Tuesday 8 January 2008

al-kisah no plat..

pada hari ini, saya akan menceritakan sejarah wujudnya nama encik BuJaL memandangkan beberapa orang masih lagi bertanyakan mengenai beliau. hensem sangatkah beliau sehingga kini org masih bertanyakan tentang dia..? hmm..

al-kisahnya begini.. (sambil pejamkan mata dan flash back ke situasi itu seperti cerita2 filem seram shuhaimi baba..)

pelopornya, merupakan abang sulung tuan punya blog ini.. mempunyai sebuah kembara bernombor plat BGN. maka, beliau menamakannya sebagai BaGaN.. oleh kerana ketika itu, kami sekeluarga hanya mempunyai BaGaN dan sebuah kancil milik emak yg dinamakan oleh emak sebagai KANCH (nama komersial ala2 MERC), 2 buah kereta ini menjadi rebutan kami sekeluarga, termasuklah emak..
"mana BaGaN?" tanya aku..
"mak bawak pi masjid..," jawab org lain..
mesti la aku takleh nak pi sbb org lain dah kebas dulu.. dan cerita ini mesti la zaman aku jadi student dulu.. huhuhu..

setelah aku bekerja, dan memerlukan kereta untuk pergi kerja, aku dan pelopor tadi, pergi ke Perodua untuk membeli Myvi.. ketika ingin membuat pemilihan plat no, abg bertanya kepada salesman..

"sekarang ni, plat no selangor dengan KL ape yer..?"
"kalau selangor, BJL.. kalau KL, WQB..", jawab salesman itu..
"haa... pilih la. nak BuJaL ka.. WaQoB..", tanya abg kt aku..
hahahahahahahaha... WaQoB.. huduh sungguh.. hahaha.. maka, aku terpaksa memilih BuJaL memandangkan ia lebih sedap di dengar dan senang diingati oleh orang lain.. ngehngeh...

senang kan nak ingat? bila ingat BuJaL, mesti semua org ingat kt aku kan..? hahahaha..

tapi, ada sesetengah org lebih suka manjadikan plat no itu sebagai singkatan yg lebih bermakna, seperti yg pernah diceritakan oleh project manager opis lama kepada aku..

"dulu aku takdak duit nak beli kereta. pahtu mak aku kasik dulu utk downpayment.. tp kereta itu pakai sama-sama la dgn adik beradik lain.. mmg kebetulan no plat dia stat ngan WGK which is stands for "Wang Gabungan Keluarga".."

"kemudian, dah lama2 kerja, beli kereta lain plak.. dan kebetulan lagi no plat stat ngan WKS iaitu "Wang Keringat Sendiri".. hehehe..", kata beliau lagi..
hmm.. sounds better kan..? hehe..

apapon, tu semua tu nasib la.. kalo dpt huruf bes2, mudah nak pronouncekan.. lagipon, saja untuk seronok-seronok..

kesimpulannya, BuJaL jugak yg bes.. hahaha..

>> BuJaL dah cacat.. aku ingat kena lumpur kt tepi bawah kete tu.. rupanya kena simen.. patut basuh tak kluar2.. tah mana datang ntah.. nak kena gosok dan cat smula.. cis kek btol.. huhuhu..

No comments: