Wednesday 28 March 2007

mari berkerja kuat..

sebenarnya aku telah menaip pjg sebuah cerita tadi.. tp malangnya, laptop ni telah membuat onar dan me'restart'kan dirinya, lantas, kegelapan skrin bercampur kemurkaan aku turut berlaku. mungkin kerna bos aku masih belum menjelaskan hutang laptop ini.. mebi..

sehubungan dgn itu, aku dah tak tau nak taip mende plak ni..

yg aku ingin nyatakan, inipati kisah yg tak sempat aku sampaikan td, aku akan di hantar ke site Melaka utk meng'guide' kerja-kerja piling dan menghitamkan diri selama sebulan.. walaubagaimanapon, aku masih menunggu keputusan interview bersama SPA haritu, bagi mengelakkan aku di campakkan ke sana. Kalau tiada jodohku bersama Sammy Vellu, maka terpaksa aku relakan pemergianku ke sana.. hehe..

kuang.. kuang.. kuang..

>> 3 months being a QS..

Tuesday 27 March 2007

24th..

tanpa segan silu nya, ingin aku nyatakan bahawa aku telah berumur 24 tahun pada hari ini..

semoga kehidupan lebih diberkati Allah dan diharapkan kegembiraan serta ketabahan dapat berpanjangan dalam kehidupan ini.. aminnn..

>> plus, semoga aku dpt beli Vios instead of Myvi.. hehehe..

Wednesday 21 March 2007

Batu 3 banjir lagi..

tatkala jam 4 pagi ini, aku telahpon dikejutkan oleh jiran tetangga yg aku tak pasti tujuannya samada nak ketuk pintu atau nak pecahkan pintu.. lantas, akhirnya aku tau apa yg terjadi slps seorang jiran telah menjerit kat tingkap bilik aku yg terletak di tingkat atas...
"Banjir..! Banjir..!"

hoh.. dgn terkejut beruknya, aku pi bukak pintu.. masuk harini, kira2 ulangtahun yg ke setahun sebulan sejak banjir kali pertama yg sampai masuk2 berita haritu..
"Pergi alihkan kereta dulu.. letak kat Petronas. tp suma kawasan, kereta sudah penuh.. Kawasan bukit sana buleh lagi.." katanya dgn nada hindu..

"Ok.. ok..", aku masih blur dlm kejutan..

Masa keluarkan kereta dari taman rumah aku ni, air dahpon naik kat bahagian belakang kawasan taman umah aku ni.. dah paras lutut. Kaget jap.. dlm hati dok pikir, camna nak angkat brg. Dah la aku dok sorang2.. suma org blk kg.. harini baru nak balik shah alam.. Mampus..

Jalanraya mahupon Petronas dah penuh dgn kenderaan. dari ke moto sampai la ke lori (lori pon nak lari banjir gak ke?).. aku sumbat je la mana2 pon.. polis pon dah block jalan dpn umah aku tu.. mmg harini dok umah la aku.. nak gerak kluar g kijo pon dah takleh ni..

dan sehingga detik ini yang menunjukkan jam 6 pagi, hujan masih lagi turun renyai2.. adakah umah aku akan dimasuki air? SMS jawapan anda ke no hp saya bagi memenangi percutian 3 hari 2 malam ke kawasan banjir ni.. walaucamnapon, kita tunggu jawapannya selepas commercial break nanti.. hehehe..

>> sambung standby (baca:tidor).. heh..

Monday 19 March 2007

desktop tag

aku pon taktau apsal aku pi layan tag dr r1C3d plak ni.. dia nak tgk apa ada kat desktop aku. takdak apa menarik pon.. dah la monitor CRT 15" cap ayam, guna sejak zaman penjajah.. huhu.. ni ha..

desktop aku
sbnarnya ada calendar dr software Rainlander kat desktop aku ni. tp bila snap, takdak plak dlm gambar.. maleh ah nak adjas.. biasanya, aku lebih suka meng'hide'kan icon2 kat desktop tu.. also with the taskbar.. kan aman suasana camni..

background plak aku amek kat vladstudio.. cun je wallpaper kat situ.. dan apa yg aku letak kat desktop ni, antara salah satu wallpaper yg aku suka la.. selain dari meletakkan muka aku as a wallpaper.. hahahhahaha.. aku tipu je tuh.. baik aku letak muka micheal scoffield.. hehe..

ni plak nak promote album gambar baru.. bkn album lagu tau.. hehe.. dlm ni ada gambar masa blk kg haritu ngan gambar pi buat kijo kat Sarawak.. tgk kat sini..

roger!

>> sapa ak album lagu aku, bleh tempah secara online.. hehe..

Friday 16 March 2007

aku mengeluh..

perlu ke semua perkara, semua org perlu tau? even dlm perkara-perkara peribadi.. perlu ke? ada faedah ke kalau org lain tau pon? kalau mendatangkan faedah, it's ok.. but in this case, i don't think so.. apa salahnya if diri sendiri je yg tau.. tak rugi apa pon..

aku still kena blamed by THEM because of my 'stupid mistake'..
makin difikirkan, makin mendatangkan kekecewaan..

>> be strong, farah..

Wednesday 14 March 2007

bosan..

smlm pi meeting kat melaka. 1st taim aku pi sorg2.. miting kul 1030pg, according to surat yg client fax kat aku tu la. tp aku buat surat ke consultant kul 1020.. bajet suh diorang dtg awal la.. hehe.. pahtu architect sampai time miting abih dan tgh mkn2.. hampeh sungguh..

abih miting kul 1130. aku lepak kat site cabin tgk org buat earthworks. levelling tanah.. bg this month bleh siap kot.. aku kena standby appoint sub-con utk piling plak.. kuasa di tangan anda la katakan.. hehe.. kerja aku la deal ngan sub-con2 ni.. pahtu kena tgk claim dr diorang.. kalau buat tak tau, ada chance utk aku kena pijak kat site tuh.. heh..

pahtu aku b'borak tak hengat ngan Project manager.. sampai kul 430. dah citer psl family dia plak.. pasal interview aku la.. tetiba aku t'ckp utk try apply utk jd lecturer poli tp tak reti. lantas, dgn berkobar2 dia tanya aku, "ko bebetul nak ke?". aku kaget seketika. apsl mamat ni beriya sgt.. rupanya kakak dia dekan kat poli PD. ler........ terus dia call kakak dia tanya psl tu. nanti dia bg borang.. katanya.. hm.. satu lagi langkah untuk bekerjaya bersama gomen.. huahuahua...

sapa nak jadi lecturer poli, bleh tanya aku setelah aku dpt borang tuh.. skrg blom bukak kaunter pertanyaan lg..

>> musim sunburn telah bemula..

Friday 9 March 2007

MUKHSIN by Yasmin Ahmad

poster Mukhsin

aku tgk filem ni semalam iaitu hari pertama filem ni released.. suma seat penuh. kaget plak aku.. aku pi ngan kawan2 seramai 6 org.. dah plak tu, lokasi berlakon kat Kuala Selangor, dan kami plak skolah kat sana ramai2 selama 5 tahun. keje meneka nama jalan je setiap babak tuh.. hahaha.

ni sedutan cerita tuh.. layan sket..



crita ni mengisahkan kisah cinta pertama Orked,10 tahun (Syarifah Aryana) ngan Mukhsin,12 tahun (Mohd Syafie Naswip). Perangai Orked yg kasar ngalahkan gangster menyebabkan dia mula berkenalan dan berkawan baik ngan Mukhsin. Mukhsin datang ke rumah makcik dia yg juga jiran tetangga Orked pada musim cuti sekolah dan akhirnya persahabatan mereka ni berakhir setelah musim cuti sekolah tu tamat..

apapon, crita ni mmg bes sbb keje aku gelak je.. lawak spontan dlm semua babak. tak rugi la korang tgk.. aku rasa nak tgk lagi skali plak.. babak yg paling bes bila Orked dgn muka tak bersalahnya buang beg skolah sorang budak gemuk yg tgh buli sorg budak lain.. buang kat luar tingkap bas yang tgh bergerak plak tu. giler slamber budak neh.. hahaha.. op.. tercerita plak.. hehe..

lagi satu, aku suka lagu yg dinyanyikan semula oleh Adibah Noor tu.. ;)

aku bagi 4.7 bintang dari 5 bintang.. tgk, jgn tak tgk..

>> interview ok jer.. \(^_^)/

Tuesday 6 March 2007

apdet..

bz la plak.. tak sempat nak apdet blog. start dari balik kg masa raya cina harituh lagi ha.. ni bz nak prepare untuk interview SPA plak.. doakan la aku dpt weh..

ni ada member aku bagi borang utk apply jd QS kat Universiti Darul Iman. tak pasti nak isi ke tak.. environment bes, tp jauh la plak.. dah la slalu banjir kat sana.. cewah... macam la konfem dpt.. hahahaha..

next entry la plak letak gambar2 pulang ke kampung skali ngan visit to sarawak harituh.. apapon, congrats to Matnan and wife.. sori la, aku tak dpt pi kenduri anda berdua.. aku di sarawak tatkala itu.. semoga bahagia ke anak cucu dan juga grad ngan jayanya.. heh..

wish me luck this Thursday.. >_<

>> pc aku dah kena antar kat site melaka.. skali bos bagi laptop baru la plak ha.. jgn malu2, buat cam reta sendiri yer.. hehe..