Thursday 3 April 2008

mesyuarat JAgong SnAc..

venue: restoren mamak tersohor, seksyen 7 baru
attendance: president, vice president, secretary n appointed lawyer..

mesyuarat dimulakan pada jam 6.30 petang dalam suasana hujan renyai2 skali skala di beberapa tempat di semenanjung malaysia dan terdapat beberapa tempat yang mendung sahaja dan tidak hujan ketika itu..

sebelum presiden memulakan ucapan, naib pengerusi telahpon memulakan santapan dengan mengenakan nasik candu secara solo.. dan diikuti oleh cik seketeri yg terpengaruh dgn bau-bauan ayam madu itu.. (iklan: oit aran, bila lu nak bayar utang nasik candu gua?)

pengerusi, cam biasa, mesti la ucap terima kasih diatas kehadiran AJK dan menyatakan sedikit kekesalan di atas ketidakhadiran AJK lawatan dan AJK kebersihan merangkap Bendahari. Bendahari tidak hadir kerana ada sedikit urusan kerajaan yang harus diselesaikan sebelum beliau 'diselesaikan' oleh kerajaan.. manakala AJK lawatan sedang outstation sambil mandi-manda di swimming pool sedalam kurang semeter itu.. walaubagaimanapon, mereka telah mendapat pengampunan dari pihak presiden yg agak gila kuasa sket tu..

agenda pertama dimulakan dengan membincangkan isu2 yang dibangkitkan dan terbangkit dan agak kurang berfaedah sambil gelak mengilai2 sambil diperhatikan oleh tetamu2 yang berada disekitar meja..

kemudian, pengerusi menyatakan bahawa plan open table oleh cik presiden dan cik naib yang selepas ini disebut sebagai 'The Execs' sempena tanda syukurnya mereka dalam mendapat pekerjaan yang bes lagi penuh pancharoba seperti yang dicadangkan pada hari Jumaat malam nanti akan berlangsung juga seperti yang dirancangkan..

jadi, kepada yang berkaitan, sila hadir dengan berpakaian sopan, bermekap (arahan cik naib pengerusi yg aneh tetiba.. haha..) dan sila tiba pada masa yang telah ditetapkan oleh The Execs.. dan antara menu yang bakal dihidangkan adalah ikan jos 3 rasa, kepala gajah masak lemak cili api dan sup tenggiling. rugi oo kalo tak dtg.. hahaha..

seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan perancangan percutian bersukaria sampai tak sedar diri bersempena pengakhiran zaman bujang cik lawyer kita.. beliau bakal menjadi bini orang pada 1st August dan meminta supaya rakan2 dapat bercuti bersamanya seperti pergi bersnorkling di pulau2 di laut china selatan ataupon ke langkawi menaiki pesawat tambang murah atau ke kota keriangan selama 2 hari 1 malam.. para hadirin sangat bersetuju dan mencadangkan waktu yang sesuai untuk berbuat demikian adalah pada awal bulan 6 nanti.. bergantung kepada kesibukan ahli kelab..

ahli mesyurat juga (aku je sebenarnye) ada menerima berita tergempar tentang gosip seorang ahli kelab yang sedang dilamun cinta peringkat pertama.. kami di sini senantiasa akan menyapot pihak berkenaan dan berharap segala keputusan yang diambil haruslah difikir masak2 dan mula lah belajar memasak dari sekarang untuk masa depan yang cerah.. ehh.. apa aku cuba merepek ni? haha.. oh.. ini hanyalah prosedur menaip minit mesyuarat dimana perlunya tokok tambah yang tiada kaitan skali sekala.. prosedurrr..

dan akhirnya mesyuarat ditangguhkan oleh cik lawyer dengan ummul kitab al-fatihah tetapi telah dibetulkan oleh cik pengerusi.. sebenarnya dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.. hehe..

"nyah ko dari kelab ni..!!"

yang setia menjalankan tugas tanpa gaji,

cik seketeri yang cun..

>> gambar bukti kehadiran bakal dilampirkan.. nanti..

No comments: