Tuesday 31 March 2009

detik² penukaran status..

poyo abih tajuk atas tu..
haha..

haaaaaaaaa..?
tinggal 2 bulan lagi ke nak tukar status..
ayat macam nak tukar warganegara la plak..
hehehe..

kad tak siap lagi..
borang pon tak siap lagi..
tp seb baik natang lain suma dah 90% siap..

skrg aku rasa masih rilek² lg..
seperti tiada apa yang berlaku..
konon² bajet cool la ni..
hebat tak aku? <-- tgh lupa diri
peace..!!
hahahaha..

nmpk sedap tul kek ni.. tapi org punya.. huh..

>> makan kenyang.. tidoq lena.. krohhh..

Friday 27 March 2009

hepi besday kt diri sendiri..

dengan tanpa rasa ragu dan segan-silu yang melampau, saya ingin menyatakan bahawa saya telah pon mencapai 16 taun (+ 10) pada hari ini.. diharapkan saya akan lebih maced, lebih gemuk , lebih ilmu, lebih amalan, lebih kebahagiaan dan apa-apa lagi yg lebih.. hehehe..

tima kasih kt sapa2 yang tolong peringat umor aku ni..
especially kt Mr.A dgn ucapan yg ringkas tp mendalam maksudnya..
ohhh.. very the touching..
sob..sob..sob.. (terharu)

May Allah bless me..
and You..

kad besday yg otometik akan dpt tiap-tiap taun dari kampeni..

>> berbunga riang.. <-- koya gile
>> yesterday.. unforgetable memories in my life.. :)

Wednesday 25 March 2009

karangan dgn 1 gambar..

kt ofis saya ada deretan kedai makan. kt situ banyak pokok-pokok besar dan tinggi. mmg bagus la kalau nak parking kt situ. nak ambik gambar pon cantik gak. lebih2 lagi masa tgh ribut. ala² crita winter sonata kalau daun² berguguran.. eceh.. tapi kalau dahan yang gugur tu tak tau la apa yg jadi kan.. (apa aku cuba perjuangkan ni?)

tatkala aku nak pi makan kt gerai tu, ada hewan menge'miau' kt atas pokok. ya ampunnnn.. seekor kucing tgh menggigil kt atas pokok. tah camna dia naik atas tu. kalau mengikut keupayaan dan tenaga dalaman bagi seekor kucing normal, rasa mcm tak mampu dia nak panjat sampai dahan pertama tu. sbb takdak dahan lain in between. suspicious.. (ke ada org baling kucing tu kt dahan tu? ke antu bwk dia naik atas tu.. huhu..)

disebabkan aku yg 'tinggi² alang' ni tak dapat membantu, aku terus sahaja ke gerai tanpa rasa bersalah. (ya.. mmg aku tak bersalah) dok tgk² jugak kucing tu sambil menantikan mihun bandung dgn sabar (makan lagi selepas makan kfc <-- org belanja, aku tak beli.. boikot..) tapi mihun hailam yang tiba.. yaa.. org tu salah amek order.. *&#$@**

aku makan saja sbb kata orang, rezeki jangan ditolak.. lagipon kucing pon masih kt atas pokok.. tgh menggigil.. (mcm takdak kena-mengena je ayat ni)

sambil berkata "kesiannnn...", abih sepinggan mihun hailam tadi. dan sambung tgk kucing tu..

tiba², dengan gaya seorang hero, muncul seorang jejaka membawa tangga.. lantas menyelamatkan kucing itu yang tah berapa lama dah dok menggigil atas tu.. ni ada la sket bukti bro tu selamatkan kucing.. aku snap masa tgh makan..


hm.. tak clear sgt la..
sbb aku pakai hp yg guna bateri AA..
cap ayam..

tapi lupa nak tanya sapa nama..
boleh kenal atau pun tidak..
duduk kat mana..
dengan siapa..
ada handphone..
apa nombornya..
(sekadar petikan dari lagu adam.. tiada kena-mengena dgn penulis)

~sekian karangan saya pada kali ini..

>> nak pi main futsal jap.. dah lama tak main.. huhu..

Tuesday 24 March 2009

note for a friend..

dude,
be strong..
no matter it is..
we want you to know..
that you are not alone..
cause we still here for you..

may Allah bless us..

>> chayok..!!

Monday 23 March 2009

Erin's Wedding..

Jumaat lepas, aku dan rakan2 menghadiri majlis malam berinai Fafa Erina aka Erin, ex-smkaks 1996 - 1998, yang diadakan di rumahnya sekitar Andalas. Majlis ni jugak dihadiri oleh beberapa org kawan dari bec aku..

sila rujuk gambar dibawah untuk keterangan lanjut.

erin n husband..

aksi separa formal..

aksi asal-boleh blah..

lina dan ibu mengandung, puan aimi..

sambung mengeteh plak lps makan kenduri..

sebahagian dari berpuluh² cucuk sate yang dibelanja oleh encek tajud..

semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. :)

>> saat genting.. huhuhuhu..

Thursday 19 March 2009

bos bagi announcement..

semalam bos panggil suma staff dia (ada 4 orang je pon) masuk bilik dia.. nak announce something katanya.. bunyi macam 'bes' jerk..

"ok.. saye diberitahu taun ni kampeni kita TAKDAK bagi bonus.. bkn kampeni kita je, tapi seluruh group. walaupon kita perform baik pada tahun lepas, tapi ada kampeni yg perform tak brapa bagus. so, suma tak dapat. jadi, jgn kata nak berharap, mimpi pon jgn yer.."
waaaaaaaaaaaaaaa....

musnah harapan aku nak shopping..
ni yg rasa nak rompak shopping complex ni..
huhuhuhu..
(p/s: tlg azan kt telinga aku sat)

mata berkaca penuh pengharapan walaupon pipi dah bulat sket.. huhu..

>> draft dah siap..

Tuesday 17 March 2009

jalan-jalan cuci mata..

hm.. harini besday adik aku..
taun ni dia amek SPM.

tadi aku dgn akak seketeri jadi despatch utk bos aku..
hantar document personal anak dia punya..
dari ke Asia Jaya, ke Kelana Jaya dan terus ke TTDI..
mula2 telah dicadangkan utk pos.
tapi dia suruh bg by-hand..
nak jadi cerita, setiap tempat aku pi tu, suma terjumpa posman masuk kt tempat yang sama..
tempat last aku pi, pass terus kt posman suh dia pass kt org dalam tu..
haa.. puas ati kami..

dan.........
tak pasal-pasal aku 'ter'singgah kt Butik Sri Munawwarah tu..
'ter'tengok jubah gila cantik..
berharga RM 1900 ok..
(p/s: aku blom rabun..)
kaget.

seb bek tak 'ter'beli..
kalau tak aku kena 'ter'ajang dgn org terdekat..
hahaha..

ok.. nak kena kluar balik umah terus jap..
nak buat ujian darah sket.
rasanya last wik ada kongsi jarum suntikan..
hahahahahaha..

sekadar gambar hiasan..

>> ngulor.. hehe..

Monday 16 March 2009

sale kt IKEA..

semalam sepatutnya aku pi Alamanda sbb ada tournament bowling yang dianjurkan oleh alumni skolah tp sbb lmbt sgt menunggu reply dari pihak² berwajib, maka, aku terpaksa mendivertkan encek BuJaL ke IKEA.. haha.. (ada kena-mengena tak?)

haa.. ada sale kt IKEA. walaupon bunyinya sale, tapi mesti la aku takkan mampu beli lemari idaman aku tu.. harganya masih belum turun bawah RM500.. hahaha.. lemari jenis sliding siap ada cermin (yang mana, saiznya bleh memuatkan aku yg berdiri) kt IKEA harga dlm RM500? jangan la harap kannn.. nak tunggu harga gitu tunggu dia bengkrap dulu kot. hahahaha..

namun begitu, aku 'berjaya' membeli gelas IKEA (yang semestinya bleh guna utk minum, bukan sekadar hiasan - ayat penegasan mak aku) dgn harga yang tersangat la berpatutan. dan dgn sbb harga itu, aku terpaksa menjadi QC tak terlatih utk membelek kira² 200 biji gelas dgn bantuan Assitant QC iaitu Mr A (sekadar nama samaran). dkt stgh jam gak la kami dok kt situ. aku rasa, mesti org ingat kami ni staff IKEA yg berpakaian preman. huhuhuhu..

ada beberapa tempat lagi yg aku pi last wiken..
mungkin agak berguna utk orang-orang tertentu..
tp lenkali plak la aku cerita.
nak makan nasik sat..

oh ya.. berat aku yang betul² skrg dah naik ke 45kg ok..
merupakan perkembangan yg agak bagus dlm sejarah hidup aku..
(p/s: lina, timbang kt umah ko tu tipu..)

~ kita mesti makan nasik..

>> benda penting lom siap.. seghabuk peghuk..

Thursday 12 March 2009

mari mengeja..

last sunday, aku n family pi majlis perkahwinan kezen aku yang tak brapa nak kezen sgt.. (sbb diorang ni suka buat hal sendiri bila blk kg, so aku tak kenai pon depa ni).. dah nama pon kezen, maka pi la jugak kan walaupon tak brapa nak mesra alam.. layan ja la.. huhu..

on the way back, dalam kereta..
sunyi..
tiba² ada 1 suara kuat..

"S-A-sa"
"B-U-K", sambungnya lagi..

"BUAH!", katanya dgn konfiden..
hahahahahahahaha..
gelak bergema dlm kereta.

ape la mak lijah..
seb baik la hang baru umor 4 tawon..


aduiyai..

>> letihnya otak..
>> aku try call hotfm konon2 nak menang voucher RM19.6k tu.. tp engage je.. aku dah tau jawapan ni.. tolongggggg...!! <-- meroyan

Tuesday 10 March 2009

An's Wedding..

Lokasi: jauh sket dari temerloh.. (hahaha..)

sabtu lepas aku pi majlis perkahwinan An.. iaitu ex-classmate aku masa kt uitm. perjalanan bermula pada jam 9.30 pagi apabila sumi menjemput aku kt rumah dan kemudiannya menuju ke tol gombak. kt situ kami berkonvoi bersama ramin + tunangnya, che'kie + che'nie dan turut disertai oleh azuar + aweknya (mestilaa.. haha..).

smpai kt tol temerloh, aku tumpang noma plak yg dtgnya dari kuantan.. nk buat camna, dah jadi penumpang, kena la buat cara menumpang. yang bezanya cuma aku bleh pilih kereta mana yg nak naik je. hahaha..

kami smpai kt rumah pengantin dalam kul 1.30.. ikuti kisah selanjutnya menerusi karangan bergambar dibawah..

hishh.. besar tul pinggan pengantin tu.. tu yg aku tak puas ati..

amboi.. bermanja-manja kt atas pelamin yer..

dah mkn nasik minyak, makan durian plak.. dahsyat tul perut diorang ni.. lebih2 lagi noma tu..

encek ismail dgn tuan suhaimi tgk² je.. pjlnn diorang jauh lagi lepas ni..
(p/s: abg mail nak blk kg g deting wei.. hahaha)


ramin.. sebelum.. (dgn bantuan flash kamera org lain)

selepas.. huhu..
sekian saja..

p/s: who's next?

>> konsentrasi..

Friday 6 March 2009

Lecturer kita..

semalam aku pi seminar kt Intekma.. dpt 3 CPD point.


of kos fakulti kita yg anjurkan semua ni.. (time kita dulu takdak plak bendalah2 camni kan..) so, ramai la lecturer yg turun memeriahkan majlis. smpai2 je, en nazir (supervisor thesis pid) jln beriringan dgn aku smpai ke registration counter. sempat dia promote buku dia kt aku.. hehe..


apa yg aku cuba nak highlightkan kt sini adalah kisah terbaru mengenai beberapa org lecturer kita.. mungkin ada yg dah lama tak jumpa & tak brapa nak percaya apa yg dah berlaku.. tp itulah kisah terbaru diorang..

1. Puan Faridah Halil
- lecturer pertama aku masa diploma semester 1
- masih cantik seperti dulu..
- kini tgh sambung belajar ke peringkat PhD (kagum..)

2. cik Rohana Mahbob
- kini telah bergelar Puan (bak kata sedi)
- dah ber title Dr...
- no more tocang, dah bertudung.. (aku siap tak kenal dia. dgr dia ckp ngan loghat pahang dia baru aku perasan)

3. Puan Norizan (wife En. Nan klate)
- dah ber title Dr..

4. En Hanafiah
- aku dgr org soksek kata dia dah isi kuota ke-4 tu.. dgn sape, aku xtau.. jeng..jeng..jeng..

ada lagi.. tp tak ingat plak.. nanti aku apdet bila dah ingat..

>> bulan dpn adalah bulan senak... sbb road tax + insuran keta mati.. waaaa...

Tuesday 3 March 2009

Hezlin's Wedding..



sebahagian dari gambar yang sempat aku rakamkan ketika majlis perkahwinan Hezlin dan pasangannya, Haikal pada 1 Mac 2009 di Teluk Panglima Garang.. Majlis menyambut menantu bakal diadakan pada Mei 2009 di Sarawak..

To Elyn n Husband, be happy.. :)

>> masih tersentap dgn kisah hari itu.. huhuhu..