Monday 20 October 2008

happy birthday..

harini aku lmbt masuk ofis sbb stuck kt 3,4 jem.. maka, aku tulih la kt borang lmbt kul brapa aku masuk. nanti bos sain la borang tu. biasanya bos main sain je. dia bkn kesah sgt pon. kira bagi restu la aku mai opis lmbt.. hehe..

masa nak tulis tarikh, baru teringat.. harini.. 20 oktober.. besday abah. taun ni cukup 10 taun dia tinggalkan kami.. adik aku pon dah 16 taun. masa abah takdak tu, adik aku tadika. dia taktau apa pon time tu. siap main pasir kt blkg rumah masa org tgh kapankan abah.. aku kena pi carik dia sbb nak tabur kapur barus dlm kain kapan tu. lepas jumpa dia, kami masuk dlm rumah, aku ngan dia tabur la kapur barus td sama-sama, pahtu baru org ikat dgn tali kain tu. pahtu adik aku lari kuar sambung main pasir.. huhuhu.. seb baik hang kecik lagi adik..

masa aku kecik2 dulu, aku rapat ngan abah sbb nak pi mana2 pon aku ikut dia. sbb adik kecik lg time tu. beza aku ngan adik pon 9 taun.. bila time besday aku, aku mintak dia belanja. biasanya belanja makan la.. tak kesah la apa pon. kalau dpt kek ke, sate ke, kira hebat dah tu. bila time besday dia, kitorg adik beradik mintak dia belanja lg.

pahtu, ayat dia yg paling aku ingat..
"oo.. mana aci, time besday masing2, abah belanja. bila besday abah, abah kena belanja jugak.. ooo.. pandai aa.."

hehe.. kira aci la kan. time tu kalau belanja dia pon guna duit dia jugak kan? baik la dia yg belanja.. hehehehe..

abah mmg hebat dari macam2 segi. masak lagi sedap dari mak, bab2 bertukang, repair, dll. tp yg paling aku kagum adalah bab pengurusan duit. tak penah skali pon aku tgk dia berhutang, apatah lagi nak guna kad kredit (dah ada kad kredit ke time tu?).. hutang dia cuma beli rumah dan kereta sahaja. dulu aku slalu mintak dia beli macam2. dia beli jgk la yg mana patut. bila dah besar ni baru aku tau gaji abah ni tak la sebanyak cam aku skrg. gaji abah dulu bleh support anak dia 5 org dan mak. gaji aku skrg bleh sapot untuk diri sendiri je.. tu pon kdg2 macam tak cukup.. huhu..

kalau la abah ada, nak jugak aku tanya dia camna dia buat anak2 dia cukup makan, skolah smpai masuk universiti, dan bleh idup senang dgn harta2 yg dia beli dulu utk keselesaan kami cam sekarang..

tapi, sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah..
Al-Fatihah to Abah, 20 October 1952 - 27 February 1998..

sekadar gambar hiasan..

>> miss him..

No comments: