Wednesday 30 September 2009

Gambar Syawal 1430H - Siri 1..

malas nak taip..
buat karangan bergambar je la..

banner homestay (umah aku yg diconvert jadi homestay bila time takdak org kt situ) yg dialih ke tiang pagar yg tak siap lagi..
lokasi: depan rumah emak..


pakcik, makcik dan kakak ipar yg sedang b'gosip² santai..
lokasi: ruang tamu rumah makcik..


ada org mengidam air nyoq muda pada hari raya..
lokasi: kt parit (tali air) belakang rumah..


pokok kelapa muda depan rumah.. dah siap letak tangga.. sila petik.. hahaha..
lokasi: depan rumah emak..


gerai murtabak makcik yg beroperasi sejak puasa smpai skrg..
lokasi: kt entrance umah emak..


sepupu sepapat sedang mempersembahkan pentomin anak durhaka (cewah..) pada majlis family day (sebelah abah)..
lokasi: rumah pakngah (abg kpd abah)..


kelihatan maklijah dan kanak² yg lain sedang berkobar² beratur nak kutip duit raya..
lokasi: rumah pakngah (abg kpd abah)..


baby boy jamila.. depa 1 family raya kt perlis taun ni..
lokasi: pintu umah emak..


close-up.. kussss... semangat..

aksi gambar raya family makcik..
director & photographer: aku.. haha..

to be continued..

>> nak makan gapo tah tgh hari ni..

Tuesday 29 September 2009

org datang raya..

semalam ada org dtg raya kt umah aku..
(baca: lina yg dtg raya)
aku tgh drive blk umah dia kata nak makan bihun tomyam..
demand tul.. dah la dtg raya umah org.. <-- ayat encek mohd hasben..
hahaha..

last2, aku mintak tlg kedai depan umah la tlg masak tomyam tu..
aku celur bihun saje.. cepat, sedap & menyendatkan..
hahaha..

semalam jgk ada tetamu khas.. baby tomey datang bersama mak dia.. mak dia suh captionkan as "bayi comel yg panjang lg putih melepak".. mak dia yg suh letak camtu ok.. hahaha..

haaa.. macam muffin coklat dgn muffin vanilla time kenduri aku kan.. hahahaha..

encek mohd hasben lagi la..
dia ckp baby ni "macam ayam daging"..
keji tul.. hahahaha..
(p/s: blk kang aku mintak ampun..)

saja nak amek gambar riben kt topi tu.. mcm mengada2 je nk letak2 riben kt situ.. hm.. sila abaikan model berkenaan yep..

>> al-fatihah utk baby senior aku yg sempat hidup selama 7 minggu akibat jantung berlubang.. td pi visit dia.. sgt tabah.. huhu..

Monday 28 September 2009

masih mood raya..

pagi ni aku malas giler nak pi kerja..
tp mengenangkan harini ada org berkobar² dalam malas (sbb kena naik moto dlm 35km) untuk bekerja ditempat baru, aku terpaksa buat² berkobar gak..
siap masakkan nasik goreng tuh..
gila rajen.. seb bek mak aku tak tgk..
hahaha..

buat fes taim aku tgk encek mohd hasben pakai uniform dia pi kerja..
kaget.
semalam tgk dia kilatkan kasut..
hmm.. dah ada pasukan beruniform rupanya kt umah aku..
hahaha..

semalam aku nak wat gulai udang.. tp jadi kari ayam.. (sbb salah amek rempah kari).. hahahahaha.. fes taim aku wat kari ayam dgn sendiri.. (sila percaya) walaupon encek mohd kata tak sedap (dia ego), tp dia kata nak mkn dgn ketupat.. (sedap la tu..)
sambal belacan tu dia yg buat.. sbb aku wat tak sedap..

>> raya ke 2, encek hasben dah blk lumut.. aku? makan dan tidor saje..

Thursday 17 September 2009

kad raya untuk semua..

sila baca kad raya yg aku beriya buat ni..
hahahaha..


our 1st raya together..
masih berdua..
:-)

>> yey.. yey.. malam ni balek kg..

Wednesday 16 September 2009

Vacancy - QS kt kampeni aku..

sila klik jika anda rabun-rabun ayam..

tarikh tutup: 30 September 2009

kepada yang berminat, sila email resume dan apa2 yg patut (i.e cover letter) kt EMAIL NI dgn tajuk ini..

CONTRACT ADMINISTRATOR - SEPT 2009

attention: sila gunakan huruf besar & jangan guna tajuk lain @ tokok tambah dgn simbol2 lain.. sbb email anda yg bertajuk tu sahaja yg akan divertkan to my company email. ingat tuh..

* 15 - 20 yrs experience eh? camner aku nk propose kawan² ni? hehe..

>> aku rasa ni utk projek LRT.. sbb ada senior QS projek tu nak quit bln ni..

Tuesday 15 September 2009

kueh samperit..

ahad lepas aku wat samperit ngan mak aku..
di petik dari buku masakan mak aku yg hampir reput..
dah lebih 30 tahun dah buku tu..

bahan²

1 ketul butter (buttercup)
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung kastad (mak aku guna 1/2 paket tu)
3 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
ceri merah untuk hiasan

ni contoh cawan yg kitorg guna utk sukat..

ni acuan dia.. menggunakan kuasa kuda jari untuk menekannya..


cara²

1. putarkan butter dgn gula sehingga kembang.


2. masukkan kuning telur dan esen vanila.. saya putar halim lagi sehingga sebati..


3. masukkan tepung sket demi sedikit dan gaul sehingga menjadi seketul.

4. masukkan dalam acuan dan tekan ia smpai menjadi bunga. (aku tekan jadi bentuk hapa ntah.. fail)


5. potong ceri kecik² dan letak kt tgh².

6. bakar sehingga puas hati..


7. lepas tu, bleh la tapau sket utk ibu mertua. haha..


>> encek mohd hasben dah stat cuti ptg ni smpai raya kedua.. raya ketiga? dia kerja.. aku? berjoli kt kg la.. hehe..

Sunday 13 September 2009

sesi berdialog di surau..

tatkala terawikh baru sahaja tamat dan diikuti dgn wirid selepas solat, seorang budak di sebelah aku yang tidak dikenali dalam lingkungan 10 tahun bersama henponnya, telah menyapa aku..

"cantiknya henpon.."

..aku senyum..

"mahal tak? berapa ratus?", tanya budak itu dgn beriya..

..sambil berwirid dan senyum lagi, aku hanya menunjukkan isyarat jari kt dia..

"ooo.. patut cantik..", kata dia lagi sambil membandingkan dgn henpon yg dipegangnya..

"erm.. anak mane? tak dtg ke?"

wirid aku terberenti tetiba..

samada budak ni salah orang atau aku mmg dah nmpk tua skrg..

>> seminggu lg nak raya?

Saturday 12 September 2009

22 Ramadhan 1430H..

tinggal 7 hari lagi nak posa..

buat setakat ni, yang mana satu kategori korang?

ini...


or ini...


hahahahahaha..

>> harini bukak poso kt umah abg..
*scheduled entry

Friday 11 September 2009

MC dan baju raya..

semalam aku MC.
akibat salah makan kot..
semenjak 2 menjak ni, aku ngan mak aku asik panaskan & abihkan lauk-pauk yg tak abih2 dalam petiais tu.. tp mak aku ok plak.. aku makan apa?
huuu...

lepas pi klinik, otw balik rumah, aku 'ter'singgah kt kompleks.. 'ter'beli baju raya 2 pasang.. 1 satin, 1 lg english cotton. hahaha..

then balik umah sambung keluar masuk toilet..
smpai la aku 'ter'tidor 4 jam sblm bukak posa..
huahuahua..

oleh kerana encek mohd hasben nak sedondon taun ni (dia plak yg over), aku 'ter'paksa beli kaler yg sesuai dgn kaler kulit dia.. ekekeke.. kain ijau tu adalah kain baju nikah aku.. so aku beli kain utk ganti baju bling² aku tu.. sepp..
tp harini aku baru nk pi hntar tempah bj tu.. ;p

ok.. baju raya aku dah tak surprise lg..

>> dah jumaat rupanya..

Wednesday 9 September 2009

ambik tahu ke.. menyebok..?

zaman sebelum kawen..

1. periksa dapat no brapa? apsal tak dapat no 1?

2. kenapa tak belajar rajin² smpai dapat no 1? tgk anak makcik Limah... dia.. blabla.. (compare ngan anak org)

3. haaa..? 1A je? tak blajar ke apa?

4. jangan couple².. nanti cikgu sandingkan kt atas pentas.. tgk aku, tak kapel ngan sapa² pon..

5. lamanya ko study.. ko extend ke?

6. tak payah la ko sebok² nk sambung degree. g keje carik pengalaman keje dulu..

7. masa aku umor cam ko ni, aku dah ada anak sorg dah..

8. ko bila nak kawen? asyik blajar je..

9. takkan takde boifren.. bkn bleh caya budak² zaman skrg ni..

10. takyah blajar tinggi².. nanti kena dok kt dapor gak..

11. ko tgk si polan tu.. dah kawen dah pon.. ko bila lagi?

12. kalau takdak sapa2, nak aku carikkan calon utk ko tak?

13. ko ni asyik kerja je.. kan bagus kalau ada laki.. bleh dia tanggung ko..

14. last² tua gitu je.. meh la aku rekemen.. sedara aku ada..


zaman lepas kawen..

1. dah ngandung ke?

2. blom ngandung? baik ko check.. samting rong tu..

3. aku rasa dia plan la.. sbb tu dia tak ngandung lg..

4. jangan rancang lama², nanti susah nak dpt..

5. nanti ko dah pencen, anak baru nak masuk skolah.. tak nyesal ke?

6. bila nak dok asing ni? blajar² la berdikari..

7. takkan nak sewa rumah je.. beli la rumah. jadi harta jugak..

8. bila nak tambah lagi sorang ni?


~ ala.. stended.. persetankan saje..

p/s: ekceli aku terbaca blog ni..

>> aku kena cerry berry pada 090909 ni.. huh..

Tuesday 8 September 2009

sample barang kosmetik pos kt umah..?

td aku tgk ada iklan baru kt blog aku..
B.liv dari cellnique..

aku survey², rupanya dia ada bagi free sample produk dia utk di cuba..
nanti dia pos kt umah..
aku baru je fill-in form dia..
lom dpt lg..

kalau korang nak cuba try test, meh ikut arahan ni..

1. nmpk iklan ni kt blog aku, korang klik.. nanti window lain akan kuar..



2. pahtu klik kt 'Free Sampling'..



3. pahtu isi la info kt form ni..



4. pahtu pilih produk mana yang korang nak test..



5. last skali dia bgtau nanti dia hantar kt umah korang..



aku letak nama mak aku gak..
nak test produk yg lain gak..
hahaha..

>> layannn..

video 1 mesia..



malas nak apdet..
letak video 1 mesia plak..

>> balek kg 17hb malam..

Monday 7 September 2009

iftar jamie' + lepak²..

*entry yg sepatutnya aku publish pada 7 sept 2009.. tp aku publish 8 sept 2009..

program 1

lokasi:
restoren Shid, Padang Jawa

kehadiran:
aku + encek mohd hasben
che'kie + che'nie
an + hasben + baby dlm perot
budin + budu + baby dlm perot
anas + wife + baby
sumi
meklong
wawa
anim
... <-- sape sorg lg ni weh? tak ingat plak..

aku merupakan organizer utk majlis bukak posa ni. majlis bukak posa dgn geng QS.. ada yg keja sebagai consultant, sebagai client, sebagai pmc (aku la tu.. haha), sebagai cikgu (ni lari bidang)..

2 hari sebelum tu aku pi booking.. dan pada hari nk berbuka tu, aku tiba plg lewat dari sume org. iaitu pada jam 7.10 mlm. hahaha.. kira awal lg tu beb. kalau bleh, letak bontot je nk terus azan. haha..

setiap hidangan yang diketuai oleh encek Siakap 3 Rasa, mkn dalam 4 org kecuali hidangan aku yg dimakan oleh 3 org saje. (bkn sbb aku kuat makan.. tp korum tak cukup) terpaksa aku mkn nasik sket sbb nak ratah lauk. b

agi sapa yang dah lama tak pi kt situ, meh nak habaq mai.. parking besar yg kita dok parking nk mkn kt restoren tu dah dipagar oleh tuan tanah iaitu ca-ya-nun-alif. chainlink fencing tu smpai betul2 kt kaki lima restoren tu. huh.. keji tul. so, sume org kena rebut parking kt tepi restoren yg bleh muat dlm 5 biji keta tu or parking bwh flyover @ masjid.

masa nak pi smyg maghrib, lalu bawah flyover..
encek mohd hasben ckp..

"cuba bayangkan kalau flyover ni runtuh tiba².."

hish.. mcm la takdak soklan lain nak tanya..

p/s: gambar tadak sbb aku lupa bawak henpon.. nanti aku curik kt meklong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

program 2

lepas smyg maghrib, aku balek amek henpon & p jumpa cikgu tadika.. dia dtg shah alam sbb ada hal sket. aku bawak encek mohd hasben jumpa itu family kt sacc.. soklan fes dia..

"uii cipud, tingginye laki ko.."

hahaha.. tau takpe.. sbb tu aku kena beli kasut raya byk inci. patutkah aku beli kasut raya platform mcm artis hongkong? hahaha..

ni ha contoh kasut platform.. bagi sape yg taktau.. hahaha..

dapat gak aku jmpe si chomel raiesha ni..
amek berkat. kehkeh..

mana gambar? ok. lupa nk amek.
hahahahaha..

t.a.m.a.t...

>> dengki tul tgk sleeping partner tido nyenyak pagi ni.. apsal la KL kena kerja time org lain cuti.. tak adil!

Saturday 5 September 2009

cerita sebabak..

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara..
"Fuuufff...terkejut kitorang, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kitorang terkejut je.."
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya..
"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah...
"Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"
>> hahahahaha.. sengal~

Friday 4 September 2009

wawa, apsal ko tag aku?

ok, sbb nak jaga ati wawa sengkuang ni, aku jawab tag dia tu..
hahaha..

A. Attached or single?
- Attached

B. Best Friend?
- ada org nak ngaku tak? sapa ngaku, dia kena bakal kena lempang.. (dari result kuiz kt fesbuk aku 'siapakah yg anda rasa ingin lempang?')

C. Cake or Pie?
- kek.. kek pisang <-- over lak

D. Day of choice?
- isnin. sbb bersemangat pi keja <-- aku tipu

E. Essential Item(s)?
- wallet + henpon + kunci keta

F. Favorite color?
- hitam + putih + coklat + biru.. haihh.. byk la pulak.

G. Gummy bears or worms?
- camner nak jawab ni?

H. Hometown?
- shah alam <-- kebandarannya aku.. huh..

I. Favorite Indulgence?
- tido.. peh.. nikmat. x makan pon x pa.. haha..

J. January or July?
- July.. sbb bonus slalu dpt tgh taun..

K. Kids?
- takde lagi..

L. Life isn’t complete without?
- family + friends + internet.. ;p

M. Marriage date?
- 29 mei 2009..

N. Number of magazine subscriptions?
- tak penah subscribe any.. <-- kurang minat membaca

O. Oranges or Apples?
- apple

P. Phobias?
- hanjing

Q. Quotes?
- semoga ditemui apa yang dicari..

R. Reasons to smile?
- sbb maksud nama sendiri pon 'gembira'..

S. Season Of Choice?
- festive season. sebab cuti lama..

T. Tag five people/group
- sapa nak buat, buat la..

U. Unknown fact about me?
- kuat makan <-- ecey.. macam la org xtau.. haha..

V. Vegetable?
- suma kecuali sawi. tp encek mohd hasben suka mkn sawi lak. aduyai..

W. Worst Habit?
- asyik lupa..
e.g gelabah carik tiket bayar parking kt exit parking yg xtau simpan kt mana walaupon baru je pi byr . (hampir di siku oleh co-pilot)

X. X Ray or Ultrasound?
- lom ada experience ultrasound lg. so xleh pilih lg.

Y. Your favorite foods?
- ayam masak merah resipi emak. aiceh..

Z. Zodiac sign?
- aries

>> dah.

Thursday 3 September 2009

iftar jamie' @ sacc

petang semalam..
masa aku tgh pikir² nak makan apa waktu berbuka..
Lina call..

"poon, nak bukak pose sesame tak?"
"kat mana?"
"SACC.. ada 1 tempat.. RM30/head. Buffet"
"hm.. ok gak.."
"ok.. aku jemput si polan.. si polan.. ko jemput si polan.. si polan.."
"roger..!"

dalam masa beberapa jam sebelum bukak posa, segalanya diaturkan oleh cik lina kita yg dah krem bontot sbb lama sgt dok dalam kete.. travel kuantan - senawang - putrajaya.. pi meeting dalam sehari. kalau ko bukak syarikat courier kan lina, dah buleh kaya dah..

berbalik kepada cerita asal..

"poon, harga dah naik.. RM33/head"
"roger..!"

meja pon dia dah book..
aku balik umah buat apa yg patut & gerak pi sana kul 7 dari umah..

so, ni la serba sedikit gmbar yg sempat di snap semalam.. sbb posa punya psl, kalut amek gambar makanan je la.. gambar orang tadak.. haha..





sedap.. sedap sesangat..
bak kata encek mohd hasben, alang² makan, biar sengkak..
mmg sengkak pon. hahaha..

tima kaseh kt cik fiza sbb bawak gambar-gambar lama zaman skolah tu buat cuci mata.. sume bantai gelak tak hengat.. cerita kt encek mohd hasben, dah dia nak tgk plak gambar aku zaman skolah.. nak kena tapis sblm dia dtg ni.. hahaha..

teringat sapek ckp smlm..

"uih.. bini aku ke ni? kalau aku tau rupa dia camni dulu, aku tak kawen ngan dia"

hahahahahaha.. hampeh macam tong geh..

kehadiran:
aku, lina, fiza <-- geng bujang
elyn & hasben
syida & hasben
ella & hasben (nayli kena tinggal..)

>> lupe la pulak nama restoren tu..

Wednesday 2 September 2009

makan soq..

pagi tadi terbangun kul 5.20..
tu pon sb mak miskol..
miskol dari kedah sana tuu..
hebat! hehehe..

seb bek laa dah masak nasik semalam..
pahtu sempat la gak panas²kan lauk..
lauk beli la..
ingat senang ke nak buat ayam masak kurma pagi² ni..?

5 minit lepas abih makan minum suma, azan subuh pon berkumandang..

fuhhh..
selamat..

>> alarm nyamuk aku dah tak berkesan skrg..

Tuesday 1 September 2009

1Malaysia.. lalala..

harini aku sgt efisyen..
bangun seawal 4.45 pagi utk memanaskan lauk pauk utk sahur..
pahtu tak tidor..
amazing kan..?
(sebenarnya main tanam-tanam sayur)

harini smpai awal kt opis..
awal in terms of tak list sebagai latecomer..
latecomer = 8.36 pagi and above..
bagus.. bagus..
sikap begini yang kita harapkan..

dgn hati yg riang, sambil-sambil baca online news di ofis..
ada 1 topik yg buat aku rasa ingin memaki diri sendiri..
(terpaksa menahan sbb tgh posa)

"harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter..

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.."
ok. sbb apa aku rasa nak maki?

1. aku lupa nk isi minyak semalam..
2. tangki minyak aku mmg dah kosong..
3. blkg bilik aku ada Petronas.. hari² aku skodeng org isi NGV..
4. aku lupa harga minyak gred rendah tu naik lebih dari harga asal minyak yg gred tinggi..
5. harga tu stat naik mulai 1 september = harini..

ok. terasa ingin kelar diri sendiri skrg..

>> tahniah.. 1Malaysia.. rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan..

Therapy..

penah sakit kepala dgn teruk?

cuba dgr ni..

aku dah cuba..

this is the best therapy I ever had..

>> merdeka = bendera.. <-- term kanak² zaman skrg.. kesiannn..