Friday 22 May 2009

cuti panjang & nota utk pid..


today is may last day working before i'm going to change my status.. jeng3.. tiba-tiba terasa mcm ada butterfly dalam perut.. hahahaha.. (siap ko noma.. pahni turn ko plak.. - nada ugutan)

dengan ini, secara rasminya aku dah tukar layout (walaupon rasa biasa je) untuk blog terbaru aku tu.. so, anything related to my Big Day tu, akan dipublish kt situ.. takde la org meluat tgk aku dok cerita pasal haritu je kan..

kepada semua, saya menjemput ke walimah saya pada 30 Mei 2009 seperti yang dinyatakan di sini.. map pon ada kt situ.. datang la kalau nak tgk aku cantik sket dari hari biasa.. (harap² la.. hahaha) almaklum la, org tak pandai bergaya kann.. hehehe..

so, aku akan apdet semula lepas cuti panjang ni..
gud lak to me.. hahahaha..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Note to pid (as requested):

cara-cara untuk check-in kt airport..

1. Ko bawak itenery yg Air-asia bg kt ko haritu.
2. Pegi kt kaunter yg tertera No flight ngan destination. (pls make sure No flight tu betul).
3. Pls identify mana 1 barang yg perlu utk hand luggage ngan masuk dlm kargo.
4. Check-in.. sila tunjuk IC semua org termasuk MyKID. (tunjuk itenery skali, jika perlu).. Pahtu dia bg boarding pass.
5. Dah check-in, bleh la mkn kfc 8 round..
6. Agak2 orang dah panggil masuk (dalam 30-40 minit sblm berlepas), pegi tunggu kt gate berlepas. (bleh tgk kt boarding pass kt nanti)
7. Masuk dalam dan tunggu kt gate dalam plak smpai org panggil utk naik flight.
8. Naik flight.. bleh la tido.
9. Dah smpai Penang, bleh buli wawa amek ko.. suh dia belanja makan skali. hahahaha..
10. See u at my Big Day.. hehehe..

Tamat..

p/s: sapa-sapa nak betulkan cerita aku kt atas, u r welcomed.. thanks.

>> see ya.. ;-)

Wednesday 20 May 2009

tajuk ape2 je la..

ok.. aku dah taktau nak apdet apa..
sbb tu blog aku tak berapdet2..

cuma nak say congrats to my cousin, Jamila dgn kehadiran baby boy sulungnya semalam.. sebenarnya dia dijangka bersalin bln 7 nanti, tp dah tercepat 2 bulan lak.. takpa la.. apa yang penting, kerjasama..!! baby sehat.. pahni meriah la family inspektor sahab ni.. hehehe..

ok, aku ada 2 hari lagi nk siapkan kerja yg melambak ni..
dan dalam diam2, aku sempat buat 1 lg blog sempena majlis aku next week.. so, any update yg relates to the majlis, akan diapdet dalam tu.. termasuk la gambar. btw, buat masa sekarang ni tak yah la bukak lg sbb blog tu masih tunggang langgang.. nak tukar layout dulu..

ni link dia: 29mei2009.blogspot.com

haa.. seb bek bukan 13may.. hahaha.. (encek 13may, u r invited)

Friday 15 May 2009

Esok adalah 16 Mei 2009

selamat hari cikgu buat semua cikgu yg penah mengajar aku.. walaupon aku tak pandai, lebih-lebih lagi masa skolah menengah (asyik la dapat no dekat2 last tu, pahtu kena masuk klinik bahasa arab ngan nad.. hahaha..), tp akhirnya aku jadi gak orang.. (mmg la.. takkan jadi ayam kot) maksud saya, orang yang berguna terutamanya berguna untuk diri sendiri dan orang terdekat.

dulu mak aku suh jadi cikgu. tp aku tak mau. alasan aku bagi, sbb aku tak pandai ngajar + tak minat + cepat naik angin. dan smpai skrg aku takdak rasa menyesal tak jadik cikgu tu.. hahaha..

di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari cikgu kt org2 terdekat seperti cikgu budu, cikgu muzai, kezen aku iaitu cikgu jasmin (bakal cikgu), cikgu aida (fungkurian), cikgu ikoko dan semua rasa dia cikgu.. dgn ucapan, selamat hari guru. jgn lupa nyanyi lagu 'Guru Malaysia'.. jaga2 pitching tu.. huahuahua..

kepada kawan2 aku yg tak dpt jadi cikgu mcm an, along ngan noma, takpe.. cuba lagi.. usaha tangga kejayaan. insyaAllah ada rezeki tu. tp aku tak nak antar anak aku nanti kt skolah korang ngajor tu.. kang kena buli. hahahaha..

btw, masa dah hampir² taim..


aku cuti isnin ni.. nak balik kg sok.. nak tanya kabar org kampung.. lalalala~~

>> jururawat sedang bertugas.. huh..

Thursday 14 May 2009

siri bercakap dengan despatch..

pada suatu petang.. tatkala aku sedang mengantuk tahap gaban Z, aku p berborak-borak ngan sorang despatch kampeni a.k.a member futsal, kt dalam pantry sambil minum air sejuk..

"weh, aku dengar2 ko nak kawen.. betul ke?"

"tak.. kabar angin je tu.. ko dengar kt mane"

"receptionist cakap semalam.. masa main futsal semalam.. tau2 la kan, dia kan dok kt muka pintu.. mesti la sume citer dia tau.."

"hahahaha.. keje gosip je eh korang ni.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"weh, aku dengar2 ko nak kawen.. betul ke?"

"ha'ah.."

"bile? tak jemput pon.."

"ujung bln ni.. lom jemput la.. bawak bertenang sket eh.."

"ngan orang mana?"

"orang kedah.."

"uii.. ko pon kedah kan? aku dengar2 org kedah mahal2.."

"ape yang mahal?"

"mas kawen dia mahal"

"oit.. tu depends kt pompuan tu la nak taruk berapa.. kalau belanja letak 10k, terpulang la kt pihak pompuan nak amek 3k dari 10k tu buat mas kawen.. bukan 10k + 3k"

"oooo... macam tu ke sebenarnya.. baru aku tau.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"weh, aku dengar2 ko nak kawen.. betul ke?"

"ha'ah.."

"umor ko berapa? mcm muda sangat la ko ni nak kawen"

"26 tu dikira muda ke?"

"laa.. 26 ke? aku tgk macam 19 tawon je.."

"hoh... melampau la tu.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tamat.

>> sabtu ni balik kg hantar borang.. serabut perut aku ngan borang ni.. huh..

Monday 11 May 2009

Walimatul Urus..

sukacita dimaklumkan bahawa saya ingin menjemput ke pra-tonton filem terbaru saya seperti yang dinyatakan di bawah..


lokasi tayangan bleh tengok kt sini..
map ni dari exit Sg Petani Utara (PLUS Highway)..


View Larger Map


>> datang jgn tak datang.. :)

Wednesday 6 May 2009

latihan bowling..

ekceli ni salah 1 aktiviti kelab sukan kampeni aku.. seperti biasa, aku yg hyper-active ni tak akan ketinggalan dengan segala jenis sukan yg dibuka kepada semua ahli kelab sukan.. dari ke futsal, badminton, dan kini bowling..

time karnival sukan dulu pon aku join. walaupon dah bertahun tak lari kt trek, gedik gak nak masuk.. kena pulak jadi pelari pertama utk 4 x 400m.. elok abih part aku, hampir aku krem kt tgh2 stadium bkt jalil tu.. seb bek menang.. haha.. kalau ikut ati, kalau kaki aku panjang, dah lama aku masuk lompat kijang tu.. hahahahaha..

ok, kembali semula ke cerita bowling ni.. aku bawak mak lijah nyebok kt bowling midvalley tu.. mula2 memalu.. pahtu rasa nak tambat dia kt meja tu.. teringat ayat dia jerit masa aku nak baling bola tu..

"makcik mesti berjaya" - dgn nada bersungguh-sungguh..

hahahahahahahahahaha.. lawak giler.. bila plak dia blajar buat ayat camtu. aduyaiiii..

ok.. meh tgh result..


;P

>> panic room.. nenonenoneno..

Tuesday 5 May 2009

sambil nyelam, tangkap ikan..

semalam aku sangat bizi..
kena apdet status project johor (nusajaya) untuk suma package..
sebenarnya aku pass kt org site tlg apdet part diorang sbb nak meringankan beban aku, tp diorang plak yg lmbt apdet. dah la dateline smlm..

dah la bizi, server wat problemo..
tenet takleh guna..
tak guna sungguh..
huahuahua..

pahtu masa menunggu org site apdet natang tu, aku buat natang ni..


kad jemputan versi digital yang buat ikut suka kepala otak aku.. menggunakan Illustrator. (yang aku donlot dari tenet - ye la.. aku delete la pahni.. kang kampeni kena saman lak.. huh..)

btw, yg aku tunjuk ni cuma sebahagian jer.. dalam 1/30 dari rupa sebenar.. ada nak tacap2 sket dan sedikit surprise.. konon².. hahahahahaha..

nantikan kemunculannye.. ewah!

>> batuk aku makin teruk weh.. nak kena g jumpe dokter kang ni..

Saturday 2 May 2009

khas utk sape² yg dah lama tak jejak sec 2..

ok pid.. tajuk aku lg pjg dari ko okeh.. celen aa kalau berani.. hahahahaha..

ok. berbalik kepada tajuk tadi. aku last g sec 2 dlm kira2 taun lepas. bln brapa tah. tu pon sbb pi klinik. dan tadi aku nak carik polistrin kt kedai maria (kedai stationery cina tu), masuk jer simpang sec 2 tu, aku kaget dan terus park kt tepi longkang besar yg tepi skolah tu..

you know what? you s**k.. (sekadar memetik ayat ramzan) hahahaha.. gerai sec 2 yg dlm construction dulu telah bertukar menjadi sebuah medan selera yg agak cantik dan bebas dari tikus mondok.. dan lebih menterkejutkan lagi, kt ujung medan selera tu (yg ngadap 7E tu) telah menjadi KFC.. ada drive-thru lg.. sesuai utk gadis2 tak poser pi beli.. opppssss.. seb bek aku x penah..

kfc.. aku masih ban.. (kagum kt diri sendiri)

kt lmpu tu 7E. (ok.. aku tak taruk arrow sbb pc kt umah ni takleh edit gambar ni.. even program paint pon tak de.. harap maaf)

pandangan dari parking dpn kedai maria..

haaaa.. amacam? baru la selera nak mkn abc.. tp masa ada cik ti dulu pon ramai je yg g makan kt situ.. termasuk la aku. haha.. sengal tul.. seb bek aku grad gak on time.. hahahaha..

tamat..

>> batuk makin menjadi² neh.. takde kena mengena ngan selsema tut kan?
>>> selamat ulang tawon blog ini yang ke 5.. semoga tuan tanah tak banyak merepek dan mencantikkan lagi blog dia ni untuk masa yang akan datang.. (tuan tanah membaca ucapan ini dan mengangguk² sambil minum breacol.. gulp.. gulp..)