Wednesday 30 January 2008

Bicara seni?


so, just nak tolong iklankan utk cousin aku yg masih hingusan ni.. bakal cikgu pendidikan seni ni (main petik je ni) kena organise event kt fakulti dia..

so, sapa nak tgk Imuda melukis or what so ever, pi la tgk..
sapa nak tgk Hujan beraksi, tunggu la mendung sket..
hahahaha..

presenting..
lagu kegemaran pid yg ditujukan kt Along nya..
Pagi Yang Gelap.. oleh Hujan..


p/s: ko jgn nyanyi, Pid.. kang ujan lebat seminggu plak.. hahaha..

mula2 dgr macam sumbang je lagu ni.. tp lama2 ok la plak.. seb baik chorus dia boleh diterima pakai.. hehe.. tulus sgt ke aku? hahahaha..

sebelum berpisah.. meh layan Estranged performing 'Itu Kamu' masa Anugerah Juara Lagu haritu..


>> kemengantukan, kemahuan ketidoran..

Pergi tak kembali..

aku baca utusan online pada jam 3.45 petang ini..
ada 2 cerita pasal kematian..

cerita pertama..

Kuala Lumpur 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengahari ini.

Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam akibat masalah tekanan darah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.


cerita kedua..

PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.


Al-Fatihah..

>> sesungguhnya kematian itu benar.. bersedialah kamu menghadapinya..

Tuesday 29 January 2008

mari bersukan..

seperti yg pernah diceritakan, aku training futsal every tuesday dan thursday.. dari balik kerja (biasanya sampai dlm pukul 6.. depends pada tahap jem yg dibenarkan) sampai pukul 8.. lepas kul 8 ada team lelaki main plak kot.. rasanya la.. sbb lampu tak tutup..

main secara percuma? of course la.. bukan sbb kampeni yang bayar, tp court ni kampeni yg punya.. jadi, main la sampai muntah.. haha.. sampai tergeliat urat saraf aku.. tp harini aku main sakan gak, tp takdak efek dah.. adakah otot kakiku sudah pejal sehingga mampu menghospitalkan musuh jika tersepak tulang keringnya? hm.. blom tes lg tu.. apapon, aku berjaya jugak mengatasi sakit otot setelah hampir setahun tidak mengalaminya..

ni la tempat aku berguling-guling itu.. (term yg di gunakan oleh para senior untuk mengajak bermain futsal.. contoh ayat.. "oit korang, sapa nak berguling2 ptg ni?".. ingatkan guling2 macam tenggiling td..)

kat PJ..

menarik sungguh courtnya..

penat tul berlarian.. rasa nak pakai kasut roda je.. huhu..

tangga naik atas tu kemana ntah..

kalau nak 'membuang' sila ke arah sana yer.. jangan malu2..

so, gadis2 di luar sana.. jangan jeles plak nanti bila stamina aku dah macam pelari pecut dunia dan taf macam ahli gusti wwf.. hahahahaha..

aku ingin skali bermain pingpong pula.. huhuhu..

>> makin dahsyat batuk aku ni.. ubat batuk tadak kesan dah.. perlukah aku mintak MC seminggu? minda terganggu la nak buat kerja kt opis tu... (alasan kukuh ni)

Monday 28 January 2008

gambar..

sandle minah yg jadi bahan ujikaji aku..
kepada rakan dan taulan..
saudari2 yang dikasihi..

as requested..
gambar-gambar majlis pertunangan syida telah pon di upload..
link untuk upload telahpon aku sebar2kan..
harap tiba di tangan yang benar la yer..
ecehhh..

sapa yang nak tengok2 saja, meh masuk kt album gambar syida ni..
sbb susah sgt nak upload, aku create 1 account flickr utk dia..

so, semoga korang puas ati la eh..
pahtu, sila JANGAN mintak dah kat aku.. <-- kedekut + malas tahap gaban ni..
pi mintak kat sapa2 yg dah dapat..
sapa nk ckp aku keji, silakan.. ekekekeke..

>> sapa nak tukar kerongkong dgn aku? penat ah batuk ni..

Sunday 27 January 2008

Estranged..

wohooooo...

akhirnya aku berpaling tadah kt Faizal Tahir setelah melihatkan calon2 penggantinya yg aku kurang gemar menyanyikan lagu2 beliau.. lagu tu asalnya menarik tp tak cukup kick.. rasa nak bg side-kick ada la.. hehehe..

pada asalnya, Jinbara pon bes.. sbb depa performed dulu. pahtu, Jac pon bes.. sampai turn Estranged, bes jugak.. lg bes sbb dia gubah sket lagu tu.. wowowo.. tp memang bes lahhhh.. i lebiu Estranged..!!
hehehe..

So, dapat la depa suma tu RM12K + RM25K = RM37K.. tidor dalam senyum aa depa malam ni.. hm.. kan bes kalau bg duit tu kat aku.. bayar PTPTN.. ehehe..

kisah hari ini, aku pi kuala selangor.. back to school? nope.. pi majlis pertunangan Siti Syahida Jamaluddin (syida).. sebelum itu, thanks to my poyoronos cousin, Jasmin, coz sudi meminjamkan kamera Nikon D40x baru beliau untuk beta kotor2kan.. sebagai balasan, jemput la makan nasik minyak kt Kelantan 9hb Feb nanti.. hehehe..

so, ni sebahagian gambar2 yg ada..


pasangan bertunang.. syida dan sapek (sekadar nama timangan)..

ahli mesyuarat pagar..

Laila's cute baby.. Nayli Batrisya the 'kueh pau'..

sentuhan pertama.. (bajet kreatif abih aa ni..)

so.. ada lagi gambar2 lain yg akan dipaparkan nanti..
harap para peminat dapat bersabar..
kita sambung selepas iklan ubat batuk ini..

>> tak lut pon makan ubat batuk.. kena makan clorox plak kot..
>>> iklan: Jurugambar untuk majlis perkahwinan, dan majlis2 seumpama dengannya.. boleh telefon no ni..
012-5345855 / 017-9477525 (mohd jasmin)..

Saturday 26 January 2008

cuti yg membosankan..

my anak menakan, faza alisha [pic taken: 2005]
(tiada kena mengena dgn tajuk ini..)

hari ini hari sabtu.. hari cuti.. biasanya, hari cuti adalah hari untuk berehat bagi para pekerja yang berdedikasi dan berintegriti (nate gapo ni?) seperti saya..

rehat tidak bermaksud tergolek kt katil sepanjang hari. rehat boleh diklasifikasikan kepada beberapa perkara, misalnya.. tengok tv, jahit baju, bersenam, melakukan hobi masing2 dan lain2 lagi..

cerita mengenai hobi, menurut Wikipedia Bahasa Melayu, hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.. tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan.

rekreasi? seperti berjoggingkah? mandi sungai? ataupon ber treasure hunt? ingat ni kelab sukan dan rekreasi ke? hehehe..

apa hobi aku plak? melayari internet barangkali.. tp itu hobi masa 2,3 tahun dulu.. skrg dah rasa bosan dah.. sbbnya tak berpeluh seperti mengayuh beskal.. lagipon dah tak tau apa yang hendak dilayari lg.. mungkin aku kena tukar hobi aku kepada makan nasik atau masak nasik tapi tak makan.. itu nmpk lebih menarik. hmm... lapar plak.. nyesal taip..

sebenarnya takdak apa pon yg diceritakan kt sini sbb tiada apa pon yg menarik pada harini.. aku takdak idea nak buat apa pon.. nk jalan2 pon malas. tambahan pula gaji tak masuk lagi.. jadi, aku cuba la isi masa aku dgn menidor siang selama 5 jam.. barangkali aku sudah gila agaknya.. kehkehkeh..

faza alisha [pic taken: 2007]
(pon tiada kena mengena jgk dgn tajuk ini..)

>> teringat zaman dok kolej.. kalo tido takmo bgn, nanti ada org tolong ngucap kt telinga.. tak pon ckp "maaarobbuka..".. komfem bangun.. hahaha..

Friday 25 January 2008

sesi karaoke free..

yaaa... tadi budak nuar suh aku tgk video karaoke ni.. sbb kt opis aku bz, blk rumah baru aku layan..

jadi, bagi yg berminat untuk berkaraoke atau yg baru sahaja mahu berjinak2 dgn aktiviti berkaraoke, marilah asah bakat anda dengan lagu ini.. ikut sahaja liriknya.. selepas ini anda pasti akan teruja.. yeahhh..

tajuk lagu ni adalah.. GELI MAT..



hahahahahahahahahahahaha...!!!
dah la bersungguh2 dia menari.. macam hampeh!! hahahaha..
(nmpk gaya, seminggu aku gelak tak abih ni..)

camni pon jadik.. hahaha..

meh tgk lagi yang lelain kat SINI..

>> camner nak benti gelak ni? hahahaha...

Wednesday 23 January 2008

untuk para sahabat..

Terima kasih,
Untuk semua rangkaian doamu
Segala untaian kata penyemangat
Juga cinta yang kamu beri..

Terima kasih,
Atas semua pelajaran darimu
Kekuatan untuk menghadapi hidup
Dan kisah-kisahmu yang bererti itu..

Terima kasih,
Telah mengajarkan erti hidup padaku
Bagaimana agar menjadi lebih baik
Jua membuatku selalu bersemangat..

Terima kasih,
Mau berbagi cerita denganku
Percaya banyak hal padaku
Serta usahamu membuatku bahagia..

Terima kasih..

dipetik dari gudang-kata




>> terima kasih kerana menjadi pendengar yg setia..

Tuesday 22 January 2008

berfutsal-futsalan..

harini bermulanya training futsal untuk kampeni aku.. actually, kampeni yg bernaung bawah UEM la.. susah nak ckp 1-1 kampeni bawah UEM tu.. buat penin pale je.. senang citer, bukan Opus je g yg main.. org lain pon ade..

hari 1st training, dh ada friendly match ngan team TM.. owh.. aku ingat bukan lawan ngan team tu.. sbb masing2 yg datang, standard2 model.. cun-cun belaka.. mujur takdak lelaki kt situ.. kalo tak, mesti ada yg cuci mata sbb diorang yg berkaki panjang ni pakai short belaka.. diorang ni sangat pandai gelecek.. dan sangat hebat.. dan buat pertama kalinya aku merasakan game ni bermain ala professional dimana tiada seorang pon kakinya disepak mahupon dikepung beramai2 di net seperti kebiasannya.. hahahaha..

pada awalnya, mmg semua tak kenal aku. sbb aku kan baru join kampeni ni.. tp ada gak yg tanya tu.. "u penah main ke tournament kampeni ini sblm ni?".. lol.. baru join je kannn..

pahtu ada lg yg tanya.. "u mesti biasa main kan?".. huh.. ha'ah, yer la sgt slalu main.. last main, taun lepas. bulan 4,5 kot.. tatkala itu masitah mengimport aku utk mencukupkan playernya di semi final utk pertandingan futsal wanita terbuka uitm.. padahal, aku bukan lg bergelar student taim tu.. pengadil tak perasan pon.. ngehngeh..

dan setelah 2 jam bermain tanpa henti (owh.. penatnye..), kaki aku menunjukkan tanda2 ingin krem.. sendi2 kaki macam takleh bergerak.. maybe akan berlarutan 2,3 hari.. dan inilah akibat dari terlalu lama meninggalkan dunia sukan yg sblm ini sebati ngan jiwa.. huhuhu..

seb baik sok cuti thaipusam.. <-- KL baru dapat cuti umum ni weii.. mulai tahun ni dan tahun2 seterusnya.. heh..

>> lumur minyak mastika beh ni.. hohoho..

Monday 21 January 2008

AJL 22 winner-to-be?

MALAY MAIL, 21st Jan 2008..
It looks like fans of singer Faizal Tahir will not be seeing the singer in action at the Anugerah Juara Lagu 22 next week. Faizal, who stirred controversy by ripping off his shirt and baring his chest during the 8TV Rockin’ Birthday Concert recently, has been dropped from the competition following the three-month ban by the Malaysian Communication and Multimedia Commission last Friday.


~Read More..


ohhh.. tidakkkkkkkkkk...!!!!
camner lagu Mahakarya Cinta nak menang ni?
moga2 juri tgk lirik.. bkn tgk penyanyi.. huhuhu..
teremosi plak tetiba.. hehehe..

>> ooo.. artis pompuan dedah lelebih tak kena banned plak eh.. hmm.. camner plak tu?

Sunday 20 January 2008

No One..

by: Alicia Keys
album: As I Am



I just want you close
Where you can stay forever
You can be sure
That it will only get better

You and me together
Through the days and nights
I dont worry cause
Everythings gonna be alright
People keep talking
They can say what they like
But all I know is everything's gonna be alright

No one no one no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one no one no one
Can get in the way of what I feel for you
You you
Can get in the way of what I feel for you

When the rain is pouring down
And my heart is hurting
You will always be around
This I know for certain

You and me together
Through the days and nights
I dont worry cause
Everythings gonna be alright
People keep talking
They can say what they like
But all I know is everything's gonna be alright

No one no one no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one no one no one
Can get in the way of what I feel for you
You you
Can get in the way of what I feel for you

I know some people search the world
To find something like what we have
I know people will try
Try to divide
Something so real
So till the end of time
Im telling you that

No one no one no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one no one no one
Can get in the way of what I feel for you
oh oh oh....


nice song, kannn..

>> something getting worse, huh..

Saturday 19 January 2008

majlis ilmu..

pada harini, bangun lebih awal.. nak pergi menjoin ke majlis ilmu di rumah kawan bunda kt subang jaya.. bertemankan seorang penumpang ber beg pink, kami menuju ke rumah berkenaan..

ada 2 ilmu yg disampaikan oleh ustaz itu.. katanya..

1. para ulamak menyatakan adalah menjadi perkara yang HARAM hukumnya bagi mereka yang bermusafir pada hari jumaat melainkan 3 sebab;

a. mereka itu mempunyai urusan yang SANGAT penting sehingga tidak boleh dielakkan..

b. TIADA waktu lain yang boleh bermusafir. contohnya, tiket habis.. cuma ada pada hari jumaat sahaja..

c. mereka YAKIN, mereka mampu melaksanakan solat jumaat ketika bermusafir atau tiba di destinasi sebelum solat jumaat..

2. mewarnakan rambut beruban bertujuan untuk kelihatan muda misalnya sweet 7-teen, adalah tidak dibenarkan sama sekali..

ketika zaman nabi, para tentera yg beruban dimestikan mewarnakan rambut mereka menggunakan inai atau katub (btol ke ejaan aku ni?) bagi menakutkan musuh dimana, kelihatan tentera yg muda di medan perang, bukanlah nmpk org2 tua yg datang berperang..

wallahua'lam bissowabb...

..btw, ni la penumpang tu..

Mak Lijah in the car..


>> nak kemas bilik harini.. <-- ayat yg selalu takdak action..

Thursday 17 January 2008

Body Mass Index (BMI)..

tadi an tanya aku camna nak calculate BMI.. mesti la aku tak tau kan.. tp aku bgtau gak kt dia.. sbb aku dapat info tu kt web.. mudoh2.. haha..

bagi sapa yang tak pernah tau apa itu BMI, ni bukan sejenis pusat pengajian tinggi yg terletak di Gombak nuu.. ini adalah BMI iaitu Body Mass Index (BMI) which also use to measure the body fat based on height and weight that applies to both adult men and women.

tu diaaa.. aku copy paste sambil tokok tambah.. haha..

so, ladies and gentlement, to calculate body mass index for a given height and weight, please use the formula below..


BMI = w / h2
Where w is weight in kilograms (pounds divided by 2.2), and h is height in meters (inches divided by 39.4).2

susah2 je kan nak kira guna manual? guna je la calculator kt SINI..
haha..

aku punya 16.6 je? underweight la ni.. sapa rasa lemak dia lebih, meh buat transplant kt aku.. cukupkan 18.5 dah la.. hahaha..

>> kerja byk sket harini.. 3 jenis kerja, tp tersiapkan semua plak.. heh..

Wednesday 16 January 2008

selingan..

akhirnya aku jumpa jugak punca apsal flyover kt jalan templer, pj jem teruk lepas office hour..




(harap maaf! gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera telefon 2.0Mp cap ayam)

kereta Beetles idaman noma nak bunuh diri rupanya.. mesti ramai org benti tgk kete ni.. termasuk la aku.. hahahaha..

>> kreatif btol la VW ni.. bak beetles sebijik..

Tuesday 15 January 2008

i'm Tagged..

1. Name one person who made you laugh last night.
khadijah a.k.a mak lijah..

2. What were you doing at 0800?
driving to office..

3. What were you doing 30 minutes ago?
using face scrub..

4. What happened to you in 2007?
bought own car - the best thing la kot..

5. What was the last thing you said out loud?
"sapa mai tu?" - sbb dok kt tingkat atas.. heh..

6. How many beverages did you have today?
4 cups of milo, 2 glasses of plain water..

7. What color is your hairbrush?
white..

8. What was the last thing you paid for?
nasik campor - lunch..

9. Where were you last night?
rumah..

10. What color is your front door?
dark brown..

11. Where do you keep your change?
mana2 la.. asal selamat dari anak menakan aku (nanti dia telan)..

12. What’s the weather like today?
fine..

13. What’s the best ice-cream flavor?
askrem lembu flavor, lime + vanila..

14. What excites you?
dpt duit utk bayar ptptn dgn utang kereta..

15. Do you want to cut your hair?
takde perasaan nak potong lg..

16. Are you over the age of 25?
blom lg.. hehe..

17. Do you talk a lot?
yup, especially bila ada cikpid.. haha..

18. Do you watch the O.C.?
crita apa tuh?

19. Do you know anyone named Steven?
steven gerrard, the Liverpool FC Midfielder.. jiran aku tuh..

20. Do you make up your own words?
macam takdak je..

21.Are you a jealous person?
depends..

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’
Aimi Syazwani..

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kamal Azizi..

24. Who’s the first person on your received call list?
no name..

25. What does the last text message you received say?
"7/2 malam kuala terengganu bus konsortium kul 10.15.. 31 mlm sp bus AB ekspres kul 11.. tq" - cousin belikan tiket bas daaa..

26. Do you chew on your straw?
yer, kalo more than 4 hours dok kt situ..

27. Do you have curly hair?
nope..

28. Where’s the next place you’re going to?
office - esok..

29. Who’s the rudest person in your life?
ntah..

30. What was the last thing you ate?
nasik berlaukkan sardin..

31. Will you get married in the future?
insyaAllah.. kalo ada jodoh.. (cam ayat artis tak? haha)

32.What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Robots.. tu pon tgk kt kedai brg letrik.. tumpang tv plasma dia..

33. Is there anyone you like right now?
errr... next question pliss..

34. When was the last time you did the dishes?
2,3 jam yang lalu..

35. Are you currently depressed?
sometimes..

36. Did you cry today?
nope..

37. Why did you answer and post this?
kak Am suruh..

38. Tag 5 people who would do this survey.
sapa nak isi nama dia, silakan..
a.
b.
c.
d.
e.

hehehe..

>> lama tak kena tag ni..

bantahan..

ladies and gentlement,

pada hari ini, saya dengan sukacitanya ingin menunjukkan rasa ketidakpuasanhati kt para pemandu yg tak sedar diri di jalan raya. dah la bawak lembab (naik beskal lagi laju), dok lane kanan plak tu.. dah la kiri dia kosong, takmo masuk kiri. takkan aku nak potong kiri plak.. (kadang2 terpaksa gak buat sbb dah bengang tahap dewa.. hehe..)..

hal ni biasa terjadi masa aku nak pi kerja dan lokasi yg biasa terjadi adalah di sekitar sunway di mana terdapat ca ya nun alif yg lembab membawa kereta tidak kira lelaki atau pompuan. ishhh.. nak je aku sagat kete diorang tu. tp seb baik tak mampu bayar ganti rugi. kalo tak, mesti aku dah buat.. diorang ni, kalo stakat nak makan angin, pi la drive 5m sejam kat tapak parking stadium shah alam nu.. takdak sapa kesah aihhhh..

arrrgggghhhhhhhhh... bengangnya aku!!

sekian, terima kasih.. lega pon..

>> harini dah join kelab sukan dan rekreasi kampeni aku ni.. dan harini jugak, secretary department aku ajak training futsal.. bes2.. yeahhh.. mari kembali aktif.. lalala..

Monday 14 January 2008

tips2 ilangkan ngantuk..

harini acara mengantuk menjadi-jadi.. asal dok opis, mesti ngantuk.. asal ngantuk, mesti ada kt opis.. ada setan ke? haha..

tp harini aku dah cuba teknik terkini dan insyaAllah akan menjadikan ia sebagai hobi terbaru walaupon ada kesan sampingan ke atas diri sendiri. hohoho..

kaedah yg aku cuba buat pada hari ini ialah..

1. meletakkan tangan pada tepi mug yg berisi air milo yg panas..

bila tea lady hantar minuman, terus saja letak tgn kt tepi mug itu. setelah habis diminum, tambah lagi dan lagi dan lagi.. selain dpt mencergaskan minda dan mencerahkan mata (sbb tgn kena panas), tenaga dan kalori (yer2 je..) juga boleh ditambah sekaligus dpt menaikkan berat badan secara optimum.. (apa aku merepek ni?)
2. berjalan menuruni dan menaiki tangga ke surau pada waktu zohor dan asar..

apabila kadar degupan jantung meningkat sehingga ke tahap maksimum (camner nak kira degupan jantung ni? kira batu bata tau la..), darah akan berjalan lebih laju ke seluruh tubuh seperti lajunya aku naik dan turun tangga.. maka, cerahlah mata anda.. ewah, aku merepek lagi.. haha..
3. pura-pura berjalan ke mesin fotostet..

oleh kerana mesin fotostet itu adalah printer aku juga, maka, setiap yg di print akan keluar kt mesin fotostet itu. kadang2, bila aku print, tgk kt situ, tak kluar plak.. bila dah keluar, ilang plak sbb org lain terambik.. jadi, proses berjalan ke mesin fotostet secara ulang alik byk kali akan mengundang kebengangan dan menyebabkan kemalasan dalam membuat kerja berlaku.. pahtu, aku terus ceting kt ym.. hahaha..
dan 1 kesan yang ketara adalah..

baju dan tudung aku berbau rokok akibat lalu kt tangga kecemasan sbb naga-naga melepaskan asap untuk halau nyamuk kt situ..

huh.. spoil btol.. lain la aku yg jd naga tu.. mmg patut kena kt diri sendiri.. cis kek sungguh.. huhu..

>> mak lijah (baca: mangsa buli) dah balik rumah.. yey yey..

Saturday 12 January 2008

nasib seorang raket..


lama jgk tak main tenis.. last main masa pertengahan taun lepas agaknya.. dulu2 mmg rancak main tenis.. even kt itm pon aku sanggup masuk tournament walaupon dah tahu akan kalah sbb bakal berlawan ngan player uitm. hahaha.. ok la tu kan. at least game ke-2 or ke-3 yg akan kalah.. bukan 1st game. sbb berlawan ngan org tadak experience.. berlagaknya aku. hahaha..

masa, jarak dan cuaca telah memisahkan aku, masitah, court itm, raket dan bola tenis.. hampir aku terlupa camner nak pegang raket ni sbb dah lama tersimpan dlm lemari.. tengah kemas2 lemari, terjumpa plak..

masitah, ape nasib diorang pada taun 2008 ni..?

>> jom la seround bebila..

Friday 11 January 2008

ringkas tapi bermakna..

pada harini aku rajin bekerja.. tu pon sbb banyak kerja, sebab tu nmpk rajin.. cuba takdak kerja, komfem sangap.. dah la kena gelakkan ngan bos sbb tak reti lipat drawing A1 (katanya la kan.. padahal btol la aku buat.. siap staf lain tolong lipatkan.. camner bleh dia kata salah plak.. huhuhuhu..)

cuma ada 1 cerita untuk harini..

tatkala aku makan tengahari bersama ofismate, tiba2 makcik disebelah aku bertanyakan sesuatu..

"F, umor awak 22 ke 23 taun ni?", tanya makcik itu..

"eh, saya 25 taun masuk taun 2008 ni..", jawab F itu..

"haaaa..? ye ke..?", katanya seolah tak percaya dgn keremajaan F itu..

tu je lah.. malas ah nak citer lelebih.. nanti ada org jeles plak..
hahahahahaha..

>> ngantuk dah..

Thursday 10 January 2008

Muharram 1429H...

dan sekali lagi diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah pada tahun 1429H.. alhamdullah..

semoga kita semua dapat menjadi insan yg soleh dan solehah, mencapai segala impian yg murni dan sentiasa dilindungi olehNya tidak kita dimana jua kita berada.. aminnn..

sempena Maal Hijrah ini, aku bawakan khas lagu yg seringkali didengarkan dan didendangkan oleh penasyid skolah di pentas dewan SMKA Kuala Selangor.. bukan lagu maal hijrah yg biasa itu, tp lagu yang lain.. kalo dgr lagu ni komfem korang suma ingat kt Syazwan yg comel itu.. (kat mana la dia skrg eh..)

semoga korang terhibur..



p/s: tetiba terasa aku sedang berbaju skolah dok dalam dewan dan berumor 13 taun.. mudanyee... hahahaha..

>> susah btol la nak carik lagu ni.. huhuhu..

Wednesday 9 January 2008

mari mengundi - siri 1..



>> sila la bantu aku yg selalu sangap kt opis ni.. hehe..

Tuesday 8 January 2008

Hantaran Calculator..

tadi aku dapat calculator ni.. aphied bagi kt aku...
apa kata korang try..
(especially for single woman la..)

meh try kat SINI..

result aku berbunyi camni..
(poyo sungguh pi display kt sini.. haha..)

Thank You for using this calculator.

Based on the matrimonial information you have supplied and considering prevailing economic conditions, your Hantaran would be $9,000..
tu diaaaa... aku tambah lagi $ 1,000 untuk service tax menjadikan ia $ 10,000.. haha.. btw, ringgit malaysia ke, US dollar tu? hahahaha..
ada sapa berani? hahahahahaha...

>> bleh caye ni.. haha..

al-kisah no plat..

pada hari ini, saya akan menceritakan sejarah wujudnya nama encik BuJaL memandangkan beberapa orang masih lagi bertanyakan mengenai beliau. hensem sangatkah beliau sehingga kini org masih bertanyakan tentang dia..? hmm..

al-kisahnya begini.. (sambil pejamkan mata dan flash back ke situasi itu seperti cerita2 filem seram shuhaimi baba..)

pelopornya, merupakan abang sulung tuan punya blog ini.. mempunyai sebuah kembara bernombor plat BGN. maka, beliau menamakannya sebagai BaGaN.. oleh kerana ketika itu, kami sekeluarga hanya mempunyai BaGaN dan sebuah kancil milik emak yg dinamakan oleh emak sebagai KANCH (nama komersial ala2 MERC), 2 buah kereta ini menjadi rebutan kami sekeluarga, termasuklah emak..
"mana BaGaN?" tanya aku..
"mak bawak pi masjid..," jawab org lain..
mesti la aku takleh nak pi sbb org lain dah kebas dulu.. dan cerita ini mesti la zaman aku jadi student dulu.. huhuhu..

setelah aku bekerja, dan memerlukan kereta untuk pergi kerja, aku dan pelopor tadi, pergi ke Perodua untuk membeli Myvi.. ketika ingin membuat pemilihan plat no, abg bertanya kepada salesman..

"sekarang ni, plat no selangor dengan KL ape yer..?"
"kalau selangor, BJL.. kalau KL, WQB..", jawab salesman itu..
"haa... pilih la. nak BuJaL ka.. WaQoB..", tanya abg kt aku..
hahahahahahahaha... WaQoB.. huduh sungguh.. hahaha.. maka, aku terpaksa memilih BuJaL memandangkan ia lebih sedap di dengar dan senang diingati oleh orang lain.. ngehngeh...

senang kan nak ingat? bila ingat BuJaL, mesti semua org ingat kt aku kan..? hahahaha..

tapi, ada sesetengah org lebih suka manjadikan plat no itu sebagai singkatan yg lebih bermakna, seperti yg pernah diceritakan oleh project manager opis lama kepada aku..

"dulu aku takdak duit nak beli kereta. pahtu mak aku kasik dulu utk downpayment.. tp kereta itu pakai sama-sama la dgn adik beradik lain.. mmg kebetulan no plat dia stat ngan WGK which is stands for "Wang Gabungan Keluarga".."

"kemudian, dah lama2 kerja, beli kereta lain plak.. dan kebetulan lagi no plat stat ngan WKS iaitu "Wang Keringat Sendiri".. hehehe..", kata beliau lagi..
hmm.. sounds better kan..? hehe..

apapon, tu semua tu nasib la.. kalo dpt huruf bes2, mudah nak pronouncekan.. lagipon, saja untuk seronok-seronok..

kesimpulannya, BuJaL jugak yg bes.. hahaha..

>> BuJaL dah cacat.. aku ingat kena lumpur kt tepi bawah kete tu.. rupanya kena simen.. patut basuh tak kluar2.. tah mana datang ntah.. nak kena gosok dan cat smula.. cis kek btol.. huhuhu..

Saturday 5 January 2008

Ketulusan Hati..

by: Anuar Zain..



Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu..


pehh.. jiwang abih lagu ni.. layangggg...

>> part comment tu dah di edit.. ambik dari host komen yg dulu.. sila lah komen sampai muntah..

Wednesday 2 January 2008

my office - episod 1..

u know what?
(p/s: QS students, do not continue the sentence introduced by Ramzan aaa..)

today i realize on something..
i HATE the clocks..
tak kira la, kt dinding ke, kt tangan sendiri ke, kt kompiter ke..

asal pandang, baru gerak 2 minit, pandang lg, baru gerak 5 minit..
rasa mcm nak buang je suma jam2 itu..
tertekan plak aku..

sbb..

harini aku takdak kerja langsung..!!
supervisor aku tak mai..
dia cuti..
huhuhuhuhu..

maka, aku mengantuk tahap gaban..
gaban pon tak ngantuk macam aku ni..
huhu...

lambat tul kul 5.30..
terpaksa apdet blog kt opis..
hahahaha..

>> seronok btoi kalau buleh landing ni.. huhuhu..

Tuesday 1 January 2008

Selamat Tahun Baru 2008.

alhamdulillah.....
bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan keizinan untuk menjejakkan kehidupan dalam tahun 2008 ini..

banyak kenangan pada tahun 2007..
suka, duka, gembira, sedih, kejayaan, kegagalan..
semuanya ada..
apa yang berlaku, semua adalah ketentuan dari Allah..
menerima itu sebagai ujian dan takdir kepada diri sendiri..
apa yang baik itu, dijadikan memori yang indah..
sebaliknya, dijadikan panduan pada masa akan datang..

dan juga..
terima kasih kepada para sahabat yg tak jemu membantu..
memberi dorongan dan semangat untuk apa saja..
walaupon pada luarannya, kelihatan tabah..
tapi, di dalam..
tiada siapa yang tahu..
hanya Dia yang Satu..

dan kini..
aku mengharapkan cahaya akan lebih menyinari kehidupan ini..
lebih bersinar dari tahun-tahun yang sebelumnya..
dan semoga 'cahaya' itu akan sentiasa memberi sinarnya..
hingga ke akhir hayat..

InsyaAllah...

>> smiling..