Thursday, 14 May 2009

siri bercakap dengan despatch..

pada suatu petang.. tatkala aku sedang mengantuk tahap gaban Z, aku p berborak-borak ngan sorang despatch kampeni a.k.a member futsal, kt dalam pantry sambil minum air sejuk..

"weh, aku dengar2 ko nak kawen.. betul ke?"

"tak.. kabar angin je tu.. ko dengar kt mane"

"receptionist cakap semalam.. masa main futsal semalam.. tau2 la kan, dia kan dok kt muka pintu.. mesti la sume citer dia tau.."

"hahahaha.. keje gosip je eh korang ni.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"weh, aku dengar2 ko nak kawen.. betul ke?"

"ha'ah.."

"bile? tak jemput pon.."

"ujung bln ni.. lom jemput la.. bawak bertenang sket eh.."

"ngan orang mana?"

"orang kedah.."

"uii.. ko pon kedah kan? aku dengar2 org kedah mahal2.."

"ape yang mahal?"

"mas kawen dia mahal"

"oit.. tu depends kt pompuan tu la nak taruk berapa.. kalau belanja letak 10k, terpulang la kt pihak pompuan nak amek 3k dari 10k tu buat mas kawen.. bukan 10k + 3k"

"oooo... macam tu ke sebenarnya.. baru aku tau.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"weh, aku dengar2 ko nak kawen.. betul ke?"

"ha'ah.."

"umor ko berapa? mcm muda sangat la ko ni nak kawen"

"26 tu dikira muda ke?"

"laa.. 26 ke? aku tgk macam 19 tawon je.."

"hoh... melampau la tu.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tamat.

>> sabtu ni balik kg hantar borang.. serabut perut aku ngan borang ni.. huh..

Monday, 11 May 2009

Walimatul Urus..

sukacita dimaklumkan bahawa saya ingin menjemput ke pra-tonton filem terbaru saya seperti yang dinyatakan di bawah..


lokasi tayangan bleh tengok kt sini..
map ni dari exit Sg Petani Utara (PLUS Highway)..


View Larger Map


>> datang jgn tak datang.. :)

Wednesday, 6 May 2009

latihan bowling..

ekceli ni salah 1 aktiviti kelab sukan kampeni aku.. seperti biasa, aku yg hyper-active ni tak akan ketinggalan dengan segala jenis sukan yg dibuka kepada semua ahli kelab sukan.. dari ke futsal, badminton, dan kini bowling..

time karnival sukan dulu pon aku join. walaupon dah bertahun tak lari kt trek, gedik gak nak masuk.. kena pulak jadi pelari pertama utk 4 x 400m.. elok abih part aku, hampir aku krem kt tgh2 stadium bkt jalil tu.. seb bek menang.. haha.. kalau ikut ati, kalau kaki aku panjang, dah lama aku masuk lompat kijang tu.. hahahahaha..

ok, kembali semula ke cerita bowling ni.. aku bawak mak lijah nyebok kt bowling midvalley tu.. mula2 memalu.. pahtu rasa nak tambat dia kt meja tu.. teringat ayat dia jerit masa aku nak baling bola tu..

"makcik mesti berjaya" - dgn nada bersungguh-sungguh..

hahahahahahahahahaha.. lawak giler.. bila plak dia blajar buat ayat camtu. aduyaiiii..

ok.. meh tgh result..


;P

>> panic room.. nenonenoneno..

Tuesday, 5 May 2009

sambil nyelam, tangkap ikan..

semalam aku sangat bizi..
kena apdet status project johor (nusajaya) untuk suma package..
sebenarnya aku pass kt org site tlg apdet part diorang sbb nak meringankan beban aku, tp diorang plak yg lmbt apdet. dah la dateline smlm..

dah la bizi, server wat problemo..
tenet takleh guna..
tak guna sungguh..
huahuahua..

pahtu masa menunggu org site apdet natang tu, aku buat natang ni..


kad jemputan versi digital yang buat ikut suka kepala otak aku.. menggunakan Illustrator. (yang aku donlot dari tenet - ye la.. aku delete la pahni.. kang kampeni kena saman lak.. huh..)

btw, yg aku tunjuk ni cuma sebahagian jer.. dalam 1/30 dari rupa sebenar.. ada nak tacap2 sket dan sedikit surprise.. konon².. hahahahahaha..

nantikan kemunculannye.. ewah!

>> batuk aku makin teruk weh.. nak kena g jumpe dokter kang ni..

Saturday, 2 May 2009

khas utk sape² yg dah lama tak jejak sec 2..

ok pid.. tajuk aku lg pjg dari ko okeh.. celen aa kalau berani.. hahahahaha..

ok. berbalik kepada tajuk tadi. aku last g sec 2 dlm kira2 taun lepas. bln brapa tah. tu pon sbb pi klinik. dan tadi aku nak carik polistrin kt kedai maria (kedai stationery cina tu), masuk jer simpang sec 2 tu, aku kaget dan terus park kt tepi longkang besar yg tepi skolah tu..

you know what? you s**k.. (sekadar memetik ayat ramzan) hahahaha.. gerai sec 2 yg dlm construction dulu telah bertukar menjadi sebuah medan selera yg agak cantik dan bebas dari tikus mondok.. dan lebih menterkejutkan lagi, kt ujung medan selera tu (yg ngadap 7E tu) telah menjadi KFC.. ada drive-thru lg.. sesuai utk gadis2 tak poser pi beli.. opppssss.. seb bek aku x penah..

kfc.. aku masih ban.. (kagum kt diri sendiri)

kt lmpu tu 7E. (ok.. aku tak taruk arrow sbb pc kt umah ni takleh edit gambar ni.. even program paint pon tak de.. harap maaf)

pandangan dari parking dpn kedai maria..

haaaa.. amacam? baru la selera nak mkn abc.. tp masa ada cik ti dulu pon ramai je yg g makan kt situ.. termasuk la aku. haha.. sengal tul.. seb bek aku grad gak on time.. hahahaha..

tamat..

>> batuk makin menjadi² neh.. takde kena mengena ngan selsema tut kan?
>>> selamat ulang tawon blog ini yang ke 5.. semoga tuan tanah tak banyak merepek dan mencantikkan lagi blog dia ni untuk masa yang akan datang.. (tuan tanah membaca ucapan ini dan mengangguk² sambil minum breacol.. gulp.. gulp..)