Saturday, 10 January 2009

ha.. ha.. ayok..

kira2 2 minggu lepas, kunci keta abg aku ilang.. master key beliau telah pon ilang sejak azali.. kali ni spare key plak yg ilang..
elok la tu..

lantas semua org insaf geledah umah sekaligus mengemaskan umah setelah sekian lama tak buat camtu.. bkn maksud aku dah lama tak kemas umah, tp cara yang dibuat adalah berlainan dari biasa.. ya la.. elok2 almari tak pernah berganjak, sampah bawah lemari pon dah kena sapu.. siap jenguk kt longkang tepi, dpn & blkg umah.. semua bilik digeledah seperti pulis mencarik bahan bukti. gara-gara, ingin mencari kunci yang hilang..

lebih menarik lg, pada hari ilangnya kunci itu, aku telah membeli pati prun seperti yang pernah diceritakan dulu.. balik sahaja dari opis, aku letak pati prun td kt atas lemari kitab mak aku.. maka berkerumunlah 2 kanak-kanak rebena itu kerana ingin melihat hasil yang telah aku bawa pulang.. aku biarkan saja sbb nak makan nasik.. ("kita mesti makan nasik..")

lepas mkn tu, aku terus naik atas membawa barang yg dibeli td.. dan harini, aku nak buang plastik prun tu sbb isinya dah abih.. ges wat.. kunci keta dia dalam tu.. hasil dari sorokan kanak-kanak itu 2 minggu yg lalu.. kwang3..

syabas.. aku telah menjumpainya..
yaa.. dijumpai setelah dia menukar set kunci yang baru bernilai RM1300 kira-kira 2 hari yang lalu..
tahniah..
hahaha...

>> beringat sebelum kena..

Friday, 9 January 2009

benar.. aku sedang merepek..

jarang sekali aku berlaku jujur dlm idup aku demi menjaga hati orang di sekitar aku.. hati family, kawan-kawan dan sapa-sapa lagi yg wujud dalam idup aku dari dulu-dulu smpai skrg.. mmg sejak dulu aku rela suffer sendiri, dalam ertikata lain, menjadi seorang pemendam.. bukankah cara itu lebih baik supaya orang lain tak terasa sekaligus mengelakkan berlakunya pergolakan dalaman?

seingat aku, cuma sekali ada seorang penah tgk aku sedih dgn sesungguhnya.. iaitu kira-kira 2 tahun yang lalu.. disebabkan oleh 'kejadian itu'.. (angah, remember that? heh..)

pernah aku dikategorikan sebagai 'orang paling tabah' dan 'happy-go-lucky' disebabkan aku nmpk mcm tak pernah ada masalah dalam idup.. tp, disebalik gelaran tu, aku selalu nangis sorang2 dan cuci muka kalau takmo bg org tau.. even pid tak penah tgk aku nangis sepanjang aku kt itm (i guess so - tgk movie korea yg sedih2 tu, excluded ok..)

2009 ni aku ingat nak ubah cara luahan perasaan aku ni.. penat la sedih dalam hati sorang2 ni.. ada plak org yg sokong dgn cara aku ni.. katanya, cara ini baik utk kesihatan.. so, aku try la to be honest utk pertama kali.. ntah camna, org yang menyokong takleh terima plak bila aku cuba bgtau perkara sebenar dgn susunan ayat yang paling berhikmah.. huh..

i think i should back to normal..
be myself..
keep everything..
pretend to be cool..
keep smiling..
and suffer alone..
forever..........

hm.. Allah knows best.. :)
Chayokkkkkkkkkkkk....!!!

penah dapat kacang kt wiper keta? aku penah.. hehe..

~ progress super-slow.. lek2 lu..

Monday, 5 January 2009

tips kaver malu..

penah rasa malu di khalayak ramai? meh aku bg tips berguna mengikut situasi-situasi tertentu..

1. Kalo tersepak batu:

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal:

cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga:

terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang:

pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas:

jeritlah kuat-kuat.. "oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop:

terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda.. kalo takdak, baring terus sampai malam dan takdak orang lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:

tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...

selamat mencuba.. ahaks..!

>> rasa nak blk kg je.. cuci otak..

Sunday, 4 January 2009

sempena mega sale..

akhirnya harini hari last mega sale..
apa barang kalau tak amek kesempatan kan..
(ke 'org lain' yg amek kesempatan kt aku ni?)
hamekkk..

p/s: ini bukan tujuan promosi.. harap maklum..

hmm.. that's enough for today..
krem pala lutuit aku..
jem..
carik parking..
jalan..
jem lagi..
carik parking lagi..
jalan lagi..
jem lagi..
dan lagi..
..........

2nd round akan menyusul..
2nd round?
adehhh..
seb baik mega sale lama lagi..

>> nak format pc.. pc ku mengong kuasa lapan..

Friday, 2 January 2009

Happy New Year 1430H & 2009

sebelum apa-apa terjadi, izinkan saya ketawa sebentar tatkala membaca surat dari Hishamuddin Rais ni..
hahahahahahahahahaha...

cukup.


Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009..
kepada diri sendiri..
kepada kaum keluarga..
kepada para sahabat..
kepada kawan-kawan..

tak lupa..

kepada pembaca blog aku..
yg sering memberi sokongan..
yg sering memberi kutukan..
yang sering menyampah dgn penulisan aku..
yang sering rindu bila aku tak menaip..

last but not least,
kepada yang sering skodeng dari jauh..
dan yang lalu tanpa meninggalkan sebarang tanda..
tapi aku dapat kesan jejaknya..

semoga tahun 2009 ini dapat memberikan kebaikan dan keberkatan yang berlipat ganda dari tahun-tahun yang sebelumnya.. dan memberikan aku kehidupan baru yang lebih bermakna dari biasa.. hehehe..

kepada mereka-mereka yang single, berusahalah lebih gigih lagi.. chayok!!

hehehehe..


p/s: kepada yang berminat, try la ni.. kikiki..

~ mari shopping.. (takde duit dah.. huhu)