Monday, 31 March 2008

hari bizi sedunia..

pagi..

ada kursus yang tah apa benefit dia kt aku pon xtau.. yg aku paham, dia pasal mcm mana nk tingkatkan prestasi atau performance kampeni.. penceramah bes.. dato' dr lagi tuh.. i'm sure dia lecturer saudara hamka sbb dia kata dia lecturer dokter nate kt UPM.. he spoke in english but klate version.. buat aku teringat kt encik rahasnan masa kt itm dulu.. tp cik nan nye slang lg aku payah nak paham.. aku prefer dia kecek klate dalam bahasa melayu dari english klate.. hahaha..

aku join kursus ni sbb HR email kt aku suh g.. compulsory katanya.. masa las session course tu, pihak mgmt suh isi 1 slip.. katanya untuk cabutan bertuah.. nak tau dapat apa kalo bertuah? percutian 3 hari 2 malam kt Clubmed kuantan.. amacam? rasa nak g kursus lagi tak? hahaha..

time tu secara spontan aku ngan sorg lg member ter'uuuuuuu..'kan secara serentak.. pahtu masing2 pandang kitorang.. haha.. malu tahap gaban.. gua batak sket la.. 1st time g kursus ada cabutan bertuah tiket percutian.. hahahaha..

tgh hari..

balik dari course, akak seketeri kata, bos kata takyah pi pon tak pa kursus tu sbb ada keja bos aku kena buat & kena submit harini sbb sok dia nak pi miting kt johor 2 hari.. ceh, kalo ckp awai2, aku tak pi pon course tu.. buat letih aku menguap jer.. hehe..

2 petang..

aku buat keja bos tu.. pahtu konsultan salah kira plak dah.. call depa, tadak plak person in-charge tu. so, aku ragging assistant dia kira balik..

4 petang..

aku ada miting utk program training plak. tp aku x cakap kt bos lg.. cuak.. sbb keja dia tak siap lg.. tepon konsultan tanya hasil kiraan dia. sukses.. tp dh kul 4.. sambil cuak2 ayam, aku inform kt bos ckp ada miting lain.. bos cakap, bila aku nk submit kerja dia.. aku ckp, nanti aku naik balik.. huh.. seb baik bos kasik pi..

4.10 petang..

aku smpai kt bilik miting.. jumpa kawan setraining.. masing2 sembang tak hengat.. macam 10 taun tak jumpa.. padahal hari2 beremail seramai 12 orang tu.. skrg dah 13 orang..

miting ngan HR berkisarkan masalah trainees la.. benda 1st di highlight.. BONUS.. hahaha... tanpa segan-silu, HR kata, NO BONUS in this year.. jadi, kepada semua, jangan gatai nak suh aku belanja ka apa aaaa.. hahaha..

5 petang..

aku 'lari' sat dari miting sbb nak submit kerja kt bos.. siap gak akhirnya.. masuk bilik miting, ada kata aku p jamban.. ahh.. lantak la.. janji aku tak kena maki ngan bos.. ahaks..

6.10 petang..

miting abih.. aku blk ngadap jem kt federal highway.. huh..

6.50 petang..

smpai rumah.. on pc..

8.30 malam..

aku pi bayar kusi urut letrik yg bleh urut dari kepala smpai kaki.. pahni sihat la aku yg sedia sehat ni.. sapa nak cuba, bleh la tes ngan bayaran yg akan ditetapkan mengikut sukahati aku.. owh.. terbisnes plak aku.. hehehe..

sekian la diari untuk harini..

>> selasa rabu bos takdak = rilek.. hehehe..

Sunday, 30 March 2008

timbangan..

hari ni aku cuba menimbang..
rasa dah lama tak timbang..
(kununnn.. padahal hari2 dok timbang tu padia..)

last aku timbang, 43kg..
harini timbang, dah 44kg..
ahaks..
adakah kerana aku makan nasik beriyani sedap tgh hari tadi?
dan juga nasik dagang..
dan juga sandwiches..
dan juga kueh muih..
dan juga air bergelas-gelas..

ohh.. patut la..

Saturday, 29 March 2008

PTPTN dan penghutang..

takot tak tgk tajuk di atas?
sapa tak pernah berhubung ngan PTPTN, mmg tak cuak..
sapa yg pernah ada pertalian nyawa ngan PTPTN, komfem cuak2 ayam punya.. lebih2 lagi bila teringat akan nikmat makan2 sedap, beli barang bes2, pi jalan jauh2 guna dana tu sepanjang diploma dan degree dulu.. hahahaha..
amekkk..!!

utang aku tak banyak..
diploma ada la 15K..
degree dlam 14K..
total 29K sahaja..
pahtu add 4% admin fees annually..
skrg dah jadi 30K plus..
kwang3...
adakah aku patut masuk one in a million..?
tapi lagu apa aku nak nyanyi?
lagu sep..sep..sep.. tom..tom..tom.. aci tak?
agak2 kena maki tak ngan paul moss?

hehehehe..

ekceli, aku try nak bayar ptptn for the first time td..
via online plak tu..
(maklum la.. baru activate maybank2u.. hehehe..)
tp web dia ada maintenance ka apa td..
macam tak bg aku bayo je kan....
ahaks..

so, today aku dah letak link PTPTpuN kt senarai link aku tu..
sapa nak bayar, sila la click ye..
selamat mencuba..
bayar tau, jangan tak bayar..
hahaha..

rentetan ngan peristiwa aku mengaktifkan maybank2u aku tu, aku dah berjaya bayar bil tenet td.. batak btoi rasanya..
ahhh.. lantak pi la..
janji berjaya..
hahaha..

>> mai masuk blog cikGu BuDzu kita ni.. kemain dia la ni.. siap blog2.. bleh tunjuk kt anak cucu nanti kot bila dah bersara.. hehe.. cikgu Budu, jangan lupa bayaq ptptn oii.. hahaha..

Friday, 28 March 2008

karangan bebas..

sedang menulis..
guna pensel tekan atau pensel picit..
atau nama betul beliau dalam bahasa inggeris, mechanical pencil..
..asek menulis..
sambung buat kira2..
ngadap pc..
sambung tulis balik..

"ahh.. lead dia abih plak..," ujar gadis yg rajin seperti pekerja contoh itu..
"mana nak carik ni?" hati dia cakap..
"mintak la kat sapa2 tengok.."


budak tu pi kat meja sorg senior ni..

"mintak lead pensel ni satu, dua ke.." kata beliau..
"bleh.. jap eh.." kata pemberi lead..


dia keluarkan pensel case..
keluarkan bekas lead tu..

"nah.. ala, ni 0.5mm nye, pensel 0.7mm.." budak tu cuba banyak songeh..
"oo.. jap, ada lagi.." kata pemberi..


dia check lagi..

"aha.. ada.. nah.." dia kasik..
"mintak 2 bleh?" banyak cengkadak tul gadis ayu tu..
"nah..."
"tengkiu2.."


gadis tadi tekan2 tak keluar..
jangan kata 2, 1 pon tak keluar..
lol... rupa cam sangkut..

"sangkut aa lead ni.. dah lekat kot 2-2.." ujar gadis itu..
"meh try tgk jap.." kata pemberi sambil buat2 terel..


ketuk2..
cucuk ngan jarum peniti pon takdak efek..
efek imej takdak..
efek bunyik apatah lagi..
cabut tu, cabut ini..

"ishhh... mana lead tadi ni?" kata pemberi..
"ntah.. takkan teruk bebenor sangkut" ujar si gadis..
"ape korang buat tu?" tegur seorang hamba Allah yg lalu kt situ..
"ni haa.. lead sangkut kt pensel.." kata gadis itu..
"mai nak tengok.." dia cakap..


ketuk2 lagi..
godek sana, godek sini..
pusing2, sambung ketuk..

"ntah ah.. dah taruk ke lom lead ni?" dia tanya..
"ada la.. dah letak 2 tadi.." jawab si gadis..
"erm.. sangkut kot.." dia kata lagi..
"buat ah korang.." dia sambung cakap lagi..


dia memblahkan diri..

ketepek...!!!!
sebiji penampor lekat kt blakang si gadis..

"ni ape?" sambil dia tunjuk kt lantai..

ada 2 lead pensel..

"hahahahahahahahahahaha......"

semua gelak bagai nak mati..

"pensel 0.7 bagi lead 0.5mm, mmg la terkuar terus dari pensel.."
"susah2 je godek pensel tu.. hampasgas btol..."
"hahahahahahahaha......."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


tamat.
kesimpulannya, graviti itu wujud..
jadi, jgn lupa check kt bawah bila rasa sangsi..
hehehehe..
seb baik kisah ni terjadi setelah bos dah balik..

>> mengong tul.. haha..

Thursday, 27 March 2008

suku abad..

alhamdulillah di atas segala kurniaan yang telah Allah berikan sehingga ke hari ini..

..kejayaan dalam membina kemampuan dan ketabahan diri dalam meneruskan kehidupan tidak kira di waktu gembira atau sedih, susah atau senang.. semoga ketabahan ini dapat diteruskan sampai bila-bila.. syabas untuk diri sendiri.. fighting!

..keluarga dan saudara-mara yang menyokong tidak kira dari segi mental atau fizikal dari dahulu, kini dan selamanya.. walaupon dah 10 tahun tak cukup seorang ahli keluarga yg merupakan insan yang terpaling amat penting sekali dalam idup aku, i just wanna let u know, i've made it, dad.. huhuhu.. dan tanpa kalian semua, aku takkan sampai ke tahap yg mampu aku banggakan setakat ini.. peace..!

..juga rakan-rakan yg setia membantu tidak kira apa jua situasi.. sedia memberi nasihat dikala aku tersasar dari jiwa sebenar.. sedia memberi sumbangan material dikala mengalami kedaifan.. sedia mendengar walaupon tak ingin apabila aku memerlukan medium untuk menerima luahan.. sedia memberikan aku bukan sekadar tisu, malah tuala apabila aku kesedihan.. sedia merasuah mak aku dikala korang memerlukan aku untuk turut serta dalam aktiviti ke'masyarakat'an anjuran korang.. sedia mengeteh dikala aku kesangapan.. sedia bertanya kabar apabila aku 'hilang'.. sedia mendoakan aku dan ucap selamat tatkala aku berjuang demi sesuatu yg akan datang.. tima kasih korang.. kalo aku ada duit 8 juta, pasti akan aku hadiahkan BuJaL setiap seorang..

dan entry ini aku dedicate kepada mereka2 di atas bersempena genapnya kehidupan aku pada tahun ke 25 pada hari ini.. thanks to all..

regards,
che poonz
..


me & jamila.. when i was 3 months and she was a month..it's me and my cousin, jamila..


>> semoga ditemui, apa yang di cari....