Friday 30 October 2009

cerita bersiri kt tv..

dulu aku obsess kt crita Bella.. skrg nur kasih plak..
hehe..

cerita nur kasih kini dah hampir kepada kemuncak.. dah dkt2 nk abih dah ni.. nk abih pon ada la dkt sebulan gak ni.. almaklum la, seminggu skali tayang.. letih nk menunggu..


pagi tadi 2 hero tu diinterview kt hotfm. diorang pon dah tak ingat cerita kt episod2 tertentu.. sbb aku obsessed dan minggu lepas aku terlepas tengok kt tv, aku pi baca sinopsis..

sinopsis tu aku bkn baca utk yg minggu lepas saje..
tapiiiiii.........

aku dah baca smpai abih cerita tu..

hahaha..
puas ati aku.

meh aku cerita ending dia..
"................ berpelukan.. tamat."
sapa yg berpeluk?
rahsia.. haha..

>> jgn baca sinopsis. tak surprise. aku takpa. dah 'ter'baca. ;p

Wednesday 28 October 2009

bukan mimpi hantu..

semenjak 2 menjak ni aku sokmo mimpi masa tidor memalam tu.. 1 malam bleh mimpi 3,4 cerita yg berlainan. dah macam tv plak. haaa.. ingat senang nk buat tu? hahaha..

cerita paling merepek dalam mimpi tu, aku dan beberapa lagi rakan (pidot & noma turut terjebak), tinggal (baca: menginap = rumah) kt tingkat atas klcc tu.. pehh.. chairman petronas pon tak dok atas tu. aku plak yg pandai2 dok situ. hahahaha.. oleh kerana aku ni seorang penggayat, jadi cerita mimpi tu amat lah tak seronok langsung. nok pese ghaso.. hahaha..

rasanya ni rentetan dari cerita spiderman yg panjat klcc haritu tu la ni. smpai skrg aku x leh tgk klcc sbb rasa nk tenung ariel atas skali tu sambil dok pikir camna dia bleh panjat yg terpaling atas tu sbb atas tu kan licin. smpai tertidor bawak ke mimpi. arrgghhh... kan dah terpikir lagi.

pahtu ada cerita bercuti dgn bebudak ex-BQS ke Langkawi. apa jadah tah pi langkawi dgn diorang tetiba ni. nak bercuti kt melaka pon takdak masa, ni kan plak nk pi langkawi. hahahaha....

banyak lagi cerita lain yg aku takleh nk ingat.. yang pasti, dlm banyak2 cerita tu, tiada 1 pon cerita berkaitan hantu. maksudnya kaki aku tak kotor la kan..
;p

bgn tidor tu otak aku jadi letih giler..
macam betul2 dok kt tempat tu plak.
hehe..


>> takkan nk kena mandi sblm tidor kot. jadi penyakit plak nanti..
>> tahniah to kacap n wife yg dpt baby girl smlm.. semoga jadi parents yg lebih maced.. hehe..

Tuesday 27 October 2009

Video: Melalui Tingkap Saya..

ingat korang je nk ada 'muka-buku'?
dia nak gak.. haha..

kreatip.. kreatip..
siap tolak pakai kipas tuh..
hehe..

>> bos cuti harini. rasa nak mkn2 kt kedai.. (slalu tapau je pagi2 ni) ;p

Monday 26 October 2009

bila dah tensen..

presenting...............

blog *tensen* aku...

huahuahua..

jemput la masuk kalau korang dah tensen..
tp aku jd lebih tensen gak bila masuk situ..
lebih emo daripada biasa..
smpai lupa diri..
hahaha..

>> gila wat blog baru.. dah ada 5. haha..

Thursday 22 October 2009

topik kt radio lagi..

ada dgr hotfm pg ni pasal carta soklan yg org berkali-kali tanya? tergelak aku dlm keta td.. sbb soklan yg aku penah list kan dulu, ada yg tersenarai. tu la.. soklan stended masyarakat mesia la kata.. hahaha..

tertarik dgn carta no 2..

"bila nak dpt baby?"
fbi kata, kalau org tanya camtu, jawab camni..

"hm.. saya dan pasangan saya masih tidor sekatil.."
hahahaha..

xpon..

"saya dah ordar dah.."
fafau lak tambah²..

"dah order dah.. lepas isyak kang smpai..."
hahahaha..
lawak sengal diorang ni.

soklan yg dpt no 1 apa beb?
aku tak sempat dgr la tadi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nah layan video tacing 1..

The Title of this song is: "My Redeemer Lives". There are no words to describe what you're about to see. It's all about HIM! A Son asked his father, "Dad, will you take part in a marathon with me?" The father who, despite having a heart condition, says "Yes"..


(bergenang ayaq mata ai.. huhuhu...)

>> aku bizi sejak ptg smlm.. smlm blk kul 8 mlm.. <-- dan lg apdet blog.

Wednesday 21 October 2009

blog masakan..

sukacitanya saya ingin mengumumkan bahawa saya, puan pidot dan puan noma telah membuka blog masakan kami sendiri yang anda boleh lihat di sini..

http://theyulsrecipe.blogspot.com/
(web layout sill under construction..)

segala yang bes itu datangnya dari Allah..
dan yang tak brapa nak bes itu, sesungguhnya diatas kelemahan kami sendiri..

marilah kita berkongsi ilmu..

cewahhhh....

>> seb bek aku tak bukak program masakan kt tv.. mesti takdak org nk tgk. hahahaha..

dun play-play..

haa..
ingat aku main² ke?
ni aku masak smlm..
seperti yang dirancang..
cuma pakai bapak gelama tuh..

setelah juri (baca: hasben) tlg tambahkan garam.. hahaha..


laris gak la masak lemak petola ni smlm.. ;p

amacam?
ok la kan..

juri tetap: tak pandai masak ckp ja la.. ni la dia pompuan zaman skrg..
tukang masak: hm.. ok. tp awat pinggan licin?

diam.
dan senyum.
oh.. susah nk jumpa expression camtu.
ikhlas ke tu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

as usual, memandangkan pagi ni stok karipap dah abih, aku wat sandwich lak utk encek navy tapau pi kerja. bersama air teh.. sep tul la..


pahtu ada belen lg sardin tu. maka, aku wat la resipi turun temurun sandwich 5 Amal yg takkan dijumpai di mana-mana tu.. hahaha..

cuma bezanya di sini, aku tak potong bawang dgn cili api senyap² disebalik buku sambil cikgu mengajar di depan. ahahahahaha...

aduyai.. pagi² lg dah tergelak sorang² kt dapor.. hehehe..

>> dah lama tak mkn ayam.. ada tak org mancing kt laut dpt ayam? kehkeh..

Tuesday 20 October 2009

menu malam ni.. (sekadar cadangan)

ok. bkn malam ni.. tp petang ni..
sbb aku dah ubah jadual makan malam menjadi makan petang.
sbb kalau namanya 'makan malam', mungkin ada seseorang akan buat dia menjadi 'makan sahur'.. tertido punya psl..
kuikui..

belum masuk tgh hari lagi aku dah pikir nak masak apa blk keja satlg.. dan² godek internet carik resipi...... menyebabkan aku lupa apa itu kerja kt opis.. haha..

hmm.. ada pakcik kurau dlm petiais.
ingat nak masak sweet sour..


pahtu pekena ni lak..
petola masak lemak..


sumber: seperti dalam gambar.

pehh.. tak hengat punya..

>> sapa kata wanita bekerjaya macam aku tak pandai masak? aku bukan tak pandai, cuma takdak idea saje.. haaa.. haaa.. (masuk lif naik tingkat 88)

Monday 19 October 2009

xtvt kampeni datang lagi..

tora datang lagi.. errr.. aktiviti kampeni dtg lagi memeriahkan mood kerja masing-masing untuk taun ni disamping dapat mengumpulkan merit point utk ditebus dgn voucher² yg bes lagi mengebeskan pada setiap hujung tahun.

presiden kelab sukan kampeni aku email form ni kt suma members last wik..


aku mmg dah ada team futsal..
tp aku dlm cubaan utk berehat sebentar ni..
arrgghhhh.. tensi..

main pingpong x brutal sgt kot ek..?
macam ok kot.. KOT!
bles ke?
huhu.. <-- menggeletar lutut nak main futsal sebenarnya ni.. (addicted)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pahtu kampeni wat trip pi tempat ni..
Broga Hill namanya..
somewhere in Semenyih..





cantik kan? mcm kt obersea..
tempat ni macam tinggi sgt smpai rasa mcm dok kt atas gunung..

RM10/pax. day trip. own transport.
sesuai utk antu kamera yg suka amek gambar nature.
tp haritu encek mohd hasben kijo..
kul 8 pg tu baru blk..
nak kena pi berkumpul kul 6 pagi kt opis..
mace tok de jahhh..
haihhhhhhhhh..

>> sumber constantaperture.com

Sunday 18 October 2009

update saja²..

saja nak letak gambar anak² menakan ni..
gambar masa raya 2 tawon lepas..


bila² aku letak gambar baru lak..

>> boring tul.. takdak sapa kt umah.. encek mohd hasben duty lak harini.. sok ptg br blk.. haih..

Friday 16 October 2009

program kemanusiaan bersama kampeni..

rabu haritu kampeni ada wat program kemanusiaan (btol ke terms ni?) kt 2 buah rumah jagaan kanak-kanak.. purpose adalah utk derma barang keperluan dan duit raya kpd bebudak tu. memula kami pi 1 rumah penjagaan kanak-kanak yang berketurunan india. bagi duit raya sempena deepavali.

pahtu kami pi rumah jagaan kanak-kanak melayu lak. lebih kurang macam rumah anak yatim tp tak semua anak yatim. ada jugak yg single parent, abandoned child (yg disebabkan bapa kena penjara so, the mother x mampu nk sara anak)..


yang paling kecik budak yg tinggal kt sini, umor 7 bulan..


her mother (an indonesian) was raped by her supervisor. lepas tu dia tak mampu nk bela anak dia. then letak kt sini. kata penjaga, mak dia bgtau, bila dia dah mampu, nanti dia dtg amek. bleh eh camtu.. huhuhuhu..


ada jugak yg kematian mak.. so, sume adik beradik dok sini. diorang ada 3 org. semua lelaki. lepas 3 tahun dihantar ke situ, baru skali bapak diorang dtg tgk. tu pon sbb nak bawak blk tgk nenek diorang yg baru meninggal. huhuhu... isk.. isk..

ni sebahagian kanak-kanak yg dok sini.. ramai tul budak-budak yg kecik.. range between 3 - 6 years.


perbelanjaan bergantung sepenuhnya kepada barangan jualan seperti kerepek, maruku, kek, katering, dll yg diusahakan oleh penjaga dan beberapa ibu tunggal. i've been informed that dah 5 months diorang tak bayar rumah yg diorang dok tu. haritu hampir dihalau oleh tuan rumah sbb katanya tuan rumah tu nk jual umah tu.. sian weh.. huhuhu..

bak kata penjaga rumah ni, sapa nk amek anak angkat, dipersilakan. tp kalau nak ambik, kena amek whole family. kalau 3 beradik dok situ, kena amek 3-3 tu.. takleh separate2.. mana tau sapa2 berminat kan..

sapa berminat nk tau dgn lebih lanjut psl tempat ni, bleh email aku..

>> insap..

Thursday 15 October 2009

Video: Worth of Sacrifice..



huhuhu.. sedih tahap gaban tgk video ni..

>> moral: jgn bawak anak g tempat kerja. kalau nk bwk gak, pastikan dok kt tempat yg selamat @ sentiasa disisi anda. ada paham?

Wednesday 14 October 2009

tensi dgn jem..

aku smpai ofis kul 9.25 harini..
dkt NPE exit ke desa waterpark tu saje dah jem dkt sejam..
keta manual plak..
mujur aku tak btol2 krem smpai pinggang..
tensi..

skrg aku btol2 dah nak paksa encek mohd hasben beli keta otometik..
plis.. plis.. plis..

>> kt mana ada jual keta sekenhen otometik? keta kecik2 dah la & yg penting, murah..

Monday 12 October 2009

last weekend..

byk sgt cerita smpai xtau yg mana nk stat dulu.. haha..

gambar akan diletakkn kendian.. kasik cerita dulu..

cerita hari sabtu

aku pi kenduri apek kt klang. bersama angah, dilla & zawani. apek adalah ek-smkaks.. nama betul dia khairul azhar. lepas form 3, dia pi skolah lain.. masa aku form 1, dia dok dpn aku. (ni pon kena bgtau ke?)

wife dia, fatin sgt peramah. kalau org tgk, mesti org ingat bini dia yg kawan kitorg, bkn dia. hahaha.. apepon, pengantin sgt cantik pada hari itu. (aku suka baju pengantin pompuan yg ringkas dan sgt2 cantik tu)

apek & wife..

ada la jmpa bakal2 pengantin kt kenduri apek ni.. bagi sapa yg kenal salleh buang & hasruddin, mereka masing2 bakal menamatkan zaman bujang pada 1 nov & 13 dec respectively. salleh dgn org kelantan, udin dgn org shah alam..

ok, kt kenduri tu jgk aku jmpa pengantin baru, zaid ali n wife.. ngehngeh..
(no komen.. haha..)

cerita hari ahad

seawal jam 9 pagi encek mohd hasben pulang dari kerja dgn membawa hasil laut. 2 ekor ikan yg masing2 seberat hampir 2kg.. kurau & gelama.. fes taim tgk bapak gelama.. punya la besar.. slalu besar tapak tgn. ni besar peha. hahaha..

jam 12.30 kami pi tg. bidara.. kenduri ramin. ex-classmate BQS. sgt meriah dgn kehadiran rakan2 sekelas. dah macam gathering dah ha.. tak lupa jgk kepada mereka2 yg membawa anak masing2 seperti puan rafidah, puan ielya, encek botak, encek anas (nazri).. yg membawa tunang seperti noli (baru bertunang sabtu tu).. dan pasangan2 kapel yg masih belum berkahwin tu.. hehehe..

oh ya.. aku jmpa azie gak.. azie kawan si Lina.. dah jadi ibu mengandung dah.. rupanya hasben dia keje kt India sama ngan Ramin. keciknya donia.. hoho..

utk fes taim aku terkejut apabila diberitahu org seseorang, kt melaka ni, if nak bg duit kt pengantin tu, kena tulih nama dgn amount sedekah kita kt buku yg disediakan. nk sedekah pon kena tulis ke? ayoyo.. haha.. last2 aku suh encek mohd hasben letak dalam poket pengantin. settle.

lepas kenduri, singgah chalet bebudak ni utk berpenyakit mulut. pahtu aku jenguk projek mini stadium yg aku buat kt 1 kolej kt area situ dulu.. rasa bangga gak la tgk mini stadium tu berdiri megah walaupon masa aku benti dulu dah 70% siap.. at least, aku yg select sume material tu.. so, mesti amek gambar punya dgn henpon cap ayam.. hehe..

blur la plak.. mcm amek gambar curik..

seterusnya, aku ikut jln dlm menuju ke PD. encek mohd hasben yg nk pi.. sbb nk tgk kawasan pilihanraya.. haa.. terasa glamer la plak lalu situ. mcm PM lalu situ lak.. sbb suma org pakat menyambut dgn meriah (perasan) di kiri dan kanan jalan.. hahaha.. mujur tak jem.

last skali singgah RnR dengkil.. solat. lepas solat, ingat nk ngeteh kt situ, tgh jln dgn encek, terasa tertinggal sesuatu kt surau. pegi carik2, tak jumpa.. tp tak rasa tak panik langsung lak.. cuma rasa mcm bakal kena lempang smpai masuk ICU dgn encek suami je.. hahaha.. slalu kalau tak panik, aku rasa mesti jumpa. setelah putus asa, aku cuma bleh berharap 'barang tu' ada kt dlm handbag (walaupon dah byk kali geledah).

kuar surau, jmpa encek, tanya nk pi minum tak. dia tanya apa benda yg tertinggal, dah amek ke blom? dgn nada yg cuak, terpaksa gak bgtau. ayat dia mudah je.. "jawab sendiri dgn mak nanti". hoho.. maka dtg seorang kakak yg aku cuba cari kt surau td (sbb dia je yg aku perasan kt sblh aku) sambil menghulur tgn dan bertanyakan kpd aku..

"awak ada tertinggal ni tak tadi?"

huaaaaaaaaa... seb bek jumpa cincin bertunang dgn cincin kawen tu.
kalau tak, aku gantung diri smpai mati.
;p

"nak makan megi goreng tak?", tanya encek mohd hasben lepas kakak tu blah..

hehehehehe...
emosi terkawal.. ;p

>> tahniah kepada budu & din yg dapat baby girl semalam. juga tahniah kepada kezen aku yg dpt baby boy semalam jgk.. ;-)

budu jr. (budin send kt aku pagi ni)

>>> department buat jamuan raya harini.. malas tul la aku.. hoho..

Friday 9 October 2009

kampeni buat open house..

tadi ada open house kampeni dkt HQ baru yang agak baru siap jugak la.. sblm ni ofis yg aku dok skrg ni la HQ nya.. untuk tidak melepaskan peluang utk meninjau bangunan baru yg dikatakan amat canggih dan versatile tu (ewah..), aku pon pi la dgn ofismate.. sambil² tu dapat makan sedap kan.. (padahal itu la main agenda)


disebabkan kampeni ni sgt besar, maka staff pon ramai sbb byk subsidiaries.. macam² pesen org yg datang mkn.. dgn meja yg sumanya penuh, ada yg dah abih mkn tp takmo bgn, dia bantai sembang plak.. pahtu ada yg mkn berdiri.. makan laksa johor plak sambil berdiri tuh.. pahtu ada beberapa sudut yg mkn sambil bersila atas kapet yg tebal tuh.. tak kurang jugak yg makan sambil ngadap bandar metropolitan KL ni.. dok tingkat 7, nmpk la suma..

bkn itu point aku, aku cuma nk bgtau apa yg aku mkn..

1. laksa johor
2. sate + nasik impit + kuah kacang
3. ayam grill + french fries + mashroom sauce


4. dim sum
5. kambing bakar + black paper sauce + mint sauce
6. askrem 2 mangkuk kecik
7. air bandung 2 gelas

itu je..

nasik dagang, roti canai durian, lemang, sushi dll, dah takleh masuk..

surrender.
antu raya nk berehat lak.
hahaha..

>> nak balik tidor..

Thursday 8 October 2009

resipi: sagu gula merah


masa kenduri aku haritu, aku rekues kt mak aku utk wat mknn pencuci mulut ni.. feveret aku ni.. korang pon bleh cuba gak.. mana la nak tau.. kot2 ada yg nak hidang kt openhaus ke.. (kepada yg dah buat openhaus, bleh cuba lenkali.. hehe..)

bahan²..
1. sagu (ada org kata sagu mata ikan.. sagu biasa yg kecik tu pon bleh.. tak marah punye..)
2. perwarna - kalau nk sagu tu ada kaler
3. gula merah
4. susu cair

cara² masak..
1. basuh sagu dan rebus sehingga masak.
2. letakkan pewarna dalam sagu tadi ikut suka hati anda. takmo letak pon takpa..
3. letakkan sagu tadi kt dalam 1 bekas dan boleh juga kalau nk sejukkan dia dlm petiais.
4. seterusnya, gula merah tadi dimasak. sila tambah air sket. jgn byk² sgt sbb nak bg dia pekat.

cara² nak makan..
1. cedok sagu masuk dalam cawan.
2. letakkan gula merah yg cair itu plak.
3. tuang susu cair..
4. makan.. (tak perlu gaul semua yer..)

p/s: kuantiti susu cair & gula merah itu ikut sukahati anda..

senang kan? ok, dah buat, hantar kt aku sket..
tamat.

>> masa kenduri haritu suma pakat berebut..

ini bukan lakonan semata..

pada suatu hari..


aku : meja aku bersepah ni
aku : bajet mcm bz
aku : tp ceting
cik W : lakonan anda berjaya
aku : hahaha..
aku : syabas meri betty
cik W : lakonan aku pon berjaya gak ni...
cik W : dr pg..
cik W: ceting-cetingan...
aku : bagus..
aku : mari teruskan cita2 yg murni ini..


p/s: kalau nak berlakon, kena berlakon dgn ikhlas.. biar menang anugerah pelakon terbaik peringkat asia tenggara.. peringkat johor tenggara pon bleh gak.. hahaha..

>> tgh hari ni nak balik amek ketupat (yg lom masak tu).. beli utk opis tp aku tertinggal lak.. padahal nk mkn hari isnin ni.. huh..

Tuesday 6 October 2009

wahai bakal² pengantin..

sesi dialog aku dgn seorang pengantin baru..
sesuai di buat pedoman bagi orang yang masih bujang di luar sana..

aku : hai pengantin baru
aku : amacam life?
pengantin baru : huhuu
pengantin baru : ntah lew
pengantin baru : semacam jer rase
pengantin baru : pelik je rase
aku : hahaha
aku : ape yg pelik lak
pengantin baru : ye r
pengantin baru : tetiba je kna tidor dgn pompuan lain
pengantin baru : huhuu
pengantin baru : biase tidor sorang2
pengantin baru : nk dengkur ke, nk golek2 ke, slumber jer
aku : hahaha
pengantin baru : kekok plak
pengantin baru : bile aku tdor kt luar dpn tv,die tanye plak
pengantin baru : marah kt die ke
aku : hahaha
aku : jgn la t'bawak² kehidupan bujang tu

hahaha.. macam²..
sementara nk biasa, mmg camtu..
masuk bulan ke dua dan seterusnya dah ok la tu..
(based on experience..) <-- cewah.. aku dah ada experience dah skrg.. mcm tak sangka kan.. (sila lempang aku laju²..) haha..

moral: nk kawen ni bkn fizikal je kena prepare, mental pon sama gak..


>> minggu ni wedding apek (ex-smkaks) dgn ramin (ex-bqs).. mcm tak sangka je ramin dah nak kawen. ramin pon tak sangka aku dah kawen agaknya.. haha..

Monday 5 October 2009

sesi translate..

bila hari isnin je, aku liat nk pi kerja..
kena plak last weekend pi jenjalan..
x dan nk berehat..
double la liatnya..
hoho..

harini bos suh wat iklan tender version BM plak..
2 minggu lepas aku wat version english..
ok saje..
bila nak wat yg version BM, terus fail lak rasa..
kerja aku tiba-tiba stuck bila smpai kt perkataan ni..

boleh ke aku letak perkataan 'membentuk' tu? mcm ada yg tak kena saje..

aduyai.. patut la BM aku dpt 4 masa spm dulu..

>> trip to Shah Alam - Kuantan - Temerloh - Shah Alam (3-4 Oct 2009)..

coming soon..

>>> Hari ini dalam sejarah: 5 Oct 2008 - aku bertunang.. hehe..

Friday 2 October 2009

hot topic kt radio: ptptn?

ada sapa dgr kisah psl org tak bayar balik duit ptptn kt radio swasta tu pagi tadi? ok.. aku terasa sket.. sket saje.. hahaha..

eh.. aku terasa bkn aku tak bayar. aku bayar.. tp jap2 byr, jap2 tak byr.. duit nk byr tak cukup. bukan apa, kalau aku bayar ikut jadual yg dia bg tu, gamaknya aku tak beli kereta la.. kalau takdak kereta, camna nak pi kerja. kalau tak kerja, takdak duit nk bayar ptptn. begitulah pusingannya.. hahaha..

kalau dulu nk kena pi site, kena ada kereta sendiri. fyi, saya guna kereta buatan malaysia. bkn imported car ok..

bayangkan la.. kalau ikut perjanjian, loan diploma kena byr dlm 150/month. yg degree plak dalam 130 kot.. so, 280/month. kos pentadbiran dah dkt 40/month.. hoho.. selama ni aku bayar tu pon takleh kaver utk interest, inikan plak nak bayar loan.. what-the-tutttt..

tp apa yg seorang caller (baca: seorg pakcik yg emo) tu ckp, aku tak terasa langsung. kata-kata dia lebih merujuk kepada penjawat awam. sbb dia kata gaji 4-5ribu, keje gomen, pakai kereta import, tp tak mo bayar ptptn.. kalau dibandingkan dgn aku, gaji seciput, keje swasta yg takdak elaun mcm gomen tu, pahtu pakai kereta ala kadar, sbb tu bayar pon on off.. so, takde kena-mengena dgn aku la kan..

yg aku tak berapa puas ati tu, pakcik tu emo kemain.. ckp pon berlagak. siap mention yg dia takdak loan yg tak dibayar. oh pakcik.. pakcik tau tak riak itu dosa..? ala.. anak dia baru nk amek spm.. anak pon 2 org je.. anak sket bleh la tak amek ptptn.. sbb dia kaya nak sapot anak dia.. kami ni tak mampu tp terpaksa ambik sbb nak sambung belajar. (oh.. murninya cita2).. takpe la encek pakcik, bila anak pakcik masuk U nanti, pakcik tgk la nasib pakcik camna plak k.. gud lak.. :D

bila la kampeni nk naikkan gaji ni..

>> ni baru dok berdua.. kalau dah bertiga, camner plak?