Sunday 13 September 2009

sesi berdialog di surau..

tatkala terawikh baru sahaja tamat dan diikuti dgn wirid selepas solat, seorang budak di sebelah aku yang tidak dikenali dalam lingkungan 10 tahun bersama henponnya, telah menyapa aku..

"cantiknya henpon.."

..aku senyum..

"mahal tak? berapa ratus?", tanya budak itu dgn beriya..

..sambil berwirid dan senyum lagi, aku hanya menunjukkan isyarat jari kt dia..

"ooo.. patut cantik..", kata dia lagi sambil membandingkan dgn henpon yg dipegangnya..

"erm.. anak mane? tak dtg ke?"

wirid aku terberenti tetiba..

samada budak ni salah orang atau aku mmg dah nmpk tua skrg..

>> seminggu lg nak raya?

No comments: