Friday 28 May 2004

Alhamdulillah...akhirnya..

Huh..setelah sekian lamer nye aku mereport kan diri, akhirnya aku berjaya menghantar dgn bangganya kat lecturer aku. tekanan idup pon dah kurang.. umpama membuang peti ais dari dlm pale otak.. hehe.. tah btol ke idak report tu, blakang crite.. yang pasti, pahni aku nak blk kg, tanam jagung.. then, nak kena prepare utk diinterview oleh lecturer aku lak...huhuhu..

Apopun, kepada sesiapa yg terasa memberi sumbangan dalam pembikinan report aku nih, aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.. tanpa peminat2ku, siapalah aku...
arigato gozaimasu

Caiyok..caiyokk!!

Thursday 27 May 2004

Lagu Melayu...mudah lupa..haha!

Dah alang2 boh lagu tu, aku g la carik lagu2 melayu yg aku slalu benor terdengar kat radio ERA skrg ni.. Mula2nya aku tak tau tajuk lagu. Jadi, kena la aku dgr seround dua sblm mengesahkan lagu tu.. macam-macam.. ni campur-campur aa..

Sume lagu format dlm real media (rm).. jd, kowang kena ade REAL PLAYER..

Too Phat,Yassin dan Dian - Alhamdulillah
Kenny Remy Martin - Suratan Atau Kebetulan
Maroon 5 - This Love
Misha - Pulangkan
Kopratasa - Permata Utk Isteri
Peter Pan - Mimpi Yang Sempurna
Melly Goeslow - Tak tahan Lagi
OAG - NowWhy2

cam biase, right click kat tajuk lagu. pahtu 'save target as' untuk mendonlot.. sekian..

lari..lari..

Monday 24 May 2004

Lagu sket ah..

Aku saje boh lagu sket. Lagu lama, tapi baru je nak test2 buboh.. File ni sume dlm .zip.. Bagi sape yg berminat nak download, just right click kat tajuk lagu, pahtu 'save target as'.. mudahkan? cam makan nasik jer ha..

Blink182 - I Miss You
Gareth Gates - Say it isn't so
Sarah Mclachlan - Fallen
Alicia Keys - You Don't Know My Name
Liberty X - Everybody Cries
Blue - Signed,Sealed, Delivered I'M Yours
Evanescene - My Immortal
Atomic Kitten - Ladies Night
The Offspring - Hit That
Kylie Minoqe - Red Blooded Women
VE - Party Like This
Simple Plan - Miss You

Nak bes lagi, cuba tgk yg ade kat 'William Hung - Inspiration'
Hehe.. :D

Monday 17 May 2004

Un-formal Meeting for 3rd Batch SMKAKS

Bertempat di Bilik Mesyuarat 1 (bilik VVIP),Masjid Negeri Selangor, berlangsungnye meeting secara tidak formal oleh beberapa org rakan sepasukan dari batch aku.. Dgn dipengerusikan oleh Encik TUGIMAN SABUDIN, perjalanan majlis menjadi lebih tidak formalnya..

Ahli2 jawatankuasa telah dilantik bagi memastikan semua memember dari bec kitorang tidak dipinggirkan.. cewass.. Apopun, aku pon tak berapa paham sgt perjalanan majlis tadi.. :D Blur sket ah..
Yang pasti, Our president is MOHD TAJUDDIN SAROJI (Ajud) and the vice presidents are AHMAD SALLEH BUANG (salleh) and NADIATUL RAIHAN OMAR (An)..

Cayalah bec aku.. haha.. bes ke?

Sunday 9 May 2004

Link yg bes gak seposen..

Hm.. mesti ade yang tertanya-tanya(walaupon aku tak dengar pong..haha..) camner aku amik script jam kat corner belah kanan tu.. Tah-tah ade je yang tak perasan ha.. :D Ni yang aku nak perasankan kowang ni.. Kuikui..

Kisahnye bermula bila aku saje surfing kat Google carik FREE CLOCK sbb aku jeles tgk MaT_FuNkY ade clock kat web dia.. Mane aci.. :D Maka, aku pon nak gak taruk ha... Dah kuar byk-byk website tu, aku terclick aa satu web ni.

click to preview..


Bukan saje ade clock, mende2 lain pon ade.. Maleh ah nak citer. Caranya senang aje dong..bila kowang dah view page yang kowang pilih tu, tekan RIGHT CLICK, pahtu VIEW SOURCE. Then, copy je SEMUA script yang ade dan paste kat blog kowang.. Jgn amik separuh2.. kang tak jadi.

Erm, dah nampak cam iklan lak dah.. Patut org tu kena baya kat aku ni aa sbb tlg iklankan.. Btol tak?

Wokeh.. Ape kata kowang cuba je, kalo berani la...

Perubahan DRASTIK blog Aku..

Erm..camner perkembangan Blog aku yang berwajah baru? Ade bantahan..? hahaha... Maklum aa, sejak jadi surirumahtangga yang tak berlesen ni, aku dah terjebak dengan aktiviti pem'blog'an yang kian berkembang bak cendawan yang tumbuh kat sebelah umah jiran aku.. Jadi, dengan adanya teknologi canggih yang hanya memerlukan kelebihan hujung jari anda, maka semuanya boleh terjadi dengan sekelip mata sahaja, tuan-tuan dan puan-puan.. Cewas.. cam wat karangan BM lak ha.. Pesal SPM aku tak dpt A aa? :D

Akibat tekanan hidup yang aku lalui selama 5 jam dalam mencantikkan blog ni, maka, selepas ini aku terpaksa meng'concentrate'kan diri terhadap niat suci sebenar aku iaitu membuat REPORT PRAKTIKAL sampe siap dengan catatan masa yang relevan dan terpantas.. Boleh ker weh? Ujung bln ni nak hantar haa....

Jadi, sape2 yang baik hati tu, tulung la carikkan aku gambar2 mak endon atau orang Melayu yang tgh wat keje2 construction, contosnye, org yang dok plaster dinding ke, dok pasang bumbung ke..ape keje je ah, tp yang related je la. kalo diorang dok tido, wat pe lak.. tadde kaitan ngan report aku ni ha.. Kalo ada, email je aku..

Okeh la, mase pon x mengizinkan kerana aku memerlukan tidur yang cukup bagi memelihara mata supaya cantik dan bersinar (cam iklan syampu lak..).
Huargghhh....... :D

Tuesday 4 May 2004

MUET, aku dan kawan2 aku...

MUET adalah nama yang sinonim dengan student2 yang nak amik Degree level. jadi, sama la ngan aku dan kawan2 aku.. Sok kitorang nak amik test speaking. mencabar gak seposen.. maklum aa, dah keras lidah nak speking semula. Agak lama gak aa aku meninggalkan dunia English ni..

Sok aku amik exam ni kat Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya kat Shah Alam dengan ditemani oleh 2 org kawan aku, PID dan NOMA yang jugak classmates aku mase kat UiTM ni. Kedua-duanya dak Pahang.. Mak aku kata, diorang ni bersemangat tinggi nak amik pekse sampai dtg shah alam. Cheh,padahal buleh je kalo nak amik kat Pahang... :D Iye ke bersemangat tinggi tu? Aku tgk sesedap oren je bebudak ni sembang pasal hal umah tangga org kat belakang aku ni.. hahaha..

Apopun, GOOD LUCK to us, hah..! And also to whom taking this exam. Caiyo..caiyoooo!!!

.: c i P u d i n g _ 7 :. the MUET candidate :D

Sunday 2 May 2004

Profession as a QS (Quantity Surveyor)..

Nampak macam hard mase mula2 join dalam bidang ni. pendek kata, banyak rintangan la... sedar tak sedar, aku dah nak masuk semester akhir. Tp, baru diploma beb! :D kalo ada rezeki, leh sambong Bc. Hons lak. Cewass..sesedap oren je aku cakap.. hahaha..

Aku tau psal QS ni pon mase aku nak pilih kursus ke IPT (lepas SPM tu..) Actually, abg aku yg sarankan. Dia amik kos Landscape Architecture. Kiranya se fakulti aa.. Dia kata, QS mmg sangat diperlukan la wat zaman ni. So, secara tak semena2, aku pon belasah je ah walaupon x tau apo kojonye..

QS adalah profesyen (betui ke ejaan cenggini?) yg menglibatkan dalam Industri Pembinaan. Basic math je.. Antara servis yg diberikan oleh seorang QS itu adalah, membuat dokumen tender. Ye la, kalo nak wat projek, x leh aa nak main lantik je. tu pon kalau kenal betul ngan Contractor tu, ok aa. jd, nak membuat Tender Document ni, mmg perlukan ketabahan hati, fizikal dan mental. Mau taknye, kalo dah urgent, at least, sehari 2 gak aa tak tido. uii, nampak cam sakit otak je kan..? heh..

Apopun, pokoknya, ditebang.. eh, silap plak! :D Pokoknya, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. betui tak rerakan? Ape laie, jom aa join QS beramai2 weh... Promote, jgn tak promote.. :D