Tuesday 25 August 2009

KULTIM Ramadhan 2..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelebihan Puasa Daripada Rujukan Al-Quran dan Hadith..

  • "Berpuasalah, kerana puasa membawa kebaikan kepada kamu, sekiranya kamu mengetahuinya." (surah Al Baqarah: 184)

  • "Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi orang sihat." (Hadis)

  • "Tiap-tiap kebajikan yang di-kerjakan oleh manusia akan dibalaskan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, kecuali puasa dikerjakan oleh hambaKu untuk Aku, maka Aku (Allah) akan membalaskannya." (Riwayat Abu Hurairah)

  • "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraannya, gembira ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa dengan TuhanNya (di hari Kiamat)." (Riwayat Abu Hurairah)

  • "Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • "Doa orang yang berpuasa tidak sekali-kali akan ditolak oleh
    Allah." (Riwayat Tarmizi)

  • sumber: Panduan Ibadah Puasa Ramadhan

    wallahua'lam..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    gaji masuk awal sgt.. kan dah laju sgt kluar..
    huhu..

    >> dah bleh apply cuti raya kah?

    No comments: