Tuesday 19 February 2008

ingin ku toreh muka mu..

halow..
hari ni rasa ingin mencarut tp kalo mencarut berdosa plak..
meh nak cerita, apsal rasa nak carut itu timbul..

pada suatu hari yg indah, seorang gadis telah terjebak dgn jem yg teruk secara tiba2 sekitar lembah klang dan menyebabkan beliau telah lewat ke tempat kerja.. adalah menjadi 1 kewajipan bagi kawasan tempat kerja nya tidak mempunyai parking apabila lewat atau dalam erti kata lain, selepas jam 8.30 pagi..

untuk mengambil langkah mudah, gadis berkenaan memarking kenderaan beliau di suatu tempat yang tidak boleh diparking (line kunin - bagi sapa yg lulus lesen L mesti paham maksudnya..) kerana ingin mengejar masa untuk punch (menggunakan access card) walaupon beliau sendiri tidak pernah melihat sesiapa dikenakan lompat bintang jika lewat ke tempat bekerja seperti yg dilakukan oleh para pengawas dan exco asrama smka kuala selangor suatu masa dulu..

setelah meletakkan barang2, beliau turun kembali untuk membeli roti dan mengalihkan keretanya.. didapati, sekeping surat chenta berwarna putih dari pihak penguatkuasa diselitkan di wiper kenderaannya.. ntah bila masa dia dtg.. sekejap sungguh masa berlalu..

dari mempunyai perasaan ingin alihkan kereta, maka si gadis tadi membiarkan sahaja keretanya di parking kt situ bersama-sama surat keramat tu.. puas hati beliau..

tak semena2 bakal kena 'pau' RM100.. kurang ajar sungguh.. letak jap je.. bkn letak selamanya.. huhuhuhu.. 100 tu buleh makan spegetti kt pizza sebanyak 12 kali tau.. siap bleh belanja kawan2 lagi tuh.. takpon buleh buat basuh kereta untuk 4,5 bulan.. takpon buleh guna untuk topup bayar duit insuran kete bulan 4 ni.. apatah lg bleh topup tepon untuk cakap 3 bulan.. takpon, buat beli kasut futsal ke.. atau bg je kt encik mohd emak.. lagi bagus dari 'derma kilat' camtu..

semoga sistem local authority tu kena serang virus sampai corrupted terus data2 saman tu.. ataupon mamat yg saman td tu terjatuh kt parit, lantas copy saman tu kembang kena air longkang atau di bawa arus deras..

aaaaaaaaaaaaaaaaa.... tekanan kuasa dua..

deymittt..!

>> rasa nak sepak je insan terdekat..

No comments: