Wednesday 21 February 2007

packing..

tengah packing ni.. nak kena pi sarawak sok pagi.. sampai 27hb. pi sana kerja mengira quantity dan kos sebuah kem plkn kat sarawak nun yg namanya kem Ah (bukan nama sebenar).. hehe.. kena buat sorang2 plak tu.. tekanan jiwa dilaporkan.. roger!

actually nak letak gambar aktiviti masa blk kg baru2 ni tp maleh plak nak resize. byk gak agenda balik kedah baru ni.. krem kaki aku.. huhu.. krem sbb jem kat highway, krem sbb naik tangga seribu kat kaki gunung jerai, krem sbb jln atas jambatan pi ke Pulau Bunting kira2 4 km pergi balik.. krem sampai harini.. huhu..

balik kedah haritu amek masa 11 jam dari shah alam sampai sg petani. balik shah alam amek masa 8 jam. dah macam balik endon plak ha..

ok, nak sambung packing.. malas pon ada gak ni..

>> sapa nak pesan tok batin sekilo, bleh sms aku..

Wednesday 14 February 2007

aku lah cicakman..

ni pirate of the caribbean versi pompuan...

peace brother..
ngeh..ngeh..ngeh..

ni for the second time operate kat kelopak mata.. buat kat hospital Klang td. sakit gak sposen.. huhu.. MC 2 hari..

>> dokter ckp dah ada 1 ketumbuhan lain plak kat kelopak mate tuh.. tp amek masa lama nak beso.. takde mudarat sgt kot.. heh.. yeryer je aku wat kesimpulan.

Tuesday 13 February 2007

raya cina..

minggu ni aku kelik kampong bersempena cuti raya cina. cuti sampai hari selasa. blk naik kereta bersama mereka yg nak tumpang. sep duit tol + minyak.. lalala...

pah cuti raya cina, aku kena pi sarawak plak. tah buat apa kat sana. bos aku suh pi folow kwn dia. ada construction kem PLKN kat sana. aku jadi pak pacak kot.. tp dah ada org kat sana. budak2 PLKN ngan tentera yg melatih budak2 tu. bkn kami 2 org je yg pi. ada lg 2, berdasarkan list nama kat booking list AirAsia yg aku dpt. tgk dari nama, cam coursemate aku masa kat itm dulu je.. ada gak rakan2..

harap2 jgn ada org ingat aku dihantar oleh bapak aku g PLKN.. hehehe..

>> kena pulun mkn Appetton ni..

Saturday 10 February 2007

Surat..

balik rumah tadi, ada surat untuk aku.. ini isi kat dalam tu...

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
62520 Putrajaya.

SURAT PANGGILAN TEMUDUGA

Anda adalah dijemput untuk menghadiri temuduga bagi jawatan yg tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:

a. Kod Skim, Jawatan dan Gred : 1790 JURUUKUR BAHAN J41
b. Jabatan/Kementerian : KEMENTERIAN KERJA RAYA
c. Tarikh : 08/03/2007 (Khamis)
d. Masa: 08:00 Pagi
e. Tempat : DEWAN TEMUDUGA BHG. PENGAMBILAN, PARCEL C, ARAS 6, BLOK C7, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62520 PUTRAJAYA


>> alhamdulillah... doakan aku berjaya..

Tuesday 6 February 2007

ground-breaking ceremony

sedutan dari gambar-gambar masa aku g majlis pecah tanah utk projek membina kompleks sukan bagi sebuah kolej kat Melaka yg dijalankan oleh company aku.. kerja akan bermula awal March ni.. InsyaAllah..

bersama staff company aku (baju biru merah), bos (6 dari kiri) dan para arkitek serta wakil klien

ni lah lakaran projek ye puan-puan..

berposing di pintu gerbang kolej berkenaan

>> next week kena g sarawak plak.. bizibodi btol la..

speechless..

Thank you for everything..
..and..
sorry for everything..


i hope, you can..
...live well, eat well and laugh often..
have courage and follow your own path..
good luck...

>> may Allah bless us..

Monday 5 February 2007

penunggu gua..

mulai semalam, aku tinggal sorg2 sbb mak, akak and family balik kg.. kakak aku nak menghabihkan pantang kat kg. mau amek masa sebulan lebih.. dan sebulan lebih ni la aku makan kat kedai.. pokai..

exam PTD haritu aku tak pi.. aku ckp kat mak, bg la can kat org lain. susah2 aku amek diploma + degree in QS, alih2 jd PTD plak.. seb baik mak bleh terima alasan tu. hehe..

smlm aku pi teman Pid pi interview JKR kat KL. as a Quantity Surveyor, kontrak 4 taun kalo tak silap. dgn poyo nya siap berblazer minah ni.. seb baik dpt.. dah ada sorg keje gomen. tp kena kerja kat JKR KL. bleh la pi shopping tudung ngan kain pasang kat Jln TAR, pahtu jual kat makcik2 kt opis. gomen la kate.. jgn rajin sgt wat keje.. hahahaha...

>> ada problem besar kat opis harini. seb baik aku 0.001% je terlibat.. hoho..

Friday 2 February 2007

mari bekerja di hari cuti..

tatkala jiran aku iaitu sekeluarga hindu pergi menunaikan hajat di batu caves, aku pula sibuk menikmati keindahan tapak pembinaan yg tandus kat Melaka. aku gerak ngan ofismate masa hari Rabu ptg dan tido kat Angin Laut Chalet. mmg tepi laut btol la.. aku tido sambil diperdengarkan lagu ombak. perghh.. relax abih..

rabu aku kalut sbb majlis pecah tanah kompleks sukan utk sebuah kolej islam ngan ketua menteri melaka. company aku sebagai kontraktor projek tu, kena support kos utk majlis tu. lemak berkrim btol.. las2 wakil ketua menteri je yg dtg.. ceh..

ptg kamis baru gerak blk.. mlm baru sampai rumah... terbongkang..

pahtu, sok plak ada exam PTD (pegawai tadbir dan diplomatik) kat Putrajaya. cam malas la plak. komfem la org malas kelas pertama cam aku ni tak dapat.. markah siap bleh dpt negatif sbb isi yg dibagi mmg tak kena langsung ngan jawapan sbb tak stadi. lalala.. nasib la labuuu...

>> mau aku melencong g Alamanda plak ni.. heh!