Thursday 31 May 2007

reunion..

2 hari lepas, tatkala aku makan nasik, aku teringat kat kawan-kawan skolah rendah. SRK Sungai Way @ SRK Sungei Way.. mane2 pon bleh.. sejak hari terakhir masa darjah 6 dulu, aku tak jumpa dah mereka-mereka ini sbb umah aku kat shah alam. skolah plak kat pj.. cuma ada bebrapa org yg kebetulan t'jumpa smula. aku hari-hari kena berebut naik bas ngan org g kijo.. ye la, zaman tu lom ada komuter. tiap-tiap hari aku dok kat pintu bas. kalo umor tak pjg, mesti aku dah tercampak keluar ngan beg skolah skali (beg skolah masih lg berat taim tu.. hehe).. alhamdulillah aku masih idup smpai skrg.. hehe..

mlm td, aku taip sesuatu..
"weh, aku ingat nak buat reunion la.. ko sokong tak? kalo sokong, send sume no budak2 skolah kita yg ko ada kat aku.. nanti aku wat list"

aku send kat beberapa no yg aku ada..

hotline hp aku mlm td.. hahaha.. suma sokong rupenye. tp diorang nak ada org yg mulakan dulu. aku la tu.. cehh..

td ada sorg ex-classmate aku nama hafiz (aku pon tak ingat dia sbnanye), nak tolong aku. dia dah call skolah utk carik list nama batch aku. cargas sungguh.. camni la semangat yg kita mahukan.. (sila amek perhatian ye encik presiden.. haha..). dia meminta aku fax senarai nama penuh yg aku ingat utk tindakan skolah mencari senarai lain yg boleh diorang cari. katanya, buku attendance zaman aku dah kena makan anai2.. lawak tp ni la kisah benar. aku darjah 1 taun 90. mmg patut pon kena makan dek anai2. yg ada skrg cuma maklumat dalam database skolah iaitu dari senarai kemasukan pelajar ke skolah tu.. maybe ada nama ngan no surat beranak (sb takde ic lg taim tu). then kena bawak g JPN nak search alamat. dah macam CSI plak.. hehe.. apepon, buat masa skrg blom ada hasil. tgk la sok lusa camna..

aku mintak gak senarai cikgu2 yg ajar kami dulu.. teringin plak nak jumpa cikgu yg lempang aku dulu. bkn aku nak lawan lempang dia tp nak say thanks atas lempangan dia tu.. (cewah.. pura-pura tulus plak) eheh..

apepon, mari kita tunggu hasilnya.. tungguu...

>> oii encik president.. marilah kita lebih bersemangat.. ehehe..

Tuesday 29 May 2007

buntu..

sewaktu aku tak login untuk mengapdet blog ni, byk sungguh idea yg datang mencurah2.. ada saje crita yg hendak disampaikan tatkala sesuatu berlaku di depan mata dan teringin skali untuk di publishkan kat blog ni.. bila dah terpapar skrin untuk menaip sesuatu, aku jadi buntu.. buntu umpama batu..

batu dan kayu..

>> apsal aku blur sgt ni..

Monday 28 May 2007

kerenah..

jemput la makan dan minum..

makan ayammakan ayam guna tgn kiri.. hohohoho..

sudupahtu guna sudu plak..


pandang chu Nuhadahaga plak tgk org sebelah ni..


hirup..hirup je la kuah sup ni..


ish.. ish.. anak menakan sapa la ni... huhuhuhu..

>> ada lagi gambar budak ni kat sini

Sunday 27 May 2007

finally..

tatkala sohabat2 aku datang bersama bf dan tunang masing2, aku datang bersama BuJaL yg dah dekat 2 minggu tak basuh.. hehe..

dikesempatan ini, terima kasih bebanyak diucapkan kepada Bunda, adik beradik sdn bhd, my kezen Jamila and her family, my Makcik and her family, para sohabat tolak2 pale iaitu angah, adik, minah, jurugambar separa bertauliah iaitu azhar aka apek (also known as Nemesis), sohabat yg sanggup ponteng kelas bersama iaitu pid dan noma, sohabat lama aka dayah dan juga kepada mereka yg namanya tak mampu disebutkan disini (kerana dikhuatiri 3 hari pon tak abih menaip) di atas kehadiran, ucapan dan pengorbanan yg diberikan di sepanjang majlis konvokesyen ini.

terima kasih juga di atas sumbangan 2 jambak bunga dari Bunda + makcik dan jamila's family.. ada gak org nak kasik aku bunga.. terharu sungguh.. hehe.. terima kasih daun keladi, sok2 bagi lagi.. hehe..

sedutan dari majlis..

aku dan encik BuJaLaku, BuJaL dan sticker konvo.. heh..


sha, pid, aku dan amoi..lepas kuar dewan..


keluarga yg datang meraikan majlis..ramai la sket dari majlis konvo diploma dulu.. hehe..


menge'peace' bersama bunda..my Bunda..


muka pecah minyak.. huduh sungguh.. huhuhu..alien workshop @ tuYUL corp.. hahaha..


angah turut berkonvo pd sblh petangbudak angah ni lom masuk dewan tp lg sakan amek gambar dari aku.. lawan tokey ayam btol..


adik, aku, azhar aka apek dan angahterima kasih encik azhar.. susah2 je.. ;P


aku dan dayah..dayah pasan aku konvo pah tgk aku naik pentas.. hehe..



gambar lain, aku akan upload sesegera mungkin sblm ianya basi.. hehe..

>> also to the owner of this camera.. thanks a lot..

Friday 25 May 2007

Wanita..

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

>> wallahu'alam..

Thursday 24 May 2007

Finally..

i have to give up on 'that'.. since now...

and..
somebody have to wake me up..
when december ends..

>> is it me? huh..

Tuesday 22 May 2007

Pirates of the Caribbean: At World's End

waduss... lanun aku dah kembali.. dah lama tak tgk wayang.. last tgk muhksin secara berjemaah.. nak tgk abg lanun ni plak la.. sapa yg rasa duit dia dah berkulat dlm bank tu, apakata meh belanja aku.. tak luak sg pon.. ;p

abg lanun ku..abg johnny depp.. thihihi..


orlando bloomuii... anak sapa la ni.. hehe..

>> jom weh layan seround..

Monday 21 May 2007

tahniah..

tahniah kat aku sbb dah ada koleksi anak menakan ke-5, umpama koleksi teddy bear plak.. namanya Fariz Haiqal, iaitu anak abg aku yg ke-3... Bes la Faiz A'aqil.. ada geng nak buat reformasi kat rumah.. hehe..

kakak ipar aku bersalin pagi tadi kat Penang, hometown dia.. so, takdak la gambar budak kecik tuh.. InsyaAllah, next 2 weeks aku g lawat mereka di Penang nun..

>> baru 5 org.. dah 15 org nanti, aku kawen la.. hehe..

Sunday 20 May 2007

based on the true story..

sedar tak sedar, mak lijah dah umor 2 tahun lebih.. ckp byk.. sakit otak aku.. kalo masuk bilik aku yg ada macam-macam khazanah tu, macam2 dia tanya..

"macikkk.. ni ape?" - sambil tunjuk tah apa brg..
"ni ape?" - tunjuk yg lain plak..

yg td pon tak sempat nak jawab.. huhu..

adeh.. krem otak nak menjawab.. sampai taun depan pon tak abih tanya.. thihihi..

pahtu, benda2 yg kitorg (aku, mak dan mak dia) slalu avoid dia buat tp dia suka sgt buat, kami akan lebih berhati2 dalam berkata-kata..

"wei, dia dah M.A.N.D.I tau.." - cara mak dia ckp kat aku sbb dia suka main air dlm bilik air..
"simpan leklok K.I.C.A.P tu, nanti dia nmpk, dia nak mkn ngan nasik" - hal lain plak..

blajar mengeja plak kitorg skrg ni.. kehkeh..

>> Palah... nama baru aku yg disebut2 oleh mak lijah. tak hormat sungguh.. hehehe..

Saturday 19 May 2007

pre convocation ceremony

isi borang konvosebelum pinjam jubah konvo kena isi borang yg tertinggal kat umah ni dulu... yer2 je fotostet. last2 kat kaunter pendaftaran, uitm provide ngan byknye... hehehe..

anas ngan chekie interframe..noma malu2 dpt kek besday free..

kek..kek besday noma, black forest, secret recipe... tp beli 6 slices je.. cam tak ikhlas je rupenye.. haha..

kaum wanita.. hehe..set-set wanita..

budak laki..set-set jate.. hehe..

anan kena sawan gambar.. cermin kat pizza hut tu pon jadikkk..

pidhadiah tempat ke-3, alarm kete..

noma..hadiah tempat ke-2, plastik Memory Lane..

aku..hadiah no 1, Myvi 1.3.. hehe..

test baju konvotesting.. 1,2 mula.. hehe..


>> seminggu lagi..

Friday 18 May 2007

harga besi..

aku tak tau nak apdet apa sebenarnye ni.. hehe..

memandangkan aku tgh carik harga steel bar untuk guna dlm project aku, meh aku bg info sket psal harga steel bar ni setakat 18 Mei 2007..

Y12 = RM 2112.00/tonne
Y16 = RM 2034.00/tonne
Y20 = RM 2034.00/tonne
Y25 = RM 2034.00/tonne

hehehe... sape rasa info ni berguna utk diri dia, bleh la guna sebagai panduan.. mana yg rasa tak berguna, pegi la dok kat umah kayu.. hehe..

sapa dapat lagi murah, sile la contact aku... YM ID --> ciPuding_7

>> lapar.. huhu..

Wednesday 16 May 2007

Selamat Hari Cikgu..

selamat hari cikgu untuk cikgu-cikgu yg penah ngajor aku:

tadika: tak ingat plak nama dia.. umah dia ingat la.. hehe..

darjah 1: cikgu maznah
darjah 2: tak ingat..
darjah 3: cikgu hajjah khatijah
darjah 4: cikgu sokhri
darjah 5: tak ingat..
darjah 6: cikgu isa

tingkatan 1: cikgu nurliza
tingkatan 2: ustaz khaspi
tingkatan 3: cikgu zulkifli
tingkatan 4: cikgu yati
tingkatan 5: cikgu yati lagi..

ni baru guru-guru kelas.. tu blom nama2 cikgu yg aku slalu tido dlm kelas dia... hehe.. mana yg lupa tu, akan dicuba utk diingati semula.. otak lembab semenjak 2 menjak ni.. huhu..

apepon, aku berterima kasih la kat cikgu2 aku ni di atas dorongan, panduan, kemarahan, lempangan (dari cikgu maznah), dendaan, kutukan juga ketukan dari cikgu2 aku ni... tanpa bantuan mereka selain keizinian dari ibubapa dan restu dari Allah SWT, takkan aku capai ke tahap yg mampu aku banggakan setakat ni..

thanks for all..

>> tak lupa, utk cikgu Muzai ku.. dgn ucapan, rajin2 la MENGAJAR.. hehe..

Monday 14 May 2007

my chemical romance..

"I Don't Love You"



Well, when you go
Don't ever think I'll make you try to stay
And maybe when you get back
I'll be off to find another way

And after all this time that you still owe
You're still the good-for-nothing I don't know
So take your gloves and get out
Better get out
While you can

When you go
Would you even turn to say
"I don't love you
Like I did
Yesterday"


Sometimes I cry so hard from pleading
So sick and tired of all the needless beating
But baby when they knock you
Down and out
It's where you oughta stay

And after all the blood that you still owe
Another dollar's just another blow
So fix your eyes and get up
Better get up
While you can
Whoa, whooa

When you go
Would you even turn to say
"I don't love you
Like I did
Yesterday"


Well come on, come on

When you go
Would you have the guts to say
"I don't love you
Like I loved you
Yesterday"

I don't love you
Like I loved you
Yesterday

I don't love you
Like I loved you
Yesterday


>> sekian, terima kasih...

Sunday 13 May 2007

salahkah aku?

pada suatu hari, aku kena pi meeting kat Melaka. sblm ke meeting, aku singgah sebentar kat Pekan Kuala Sg. Baru di Melaka.. nak beli sekotak air mineral untuk meeting. di kedai runcit itu, sementara menunggu cina tu pi ambik kat bahagian belakang, aku dok tgk botol2 pelbagai bentuk dalam cermin kat cashier.. byknye brand.. natang ape ni..

tgh aku dok kat cashier tu, dgr satu sore dr tepi.. tp aku tak pandang..

"bagi aku yg tu..", kata org tu.

"woo.. yg tu takleh guna woo.. bleh mati woo.. ambik yg ni..", kata cina tu.

"aku tak mau la yg tu. aku nak yg tadi..", kata org tu.


aku toleh ke sebelah.. seorang pakcik yg berbangsa Melayu sedang membeli sebotol arak yg dijual dlm kedai cina tu.. arak rupanya... hoho..

kan aku dah turut bersubahat.. ampunilah daku... huhuhu...

>> 27 mei 2007... my convocation ceremony..

Saturday 12 May 2007

Rumput & Sayang

ni rumput.. tu pon tak kenal ke? hehe..
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

terima kasih, cikgu Golox..

>> selamat hari cikgu untuk semua cikgu..

Thursday 10 May 2007

perjalanan tanpa perancangan..

smlm kul 4 ptg, aku diarahkan utk pergi ke penang untuk membeli tender dan menghantar sijil cidb company kawan bos aku. tak semena2 sungguh.. kul 430 ptg aku blk amek mak aku yg kebetulan baru sampai dri kedah kat stesen bas s17. pahtu aku beli tiket keretapi ke Butterworth. mula2 beli tiket ekonomi, dlm perjalanan balik, aku patah blk ke tempat beli tiket. tukar ke kelas yg ada katil.. bleh claim nye psl.. hehehe.. RM38 je pon.. tiket kul 900 mlm.

sampai kat sana kul 600 pagi, aku kena tunggu org suruhan kawan bos merangkap laki org, mai amek aku. sejam stgh pahtu baru dia smpai.. dia kata, "kita takleh naik jambatan pulau pinang sbb jem.. kita kena naik feri.."..
wooo.. rupanya nak kena g Balik Pulau.

pah beli tender yg berharga RM700, kami terus ke Kuala Kedah, lokasi site kawan bos aku.. buat jalan di persisiran pantai dari kuala kedah ke mana tah.. ada castle lawa apa tah kat situ.. marina2 apa tah namanya..

kul 200 ptg org tu hantar aku kat stesen bas kat Alor Setaq (shahab perdana) dan beli tiket bas balik shah alam. naik bas kul 230 ptg.. sampai shah alam kul 930 mlm..

1 stgh hari perjalanan yg tak terancang langsung tp menarik. naik keretapi, feri, kereta dan bas.. lengkap.. kapal terbang je tak naik dlm cerita ni.. hehehe..

penat dah utk harini.. kematu pinggang aku.. huhu..

>> Nokia 5700 kuar plak dah... mesti la lagi tak mampu.. huhuhu..

Tuesday 8 May 2007

zaman kegemilangan..

tadi aku kemas lemari aku.. lemari 3 pintu. tp biasa bukak 1 pintu je.. yg 2 ni baru je bukak. tgk2 la.. kot2 dah ada umah biawak ke.. hehe.. biasanya ada baju lawa2 je dalam lemari ni.. pahtu ngan benda2 penting cam hadiah2, sijil2 yg aku boh dalam kotak..

bukak2 pintu lemari, teringat kisah zaman remaja2... (cam la sgt dah dewasa sgt.. heh..). zaman aku aktif berkokurikulum dan juga bersukan. sbb tu la body aku maintain je dari dulu.. (padahal mkn 20 pinggan nasik pon takleh naik2 berat badan)

aku jmpe bendalah ni sume..

kenang daku dengan medal-medal ku..
aku aktif bersukan sejak skolah rendah. walaupon tak penah jd olahragawati, tp aku slalunya akan melibatkan diri sekurang2nya 3 acara dalam sukan peringkat skolah. bkn terel sgt, tp nama aku slalu saje tersenarai.. hehe..

antara acara yg aku dilibatkan sejak skolah rendah sampai universiti..
peringkat skolah
1. balapan - 100m (skolah rendah), 4x400m, 4x800m, 200m, 1500m
2. lompat tinggi (skolah rendah)
3. lompat jauh (skolah rendah gak)

peringkat skolah dan daerah
1. lempar cakera (ke cakera lempar aku? hoho..)
2. bola baling
3. ping pong
4. merentas desa (kalah teruk sbb ramai sgt budak india.. aku jalan2 je ngan member aku.. haha..)

peringkat skolah, daerah dan negeri (sukan selangor)
1. tenis

peringkat universiti
1. tenis
2. bola baling
3. ping pong
4. futsal

medal2 ni zaman skolah menengah ngan masa kat uitm je. yg zaman skolah rendah, adik aku dah buang dlm longkang sbb bergaduh ngan aku masa kecik2 dulu.. hahaha.. bengong sungguh..

erm.. tu masa zaman ada byk masa.. tp skrg ni walaupon takde masa sgt, aku tetap bersukan gak. drift kat jalanraya masa g keje.. menguatkan otot lengan.. kehkeh..

>> teringat zaman sekelas takde org sbb sume g wakil skolah ngan sukan masing2.. cikgu bengang abih.. yg ada 2,3 org yg baik2 dan rajin blajar je.. hehe..

Monday 7 May 2007

mabuk laut..

Nokia 5300
semalam masa kat Pertama Kompleks, aku mabuk tgk hp ni.. tp bkn latest model pon.. lama dah dok usha. especially yg kaler merah ni. tp masih tak brapa mampu walaupon harganya dlm RM700. bayo duit kete pon lepas.. hehehe..

design ni ada 2 model. 5300 ngan 5200.
5300 = RM700+-
5200 = RM500+-

aku pon tak brapa pasti apa function yg lebih atau kurang antara dua2 model ni, tp yg pasti model 5300 tu upgrade dr 5200. kena la stat kumpul duit dari skrg. takpon tunggu sampai harga dia jd 300. takpon, nak kena try masuk peraduan yg menang dpt henpon ni. mahu tapi dekuk. kehkehkeh..

>> gila henpon plak dah.. payah la camni..

Sunday 6 May 2007

update..

semalam dan harini aku telah menemani kawanku, cik Pid yang insyaAllah bakal bernikah pada 8 Julai ni, dan lantas menjoinnye menyertai kursus perkahwinan. buat kat Pertama Kompleks. semalam start kul 230 - 630 ptg.. harini 830 - 630.. walaupon lenguh pinggang aku dibuatnya akibat duduk dalam jangkamasa yang lama, tp penceramah2 yang terdiri dari ustaz2, suma lawak2 belaka.. sampai lenguh pipi aku pon ada gak.. senaman muka yg tak benti2.. crita pasal apa? haa... tu esimen untuk anda cari.. jadi, pi la kursus kawen.. hehe..

tatkala melawat muzium tganu..Bakal pengantin, Cik Pid yg bertudung biru, ketika zaman mudanya..

masa tunggu bot nak pi Pulau Kapah..Bakal pengantin di'sosial'kan oleh Ramin.. haha..

>> nanti jgn ngidam mkn 'binatang haram'... - sedutan dari kursus kawen..

Friday 4 May 2007

wake up..

smlm aku tak brapa bleh tido.. mebi bilik aku panas kot.. semenjak 2 menjak ni tak ujan kat sini.. atau aku yg 'panas'? hmm.. nak pejam mata pon tak bleh.. memikirkan sesuatu dan sehingga ke saat ini masih berfikir tentang kehidupan ini.. dan sesuatu yg telah aku hapuskan di ofis td.. dgn gerakkan dari hati..

dan hari ini, setelah aku jaga dari tidur.. apa yang diharapkan adalah mimpi..
tapi sebenarnya... REALITI..

aku, gunung jerai dan dotdotdot..
>> bes sungguh performance Estranged kat muzik-muzik td..

when i'm down..

"Always keep going.. The road is long and hard but u must keep travelling even when u think u can't continue.. Be strong buddy.."
- Noma..

Thank's dude..

>> life must go on... huh..

although it's hard..

Tuesday 1 May 2007

My heart..

sometimes it gets hurt...
but thanks to Allah who always be with me..

>> may Allah bless you too..