan..
sekian..

p/s: sapa nak melawat, bawak burger mekdi fillet-o-fish ok gak.. takyah susah2 sgt ye..

>> kepala kipas bilik aku dah patah tetiba.. ntah sapa buat. cam tau2 gaji dah dkt.. huhuhu..

Sunday 23 March 2008

presenting..!!

hari aku malas nk taip cerita.. apa kata kita tgk cerita bergambar pulak..
semoga anda terhibur..

view dari kejauhan.. jauh kira-kira 2 meter..

mesti penumpang gembira dan bahagia bila dok belakang..
(sambil menahan muntah.. heh..)


sambil baring pon boleh menikmati cik kitty ni.. ahaks..

aku nak curik yg kaler itam tu, tp dia tak bg plaks.. dekuk..

aku suh dia taruk bulu2 kt gear tu memandangkan kawasan tu je yg blom dihias..

ramainya kuceng.. rasa nak goreng buat kari..

tgk kt meter tu.. nmpk tak ada apa? huhuhu..

view ke dalam kereta..

kt but blkg.. rasa nak blg lumpur je kasik kotor.. hehe..

kt airpress@visor.. dia yg beriya suh aku snap gambar ni.. aku terpaksa.. heh..

peace bro..! errr.. gurls.. heh..

ni yang paling tak tahann... siap luv2 tuu.. adehh..

nampaknya BuJaL aku dah transformed jadik kereta helo anak kuceng ni..
amacam? korang jgn nak kutuk gua aa..
hahahaha..

actually, ni la kereta seorang jejaka yg bukan nyah iaitu kawan baik puan rafidah (dia lagi..).. pid, aku tau, ko pasti rindukan imej kereta terbaru pak uban ni.. bleh la kita ngutuk sesama pahni... hahahaha...

untuk pengetahuan ko, dah makin menjadi2 dah dia ni.. mujur blom tukar kaler pink.. huhuhu.. time ni dia dtg umah aku amek drawing.. kena ragging ngan aku buat taking off sampai muntah.. hehe..

sekian saje laporan untuk kali ini..

>> majulah sukan untuk kuceng.. hahaha..

Friday 21 March 2008

bosan dan vocab..

aku tak tau nak apdet menatang apa..
tp aku nak apdet..
tapi apa aku nak tulih?
adakah aku perlu merepek kt sini?
ataupon membuat fitnah terhadap kawan2?
fitnah lelebih bleh mendatangkan dosa..
baik aku bunuh je diorang..
kan dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh..
hm..
ataupon aku perlu buat penipuan yg buleh buat org lain percaya bertahun2..?
kalau cara itu, kaedah puan rafidah lebih mujarab sbb dia mmg expert..
kalau benda kecik dia bleh tipu, apatah lagi perkara besar..
tp la ni aku takdak mood nak muhong (baca: tipu) orang..
apa kata aku bagi vocab loghat kedah yg basic kt hangpa suma..
bleh la hangpa test2 sembang ngan member2 yg paham loghat kedah..

1. ciwi = poyo.. (aku tak sure samada mmg wujud word ni kt negeri kedah.. tp family aku mempraktikkanya)

contoh ayat: "tau la budak An tu baru beli baju baru, ciwi btoi dia.. dok try2 smpai takmau bukak.."

2. ketegaq = degil

contoh ayat: "hang jgn ketegaq sgt bujal.. sat lg mak sekeh hang baru hang tau.."

3. kelepiaq = merenjis2 - gaya seperti mengurangkan kesakitan akibat tgn terkepit dek pintu (ishh.. tak reti plak aku nak describe word ni)

contoh ayat: "lepaih basuh tgn, jgn dok kelepiaq tgn kt orang.. sat lg mak bg penampaq haaa.."

4. mulut heybiaq = celupar + tadak insuran punya

contoh ayat: "hangpa nak tauuu, mulut si polan tuu, mmg heybiaq btoi la.. ada plak dia kata laki aku macam penagih... siap dia, sat lg aku pi toreh muka dia.."

5. toyu = kicap

contoh ayat: "wei, pid masak sedap harini wei.. ikan bilih masak toyu, udang masak toyu ngan kangkung masak toyu.. lori toyu tumpah depan rumah dia pg td.."

6. sabit = patut

contoh ayat: "la.. sabit pon geng bas skolah tak jadi pi rumah chod semalam, depa pi singgah funfair sampai tak sedaq habaq (tak sedaq diri).."

7. tibai @ katok = pukul @ blasah

contoh ayat: "aku habaq kt hang lagi skali naa.. kalau hang pi jugak kelab dangdut tu, aku katok hang kt situ jugak.."

..dah la kot.. sambung lenkali plak..

>> sok cuti.. yey.. yey..

Wednesday 19 March 2008

koreksyen..

untuk mengelakkan dari menjawab soklan yg sama dari para peminat, aku btolkan la cerita dari entry lalu tu.. time aku apdet haritu, paklah lom bagitau sape yg terpilih.. aku cuma menggunakan akhbar sebagai sumber spekulasi.. kira ok la tuu..

untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, hangpa tgk la senarai penuh kabinet Malaysia 2008 yg aku amek dari Utusan Online ni.. semoga anda terhibur.. hehehe..


additional info..

"KUALA LUMPUR: Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas bersetuju mencadangkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal Dewan Rakyat sekarang.."

cerita lanjut, kat SINI..
>> sok cuti.. maulidul rasul..

Tuesday 18 March 2008

berita al-Puding..

ni bukan cerita pasal puding jagung atau mana2 puding yg namanya tidak disenaraikan di sini.. ni al-kesah kabinet baru negara yang bakal diwar-warkan oleh PM hari ini.. aku teringin tgk sapa yg bakal menggantikan menteri di sektor aku ni..

jadinya, menurut Berita Harian, antara barisan kabinet baru yg bakal terlibat adalah seperti berikut..

Paklah - Perdana Menteri & memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Najib Razak - TPM & Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Datuk Seri Syed Hamid Albar - Menteri Pertahanan
Datuk Seri Rafidah Aziz - Kementerian Luar
Tan Sri Muhyiddin Yassin - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Jamaludin Jarjis - Kementerian Kerjaraya, Air dan Tenaga (akhirnya.. hehe..)
Datuk Mohd Shafie Apdal - Kementerian Pertanian
Datuk Seri Zulhasnan Rafique - Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Kementerian Kewangan
Datuk Dr Ng Yen Yen - Kementerian Kesihatan
Datuk Ong Ka Chuan - Kementerian Pengangkutan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein - Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi

rasanya, kementerian yang tiada dinyatakan ni mungkin dikekalkan menterinya... contohnya Kementerian Belia & Sukan (Azalina Othman), dll..

Additional info..
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan digugurkan dan dilantik Setiausaha Agung Umno.

Pengumuman Perdana Menteri sebelum ini bahawa menteri yang tewas pada pilihan raya umum lalu tidak akan dilantik semula, memberikan gambaran mungkin tiada pelantikan sebagai senator untuk kemasukan dalam Kabinet.
sekian laporan saye pada jam 11 pagi ni.. laporan selanjutnya korang tgk la sendiri kt kaca televisyen malam kang eh.. zasssssss..

apepon, jom main futsal mlm ni.. lalala~~

>> listening to bos's story dari kejauhan.. hantu citer bersiri gak dia ni.. siap beli dvd.. pahtu siap marathon tgk citer tu plak tuhhh.. huhuhuhu.. pause pon sbb g masak atau buat keje2 penting je haa.. kalo bos camni, aku apatah lagi kannn.. hehehe..

Monday 17 March 2008

edisi gelak ketawa..

sbb aku dah malas nak taip, aku letak video plak kt sini..
mudah kan? haha..

btw, ni la lawak paling tuuut skali masa siaran raja lawak 2 haritu..
lawak diorang ni komfem buleh mengundang kerosakan minda dan jiwa skaligus menghilangkan memori kisah silam, duka lara, dan lebih teruk lagi, lupa nama sendiri..
hahahahaha..


hahahahahaha...
sakit otak aku tgk gaya ziffi ni..
lawak btoi.. smpai rasa nak karate buah pinggang diorang ni..
hahahahahahaha..

>> tak baik punyeeeeeeeee... hahaha..

Sunday 16 March 2008

Letto - Sebelum Cahaya..



kuteringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta

perjalanan sunyi
yang kau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

reff:
ingatkah engkau kepada
embun pagi bersahaja
yg menemanimu
sebelum cahaya
ingatkah kau kepada
angin yg berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati
yang bergagang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi
meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta..

>> speechless..

Saturday 15 March 2008

kanak-kanak dan anda..

kisah 1
faiz a'aqil(FA), 5 tahun..
FA : cik F, kesian kan orang tu..? takdak payung dok dalam hujan..
Me : haa.. faiz pi la bagi payung kt dia.. cik F takdak payung (ujarku sambil memandu)
FA : faiz kaya nanti, faiz beli payung kt dia ok..
Me : bila taun nak kaya tu?
FA : nanti-nanti la.. cik F bila nak kaya?
Me : erkkk.. tak lama lagi kaya la.. lalala..
FA : cik F tak baik mencurik tau.. dosa..
Me : ehh.. bila masa cik F ckp nak curik?
FA : tu nak cepat kaya tu..
Me : adessss.. pulak dahh..
kisah 2
anak opismet aku (AO), 7 tahun..
AO : kakak... kakak ni dah kawin ke?
Me : eh.. blom.. apsal?
AO : tu pakai inai kt jari..
Me : oho.. ni saje2 pakai..
AO : tu ada cincin cantik.. macam dah kawin kann...
Me : adesss.. pulak dahh..
seb baik diorang bebudak.. rasanya masa aku jadi budak2 dulu, takdak plak ckp camni.. mebi aku baik lagi solehah kot masa kecik.. (poyooo...)


amacam? ada berani nak carik gaduh? hehehe..

>> yah juruh..? hahaha.. tipu sume tu..

Friday 14 March 2008

kerja goyang jari kaki..

semalam An cakap kt aku, post aku ni ada advertise kt web kampeni aku.. so, aku nak share sket la kt sapa2 nak apply tu..
(especially fiza.. mai la try wei.. bleh makan nasik sesama..)

Requirement utk join the klab as follows:

* CGPA – minimum 3.00
* Good interpersonal and communication skills
* Mobile and willing to be posted outside the Klang Valley
* Interested in self-development
Positions available under this training:

* Civil Engineer
* Mechanical Engineer
* Electrical Engineer
* Architect
* Quantity Surveyor
tu cerita yg diorang advertise..
mai aku habaq perkara yang tak advertise plak..

Salary:
RM 2,100 - RM 2,300 (depends kt experience korang yg luar biasa tu..)

Additional info utk salary:
gaji akan ditolak RM 200 setiap bulan sebagai cagaran (ewah..)
tp akan di bayar lump sum setelah 2 tahun.. (RM 200 x 12 bulan x 2 tahun)
kalo breech of contract, duit tu kira burn..

Status:
contract selama 2 tahun..
selepas 2 tahun, diorang akan serap depends kt performance ketika training..
selama training, bleh benti. tp kena bg notis sebulan.. dan duit cagaran tak dpt..

Benefit:
Medical, Insurance, OT, Milage, dll suma bleh claim..

Lain-lain:
setiap trainee akan di attach kt byk tempat.. for example, 6 bulan pertama akan di hantar di department A, next 6 month kt department B dan seterusnya.. depends kt post korang.. biasanya bebudak kos Engineering 3 bulan je utk setiap attachment.. dok opis (kt HQ - taman desa), dok site, opis blk, pahtu site blk..

lokasi site:
Johor (Nusajaya), Cyberjaya, Penang (Penang bridge - widening & 2nd bridge)..
atau tgk senarai projek kt sini..

so, amcam? mai la apply.. bleh makan cokodok sedap kt sini..
glamer ooo cokodok tu.. hehehehe..

>> yg tak bes kt sini..
1. kerja kadang2 takdak langsung..
2. sejukkkkkkkkk..

Thursday 13 March 2008

perhatian..!



sok jumaat..
lusa sabtu..
sabtu cuti..
ahad cuti..
cuti = bangun lambat..
bangun lmbt sbb bes tido..
bes tido = overdose tido..
overdose tido = kena leter..

ahaks..

>> menjinak-jinakkan diri untuk mewakili kampeni dalam sukan bowling pula.. tamakkah aku? hehehe..

parti halaman rumah..

tadi (jam 9 malam) sambut besday ahli2 keluarga yg besdaynya jatuh pada bln mac iaitu besday adik, maklijah dan budak pompuan mana ntah..

asalnya, aku nak open the table (heh..) kt sebuah restoren kt seksyen 24. masa dok dlm jem kira2 kul 6 ptg, teringat kt encik mohd abang kata haritu nak buat bbq kt umah dia smpena cuti skolah. lantas terjahan melalui tepon dibuat..

"helo abg.."
"haa.. nak ajak pi majlis tahlil Dato' Z ka?" - kata beliau tanpa memberi salam.. (dia ckp camtu sbb dia tgh buat projek landskap kt umah anak Dato' Z tu.. huhuhu..)
"apa? majlis tahlil?", aku kaget..
"ha la..", jawab dia..
"majlis tahlil apa.. kami nak buat makan2 la.."
"owh.. ingatkan nak ajak pi majlis tahlil td.." - cehh.. ada plak..
"abg kata haritu nak buat makan2 kan?"
"haa.. awat?"
"buat malam ni ok?"
"mlm ni? ok......"
"dan ka nak beli2 barang suma?"
"alah.. bkn byk pon.. sket ja.."
"ok aaa.. kira jadik la ni"
"haa.. jadik"
pahtu kami makan smpai senak.. huhuhuhu..
ni ada la sket gambar2 yg kurang kualiti dari henpon cap ayam aku..

laman umah dia yg agak tenang dan menarik..
(pokok teratur sbb landscape architect la kata..)

fariz haiqal.. anak abg no 3 = bongsu..

alisha dan mak lijah.. obsess ngan kek besday..

menonton tv ngan adik dan abg..
(aku dah jd yg terpaling renek plak skrg.. adehh..)


encik mohd emak dan sister-in-law ngan kanak2 itu..

haiqal yg baru bleh berjalan beberapa langkah..

cukup setakat ini.. aku sudah kemengantukan..

>> layangggg...

Wednesday 12 March 2008

Surat untuk Bos..

Kepada Bos......

Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat. Ampun Boss, tabik spring 60X....!!!

Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana lewat, saya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Bos, saya bukan sengaja. Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Bos... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Bos pun tahu saya just duduk Kampung Kuala Belit, dekat jer.....

Akan tetapi Bos, bila sampai dipersimpangan jalan, saya jadi pening Bos. saya percaya kalau Bos sendiri berada ditempat saya, Bos pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percayalah Bos, saya tak bohong. Kalau Bos nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan. Sila rujuk ye gambar yang dilampirkan..

Yang benar,
Pekerjamu yang disayangi..


p/s : harap Bos.....maafkan lah saya....yer...ummm chak!

>> hehe.. hampeh tul.. kalo buat alasan bebetul gini kt bos, mesti aku kena bunuh secara ngeri.. haha..

Tuesday 11 March 2008

chantek gadis itu..

semalam aku cuti, bos kerja.. harini aku kerja, bos cuti..
tea lady pon cuti.. kena buat air sendiri..
bos cuti = kerja takdak.. kalau ada pon, yg last week punya sket2..

memandangkan goyang kaki itu sudah membosankan, aku test buat kerja lain plak misalnya..

- main game
- berlegar2 dalam ofis
- mengacau secretary bos yg sedang berceting
- makan roti
- membaca kisah journey syarifah mazlina yg pi ke north pole (diberi percuma kepada company sbb as platinum sponsor la katakan..)
- tido
- apdet blog

huh... bosang tahak gabang..

sebagai penutup, mai dgr lagu yg ditujukan kt aku ni.. hehehe..
..Chantek by Altimet feat Adeep Fabulous Cats..



chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...


>> somebody said that if BN combined with PAS, the 'logo' would be like this.. hehehe.. kt siam dah ada.. hehe..


~ whatever..

Monday 10 March 2008

tuan tanah kembali..

huh.. sehari tak menaip seumpama setahun lamanya.. ecehh.. poyo tak bunyiknya..? hahahaha.. aku pon rasa nak muntah membacanya.. haha..

aku pi kuantan menghadiri majlis perkahwinan anak tok menakan (bahasa kl: nenek saudara).. actually majlis tu sblh pihak pompuan. anak tok menakan ni lelaki.. sbb malas nk blk kedah, kami pi la yg kt kuantan ni.. menjadi sebahagian rombongan lelaki..

ni sebahagian gambar yg ada..

bunda dan mak lijah..
(masa blk dari kuantan, maklijah ni kencing dlm keta aku.. isk..isk..
seb baik seat kulit-yg-tak-kulit-sgt)

3 budak super-bising..

selamat pengantin lama.. jamilos n aziman..

tok long (mak menakan emak) sedang memberi ucapan berpatah-patah kata kepada 3 pendengar..

keluarga pengantin..

sok kerja ya.. jgn lupa itu..
huh... malassssssssss....!!

>> the voters have spoken.. :-)

Saturday 8 March 2008

al-kesah pilihanraya (siri 3)..

harini aku pi mengundi..
kul 9.15 baru aku keluar rumah..
pi sorang2..
masa berbaris, ada la 7 org tgh Q..
tak ramai sangat..
mak aku pi dulu ngan abg aku..
dia pi lagi awai.. kul 7.30 pagi..
huhuhu..
siap jadi org pertama mengundi tuu..
pahtu siap ada org amek gambar lagi..
rugi aku tak pi awal2..
kalo dak, bleh glamer sat..
hehehe..

ni gambar sepanjang perjalanan ke tempat mengundi..
gambar poster2..
ada BN ngan Keadilan kt sini..
aku undi apa?
undi RAHSIA..
hehehe..

poster kt tempat mengundi..

poster lagi..

lagi poster..

ahaa.. org kt taman aku sudah bersuara nmpknya.. ahaks..

anak2 menakan.. mak lijah dgn style rambut terbarunya..
potong kt kedai tuh.. kemain.. huhu..

nanti kita tengok saja sapa yang menang..
tungguuuuuuuu..

>> away smpai isnin.. pi pahang.. jaga diri hangpa leklok ok? ;-)

Friday 7 March 2008

al-kesah pilihanraya (siri 2)

another hampeh jokes..

kisah 1 - niat mengundi?

dari ke email, smpai sms, aku dpt niat mengundi ni.. setiap perbuatan dimulakan dgn niat la katakan.. huhuhu..

Sahaja aku masuk BARISAN, naik ROKET, pangkah BULAN kerana KEADILAN
ape daa..


kisah 2 - cerita DUN

mai tgk kot2 ada DUN anda tersenarai kt sini..
kira glamer gak tu.. hehehe..

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody
cis kek sungguh.. hahaha..

~ selingan jap..

Tajuk: stupid elevator with painted floor board to scare people



uish.. amacam? ada berani..? sebijik macam takdak lantai kan.. nmpk macam lift car tu takdak.. ada pit dia je.. tp yg sebenarnya, itu la lift dia.. dan itu la rupa lantainya.. menakotkan btoi kann.. huhu.. kreatip.. kreatip.. syabas kt inventor ni.. huhuhu.. (gayatnye..)

p/s: selamat mengundi.. undi adalah rahsia.. rahsia adalah undi.. ekeke..

>> pah mengundi sok pi temerloh. lusa pi kuantan.. kenduri.. isnin amek annual leave.. jalan2 buang karan.. lalala~~

Thursday 6 March 2008

si bulat..

Pada suatu hari yg indah permai, tatkala seorang gadis jelita bangun dari tidornya, beliau merasakan dirinya berat.. samada dirinya ditumpangkan oleh hantu raya seperti yg dikatakan oleh para sahabat keatas dirinya atau kemungkinan itu hanyalah sekadar khayalan atau mainan tidor seperti yg diperkatakan orang ramai.. namun begitu, mainan tidor itu bukanlah seperti permainan tengteng atau konda kondi yg sudah lama beliau tinggalkan itu.. (apa aku merepek ni?)

maka, bangunlah si gadis dgn perasaan yg terpaling malas sungguh skali.. jikalau ada anugerah khas penidoran paling lama kategori wanita di Malaysia, mungkin si gadis itu lah yg menjadi juara 5 tahun berturut-turut.. tah apa nak jadi ngan gadis jelita zaman skrg ni.. dah la malas, kaki tidoq, pahtu kuat makan plak tu.. astaghfirullahhh.. bawak2 la mengucap oii..

sejurus meregangkan tulang belikat dan membuat beberapa kuapan, dilangkahkan kakinya satu demi satu ke satu arah tuju yg jarang2 beliau lalui dengan perasaan tanda tanya dan tanda soal yg makin menjadi terhadap perubahan pada diri beliau. segala persoalan berlegar2 di kamus sanubari dan minda yg beku akibat serangan pemanasan global yg makin menjadi2 di zaman yg serba moden ini.. (huh.. letihnya menaip..)

maka, naiklah beliau ke atas timbangan yg bukan berupa dacing itu..
erm.. 43.5 kg..
muka dia pon dah bulat skrg..
amazing nya.. huh..

p/s: buleh la lawan puan rafidah tuu.. dia bajet dia sorg je bleh gemok.. org lain pon bleh aa.. (nada takabur dan bongkak)

sekian, terima kasih..


>> aku mengantok weiiiiiiiiiii...

al-kesah pilihanraya (siri 1)..

i've got several emails regarding to this incoming election.. meh aku paste beberapa email yg agak kelakar kt sini untuk tatapan rakyat jelata..

kisah 1 - new terminologies

Over a glass of teh tarik we talk about new terminology that might be used in our daily rantings and communication. Perhaps these terminologies can be added in our Kamus Dewan Bahasa (??) and DBP can take note and action on this... The new terminologies are :-

1. meLINGGAM - trying to tell a lie. Not telling the truth. Trying to hide behind: looks like me, sounds like me, it might be me but IT'S NOT ME!.

Example: Saya rasa awak cuba hendak meLINGGAM tentang sebab kelewatan pagi ini dengan memberi begitu banyak alasan-alasan yang tidak munasabah..

2. menCHUA - to speak the truth; to admit

Example: Baguslah, saya menghormati awak kerana awak seorang yang menCHUA..

3. mengLAH - to sleep on the job.

Example : Macam mana kerja nak siap. Awak asyik mengLAH saja setiap hari..


kisah 2 - Siti Nurhaliza

kisah dia pasal dia berkempen sakan tp sebenarnya dia tak daftar mengundi.. mebi tak sempat kot.. huhu.. (sape la yg rajin sgt pi carik IC siti ni ha..)


meh bantu dia check dia mengundi kt mana.. web SPR bleh masuk kt sini..


Kisah 3 - suka vs tak suka..

setelah keluar dari dewan mengundi, berkata seorang makcik..
"makcik cukup tak suka ngan PAS tu.. jadi, makcik pangkah la parti tu.."


mesti budak darjah satu confuse tgk gambar ni.. huh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


macam-macam..
kesimpulannya........
lu piker la sendiri..!! (ihsan dari ayat Nabil Raja Lawak)

>> jantung berdegup kencang seperti topan.. adakah aku akan bertukar menjadi Gaban Z tak lama lagi? huhuhuhu..

Wednesday 5 March 2008

apakah itu game?

gara-gara si Rayer paksa aku accept dia utk join sejenis game berperisa mangga ni, aku kini sudah mabuk berperang di sini.. dah makin melampau dari dia.. aku kemabukan.. huhuhu..


kepada sapa2 yang ada facebook tu, meh la add aku.. pasti tanah kamu akan aku takluk dalam masa beberapa saat.. amacam? ada berani? (owh.. riak dan takaburnya aku)

p/s: huit, Rayer.. pangkat aku hampir naik dari ko dah ni walaupon askar aku tinggal 92 org dari 1500 org.. huahuahua.. sia2 aku MC 2 hari.. dokter suh berehat. tp aku g main bendalah ni plak.. ni suma hang punya pasal.. (mari mulakan acara tuduh-menuduh dan tundingan jari plak..)

>> sok kembali bertugas diperbatasan.. kekanda di medan peranggg.. adinda di medan perang jugak.. sama2 berjuang, sama2 berbakti, untuk diri sendiri.. (ulang lg 8 kali)

...semangat bekerja kembali... (kunun..)

Tuesday 4 March 2008

undilah saya..

kerusi plastik di Merbok

wahai rakyat jelata, setelah dilantik secara rasmi oleh YB Pazuzu, saya yang merupakan wakil penduduk pendatang asing tanpa izin sementara, kini telah menjadi wakil PUNDAK dan akan bertanding di P014 - Merbok memandangkan kerusi kayu di Shah Alam telahpon di curik oleh YB lain yg lebih cargas dari saya.. syabas kepada kamu..

selaku bakal YB yg jelita lagi saksama, saya berjanji joni akan membina M City Centre untuk menambahkan hubungan sosial yang sihat dan berdaya saing di kalangan masyarakat sejagat dalam membina dan mengharungi arus modenisasi dan modenioren. seiring dengan keperluan di zaman ini, pembinaan dari segi infrastruktur adalah menjadi 1 kemestian dan seperti yg kita dapat lihat, kemajuan infrasturuktur di negara ini sudahpon berkembang megah bak cendawan yg tumbuh selepas hujan.. pagi yg gelap.. kini sudah terang.. aku adikmu.. dan engkau abang... ohh.. maafkan saya kerana ternyanyi lagu kumpulan hujan pula..

berbalik kepada janji2 manis saya, selain yg dinyatakan dalam kempen saya yg tak seberapa dan bajet yg ciput ini juga, saya ber'janji tau' akan membina transit aliran ringan ke setiap kampung di kawasan ini bagi memudahkan masyarakat bergerak dari 1 kampong ke 1 kampong lain.. samada berkepentingan dari segi ekonomi, sosial, hantar lauk-pauk atau kueh-muih, bermarhaban, melawat sanak saudara, pegi ke kebun ketika musim buah, mahupon menghantar anak bersekolah..

saya juga.... (minum ayaq sat sambil pikiaq nak gebang padia)... menyeru kepada semua, jika ingin kehidupan yg mewah dan senang seperti saya atau inginkan saya lebih mewah dari sekarang, undilah saya..

keputusan di tangan anda.. selkom..

p/s: kalau kalah, siap hangpa suma nooo..

Yang Menjalankan Tugas,
YB ciPud (in the house)..

>> hehe..

dokter dan anda..

salam hormat..

harini aktiviti berehat di rumah sempena cuti percuma pra mengundi peringkat antarabangsa.. (aku tipu..)

bangun pagi ni, aku mengalami simptom luar biasa pada mata.. lantas mengambil kesempatan untuk berjumpa dokter memandangkan buku medical treatment dari kampeni aku ni kosong je sejak masuk.. malu plak kt org HR ni kalo dia tgk buku aku ni dokter tak tulih apa.. hehe..

maka, menuju la aku ke klinik swasta yg terletak di seksyen yg dirahsiakan (dikhuatiri itu adalah kawan chod.. haha..) yg merupakan klinik panel kampeni aku.. sambil meninjau2, rupanya klinik tu bukak jam 8 pagi.. awal btol.. aku smpai kul 9.. setelah mendaftar mengundi, akak kt kaunter tanya..
"nak tunggu dokter ke?"
"owh.. dokter takdak ke?"
"dia blom smpai.."
"aaa... takpa2.. sy tunggu la jap.."
masa tu dah ada patient lain tunggu..

setelah hampir jam 10.30 pagi (sejam setengah dah tuu.. huhuh..), patient makin ramai, tp dokter masih tak muncul2.. tanya akak kaunter lagi..
"dokter lama lagi ke nak sampai?"
"dia dah on the way.. jap lg smpai.."
"owh.. ok..ok.."
on the way dokter tu kt mana? kang on the way tp kt segamat, ape cer plak kan? hahaha...

kul 11, ada mamat pakai suar jin.. nmpk sehat je mamat ni.. masuk ikut kaunter.. staff ni.. pahtu ada org bro ni, smart abih.. bawak beg itam.. sambil aku terpikir, ni la kot dokternya..

bila nama di panggil, rupanya mamat pakai suar jin tu dokter.. hahahahahahaha..
dah la rambut macam vanilla ice.. tak yakin btol ngadap dokter muda dan berimej camtu.. haha.. bukan dokter nmpk skema ke? sila jawab, dokter chod.. hehehe..

masa dia check mata, ada la perbincangan sket..
"dah brapa hari jadi camni?", tanye dokter..
"stat semalam kot..", aku jawab..
"takk.. saya tgk dah tau dah jadi 3 hari" - dah tu bakpe tanye? huhu..
"btw dokter, sy penah operate 2 kali sblm ni.."
"oooooo... lenkali awak datang sini. jgn g buang terus", kata dokter..
"laaa.. mane sy tau, g klinik diorang bagi surat suh g hospital.."
"erm.. takpe2.. so, awak ada alahan ubat ke?"
"takdak"
"ok, nanti saya bagi ubat ni.. utk pengetahuan awak, ubat kt sini sume original dan agak kuat sket tau" - bihtu, ubat kt klinik lain palsu ke? gaya tanye menakutkan btol..
"pahtu, harini awak tak kerja la kan?" - dokter nmpk sy tgh kerja ke? huhu..
"ok ke saya bagi MC sehari? ke 2 hari?"
"errrrrrrr... btw, ubat tu ada kesan sampingan ke?" - aku tanya kot2 ada kesan samping yg perlukan rehat 2 hari ke kan..
"takpelah, saya bagi awak 2 hari.. walaupon bos awak kawan saya, tp saya tak cakap kt dia.. sebenarnya kalo sakit camni, diorang tak bg cuti 2 hari.. ni sehari je. tp sbb mata awak nmpk bengkak, sy bagi 2 hari.. kalo org tanye, ckp je eye infection.. saya tolong awak, awak tolong saya.." - hoh.. apakah itup? dokter tgh rasuah aku ke, aku rasuah dokter?
"hm..." - aku jawab walaupon sebenarnye tak paham pon motif dokter ni..
"so, cuti 2 hari ni, untuk awak berehat kt rumah. elak dari kena panas.. jangan g jalan2 plak sbb cuti 2 hari.."
kahkahkah... kelakar sungguh dokter vanilla ice tu..
ape2 je la.. janji MC 2 hari.. kehkehkeh..

>> byk nye obat nak makan.. huhuhuhu..

Monday 3 March 2008

fanatik?

puan rafidah, masih ingatkah dikau akan bantal ini? bantal dlm kete aku tuu..


pahtu aku jmpe sebijik design cam bantal ni.. tp dia bantal leher itu..


terpaksa rembat.. hehehehe..

bleh la bukak kelab bantal leher spongebob pahni.. hahahahahaha..

>> sok lusa bos takdak.. howyeiii..

Sunday 2 March 2008

mak lijah..

harini genap umor dia 3 tahun.. pospone nak beli kek utk dia.. tunggu mak blk sok.. bleh makan ramai2..

ni ada la sket hiburan berbentuk video dari dia untuk hari ini.. siap korek idung plak time cakap.. kurang sopan tul budak ni.. hahahahaha..


layanggg...

>> bumbung dah repair weii.. yeyy..!!

Saturday 1 March 2008

trainees day out..?

aku dan bebudak yg sama2 training kt kampeni skrg pi berlibur kt midvalley.. asalnya 10 orang yg nak mai.. last2 minit, just 5 org je yg berani menyahut cabaran berbowling.. huh..

ni 1st game.. malas aa nak explain.. sendiri tgk la.. (belagaknye.. ;P )

ni plak 2nd game.. amacam? ni blom main btol2 lagi ni.. ahaks..

jenis sawan gak depa ni.. haha..

budak bawah umor yg sengal tahap kelas kedua tinggi dengan kepujian..

acara wajib.. "kita mesti makan ciken cop.." :P


pahtu tgk crita Vantage Point.. mmg bes tahap gaban.. meh aku bagi sinopsis sket.. dia pasal presiden US kena tembak dalam 1 majlis keramaian di mana ada pertemuan presiden ni dgn wakil negara arab konon2 utk berdamai la kot.. tu je dia cerita dia.. kalo ikut, event presiden kena tembak tu dalam 15 minit je tp cerita tu buleh dikembangkan jadi sejam lebih.. sbb kelainan dia adalah cerita ini adalah mengambil perspektif dari semua sudut dan view.. kira, apa yg org lain buat sebelum majlis smpai kejadian tu berlaku..

contoh dia camni, dlm majlis tu ada bodigad presiden. so, apa yg bodigad tu buat dari stat sblm majlis smpai presiden kena tembak. pahtu, ulang balik, amek dari perspektif tetamu yg hadir plak, dari start dia datang ke majlis, smpai pres kena tembak, pahtu ulang blk, amek perspektif wartawan plak, dari awal dia brtugas smpai pres kena tembak... dan seterusnya... kisah budak makan askrem yg pi majlis tu pon ada.. dari dia beli askrem ngan mak dia sblm event, smpai la dia hampir kena langgar ambulan org jahat..

cerita ni termasuk la perspektif penjahat yg tembak tu.. kira stat dari planning, smpai la penjahat tu mati.. owh, adakah aku dah spoil kan mood anda suma? naseb ler.. hahahaha..

tp mmg bes la crita ni.. takdak 1 part pon yg boring atau boleh menyebabkan anda rasa nak pandang org sebelah, apatah lagi nak garu2 mahupon teguk air.. punya la ghalit.. bes2.. layan, jgn tak layannnnn.......

>> sok ahad.. besnya cuti..