Monday 25 June 2007

minit mesyuarat 2 SnAC

lokasi: restoren makanan segera, Giant sec 13
masa: 430 - 610 ptg
tarikh: 24 jun 2007
kehadiran: presiden, setiausaha, peguam khas sbg jurucakap dan penasihat, arkitek malas

agenda:
1. membincangkan tentang isu2 duniawi
2. menyelesaikan masalah berbangkit dari mesyuarat lepas
3. mempertimbangkan permohonan ahli baru

perbincangan:
1. presiden mengucapkan jutaan penghargaan diatas kesudian hadirin yg hadir dalam keadaan sopan-santun serta berbaju kurung. beliau kagum dgn personaliti masing2 dan mencadangkan agar pakaian tersebut dijadikan pakaian rasmi kelab tetapi tidak disokong oleh akak cashier restoren makanan segera.

2. presiden juga gembira diatas hidangan ayam goreng, ciken cop dan wedges yg tak seberapa dihidangkan semasa mesyuarat berlangsung..

3. perbincangan dimulai dgn sambungan dari kisah-kisah dari mesyuarat yg lalu. untuk makluman, cik setiausaha telah mendengar cerita berkenaan untuk kali yg ke-4 atau 5 dimana, rata2nya boleh diputarkan semula dialog2nya seakan2 sama oleh pencerita iaitu cik presiden (bukan nama sebenar).. cerita ini dimaklumkan semula kerana kehadiran cik arkitek yg teringin sekali mendengarkan nada cerita terus dari puncanya..

4. selain itu, isu2 duniawi lain turut dibincangkan berkenaan kisah sahabat mereka yang jangak itu bersama kisahnya..

5. presiden juga telah membangkitkan isu seorang sahabat yg bercinta di dalam khayalan dan meminta kepada semua ahli dan juga bukan ahli untuk bangun dan menyedarkan beliau sebelum keadaannya semakin kritikal.

6. cik arkitek telah mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli kelab dengan menyenarai pendek segala fakta-fakta yang memenuhi requirement kelab termasuklah cerita tentang beliau yg pernah mem'back-hand'kan seorang jejaka ketika menuntut di menara gading.

keputusan:
1. kisah cinta monyet seperti yg diwar2kan pada mesyurat pertama yg lalu, telah memberi idea kepada presiden supaya lebih bersifat kejam dan membalas dendam di atas apa yang terjadi. oleh kerana cik setiausaha tidak mahu terlibat di dalam sebarang konspirasi, beliau menghabiskan ciken cop dan beberapa makanan orang lain yg rancak berbincang..

2. kisah rakan mereka yg jangak itu tidak memberikan sebarang penyelesaian dimana cerita berkenaan sengaja diceritakan dan hanya menganggap sebagai iklan ketika berborak..

3. cinta khayalan seperti sinetron dari Indonesia itu juga turut memberi penyelesaian yg hambar kerana cik setiausaha menyatakan bahawa segala nasihat dan tindakan tidak akan memberi kesan kepada mangsa kerana mangsa sudahpon sebati dgn kehidupan khayalannya itu. walaubagaimana pon, kami hanya mampu mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap beliau selamat selamanya.. amin..

4. berkenaan permohonan cik arkitek, beliau dilantik oleh presiden sebagai bendahari kelab memandangkan kelayakan beliau memenuhi segala keperluan minimum yg telah ditetapkan oleh kelab. beliau dilantik ke ajk tertinggi kerana mempunyai kelebihan terhadap kes back-hand beliau yg telah mencuri tumpuan presiden. tahniah diucapkan kepada beliau.. dan beliau juga telah diberikan tugasan pertama iaitu mendapatkan sponsor dari bapak2 gula misalnya sebagai dana untuk kemajuan kelab.. (kehkeh..)

penutup:
1. presiden menyatakan harapan beliau kepada ahli kelab supaya segera menjadi alumni kerana kelab ni bersifat sementara dan berharap visi kelab dapat dijayakan iaitu menjadikan kelab sebagai batu loncatan untuk mencapai tahap yg lebih 'lumayan' dan tertinggi untuk kepentingan di masa hadapan.

2. presiden juga menyatakan kesedihan beliau sekiranya beliau akan menjadi presiden dalan jangka masa yg lama tanpa ahli dan para ahli telah menenangkan beliau dan berjanji akan menggulingkannya secepat mungkin dalam konteks menjadikan beliau sebagai alumni dengan kadar segera..

3. kelab juga merasa bangga kerana ada peguam yg sudi menjadi penasihat dan secara otomatisnya dilantik sebagai peguam kelab dan ditugaskan untuk menyaman mana2 pihak yg cuba mendiskriminasi ahli kelab tanpa belas kasihan.

sekian, terima kasih.

yg melaporkan,
setiausaha kehormat
SnAC

>> takbir!

No comments: