Wednesday, 21 May 2008

bukan aku..

td ada opismet fwd email kt aku pasal satu kisah dari paper..

Lelaki hilang sejak seminggu

KUALA LUMPUR: Kehilangan Mohd Rasid Md Salleh, 33, sejak Isnin minggu lalu menimbulkan tanda tanya ahli keluarga kerana dia sebelum itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Anak saudara mangsa, Mohd Suhaimi Zaid, 28, berkata Rasid kali terakhir dilihat abang iparnya, Murad Man, 33, di kawasan meletak kenderaan berhampiran rumahnya di Bandar Baru Bangi, dekat sini, kira-kira jam 2 petang Isnin lalu, namun tiada sebarang perubahan pelik ditunjukkannya.

“Sejak hari itu, dia (Rasid) tidak pulang ke rumah, malah ada ahli keluarga cuba menghubunginya namun tidak menerima sebarang jawapan.

“Menurut beberapa rakannya, Rasid pernah memaklumkan dirinya sedang mengalami masalah besar, namun tidak dapat dipastikan bentuk masalah yang dihadapinya,” katanya.

Harian Metro difahamkan sikap Rasid yang suka menyembunyikan masalah dihadapinya daripada orang lain menyebabkan keluarganya sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya.

Berikutan kegagalan menjejaki mangsa, abang ipar mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, kelmarin.

Rasid kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam dan berseluar biru sebelum menaiki Proton Iswara biru dengan nombor pendaftaran WLX 154 milik kakaknya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu diminta menghubungi kakak mangsa, Zabadah Md Salleh di talian 012-2657374.
hah.. kalau nk tau sapa org tu, dia dalam gambar aku yang ni..

brader yg tidor tu..

dia dikatakan hilang sehari selepas main futsal haritu.. huhu..

sejak aku kenai dia masa futsal ni, mmg dia ni pendiam tp suka senyum2. bkn senyum kt aku saja.. kt semua org laa.. ada la sesekali dia tegur aku kt court. nk borak mmg tak penah la. sbb xtau nak borak apa ngan dia yg diam tu.

nk dijadikan cerita, hari main futsal tu aku makan roti, lepas tu dia kt sebelah aku (seperti dalam gambar) tgk dan kata lapar.. maka, aku kerat la bg dia separuh. sbb nak main punya pasai, aku bg la.. kang pengsan plak.. tp dia takmo.. dia kata tak cukup. mungkin dia perlu lebih dari separuh. takkan aku nk bagi semua sbb aku nk makan jugak (rasa tamak ketika itu). lepas tu, rupanya organizer sediakan sandwich. dia pon makan. so, rasanya, kisah hilang ni takdak kena mengena ngan aku kot kan..?

huhu..

>> dia pi makan angin kot.. (mari berfikiran positif..)

No comments: