Thursday 4 October 2007

Ramadhan : edisi Sahur..

anda bersahurkah? (cuba nak jadi pakar motivasi "renung2kan, dan selamat beramal..") kebanyakan org malas nak bangun sahur. kalau bangun pon, mkn roti dan air minuman berkhasiat seperti milo atau susu sbb tak lalu mkn nasik.. tapi tidak bagi kami sekeluarga.. kerana "kita mesti makan nasik"... hehehe..

kami mkn nasik kul 5 pagi.. agak aneh.. mungkin menyebabkan perut terkejut dan kekejangan otot perut dgn lauk pauk yg berjenis-jenis tu.. tp bulan2 posa, biasa la tu.. cam besa, aku mesti ada lauk paru itu. kalo tak tak lengkap plak rasanya. ibarat BuJaL tidak bertayar.. hehe.. ataupon menu lain seperti telur masin yg menjadi makanan yg paling pantang dilihat mak lijah.. (meratah telur kuning aje.. nak tambah kolestrol btol budak tu). huhu.. minuman utama plak disponsor oleh milo tp kena bayar kt pasaraya.. kuikuikui..

besides, menu akan menjadi lebih menarik kalo wujudnya makanan berkuah lg panas seperti tomyam kerana kuah itu akan menjadi pelincir kepada nasik2 yg dikunyah secara hidup segan mati tak mahu itu.. apa aku merapik ni..? huhu..

hm.. mood juga memainkan peranan.. kalo mood bes, aku tambah nasik lg.. tambah nasik masa sahur? dah mcm lunch plak.. over.. hahaha.. lepas sahur, berehat sebentar sementara azan subuh berkumandang.. biasanya kami akan pulun makan selagi tok bilal kt umah ni tak gerak2 khas ke masjid.. sambil berehat, sambil layan astro.. dah subuh, smyg...

dan kembali buat2 pejam mata..
pura2 pejam.. bkn pejam btol2 sgt..
sampai kul 8 pagi..
sbb kena siap2 pi kerja plak..
huhuhuhu...

>> nak masuk hari ke-23 dah..

No comments: