Friday 14 March 2008

kerja goyang jari kaki..

semalam An cakap kt aku, post aku ni ada advertise kt web kampeni aku.. so, aku nak share sket la kt sapa2 nak apply tu..
(especially fiza.. mai la try wei.. bleh makan nasik sesama..)

Requirement utk join the klab as follows:

* CGPA – minimum 3.00
* Good interpersonal and communication skills
* Mobile and willing to be posted outside the Klang Valley
* Interested in self-development
Positions available under this training:

* Civil Engineer
* Mechanical Engineer
* Electrical Engineer
* Architect
* Quantity Surveyor
tu cerita yg diorang advertise..
mai aku habaq perkara yang tak advertise plak..

Salary:
RM 2,100 - RM 2,300 (depends kt experience korang yg luar biasa tu..)

Additional info utk salary:
gaji akan ditolak RM 200 setiap bulan sebagai cagaran (ewah..)
tp akan di bayar lump sum setelah 2 tahun.. (RM 200 x 12 bulan x 2 tahun)
kalo breech of contract, duit tu kira burn..

Status:
contract selama 2 tahun..
selepas 2 tahun, diorang akan serap depends kt performance ketika training..
selama training, bleh benti. tp kena bg notis sebulan.. dan duit cagaran tak dpt..

Benefit:
Medical, Insurance, OT, Milage, dll suma bleh claim..

Lain-lain:
setiap trainee akan di attach kt byk tempat.. for example, 6 bulan pertama akan di hantar di department A, next 6 month kt department B dan seterusnya.. depends kt post korang.. biasanya bebudak kos Engineering 3 bulan je utk setiap attachment.. dok opis (kt HQ - taman desa), dok site, opis blk, pahtu site blk..

lokasi site:
Johor (Nusajaya), Cyberjaya, Penang (Penang bridge - widening & 2nd bridge)..
atau tgk senarai projek kt sini..

so, amcam? mai la apply.. bleh makan cokodok sedap kt sini..
glamer ooo cokodok tu.. hehehehe..

>> yg tak bes kt sini..
1. kerja kadang2 takdak langsung..
2. sejukkkkkkkkk..

No comments: