Sunday 13 July 2008

kerjaya dan hobi..

saya mempunyai seketui hobi baru setelah mengalami kegagalan dalam arena pertanian yg tidak menguntungkan iaitu dalam penanaman kaktus sepasu dimana Cik Duri (nama kaktus berkenaan) tak mampu hidup dgn aman dan saksama di dalam ofis yg sejuk bak cameroon di waktu siang dan panas bak mentari di waktu malam (sbb ekon tutup)..

kini, setelah diperkenalkan oleh rakan2 sepejabat, saya kini tidak kesunyian lagi.. berbekalkan modal hanya RM 13.00 untuk membeli segala keperluan mereka, saya kini ditemani oleh jejaka dan gadis yg hanya dikenali sebagai Encik Pu dan Cik Yu..

mari kita lihat banglo kediaman mereka ni..

ini kediaman setinggan mereka sebelum Majlis Perbandaran datang meruntuhkannya dan memberi pampasan kira2 lapan juta pound sterling..

kediaman baru mereka beratap genting berwarna merah supaya mudah dikenali jiran yg ingin melawat ketika hari raya kelak..

Encik Pu dan Cik Yu yg kantoi sedang skodeng saya kt ofis..

diharapkan mereka gembira di rumah baru berkenaan..
tamat..

>> sms delivered rupanya.. jeng3..

No comments: