Thursday 14 August 2008

Hal duniawi.. - Siri 1

al-kesah 1..

PM: Harga minyak turun 1 September

Harga minyak akan dikurangkan pada 1 September ini bergantung kepada penurunan harga minyak dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, memang ada penurunan harga minyak dan ia akan dibuat bergantung kepada harga minyak dunia bulan Ogos.

Di samping itu, katanya, subsidi 30 sen yang telah diberikan oleh, kerajaan, dikekalkan.

"Bergantung kepada kekurangan harga minyak, nampaknya waktu ini harga minyak Alhamdulillah, bertambah murah.

"(Ada) harapan untuk kita kurangkan harga minyak...Saya senang hati dan kita ada kebolehan untuk mengurangkan harga minyak," katanya.

Menurut Abdullah lagi, kerajaan setuju menggunakan formula untuk menentukan harga minyak pada tiap-tiap hujung bulan, atau pada 1 haribulan.

(sumber: Malaysiakini.com)


al-kesah 2

Bajet: K'jaan janji 'buah tangan'

Kerajaan menjanjikan 'buah tangan' untuk rakyat dalam pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini.

"Ada buah tangan untuk rakyat. Kita faham rakyat tertekan dengan keadaan sekarang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengar masalah rakyat," katanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap di najlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi Parlimen Permatang Pauh, malam tadi, beliau berkata, kerajaan sedang menimbang mekanisme yang sesuai bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga bahan api.

(sumber: Malaysiakini.com)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sejak dkt pilihanraya utk kusi 'panas' ni, banyak plak perkara menarik yg bakal berlaku.. kan bes kalau hari² ada pilihanraya camni.. kuikuikui..

~ balik kampong.. ooooo... balik kampong..

No comments: