Wednesday 10 October 2007

Program Angkasawan Negara

ketika berbuka puasa td, aku 'ter'paksa makan dpn tv bagi menyaksikan siaran langsung program angkasawan negara supaya setiap maklumat yg di ceritakan aku buleh menghayatinya.. aku sgt teruja dgn program ni sejak ia digembar-gembur oleh kerajaan dan tak mau melepaskan peluang yg ada untuk menambah ilmu berkenaan sains ni..

yaa.. kenapa aku berkobar-kobar? sbb asalnya cita-cita aku adalah untuk menjadi ahli sains @ falak.. sejak sekolah rendah, aku gemar membaca suma buku berkaitan sains terutamanya berkenaan planet dan cakerawala. abih suma buku di rumah tak kira dalam bahasa inggeris atau melayu, aku baca sampai lunyai.. kadangkala aku cuba membongkar kisah sains itu apabila menghayatinya sendiri dgn melihat ke langit.. misalnya, pernahkah korang melihat sebutir bintang yg terang di waktu pagi (ke petang tah) bersebelahan bulan? ya.. itulah yg dinamakan bintang kejora. ia sebenarnya bukanlah sebutir bintang, tetapi itu adalah planet zuhrah. terel tak aku? haa.. aku masih ingat, itulah hasil pembacaan aku masa darjah 3.. hehehe..

cita-cita aku untuk menjadi ahli sains @ falak menjadi semakin malap setelah penat berfikir apa kos yg aku patut ambik untuk bekerjaya sepeti itu dan tak tau ke mana hala tujunya.. sedih.. lantas aku beralih ke bidang pembinaan yg lebih adventure ni.. huhuhuhuhu..

"para angkasawan yang segak bergaya.."

menurut pembacaan aku di surat khabar, angkasawan g terpilih ke angkasa akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein. hm.. dan lagi tuh buat eksperimen.. elok gak para dokter yg jd angkasawan ni.. kalo QS cam aku yg pi, xtau berbaloi ke tak nak buat penyelidikan camtu kt atas sana.. asek pikir simen ngan steel bar je.. hahaha..

pahtu, bercerita tentang hukum agama, pihak Jakim ada keluarkan panduan tentang agama, termasuklah solat.. antara petikan dari web program angkasawan negara, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) menjelaskan:

Waktu Solat

Mengulas arah solat di angkasa lepas, katanya, antara syarat sah solat ialah mesti menghadap Kaabah. Bagaimanapun garis panduan memberi beberapa pilihan lain,iaitu unjuran Kaabah, bumi danmana-mana arah.

"Mengikut tertib, solat mesti menghadap Kaabah. Jika tiada pilihan lain, angkasawan boleh menghadap mana-mana arah. Paling penting ialah solat mesti dilakukan," katanya.

Anan berkata, semua pihak tahu bahawa kapal angkasa mengelilingi bumi atau mengorbit bumi pada setiap 90 minit sebanyak 16 kali sehari. Jika 16 peristiwa siang dan malam berlaku sehari, jumlah solat adalah sebanyak 80 waktu.

"Dalam satu pusingan, waktu siang adalah 45 minit dan malam juga 45 minit. Tempoh itu perlu dibahagikan kepada lima waktu solat. Jika tidak diikuti dengan betul, waktu subuh hanya seminit," katanya.

Bagi menyelesaikan persoalan ini, katanya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa solat di ISS dilakukan sama seperti di bumi, iaitu lima kali.

Alasan? Mengambil Kutub Utara sebagai contoh, katanya, jika mengikut keadaan di situ yang mengalami peristiwa siang selama enam bulan dan malam selama
enam bulan, umat Islam hanya bersolat lima kali setahun.

Cara Bersolat

Antara cara yang boleh dilakukan ialah mengikat tubuh pada bahagian tertentu kapal angkasa.

"Ini bukan luar biasa kerana angkasawan mempunyai tali pinggang yang diikat kepada kapal angkasa apabila tidak mahu terapung. Dalam keadaan statik itu,
angkasawan boleh bersolat," katanya.

Cara Berwuduk

Tanah atau debu mustahil dibawa ke dalam kapal angkasa untuk bertayamum.

“Sehubungan itu, angkasawan dibolehkan menepuk dinding, kerusi atau cermin dalam kapal angkasa. Walaupun tiada debu, Jawatankuasa Fatwa memutuskan cara
itu kerana tiada pilihan," katanya.

Cara Beristinjak

Istinjak untuk membersihkan hadas besar atau kecil dilakukan dengan menggunakan kertas tisu kering yang dibekalkan di ISS.

Berpuasa

Jakim menggalakkan angkasawan negara berpuasa di ISS kerana pengalaman ini sukar dirasai pada masa depan dan pada masa sama, mengetahui perbezaan berbanding berpuasa di bumi.

“Jika memberatkan dan menimbulkan masalah, angkasawan seperti musafir boleh meninggalkan puasa, tetapi perlu menggantikan semula.

Seperti solat, waktu berbuka, bersahur dan berhari raya adalah mengikut waktu tempat kapal angkasa berlepas di Baikonur, Kazakhstan..

>> 16 kali sehari mengelilingi bumi, 45 minit siang, 45 minit malam.. pehh.. tak terfikir aku..
>> good luck to both astronauts, Dr Sheikh Muszaphar & Dr. Faiz Khaleed..

No comments: