Monday 22 June 2009

1 Rejab = 24 Jun..

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bln Rejab itu adalah bulan Allah SWT, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT..

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa..

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT..

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka Allah SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat..

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT.. InsyaAllah..

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga..

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril AS "Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

so, marilah kita berpuasa..
puasa ganti samer.. (bagi yang tak abih ganti lg termasuk aku)
hehehehe..
bleh dapat 2 pahala..
posa ganti dan posa sunat..
leh tak?

nak pose ni teringat kt abc lak.. sedap dimakan bila hari panas.. fuhh..

>> setiap kali nak dkt bln posa mesti berazam nak ganti posa cecepat taun depannya sbb tanak jadi cam tahun ni.. tp tiap2 tahun pon sama gak.. last minit ganti posa.. insapler umatt.. hehe..
>> blog perkahwinan dah update..

No comments: