Wednesday 21 March 2007

Batu 3 banjir lagi..

tatkala jam 4 pagi ini, aku telahpon dikejutkan oleh jiran tetangga yg aku tak pasti tujuannya samada nak ketuk pintu atau nak pecahkan pintu.. lantas, akhirnya aku tau apa yg terjadi slps seorang jiran telah menjerit kat tingkap bilik aku yg terletak di tingkat atas...
"Banjir..! Banjir..!"

hoh.. dgn terkejut beruknya, aku pi bukak pintu.. masuk harini, kira2 ulangtahun yg ke setahun sebulan sejak banjir kali pertama yg sampai masuk2 berita haritu..
"Pergi alihkan kereta dulu.. letak kat Petronas. tp suma kawasan, kereta sudah penuh.. Kawasan bukit sana buleh lagi.." katanya dgn nada hindu..

"Ok.. ok..", aku masih blur dlm kejutan..

Masa keluarkan kereta dari taman rumah aku ni, air dahpon naik kat bahagian belakang kawasan taman umah aku ni.. dah paras lutut. Kaget jap.. dlm hati dok pikir, camna nak angkat brg. Dah la aku dok sorang2.. suma org blk kg.. harini baru nak balik shah alam.. Mampus..

Jalanraya mahupon Petronas dah penuh dgn kenderaan. dari ke moto sampai la ke lori (lori pon nak lari banjir gak ke?).. aku sumbat je la mana2 pon.. polis pon dah block jalan dpn umah aku tu.. mmg harini dok umah la aku.. nak gerak kluar g kijo pon dah takleh ni..

dan sehingga detik ini yang menunjukkan jam 6 pagi, hujan masih lagi turun renyai2.. adakah umah aku akan dimasuki air? SMS jawapan anda ke no hp saya bagi memenangi percutian 3 hari 2 malam ke kawasan banjir ni.. walaucamnapon, kita tunggu jawapannya selepas commercial break nanti.. hehehe..

>> sambung standby (baca:tidor).. heh..

No comments: