Thursday 10 April 2008

bersukan..

semenjak 2 menjak ni makin menjadi2 aku bersukan..
atlit pon tak menjadi2 camni..
hehe..

dari futsal 2 kali seminggu, diikuti tenis 2 kali seminggu gak..
sok ada selection untuk acara padang @ balapan..
aku? masuk lari2?
main ligan2 (baca: kejar2) bleh la..
ahaks..

antara perubahan drastik yang dapat dilihat sepanjang bulan mac dan April ni adalah..
hari ini berat badan aku telah mencecah 45kg..
kali ke-2 dalam idup..
yuhuuuuuuuuuu..
akhirnya..
mebi otot2 kaki tangan dah mantap gamaknya skrg..
hahahahahahaha..
rasanya, if nak lari 5 km pon insyaAllah tak rasa apa2..

tp takleh nak riak sgt..
sat lg mulut pid masen..
bila berat naik sket, terus demam..
dan terus jadi 38kg @ 39kg balik...
owh.. tidak.. susah payah aku sampai ke tahap ini..
terharu tahap gaban..
rasa cam nak buat majlis kesyukuran..
heh..

cerita yang menarik pada hari ini ialah..
tatkala aku berfutsal-futsalan tadi, tatkala aku sedang menggelecek bola dgn macho skali, tetiba masuklah seseorang yg teringin sangat aku nak tengok..
terhenti seketika permainan kerana semua org pon kaget memandangnya..
lelaki? ehhh... mestilah...!
bergaya, mutu, keunggulan plak tu..
tambah plak, dia kaya raya.. (sejak bila aku mata duitan ni?)
malu rasanya nak meneruskan permainan bila dia masuk..
mata bertentang mata..
malu2 ayam gitu..
ahaks..

kepada An, rugi ko tak dtg main td..
kalo tak, bleh jumpa jejaka itu..
rugi wooo..
sbb dia adalah..
CEO UEM, Ahmad Pardas..
sekian.

>> tah ape kes dtg tetiba.. terkojut den..

No comments: