Wednesday 5 September 2007

semangat kesukanan..

yeahhh.. sejak dua menjak ni, aku kembali ke court tennis bersama partner yg tidak asing lagi iaitu saudari masitahadie.. sungguh seronok dapat kembali bersukan setelah sibuk bekerja. biasanya aku akan terus mengambil masitah di rumah sewa nya setelah pulang bekerja dan menuju ke court yang terletak di dalam UiTM (baca: usaha jaya MARA).. hehe..

nak masuk uitm, cam biase la.. ada pak gad. tp sedikit berbeza akan ketegasan pakgad berbanding ketika belajar dahulu dimana pakgad kini lebih strict dan serious dalam menjalankan tugas, manakala pakgad yg dulu sibuk makan asam 'taik idung' (seperti yang dialami oleh cikpid suatu ketika dahulu).. kini, hampir setiap kereta ditahannya. lebih2 lagi kalo takdak sticker. memandangkan aku masih berbekalkan kad matrik pelajar dan tampak cun dgn awet muda seakan2 masih menjadi pelajar, dan juga menjadikan alasan "kereta ini kereta baru, so belom sempat beli sticker", maka aku dan masitah terlepas juga.. kehkeh..

tidak kira pulang kerja cepat atau lambat, agenda bermain tenis secara produktif merupakan perkara penting dalam kehidupan kami. pernah pada suatu ketika, kami menjejakkan court pada jam 7.00 malam.. main la sampai maghrib. yaa.. begitu hampeh skali.. hehe..

oleh kerana tempat bermain menjadi lokasi kegemaran kepada staf2 @ lecturer2 yang sangat hebat bermain, kami menjadi tumpuan apabila mereka sangat 'kesian' melihat bola yg kami gunakan utk bermain sedikit 'botak' dan mendermakan kira2 5,6 biji bola yang separa baru secara percuma.. (biasanya 3 biji bola berharga RM 15-25).. padahal bola2 baru kepunyaan kami, kami simpan dalam kereta.. hahaha.. org nak bagi, amek je la kann..

aha.. jikalau dahulu aku menjadi bahan ketawa rakan2 kerana mempunyai lengan sebesar pergelangan tangan kawan2, kini anda boleh la datang menyukatnya sendiri.. (terbuka kepada semua kawan2 aku yang WANITA sahaja..)

dan tadi, aku telah dipertemukan semula dengan abang sizzling di dataran chendekia setelah hampir 8 bulan terpisah. aku rindu dgn nasik ayam sizzling beliau yang menjadi makanan ruji aku dan pid ketika zaman rajin belajar dahulu. lantas, menapaunya utk di makan dirumah.. perkhabaran gembira ini aku khabarkan kepada pid secara direct untuk menunjukkan betapa gembira dan terharunya aku kepada penemuan itu.. huhuhuhu...

>> poyonye.. heeee....

No comments: