Saturday 30 June 2007

gotong-royong

sejak siang td, family aku yg diketuai oleh mak aku, telah membuat gotong royong peringkat kebangsaan kat dpn bilik aku dimana letaknya buku-buku 3 orang makhluk yang dahpon selesai menghabiskan duit rakyat di universiti masing2.. ini termasuklah buku aku sejak diploma sampai degree (actually buku spm pon ada gak sket2), abg sulung aku punya dari sijil sampai degree dan sorang lg makhluk yg baru abih degree kat BMI dan sblm ni dia amek diploma kat MFI. dah macam national library dah umah aku.. sapa nak buat research pasal QS, landscaping, electrical dan electronic, sila la mai umah aku.. kehkeh..

tgh dok belek tah menatang apa dlm kotak2 lama ni, jumpa diary zaman kurang maced dulu.. kuang3.. elok gak tu.. aku jumpa tarikh2 penting yg aku agak lupa sblm ni.. antaranya..

1. 2nd Aug 2000 - aku taknak admire kat org yg aku admire sblm ni sbb ada org admire kat dia.. haha..

2. 20th Aug 2000 - aku jeles kt adik angkat sendiri.. (ni lg la bengong)

3. 1st Sept 2000 - aku dan angah mencurik masuk dlm asrama putera.. (ko carik ape la tu angah.. aku folo ko je sbb ko penolong ketua pelajar.. hehehe..)

4. 29th Sept 2000 - aku dgn tak sengajanya telah me'rekrut'kan rambut aku.. (lalala...)

5. 24th Oct 2000 - aku pi sarapan kat dewan makan ngan masitah.. (setahun hanya sekali ni..)

6. 18th Nov 2000 - aku bergayutan tanpa tujuan di public phone asrama dgn K (bukan nama sebenar)

7. 27th Dec 2000 - aku menyambut hari raya di Makkah Al-Mukaromah

8. 25th Jan 2001 - my 1st date @ midvalley dan ditemani seorang saudara terdekat..

9. 1st July 2001 - 1st taim aku sahut cabaran lina utk simpan rambut pjg sekurang2nya smpai bahu utk pertama kalinya.. hehe..

10. 4th Nov 2001 - aku menjadi mahasiswi UiTM.. (koya sungguh.. haha..)

11. 16th March 2002 - kembalinya arwah Mohd Kamal Azizi ke rahmatullah.. (Al-Fatihah)

12. 5th July 2002 - kembalinya arwah Mohd Syukri Senin ke rahmatullah.. (Al-Fatihah)

13. 24 Nov 2002 - Aku mendraw salasilah seseorang sebesar2 page kerana dikhuatiri aku akan lupa nama ahli keluarga beliau..

>> cam lawak plak.. hehe.. indah sungguh zaman persekolahan dulu.. lalala..

No comments: