Monday 18 June 2007

minit mesyuarat 1..

lokasi: Hakim baru, sec 7
jam: 630ptg - maghrib
tarikh: harini
kedatangan: Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha kelab SnA..

Makluman

1. Pengerusi memulakan perbincangan dengan menyatakan kegembiraan beliau ke atas kehadiran ahli kelab bersama pisang goreng yg aku beli dan kopok lekor yg dia beli.

2. Kata-kata aluan tuan pengerusi telah diganggu oleh anne yg nak amek order
"nescafe tarik 1, teh ais 2", ujar beliau..
Perbincangan

1. pertama skali, beliau menceritakan keadaan yg berlaku sepanjang sabtu yg lalu di mana adanya perjumpaan web fungkur's network dan gambarnya boleh di lihat di sini..

2. Naib presiden tak puas hati sbb beliau tidak di jemput untuk turut serta, namun presiden telah memberi alasan yg munasabah dan mententeramkannya sebelum kemarahannya merebak ke meja bersebelahan..

3. Naib presiden telah menyatakan surprise beliau kepada 2 ahli yg lain dan kemungkinan besar beliau akan menjadi ahli pertama yg akan menerajui alumni SnA ini..

4. 2 ahli lain merasa gembira diatas keputusannya yg 'lumayan' itu.. dan mendoakan agar beliau berjaya di atas pencapaiannya kelak..

5. Tuan presiden mengutarakan cerita berkenaan seseorang yg kononnya terlibat dlm cinta 'monyet' dan telah mencabuli hak sebagai seorang kawan ke atas dirinya. 2 ahli yg lain turut berasa tidak puas hati ke atas kejadian yg menimpa beliau..

keputusan

1. 2 ahli lain mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan padu kepada naib pengerusi dan mendoakan kejayaan beliau untuk berjaya ke peringkat seterusnya..

2. tuan pengerusi diminta agar bersabar kerana semua kejadian yg menimpanya itu adalah dugaan di dalam persahabatan.. (poyonye ayat.. hehe..)

Sekian,

Yang melaporkan,
Setiausaha Kehormat

>> sape tak paham, diam2 je.. ni blog aku, aku punye suka.. hahahaha.. (gelak jahat)

No comments: