Tuesday 4 March 2008

undilah saya..

kerusi plastik di Merbok

wahai rakyat jelata, setelah dilantik secara rasmi oleh YB Pazuzu, saya yang merupakan wakil penduduk pendatang asing tanpa izin sementara, kini telah menjadi wakil PUNDAK dan akan bertanding di P014 - Merbok memandangkan kerusi kayu di Shah Alam telahpon di curik oleh YB lain yg lebih cargas dari saya.. syabas kepada kamu..

selaku bakal YB yg jelita lagi saksama, saya berjanji joni akan membina M City Centre untuk menambahkan hubungan sosial yang sihat dan berdaya saing di kalangan masyarakat sejagat dalam membina dan mengharungi arus modenisasi dan modenioren. seiring dengan keperluan di zaman ini, pembinaan dari segi infrastruktur adalah menjadi 1 kemestian dan seperti yg kita dapat lihat, kemajuan infrasturuktur di negara ini sudahpon berkembang megah bak cendawan yg tumbuh selepas hujan.. pagi yg gelap.. kini sudah terang.. aku adikmu.. dan engkau abang... ohh.. maafkan saya kerana ternyanyi lagu kumpulan hujan pula..

berbalik kepada janji2 manis saya, selain yg dinyatakan dalam kempen saya yg tak seberapa dan bajet yg ciput ini juga, saya ber'janji tau' akan membina transit aliran ringan ke setiap kampung di kawasan ini bagi memudahkan masyarakat bergerak dari 1 kampong ke 1 kampong lain.. samada berkepentingan dari segi ekonomi, sosial, hantar lauk-pauk atau kueh-muih, bermarhaban, melawat sanak saudara, pegi ke kebun ketika musim buah, mahupon menghantar anak bersekolah..

saya juga.... (minum ayaq sat sambil pikiaq nak gebang padia)... menyeru kepada semua, jika ingin kehidupan yg mewah dan senang seperti saya atau inginkan saya lebih mewah dari sekarang, undilah saya..

keputusan di tangan anda.. selkom..

p/s: kalau kalah, siap hangpa suma nooo..

Yang Menjalankan Tugas,
YB ciPud (in the house)..

>> hehe..

No comments: