Thursday, 7 February 2008

cuti raya.. cina..

ok.. aku away mulai jam 10 malam ini.. sampai ahad...
tiada di rumah.. dan..
tiada mentenet..

3 agenda utama..
1. pi umah cikgu tadika a.k.a fareh kt kole berang.. walimah beliau dan hadi..
2. pi kelantan.. walimah cousin, jameella.. di rumah pihak lelaki..
3. hantar emak pulang ke sg petani..

tu saja..

cousin aku selaku adik bongsu jameella..

sekian, terima kasih..

>> selamat bercuti sakan.. huahuahua..

Tuesday, 5 February 2008

hari itu..

harini aku berjaya tambah set futsal aku.. nama dia An (nama singkatan).. ramai lagi tak kenal dia ni.. dia ni baik orang nya.. pendiam plak tu.. baik budi pekerti dan sopan santun.. anak sapa la ni..


tengok tu, dia ada baju BQS 06 tu.. macam sama je ngan baju kelas aku masa degree dulu.. dia beli kt mana eh?

ehehehehe..

wei, an dah join team futsal aku.. hari 1st dtg main dah disogok ngan kfc ngan carrot cheese cake secret recipe.. camna la dia nak kurus.. aku takpa.. mmg dah kurus.. hehehe.. mebi kena main 8 juta kali lg.. hm..

so, sapa lagi masuk kursus utk kuruskan badan? mai la join team aku..
mai.. mai.. sekati 2 kupang.. hehe..

>> it's been a year.. hope 'u' live well.. hmm..

Monday, 4 February 2008

kelas memasak..

ok.. puan2..

pada hari ini.. saya masak simple2 je setelah pulang bekerja..
menu kita hari ini ya puan2... ciken cop che poonz..!

anda sume sudah sedia maklum bahawa saya mmg hebat membuat pizza suatu ketika dahulu.. bak kata lina apabila diajukan pendapat utk makan pizza.. "poonz buat lg sedap wei.." saya tak pasti sama ada pizza saya benar2 sedap, ataupon dia ingin mengelak utk makan di pizza hut.. hahahahahampeh..!

dan kini, saya telah mahir membuat ciken cop sendiri.. jgn tak caye okek..!

cara2nya mudah saja.. semudah ABC seksyen 2..
ok, mula2 tangkap ayam.. pahtu proses la sampai buleh digoreng camni..

ni rupa beliau bila dah goreng ngan minyak yg banyak..

pahtu sos dia ni masak smpai mendidih..
bahan2 dia boh la apapon, janji ada blekpaper...

pahtu reunionkan mereka dalam satu pinggan... dan siap..!

terel tak aku? aku bajet kenyang makan ciken cop ni... tp pahtu aku makan nasik plak.. dasar bela hantu raya btol.. ekekekeke..

dan setelah menimbang (lama btol la tak timbang..), akhirnya berat aku ni cecah gak 42kg.. huhuhu.. letih btol nak capai tahap ni.. hasil bersukan ni..

senggat dia dah pecah sbb adik aku pijak kt cerminnye.. gemok btol budak tu..
terpaksa aku lukis sendiri.. huhuhu..


last but not least..
meh layang lagu ni..


huhuhu..

>> sigh..?

Sunday, 3 February 2008

kenduri kawen.. lagi..

pembuka tirai 2008...

seawal jam 11 pagi, (awal ke?) ahli2 SnAc seramai 5 orang telahpon memulakan perjalanan ke Tapah, Perak dengan menaiki Persona bagi menghadiri majlis perkahwinan Marina Zulkifli dan pasangannya, Azmi.. kami tiba di sana pada jam 12.30 tgh hari..

marina merupakan bekas pelajar SMKA kuala selangor dari tahun 1996 - 1998 dan kemudiannya meneruskan pengajian menengah atas di MRSM Balik Pulau dan seterusnya di UPM.. kini beliau mengikuti tenaga pengajar muda (TPM) di bawah tajaan UiTM.. amek master dalam bidang Food Chemistry.. camner tuh..? hehe..

ni adalah sedutan dari majlis perkahwinan beliau yg meriah itu.. cantik btol beliau yg dah sememangnya cantik itu..

ketika bersanding..

kemudian makan pula..

pengantin dan kami..
the SnAc committee..? hahahahampeh!


jumpa madia ngan yunon di sana..

asalnya kami ingin tidoq saja dirumah rehat ini..
tapi macam jauh plak.. 1.5km tuh..


nmpknya hospital ni lebih dekat, luas dan selesa..
lagipon free.. makan pon free jugak..


sbb driver dah terlajak, masing2 punya la fikir nak pi mana.. lantas terjumpa papan tanda bersurat ni sebagai petunjuk 'blue's clues'..

dan tak semena2 kami 'ter'tiba kt sunway pyramid..
dan 'ter'makan kt Kenny Rogers..



btw, tima kasih kt lina di atas pengangkutan anda dan perbelanjaan anda sempena besday anda.. (yg sepatutnya kami yg kena blanje birthday girl.. huahuahua..).. semoga di tambahkan rezeki yg melimpah ruah dan bahagia bersama ___________ (isi tempat kosong dgn jawapan yg sesuai..)

selain itu, mesyurat SnAc yg tah ke berapa kalinya ni telah membincangkan berkenaan 2 perkara di mana lokasi perbincangan ini tidak dapat ditentukan kerana kereta yg kami naiki sedang begerak dari 1 tempat ke satu tempat yg lain.. antara isu yg dibangkitkan dalam dewan parlimen adalah..

1. lawatan sambil belajar memasak ke Indonesia memandangkan AirAsia kini giat memberikan tiket free (tp kena bayar service charge dan ntah ape charge lg.. macam kena bayar harga tiket jugak la kot..) dan pihak ketua exco lawatan (lina) mencadangkan agar 1 akaun bank dapat digunakan bagi memungut wang (bukan memungut hasil hutan ye mass..) secara bulanan dari ahli2 kelab sehingga wang kami cukup untuk pergi ke sana.. taun bila nak cukup agaknye ni? ahahaha..

2. party tepi swimming pool umah lina (apa nama party ni masitah? beach-wear party?) sambil berBBQ pada raya cina ini.. memandangkan setiausaha tiada pada raya cina ini kerana bercuti2 ke terengganu, kelantan dan kedah, maka, party liar ini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga ke suatu tarikh yg ditetapkan kelak..

"Nyah ko dari kelab ini..." <-- slogan kelab yg baru je aku cipta..

Sekian..
yang menjalankan tugas sambil ngelat,
Setiausaha kehormat yg cun..

(tabikkkk hormat!! dari kanan.. cepat guling..)

>> sedikit emosi..

Saturday, 2 February 2008

congrats Beng..

pertama2nya, tahniah kepada Beng atau nama betul beliau, Umar Faruq di atas kehadiran cahayamatanya yang pertama di Australia memandangkan beliau masih menetap di sana.. Beng merupakan ex-classmate aku masa skolah menengah dulu.. beliau juga merupakan pelajar lelaki pertama dari skolah kami yang berkahwin.. kiranya pembuka tirai la.. heh..

bayi lelaki yang chomel ni dilahirkan pada 31 Januari 2008, jam 1.00pm, kat WCH, Adelaide, Australia.. dan baby ni juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.. hoh.. amazing..

baby ni dah ada nama.. dan aku suka btol nama tu.. (over plak..)
Umayr bin Umar Faruq..

rupa mummy ke, rupa daddy ni..?

cam shin chan yg tgh tidor.. heh..

Umayr dan daddy nya..

to Beng and Kay... congrats lagi skali..
semoga Umayr jadi anak yg soleh..
so, cecepat aa balik mesia.. kitorang nak tgk dari jarak dekat neh..
angah kata nak bg duit raya kt Umayr.. tapi aku tak tau duit raya apa.. raya cina barangkali.. (aku sedang menabur fitnah)

*thanks to beng sbb bagi aku curik gambar ni kt FS dia..

>> teringat karangan "aku sebatang pensel.." masa skolah dulu2..