Thursday 5 June 2008

implikasi..

haaa... stat kul 12 smlm harga minyak dah naik dari RM 1.92 kepada RM 2.70.. bes kan? hahahahahaha.. (gelak sambil menangis).. smlm semua stesen minyak mengalami keuntungan dalam jangka masa yg singkat sbb masing2 berebut nak isi minyak penuh. macam ada pertandingan 'sapa isi minyak penuh dapat duit patploh juta'.. hehehe.. smpai ada stesen minyak tutup awal sbb minyak dah abih.

balik dari rumah lina smlm (dia buat kenduri doa selamat masuk rumah baru.. syabas meri beti..), aku masih menyaksikan kereta2, moto2 dan lori2 beratur panjang smpaikan aku kena terberatur skali utk masuk ke lorong rumah aku sbb ada stesen minyak kt rumah aku. rumah aku yg terletak dikawasan utama menyebabkan aku masih lagi terjebak dalam jem walaupon aku dah nmpk bumbung rumah aku kira2 50m.

masa pulang dari kerja dlm kul 6.30 ptg smlm, aku tgk stesen minyak blkg rumah tu cam biasa ja.. takdak Q pon.. mebi taim tu org ramai tak sedaq habaq (bahasa kl: takdak kesedaran sivik) lg kot.. maka aku pi la isi.. dah stop smpai RM48, aku paksa dia masuk jd RM50.. pagi ni aku smpai ofis, tak luak bar minyak tu.. kikikikiki.. pagi ni la.. ptg sat lg turun la 1 bar tu..

antara implikasi yg dapat aku lihat dari kenaikan harga minyak ni...

1. stesen minyak agak lengang pagi ni..
2. jalan dah tak jem.. mebi org kuar awal pagi kot supaya tak redah jem..
3. kakak aku reti pi kerja naik moto plak..
4. stesen radio dah mula membuka topik berkenaan langkah2 untuk berjimat cermat..
5. aku dgr pendengar radio buat panggilan kata..

a. buang la accessories yg tak perlu kt kereta
b. car pool
c. ganti ekzos yg besar dgn yg biasa2
d. kurangkan beban dalam kereta.. kalau rasa bini berat, carik bini baru yg lebih ringan.. (hahahaha.. kuang ajaq punya cadangan)
6. tiba2 aku lebih minat dgn udara 'segar' diluar berbanding ekon.. (bukak tingkap la..)

..and the most important thing..

7. aku dah pandai memandu dgn kelajuan 80km/hr berbanding sebelum ni yg terlebih2 dari had laju yg ditetapkan..

..akhirnya aku kembali jua ke pangkal jalan.. ahaks..

petikan dari email yg aku terima..

Harga minyak sepanjang zaman..
(dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

1. zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)

2. zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'

sekian..

sekadar gambar hiasan.. tiada kena-mengena dgn topik..

>> nak sewa rumah dkt ofis la cenggini..

No comments: