Wednesday 21 January 2009

adik dalam sotkabar.. (batakkah aku?)

aku telah terpanggil untuk membuat post kedua untuk harini setelah teruja melihat nama seorang rakan karib yang bekerja sebagai Pembantu Pendakwa Raya, buat pertama kalinya di dalam sotkabar..

"...........

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pembantu Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin membantah ikat jamin diberikan kepada Badrul Akmal kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa.

Peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh bagaimanapun menyangkal dakwaan Aimi Syazwani dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis tidak pernah mengganggu mangsa.

Lazarus memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah munasabah dan mengenakan syarat-syarat tambahan kepada anak guamnya.

..........."
sumber: sotkabar, 21 Januari 2009

aku kaget jap terbaca nama dia.. kagum gile..
lebih-lebih lagi dalam kes ni..
soklan pe la yang adik tanya kt orang tu agaknya..
hahahahaha..

aku ckp kt adik, dia dah glamer skrg..
dia kata dia mmg nak carik glamer..
nak lebih glamer dari 'kawan dunia-akhirat korang'..
dia yg buat ayat tu ok..
aku tak tanye lebih² pon..
hahahaha..

>> chayok adik..!!

No comments: