Thursday, 4 November 2010

hati-hati si pengguna credit card..

masa aku berpantang dulu, ada 1 kampeni ni call. lebih kurang camni ayat dia..

dia: saya dari mebeng. saya ingin menyemak butir-butir kad kredit anda. blabla........ sila bacakan no kad pada kad kredit dan no 3 digit di belakang kad tu..

aku bagi. (ok sgt budus walaupon dah tau patutnya jgn bagi. percaya sgt dia dari mebeng. mungkin time pantang tu otak blur2 gitu.. huhu..).

dia: ok, untuk pengetahuan puan, semua pemegang kad kredit diwajibkan (sukati ko letak hukum wajib ni eh..) membayar insuran dari kami dgn harga RM299 (ke 399 tah. lupa) dan akan dicaskan ke akaun kredit kad puan. ini mmg mesti ya puan. untuk semua pemegang kad krdt... blabla...

aku: kalau saya tak nak..?

dia: (terdiam) mmg kena puan. mmg semua pemegang kad tidak kira mana-mana bank dimestikan utk bayar insuran ini..

aku: saya dah guna kad krdt ni lebih dari 2 tahun. apsal masa saya guna dari dulu tak penah kena beli pon?

dia: oh.. ini adalah percubaan thn pertama kami. puan kena tahu yg insuran ini cover blablabla.... ok. puan faham?

aku: itu saya faham. cuma yg saya kurang faham, apsal saya kena paksa beli insuran ni. saya tak mau.

dia: ini mesti puan. semua pemegang kad 'dikehendaki' (bunyi paksa dah tu) membeli insuran ini. saya ulangi, kelebihan insuran ini adalah blablabla.... ok puan. kalau ok, saya pass kepada manager saya.

aku: ye la, nama pon terpaksa. kalau taknak pon saya kena ckp 'ok' jgk..

dia: hehe.. skjp yer puan..

pass ke manager.....

manager: ok puan, staf saya ada bagitau puan pasal blablabla....

aku: ada.

manager: jadi, sila bagitau nama penuh, no ic, alamat yer puan. kami akan merekodkan suma butir puan cakapkan ini..

aku: nama blabla.. ic blabla.. alamat blabla...

manager: puan bersetuju yer kami charge RM299 ini ke krdt kad puan?

aku: dah terpaksa, nak buat camner.. kalau taknak pon kena jugakkan?

manager: puan, kami sedang rekodkan butir2 puan yg sedang puan cakap. sila beritahu skali lagi nama, ic no, alamat dan ckp 'ya' pada soklan saya yg terakhir..

aku: (letak tepon. haha..)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lepas tu dari semasa ke semasa aku check kot2 dia betul2 charge kad kredit aku. tak pasal2 kang kena bayar benda takdak pekdah tu.

pahtu baru ni dia call lagi.
lepas tu aku tak angkat dah call dia.

untuk mensahihkan lagi, aku buat komplen kt web mebeng.
ini jawapan dari pihak yg sebenar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dear Puan,

Thank you for your e-mail.

We acknowledge receipt your email. In such situation, we wish to advise you to exercise extra caution especially when they asked about the details of your own credit card. Nowadays, there are a lot of company is using bank's name in promoting their product or services. Please be inform that we do not have the Insurance which compulsory for customer to pay as mentioned by the caller.

Should we be of any further assistance to you, do feel free to contact our Customer Service Executives at (mebeng tel no)

Thank you,

Yours sincerely,
For mebeng,
(name)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok. aku insap.
dan kepada semua, sila hati-hati juga.
jgn bagi apa2 no kt org yg tak dikenali walaupon dia ckp dia dari bank.
bagi no plate jiran anda takpa..
hehehe..

>> berjaya alihkan katil bersar dalam bilik.. padahnya: sakit urat sarap.

9 comments:

honey bunny said...

wey, aritukan ade org prudential call, ckp offer insurans, tp dia x mintak 3 no kat blakang kad, dia mintak no akaun jek.. aku ingt dia tipu, skalu aku call HQ prudential, nasib bek betol.. hehehhe..

ciPuding_7 said...

mintak no akaun tu utk ape?

aNnE 'S said...

owh pawah..3 digit no blkg kad kredit itu jgnla expose..sgt bahaya..xyah layanla org cal2 mcm ni walau betul..bahaya..huhu

ciPuding_7 said...

tuh la..
aku dah tercakap lak..
tu yg dok tgk kot2 ada benda tak penting diorang swipe kt cc aku..
bleh ke kalau kita nk tukar kad?

oh.. aku tanya ko macam la ko keje kt bank skrg kan.. hahaha..

bdk bucuk :P said...

Aku pun penah kena camtu ko jgk la. Bila aku call mebeng utk suh dia do something spy aku x kene charge tu, dia kata tu salah aku sbb aku g bg tau. Mana la aku tau, aku tgh blur2 time tu. Pastu member aku suggest utk call mebeng bg tau kad aku ilang. So immediately terminate kad tu, dpt kad baru. Lega hati aku.

me said...

ohh, aku sungguh suka bab yang "aku: (letak tepon. haha..)"
padan muka diaorang..

ciPuding_7 said...

hasdilazira: dapat kad baru, no pon baru ke? termasuk 3 digit yg last tu. kena charge tak kalau ganti kad baru? atau kena ada police report ke.. nak kena bayar belen dlm kad tu ke? hoh.. byknya soklan aku. haha..

me: ya. tp aku kena hati2 gak sblm diorang betul2 charge kad aku. ke nak kena tukar kad? hahaha..

Ira said...

yup, kad baru no pn baru. kene charge rm50. police report tak perlu. belen dlm kad tu kene byr kalau masih ada yg belum dibayar. kira ko byr cam biasa nnt. kalau kita report kad hilang, dia akan cek transaction ada ke tak org tu buat. better ko cek dlu ada transaction ke x. Hr tu aku buat dlm 2,3 hari slps dpt call. Org tu xde buat apa2 transaction lg.

ciPuding_7 said...

org tu call aku lama dah. masa aku tgh pantang dulu. kira-kira 3 bulan lepas. until to-date, takde ape2 transaction pelik lg. aku takot dia guna info aku bg tu utk kegunaan sendiri lak nanti. ko rasa, aku patut tukar ke, or biar je sbb dah lama dah? huhu..